Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Friday, February 19, 2010

Cikgu ku nenek ku jua

Korang pernah x tahu asal usul korang dr mana??

Pernah tgk balik x salasiah kelurga korang? dr mak pak korang ker? sedara mara ker??

Aku?? mana pernah tahu..kalu mak aku ajak..x pernah aku nak pergi pun ikut hari Keluarga.. hehehe

Tp... aku x sangka la pulak.. dlm FB pun leh jumpa tau sedara mara yg x pernah di kenali... hehehehe...

Korang baca kenyataan di bawah yek :

Img



Yer... aku pun masih kurang percaya...sbb nya kenapa masa aku kahwin aku x pernah jumpa Pn nyonya ni aka Cikgu aku nie?? kenapa?? kenapa??

Aku g la tnya balik mak aku kan..aku tnya betul ke Pn Nyonya tu sedara kita?

"Yerla..dia pernah dtg masa ko kawen la..."



errkk...pernah dtg?? kenapa Cikgu aku x pasan aku?? aku ajak punya la ramai budak Sekolah Menengah tau...

Tp..sebaik la aku tahu pass habis sekolah..klau time sekolah tau... erkk..rasa kekok lak.. kene panggil NENEK ker?? hahahaha

pn nyonya



Inilah Cikgu Sekolah aku masa Sekolah Menengah Perempuan Bandaraya. Dulu dia mengajar aku Pendidikan Jasmani.

Nampak sungguh awet muda..skrg dh mencecah 50 tahun....

Ingat x aku pernah citer Nenek aku (belah ayah aku) meninggal dunia. Nenek aku kakak saudara suami Pn Nyonya nie. Kiranya aku pangkat cucu kepada Pn Nyonya...

Nampaknya kene gak g jumpa Nenek sedara aku ni.. sbb aku pun dh x de nenek lagi kan?? hehehe

Oh..kecil sungguh dunia ini.... baik korang g cari.. mana tau kot2 aku nie adalah saudara sepupu korang ker?? hehehehe

Thursday, January 21, 2010

Ko ada masalah ngan aku ker?

Maaf...entry ini berbaur LUAHAN PERASAAN,
AWAS..kalu rasa x moh baca, sila ke ENTRY lain..
Terima Kasih

Hello..........hello.......... apa masalah ko kawan??



Aku ada wat ko sakit hari ker?? adesss... apa punya sengal la...

Korang cuba baca MSG ni yek.......

img



Tetiba hantar aku msg gitu??

Asal lak?? Datang bulan ker?? meroyan ker?? sakit dah ker??

Bila tanya x moh cakap...tetiba kata lupa erti sahabat lak??

apa kes??

Kejadian tu berlaku pada bulan December 2009...masa tu aku kat luar..sebaik FB aku connected ngan HP..at least leh balas terus time tu..

Aku balik umah..nak masuk FB dia..tetiba dh x der... dia 'kick' aku dr FRIEND LIST dia...

x lama kendian... selepas sebulan lebih... dapat lak MSG mcm nie lak..

img



Hallo?? hallo?? ni apa la masalah nya..??

Bila aku baca balik...

aku tgk ko msg kgkawan lain elok jek... ngan aku ko diam jek.. ko ingt aku ni boneka???



hanya kerana aku x MSG dia thru FB nie, dia leh meroyan macam org pas pantang... wak lu la...

Meh sini..meh sini.. secara terbuka aku nak bagi tahu KO yek.....

Lepas aku berhenti kerja kat *u******* aku selalu contact balik ngan korang..korang..korang yek... Selalu call, ajak borak dan ajak kuar..sampai aku bersalin siap pelawa g umah ajak makan yek..tp KO ada datag?? HARAM...x datang kan?? puas aku POSTPONE date DEMI KO...tp, KO ada nak usaha nak datang?? x der kan?? ada aku kesah?? x der kan??

Bab CALL la pulak yek...

Aku call, KO sibuk..siap suh call **** sbb KO SANGAT sibuk. Ada intake baru ko kata... ---->> k, aku paham..aku x kaco..

