Tuesday, May 31, 2016

Pesta Floria 2016

Untuk sekian kalinya.... kali ni berjaya juga pergi ke Pesta Floria....hahahaha


27 Mei 2016 - 4 Jun 2016
Tiket : RM7.50 (dewasa) / RM 3.50 (kanak-kanak)


Meh la layan gambar-gambar yang sempat saya snap semasa di sana tadi... hahahaha

Panas lit..lit sungguh.... sesuai tul bergambar kan... baru pencahayaan banyak...hehehe











Okla... letih gak nak berjalan jauh-jauh....

Minggu ni jerla last pestanya... sekarang dah boleh tengok boat-boat waktu malam... tapi tak larat pula nak ke sana memalam...hahahaha


Jadi kalau berkesempatan... jemputla ke FLORIA... tahun depan tak tahu la berapa pula harga tiket masuknya...hehehehe

Cuti Sekolah Bulan Mei 2016

Laaaa...... sedar tak sedar.. dah masuk cuti sekolah rupanya....

28.05.2016 - 12.06.2016
(2 minggu)

Rupanya.. dalam minggu cuti sekolah masuk minggu ke-2 adalah Bulan Ramadhan...

Tak sangka bulan Ramadhan kali ni masuk waktu cuti sekolah.. jadi dapatla anak-anak berehat kat rumah.. dan tak tahu la.. berapa kali la pintu peti ais bakal di buka sepanjang hari...hahahaha

Di sebabkan cuti sekolah jatuh pada bulan Ramadhan.. nampaknya x der ke mana-mana la yek... hahaha..

Tapi syok juga kalau dapat menginap kat Hotel.. bersahur di waktu pagi dan berbuka puasa di hotel.. tapi tak merancang.. maka tak dapat la nak pergi.. tak teringat

Dulu bila ada promosi.. teringin sangat nak try berbuka dan bersahur kat hotel.. tapi bukan cuti sekolah.. tak dapat nak pergi... ni dah cuti sekolah.. terlupa..hahaha

Tak perla.. buka di rumah pun lebih baik..tak der membazir..hehehe

Selamat bercuti sekolah dan selamat menyambut bulan Ramadhan semua!!

Monday, May 30, 2016

Menjamu Selera di Nando's, Alamanda Putrajaya

Ni cerita minggu lepas.. tak sempat pula nak update...hahaha

Macam man anak jadi blogger tegar ni.. update blog pun apa la pemalas sungguh,.....


Ha... untuk yang tak tahu... Nando's dah tukar tempat tau.. tak ada lagi kat tingkat atas...sekarang kat tingkat bawah.. depan Bowling Centre tu....

Tok sah la koang g cari kat atas lagi.. dah ada kat bawah.. sebelah panggung wayang GSC jer ko.. sebelum tengok wayang... leh la makan sini..hahaha

Dah sampai tempat meja.. ko jangan la nak duk tengok kiri kanan .. cepat-cepat panggil pelayan.. kang lambat ayam ko masak...

Jom tengok menu Nando's




Ni la masalahnya... ko tengah snap gambar.. kawan ko g rampas menu .... 


Padan la muka.. nampak sejambak tangan atas menu tu... korang nak tahu apa menu nya.. g sendiri la ke Nando's....  apa jenis kawan la.. jeles tengok aku snap2 gambar menu la tuew.. wakakaka

Ok.. pas dah order makan.. moh tengok sekeliling tempat Nando's




Tak la besar kan? Tapi boleh la kalau nak g makan beramai2.....

Nak lagi besar.. ko g jer IOI City Mall.. memang besar dan luar sikit dari Alamanda ni....

Ohya... ni nak bagi tau kat korang.. kalu g Nando's ni.. korang install la App dia kat Google Play Store tu


Tak rugi pun ko download APPS NANDO'S MALAYSIA ni weii....


Ni muka depan lepas install yek...


Selalunya... sebelum order tu.. 

Korang tunjuk dulu ID Nando's ni... sebab setiap kali makan.. nanti akan dapat 1 rewards dalam bill......


Nanti leh nampak la macam ni... haaa.. ko leh tahu la berapa kali ko g makan Nando's.... ala.. kalau ko tak g makan sendiri pun.. kawan-kawan ko g makan.. ko suh la dia guna ID ko.. apa susah..wakakaka


Ko dah banyak kali melantak kat situ... nanti dapatla 1 ayam PERCUMA... walaupun 1/4 ayam sahaja.. tetap makanan kan?


Ha.. ni ler rupa ayam PERCUMA tu kan.... 

Kalau jenis kaki makan banyak.. boleh la makan ayam PERCUMA ni bila dah banyak kali makan kat Nando's kan?





Ni antara menu-menu yang kawan saya makan... hahaha

Kalau pandai la.. mana satu menu saya.. keh3


Suka makan ayam Nando's ni kalau ada 3 sos ni...

Tomato tu makan kentang.. pastu tambah garlic peri-peri.. perghhhh terangkat...


Total keseleluruhan nya.. tak sampai pun RM100.00++ pun... 

