Sunday, July 06, 2014

Bariani Ori Kinrara Buffet Ramadhan 2014

Inginkan kelainan untuk makan buffet sempena ramadan kali ini?

Apa kata cuba singgah di Briani Ori Kinrara... menawarkan makanan ala-ala air tangan ibu serta Briani Ori dari Johor. Konsep yang lain dari yang lain...seperti makan di rumah sendiri sahaja....

Nak tahu menu apakah yang di hidangkan sepanjang Ramadhan kali ini?

Jom tengok menu-menunya.....


Nasi Putih bersama lauk udang masak lemak kacang panjang, sayur bayam, udang sambal, ayamg goreng berempah, tempe goreng


Pecal  + kuah kacang, potato salad, nasi goreng, mee goreng, salad timun + baby tomato


Nasi Briani mesti tidak akan di lupakan..... menu utama untuk setiapp hidangan... Ayam + Daging


Terdapat juga bubur lambuk serta bubur pulut hitam penambah selera......


Karipap goreng, cucur goreng, samosa, puding serta kurma sebagai pembuka selera.....


Kuih muih serta buah-buahan sebagai pencuci mulut...


Malahan... air minuman juga di sediakan dalam 2 jenis... sejuk dan panas...




Ruang makan yang selesa serta di sediakan surau untuk menunaikan solat maghrib.


Berselera anak-anak menjamu.... Danial siap tambah udang sebanyak 2 kali... sedap masakan nya... dan yang penting anak-anak berselera menambah.




Jadi apa tunggu lagi... jika ingin kan kelainan menjamu selera sepanjang Ramadhan ini, boleh la berkunjung ke Bariani Kinrara Kafe & Katering yang terletak di Bandar Kinrara


Harga serendah RM14.00 untuk kanak-kanak serta RM28.00 untuk dewasa.

Untuk tempahan berbuka sila hubungi 013 - 644 1717.

Jangan lupa singgah ke Bariani Ori Kinrara untuk merasa sendiri masakan seperti di rumah sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...