Aku call hari lain, angin KO lak x baik... ko x moh cakap.. ----->> k, aku paham..aku x kacoo ko..

Aku call lagi... KO sibuk lagi.. ----> k, aku give up..aku call **** ngan **** la pulak...

KO ada call aku balik?? x der kan?? ada aku kata ko lupa aku?? x der gak kan??

Aku cuti, x kerja, MC, ponteng kerja... aku g gak *u******* jenguk korang..korang..korang.. demi sebuah persahabatan...

Tp KO..kalu cuti ker,g umah mak ko ker, ada jenguk aku kat KL nie?? HARAM.... x der kan??

Kalu KO x moh KAWAN ngan aku pun, leh guna bahasa elok x?? selama aku berhenti kerja aku x pernah kaco hidup KO.. x pernah nak pinjam duit ngan KO, x pernah jaja citer KO kat org lain x pernah buka pekung KO kat org lain..

ada?? ada??

nak cakap tu, pandang2 la cikit..

cukup baik aku x MERAJUK ngan KO, macam yg KO pernah wat kat aku..

cukup baik aku x MEROYAN ngan KO, macam yg KO pernah wat kat aku...

cukup baik aku x HANGIN ngan KO, macam yg KO pernah wat kat aku...

Jadi...ko x moh kawan ngan aku?? k, sila kan.. lagi pun ko pun dah BLOCK aku dr kawan ko kan??

siap tulis STATUS KO mcm nie:

"kadang-kadang rasa frust dgn sikap sstgh kawan nih... especially yg penah rapat ngan aku satu ketika dulu... menyesal?? ntah la... tp yg pasti kecewa sgt... manusia mmg mudah berubah.. cuma aku jek terlalu percaya erti persahabatan nih.. padahal kawan mmg sng nak cr..tp sahabat susah sgt2... skdr suka2 tuh ramai la.. sedihkan..."



asal..nak minta simpati... silakan..silakan..setakat kawan2 ko yg x kekal lama tu.. ko g la..aku kalu nak berkawan biar sampai hayat.. sekurang2 nya mereka akan membantu aku ketika betul2 susah, betul2 senang...

AKU X KESAH LA!!!!

Aku lebih senang berkawan ngan ORG SAYANG aku .. mereka lebih caring dr KO tau!

Aku sayaang Geng2 Blogger...........

Aku sayang Geng PARLIMEN...........

Aku sayang korang..korang yg sudi menyinggah ke BLOG aku...........

Ada sesiapa x moh kawan ngan aku ker?? sila utarakan SEKARANG!


Bahana 'kemaruk' laman sosial

LAMAN web rangkaian sosial telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Semua lapisan masyarakat baik golongan pemimpin, golongan profesional sehinggalah peringkat kanak-kanak boleh dikatakan majoriti mempunyai laman web rangkaian sosial sendiri. Antara yang paling popular adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung. Manakala laman Friendster mencatatkan pengguna seramai 4.2 juta orang, diikuti oleh laman Myspace 2.1 juta orang dan laman Twitter seramai kira-kira 750,000 pengunjung.

Statistik ini menunjukkan 'kegilaan' terhadap aktiviti melayari laman web sosial semakin diminati dan menjadi satu 'rutin' dalam kehidupan 'pencinta' laman web rangkaian sosial ini. Ia seolah-olah menjadi satu 'ketagihan' bagi pengikut fanatik laman web sosial ini sehingga ada yang sanggup berjaga sampai larut malam bersengkang mata demi untuk berkomunikasi secara maya.

Lebih mengasyikkan apabila laman web sosial ini menyediakan 'permainan' interaktif seperti Farmville. Ia cukup untuk membuat pengikutnya terus 'melekat'. Pantang ada masa terluang, pasti mereka akan memanfaatkan laman kegemaran mereka. Terdapat juga segelintir yang memastikan anak-anak dan si suami atau isteri tidur terlebih dahulu sebelum melayari laman web sosial itu.

