Friday, October 14, 2016

Hotel Kuala Terengganu dan kawasan menarik di sekitarnya

Siapa pernah ke Terengganu?


Saya dah lama tak ke Terengganu... kali terakhir pergi adalah pada Tahun 2004... masa tu selepas berkahwin... my IR la bawa bercuti ke sana bersama keluarga... dah la ketika tu saya tengah mengandung anak pertama...hik3

Tapi masa tu tak rancang sungguh nak menginap di mana pun....main redah jer... tapi sekarang ni senang jer nak wat perancangan... semua ada.. dari segi penginapan.. tempat makan dan juga tempat-tempat menarik yang boleh di lawatai di sekitar Terengganu.

(credit to : zaranfamily blogspot )

Mungkin akan datang saya boleh cuba menginap di Primula Beach Resort yang terkenal dengan pemandangan yang berlatar belakangkan pantai yang menakjubkan.Ia dibina pada sekitar tahun 1984. Resort yang menjadi salah satu trademark negeri Terengganu ini menggamit pengunjung dengan keindahan air laut yang jernih dan pasir pantainya yang bersih. Selain itu, resort ini terletak hanya beberapa kilometer dari pusat perniagaan dan beberapa tempat menarik di sekitar bandar ini.

Sama macam kat tempat-tempat penginapan yang lain, terdapat beberapa jenis bilik yang dirasakan sesuai dengan keperluan dan citarasa pengunjung antaranya ialah Primula suite, queen suite, executive suit, deluxe dan superior. Ada juga bilik-bilik yang mempunyai tingkap atau balkoni yang menghadap laut dan ada juga yang menghadap taman. Apa yang berbeza dari tempat lain ialah, di sini terdapat pantainya terasing daripada orang awam atau dalam bahasa lainnya disebut juga sebagai "private beach" la.



Jadi untuk korang yang nak datang berbulan madu ke Kuala Terengganu tu, sini lah tempat penginapan yang paling sesuai. Kalau bab makan, jangan risau. Terdapat sebuah restoran iaitu Restoran Bayu (di level lobi hotel) yang menyediakan pelbagai juadah tempatan dan antarabangsa yang sangat superb. Ada macam-macam jenis buffet dan ala carte menu yang mesti dicuba di sini. Selain tu, bagi korang yang nak makan di tepi laut, di bawah cahaya bulan dan  bintang-bintang, korang boleh cuba makan kat Anjung Bistro, manakala Kuala Kopi Lounge pula menjadi pilihan mereka yang lebih inginkan suasana makan sambil  bersantai.

Tengok bertapa detailnya saya g cari maklumat mengenai Terengganu.. supaya nanti percutian saya yang akan datang, saya tak nak ketinggalan merasai semua nya...hehehe


Bagi saya la kan kalau nak menginap di Terengganu ni senang jer nak cari. Search jer all hotel Kuala Terengganu melalui Traveloka ni.... Masukkan tempat, tarikh penginapan dan tekan jer SEARCH HOTELS... nanti akan keluar segala senarai dari harga murah ke mahal dekat ke jauh malah dari 1 bintang ke 5 bintang.. semua ada... Harga jauh lebih murah dengan harga asal kalau booking melalui Traveloka ni.... yang penting tak ada harga tersembunyi  ok! Kan senang tempah awal-awal dulu sebelum pergi.. nanti tak derla nanti bila sampai Terengganu baru nak tercari-cari hotel... nanti penuh pula hotel.

Kalau nak rasa makanan laut kat Terengganu... boleh try ke sebuah gerai di tepi pantai kat area Mengabang Telipot.. dengar cerita warung di situ sangat popular tau.... mana taknya ada sotong celup tepung, ada ikan celup tepung eh..udang pun ada tau.... kalau g ke situ.. beratur memang panjang la... tu yang jadi pemes kot gerai tu.... makan panas-panas kan...mesti sedap dengan mengadap pantai lagi syok...hehehehe

(kredit : Danielctw.com)

Kalau ke Terengganu, mestila ke tempat yang menarik dan popular antaranya China Town kerana ia mempamerkan seni jalanan kontemporari. Di sini, korang berpeluang memilih buah-buah tangan untuk dibawa pulang. Fridge magnet, keychain dan barang-barang hiasan yang lain mudah didapati di kedai-kedai cenderamata kat sini. Hasil seni ini adalah refleksi kepada keunikan seni Terengganu yang korang takkan boleh dapat kat negeri-negeri lain. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Bukan itu je, daya tarikan China Town ini juga adalah kerana persekitarannya yang rustic gitu. Ianya terletak di Jalan Kampung Cina juga dikenali sebagai Jalan Bandar.

Pekan kecil ni dikelilingi dengan kawasan kejiranan yang padat, bangunan-bangunan warisan, kuil-kuil serta kedai-kedai ubat herba. Kalau anda lalu je pun dah dapat bau bauan herba di situ. Rupanya kat kawasan ni terdapat banyak homestay di Kuala Terengganu. Jadi kalau korang rasa taknak menginap di hotel, boleh la cuba tempah homestay-homestay kat sini.

(kredit : Tayargolek.com)

Lagi senang kalu dapat hotel yang dekat-dekat dengna pantai, tempat-tempat makan senang nak berjalan kaki dari satu tempat ke tempat yang lain, nant boleh la cari hotel di Terengganu yang sesuai kat sekitar sini. Sebenarnya banyak je lagi tempat menarik kat sini macam Masjid Terapung, Pasar Payang, Pulau Dayang, Muzium Negeri eh.. macammacam la.. tak tersenarai la pulak nanti. Kalau boleh menginap area sini. sekurang2 nya 3H 2M la nampaknya.. mana cukup nak pergi semua tempat dalam masa sehari kan?

Jadi nanti boleh la merancang betul-betul sebelum pergi ke Terengganu.. lagi pun inilah masanya bercuti bersama keluarga sambil berehat-rehat kan?

Jom ke Terengganu!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...