Tapi Nando's ni.. anak-anak tak gemar.. mereka suka lagi makan Kenny Roger Roaster tu.... hhehehe

Kla... ilang dah ngidam nak makan Nando's ni.. dari hari tu kot nak makan...hehehe. Terima kasih kat kawan.. sebab sudi banjer kita...hehehe



Nikmat makan tanpa layan gajet



Keratan Akhbar Harian Metro : 29 Mei 2016 (Ahad)

Thursday, May 26, 2016

Hei Sushi Menu Istimewa Ramadhan 2016

Selalunya bulan puasa orang akan makan nasi .. kali ni apa kata sesekali makan pula makanan ala jepun... SUSHI....


Hei Sushi di Alamanda Putrajaya ini adalah cawangna yang pertama di Malaysia

Lokasinya di aras bawah.. berdepan dengan pusat bowling dan berdekatan dengan escalator...




Walaupun kawasan nya kecil.. tapi jangan risau...

Tempat tetap ada.... ruang yang bersih teratur serta santai sahaja...

Yang penting tempat memasak nya terbuka.. boleh nampak terus bagaimana penyediaan makanan dari dapur kan?



Di Hei Sushi, untuk menu hidangan kali ini telah menawarkan sesuatu yang berbeza dan pastinya memenuhi citarasa masyarakat Malaysia amnya.


Bermula dari 23 May sehingga 31 Julai 2016 seawal jam 6 petang sehingga 9.30 malam, Hei Sushi menawarkan pelbagai jenis hidangan berbuka dengan gaya Jepun.

Terdapat 3 set hidangan untuk menu istimewa dari Hei Sushi kali ini....


Set A...

Sesuai untuk seorang...


Ramadhan Set A (Harga RM19.90)

Hidangan utama boleh pilih;

  • Katsu Jyu (pilihan sos samada kari, teriyaki atau kuah kacang pedas) atau
  • Tori Jyu (pilihan sos samada kari, teriyaki atau kuah kacang pedas) atau
  • Tenzaru Inaniwa Udon (mee udon bersama udanng dan sayur digoreng ranggup) atau
  • Tori Inaniwa Udon (mee udon bersama hirisan ayam panggang)

bersama

  • Buah kurma
  • Salad atau sup miso
  • 1 minuman sejuk red passion


Set B....

Seusai untuk seorang tapi nak makan banyak...hahahaha


Ramadhan Set B (Harga RM25.90)

Hidangan utama boleh pilih;

  • Katsu Jyu (pilihan sos samada kari, teriyaki atau kuah kacang pedas) atau
  • Tori Jyu (pilihan sos samada kari, teriyaki atau kuah kacang pedas) atau
  • Tenzaru Inaniwa Udon (mee udon bersama udanng dan sayur digoreng ranggup) atau
  • Tori Inaniwa Udon (mee udon bersama hirisan ayam panggang) atau
  • Kaisen Inaniwa Udon (mee udon bersama seafood)

Side dish boleh pilih ;

  • Spider Maki atau
  • Otak-otak harumaki atau
  • Sunshine maki atau
  • Ebi tempura

bersama

  • Buah kurma
  • Salad atau sup miso
  • 1 minuman sejuk red passion

Set C....

Untuk 4 orang... eh.. sesuai gak untuk makan seorang..tu kalau rasa lapar sangat ni... tapi macam banyak jer.. apa salah makan ber 4 kan.. boleh borak2 sambil makan...hehehe



Ramadhan Set C (RM129.90)

Hidangan utama boleh pilih 4 antara;

  • Heri Tori Specialty atau
  • Tori Chicken atau
  • Shake Kara + White Rice
  • Ika Kara + White Rice
  • Tenzaru Inaniwa Udon (mee udon bersama udanng dan sayur digoreng ranggup) atau
  • Tori Inaniwa Udon (mee udon bersama hirisan ayam panggang) atau
  • Kaisen Inaniwa Udon (mee udon bersama seafood) atau
  • Saba Kara + White Rice

+
Side dish boleh pilih antara 2;

  • Spider Maki atau
  • Hei maiki atau
  • Sunshine maki atau
  • Hana neta
  • Tempura Moriowase
  • Temari combo
  • Sashimi platter (3 jenis)

bersama

  • Buah kurma x 4
  • Salad atau sup miso x 4
  • minuman sejuk red passion x 4

Menu semua dah tengokkan...

Jom tengok secara close up....






Jadi pada yang kene makan nasi juga berbuka... jangan risau..

Menu nasi ada..  makan dengan Shake Kara @ Ika Kara @ Saba Kara... sedap sambal nya.. pedas-pedas manis....hehehehe

Jadi pada yang ingin kan kelainan untuk berbuka puasa ramadhan kali ini..

Waktu menu untuk berbuka puasa di buka dari :

6.30 petang - 9.00 malam
(23 Mei 2016 sehingga 31 Julai 2016)


Boleh la cuba makan di Hei Sushi

Hei Sushi 
P03A Plaza Alamanda
Putrajaya

No Telefon : 03-88931066

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...