Tidak hairanlah seramai 350 juta pengguna telah mendaftar laman web sosial Facebook di peringkat global dan seramai 6.2 juta pengunjung telah mengunjungi laman ini di Malaysia.

Fenomena 'kegilaan' terhadap aktiviti ini memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan masyarakat sehingga ada yang menjadikan membuka laman web sosial ini sebagai 'sarapan pagi' sebelum melakukan aktiviti harian yang lain. Tidak cukup dengan akses melalui Internet, kini 'pencinta' laman web sosial boleh mengakses, mengemas kini informasi dan memuat turun gambar melalui aplikasi telefon bimbit.

Kecanggihan teknologi dan perkhidmatan yang disediakan menambahkan lagi 'keghairahan' pengikut setia laman web sosial ini untuk terus berhubung. Tidak dinafikan kewujudan laman web sosial seperti Friendster, Myspace, Facebook, Twitter, ekawan dan sebagainya dapat mengeratkan tali silaturahim sesama kita, mempertemukan sahabat yang telah lama terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin, bertanya khabar dengan cara yang paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan yang mampu dimanfaatkan oleh pengguna laman web rangkaian sosial ini.

Di sebalik kebaikan yang dinikmati, terselit kesan buruk laman web rangkaian sosial ini. Terdapat segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan laman ini untuk memerangkap gadis-gadis yang mudah dipujuk rayu.

Bermula dengan sembang secara maya, lama kelamaan kemesraan yang terjalin membangkitkan 'keinginan' untuk bersua muka bagi mengeratkan lagi hubungan. Natijahnya, ibarat habis madu sepah dibuang, lelaki yang tidak bertanggungjawab meninggalkan gadis yang terpaksa mengandung anak hasil daripada keterlanjuran.

Dengan angka pengguna Internet di Malaysia menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut dijangka terus meningkat, pastinya tindakan sewajarnya perlu dilakukan sebelum lebih ramai lagi wanita-wanita Malaysia akan menjadi 'korban'.

Kita juga khuatir jika 'kegilaan' laman web sosial ini membantu meningkatkan kes perceraian. Apa yang lebih membimbangkan jika anak-anak yang masih di bangku sekolah turut terpalit hasil kecanggihan teknologi maklumat ini.

Fenomena ini perlu dikawal agar tidak ada lagi gadis Malaysia yang terperangkap dengan jerat 'cinta ekspres' maya.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Perlis

- Di petik dari Utusan Malaysia

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ishk...ishk...terasa sungguh aku....

Lebih mengasyikkan apabila laman web sosial ini menyediakan 'permainan' interaktif seperti Farmville. Ia cukup untuk membuat pengikutnya terus 'melekat'. Pantang ada masa terluang, pasti mereka akan memanfaatkan laman kegemaran mereka. Terdapat juga segelintir yang memastikan anak-anak dan si suami atau isteri tidur terlebih dahulu sebelum melayari laman web sosial itu.



Skrg nie dh lama x berladang... sbb x der masa nak ngadap komputer bila balik kerja...huhuhu....

Sunday, January 17, 2010

[SJ] Hukum Sertai Facebook

Sukalah aku nak berkongsi artikel ini dengan pembaca sekalian...

Marilah kita menyelam iapakah hukum dan kesimpulannya. Semoga ia akan menjadi panduan yang berguna untuk sumer.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SAYA ditanya soalan:
1 ) “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

2) “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'?
Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?
Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

Di petik dari Harian Metro Online

Monday, November 23, 2009

Mari ber FB sampai lebam!

Sapa pasan sejak dua menjak nie aku ber FB menggunakan SMS sahaja?? sapa? sapa?? sila angkat keyboard.. yg nyata tiada hadiah tuk korang kerana menjawab dgn pantas yek..hahahaha :)

ni petikan dari Naib Presiden Celcom

Naib Presiden Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, dengan hanya bayaran RM1 seminggu, pelanggan Celcom boleh mendapatkan kemudahan itu.

