Friday, October 21, 2016

Cuti sekolah tambahan 3 hari sempena Deepavali


Bulan Oktober ni, gaji dapat awal sebab ada perayaan Deepavali.... sekarang ni kalau cuti perayaan dapat cuti tambahan.. senang sama rata kan..hik3

Tapi tu la.,. yang cuti pun budak sekolah jer... mak pak kene kerja macam biasa, sebab bukan jatuh hari ahad pun...hik3

Jadi awal bulan Oktober hari tu... Kementerian Pendidikan Malaysia dah buat pengumuman penambahan cuti sekolah sempena Deepavali


Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat siarannya bilangan 19 Tahun 2015, menyelaraskan bahawa cuti perayaan Deepavali bagi sesi persekolahan tahun 2016 diberi cuti sekolah tambahan selama tiga hari.

Menurut kenyataan daripada laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia, tarikh cuti perayaan itu sudah diselaraskan bagi sesi persekolahan tahun 2016, yang membabitkan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Cuti sekolah bagi perayaan Deepavali sudah ditetapkan iaitu bermula pada 29 Oktober sehingga 1 November 2016 bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. Manakala cuti perayaan bagi sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya, bermula pada 28 Oktober Sehingga 1 November 2016. Katanya, semua sekolah hendaklah mematuhi cuti perayaan yang diperuntukkan Kementerian dan cuti berkenaan tidak perlu diganti.

Info : Berita Harian


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...