"Ramai pengguna Facebook sentiasa ingin mengemaskinikan maklumatnya tetapi tidak dapat melakukannya kerana berada di luar dan tidak mempunyai akses Internet."

"Bagaimanapun, kini mereka boleh mengemaskini status, menghantar nota, menghantar pesanan dan sebagainya dengan telefon bimbit mereka," katanya pada majlis sidang akhbar mengenai perkhidmatan tersebut di Kuala Lumpur, hari ini.

FB



Yer...skrg ni aku x perlu lagi nak online kalu nak update status.. dan aku juga x perlukan BLACKBERRY yg aku idamkan untuk update status jugak...

ha...ni nak citer cikit kat korang..mcm mana aku leh ber FB dgn sesuker hati... sampai ada yg pasan aku asyik update status jerkan... siap ada yang  sound2 aku..hahahaha :)

Best ko... leh membalas2 komen kengkawan, pastu aku lek hai..hai..bye..bye kat wall kawan aku.... terror kan aku??

Sejak aku dh tahu guna... ada juga yg tanya cam ner ko wat? ko beli hp baru ker?? uish....aku beli hp baru?? mampus kalu IR aku tahu wei...hahahaha. tidak ler sampai harus membeli HP baru la wei...

FB



Senang jer nak melanggan.. hanya RM1/seminggu korang leh ber FB sampai lebam yek.. x der charge tambahan tau... memang murah giler la..

Tp aku x tahu la telco yg lain, baper hinggit.....

Caranya senang aja...

Taip F dan hantar ke 32665

Selepas dapat confirmation code, korang masuk ke FB korang, kendian masukkan kode pengesahan yg korang terim dn aktifkan.

Kendian guna la sepuas nya selama seminggu. Pas seminggu, charge RM 1 akan di potong...

Untuk melanggan perkhidmatan ini, pelanggan yang telah mempunyai akaun Facebook hanya perlu menaip "F" dan menghantarnya ke 32665 dan mereka akan menerima kod pengesahan.

Kemudian, mereka perlu memasuki laman web facebook dan klik pada bahagian 'SETTING' dan kemudiannya memilih 'MOBILE' dan masukkan kod pengesahan itu.

Maklumat lanjut lawati laman web www.channelx.com.my

Amacam?? x teringin ker??

FB



Nak hantar kat FB pun mesti ada caranya...ni aku bg yg biasa aku pakai la...

UPDATE STATUS - aku terus taip jer dan hantar ke 32665

WALL FRIEND - Taip WALL SUHAILA ZAIRE oit...buat apa tu?? (kene ingat la usernae kengkawan yek..kalu tidak x samapi la...)

MSG FRIEND - Taip MESSAGE SUHAILA ZAIRE hari ni ada perjumpaan tau! (msg ni akan masuk inbox korang, x akan dipaparkan di WALL korang.)

rasanya itu jer kot yg aku biasa wat.yang lain lom pernah cuba la..

nanti ada yg terbaru, aku updatekan yek...

So apa lagi, meh kita ber FB samapi lebam!! yehaaa :)

Monday, November 16, 2009

Jangan la dikau katagih kerana ia

Tu la...dr dulu aku dh cakap...jangan terjebak..jangan terjebak.., bila dh terjebak.. x leh dh nak undur2 diri.. dh terjebak, x pepesal dh ketagih...

Adess... tu la penangna FB skrg nie.. memula x pandang, pass dh cuba..adess.. hari2 mau..

FB

Tgk..tgk.. ni la kerja aku kalu balik umah ngan kat opis.. membina ladang.. dh beli kandang LEMBU dah..

Punya la gigih aku nak naik LEVEL 11 tu... hari2 kene berladang.. padahal kat belakang umah aku tu, daun kunyit pun dh mati.. :)

FB

Sekarang tgh nak try naik level.. nak cuba challange kawan2 aku nie..

Ishk... kalu internet umah aku tu lajuuuuusssssss....mau hari2 aku ngadap internet tu.. :)

Korang dah ADD aku kat FB ker?? kalu lom...sila lah ADD aku yek... :love:

Monday, October 26, 2009

Aku adalah Redmummy Fan!

Aku adalah REDMUMMY Fan!! wah...poyos jerkan bunyi nya... sibuk tul aku.. habis satu blog ni aku nak canang kan?? macam la aku sorang jer...padahal Redmummy tu dh beribu-ribu yang menjadi pengikut setia nya... aku ni baru jer... baru?? emm...dalam sekitar tahun 2008 bulanOgos kot...aku baru kenal kak Red...

Aku kenal Redmummy Blog nie pun setelah aku ter'tengok' di blog org... memula aku jadi pelik...sebab nya..habis setiap blog org mesti ada REDMUMMY...apa la yang menariknya blog Redmummy ni yek! aku pun g la terjah....

wah...ko.. bila dh terjah... makin menjadi2 lak aku menerjah... mcm pepatah melayu tu...x kenal maka x cinta, bila dah kenal..maka dah cinta.. bila dh cinta..hari2 aku jadi perindu... hahahaha...

Bila dia ada Blog.. aku jadi member dia, bila dia ada FB Redmummy aku add jadi member dia, pastu bila ada FB Fan Redmummy, aku add jadi Fan dia.. ada Twitter pun aku add gak... aku rasa apa yang Redmummy bukak..sumer aku add... pasni apa yek...hahahah...giler ah aku kan??

tapi aku bukan nak citer tu... aku nak citer lain...yg ini la.. masa aku tengah syok melayari blog kak Red nie.. aku terpandang kat bahagian sidebar dia.. ala...yang BECOME A FAN tu... faham x?.

img



ha..ingat x paham.. letak gmbr baru korang paham yek...

Sekali pandang ...eh..eh...muker aku la..hahahaha... seyes ko... cam malu lak.. tetiba gmbr aku terpampang di blog org pemes lak tu... hahahaha... siapa lah aku nie kan??

img 2



ni aku kasi print screen tunjuk kat korang...hahahaha... bapak besau aku tempek kat blog aku... mesti korang kata "ee...poyo jer sumijelly...tu pun nak heboh sekampung" hahahaha... bukan aku punya gambar jer... sepupu aku si Ayu pun ada...selang sebelah jer ngan aku...

"Ayu.... ko ni mcm x leh berpisah ngan aku yek.. dimana ada aku, disitu pun ko ada walaupun dalam blog kak Red yek!! hahahaha"

pedulik apa aku...janjji muker aku terpampang kat citu...poyo x poyo... aku memang poyo pun... hahahah!!

maka...sila la jangan muak tgk blog aku yek! hehehehe

Thursday, September 10, 2009

Terima Kasih atas ucapan itu..

Oh...terima kasih bebanyak kengkawan..
atas ucapan TAKZIAH tuk sumi sekeluarga..
di Blog Sumijelly dan Facebook....

Terima kasih semua...
itu la guna nya kawan ketika susah dan senang...

Semoga hari2 akan mendatang
dapat ku tempuhi dengan tabah...

FB

Tuesday, September 08, 2009

Nak kad raya? Sila baca entry ini...

Opps...lupa lak... ini adalah sitcky post...
new entry...sila croll kat bawha yekk...TQ


kad raya



wah..wah..wah...lagi 11 hari jer kita nak beraya kan??
hah...aku ada satu benda nak kasi kat korang-korang la..
tapi....LIMITED EDITION jer..tau..
kiranya sapa cepat dia dapat la..

pada yang baca entry aku kat FACEBOOK tu,
sila baca sepenuhnya kat blog aku yek...
segala komen di FB tuk entry ini tidak akan dilayan yek..
hehehe....

nak tau apa dia??
ha...sila baca sampai habis yek entry nie..
klau idak..x der arr aku nak kasi tau..
hints2 pun x dapek ko nak hidu yek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...