Wednesday, July 23, 2014

Jom layari ALTEL, di mana-mana jua

Wah........... tagline ALTEL tak boleh blah...hik3


Gigih ok mencari ALTEL ni....... try call area Kajang.. semua habis... last-last sekali call area Seri Kembangan... baru la dapat... tapi nombor tak chantik lak...hahaha

Tak per... kita try..test..cuba dulu.. leh dapat tak kelajuan yang di gembar gemburkan... kata internet berdesuppppppppppp laju tu kan??

Tapi murah la internet nya RM28 untuk 1GB, RM48 untuk 2GB... sama la mcam U Mobile kan?

So.. raya ni kita lenjannnnnnnnnn la internet ALTEL kan??hehehe...

Iklan Raya RTM 2014

Asal raya jer, yang di tunggu-tunggu adalah iklan raya...hehehe. Saya pun suka layan iklan raya... kalu kat TV banyak yang di potong nya... jadi nak feel layan la kat you tube...

Kali ni Iklan Raya dari RTM mecuit perasaan sedikit... maklum la masing-masing ingin menghasilkan iklan raya yang terbaik..hehehe


Amacam.. best tak iklan raya yang di hasilkan oleh RTM??

Banyak maksud nya.. maklum la di zaman serba IT di... memang betul pun apa yang di sampaikan. Ingat dulu, kalu balik kampung... panjat pokok.. pasang pelita, sapu laman, main kejar-kejar, pasang langsir...

Tapi sekarang, semua mengadap GADJET... tapi jangan la mengadap sangat kan? sesekali layan la kampung halaman kan?

Jadi pandai-pandaila masing-masing bila balik kampung yek.... Selamat Hari Raya semua..hik3

Tuesday, July 22, 2014

Minggu terakhir Ramadan 1435H/2014M

Wah.........sedar tak sedar minggu ni adalah minggu terakhir Ramadan bagi 1435H....

Bagaimana semua? Persiapan dah siap ker??


Saya buat secara sederhana... kali ni berjaya buat kuih raya sendiri...


Terhasil la 6 jenis kuih raya...antaranya :

  • Almond London
  • Biskut Dahlia
  • Biskut Nestum
  • Biskut Cornflakes
  • Cornflakes Madu
  • Kukis Coklat chip
Buat sambil di bantu malah di ganggu oleh anak-anak...hehehehe Biasala... sorang-sorang kacau.. lepas dah masak.. sorang-sorang pula datang makan...

Sudahnya 1 balang Almond London saya habis di kerjakan oleh anak-anak...hahahah

Tak perla.. walaupun tak sempat nak hidang tuk raya.. yang penting anak-anak sukadan gembira,....

Sambil buat kuih raya tu, sempat la juga buat KAD UCAPAN yang di hasilkan oleh Huzaiman...hehehe


Saya potong satu persatu perkataan yang di ambil dari suratkhabar, kemudian susun dan minta dia gamkan di kad board...

Dan terhasil la kad UCAPAN raya untuk semua...hehehe

Jadi, pada yang masih buat kuih raya, masih mencari baju raya.. silakan... ada yang kata lagi lambat menyiapkan persediaann raya lagi meriah... terpulang la kan.. hak masing-masing.

Ohya.. cuti pula bagaimana semua? Berapa lama tu? Mungkin ada yang dah mula bercuti esok,lusa,tulat atau sabtu baru pulang ke kampung?

Semoga perjalanan pergi dan balik dalam keadaan selamat. Pandu cermat, jiwa selamat.

Tuesday, July 15, 2014

Horlicks Coklat penambah selera anak-anak

Sapa pernah minum Horlicks??

Ingat lagi masa saya kecik2 dahulu... saya pengemar Horlicks juga.. tapi bila meningkat dewasa dah tak minum lagi..hik3



Bila lihat Iklan Horlicks ni memang mengamit perasaan la kan...

Kini bila dah menjadi seorang ibu dan memiliki anak-anak, saya tak berkira jika anak-anak ingin mencuba rasa horlick juga.

Maklumla minuman Horlicks ni dipenuhi 23 khasiat penting, termasuk kalsium untuk pertumbuhan tulang yang kuat, protein untuk membina tisu badan serta multivitamin dan mineral, Horlicks® Chocolate baru mengandungi kebaikan semula jadi susu, barli malt dan gandum untuk membekalkan keperluan pemakanan keseluruhan kanak-kanak. 


Penyediaan pun tak susah mana pun.... anak-anak pun boleh buat sendiri, tapi mesti lah dalam pengawasan ibu bapa yek.

 Memula, masukkan 2 sudu besar Horlicks

Kalu rasa nak manis lagi boleh tambah susu sikit, jika tak suka manis sekadar serbuk Horlicks pun dah cukup.


Tambahkan air panas... jika suka sejuk, tambah dahulu air panas dan larutkan dahulu, kemudian baru tambah air sejuk dan ais batu.


Ok.... dah siap Horlick yang di bancuh oleh Danial...


Dah sedia untuk di minum... senangkan??

Anak saya si Danial pun tahu buat sendiri bila di ajar.

Untuk makluman semua, Horlicks ini didatangi dalam pelbagai jenis pek. Antaranya

 1kg (RM 21.50) @ 2kg (RM42.00)


 
400 gram (RM 42.00)


 200 gram (RM 6.50)

atau dalam uncang 3 dalam 1 (RM10.50) untuk memudahkan ia dibawa kemana-mana.

Untuk makluman semua, Horlicks®, memperkayakan rumusan yang sedia ada dengan campuran mikronutrien bagi membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Horlicks® Chocolate membekalkan kanak-kanak 23 zat penting termasuk kalsium, protein dan multivitamin untuk menyokong keperluan tumbesaran dan perkembangan menyeluruh mereka.

Di Malaysia dengan 13.2% kurang berat badan dan 15.8% menunjukkan tumbesaran yang terbantut.  Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh tabiat pemakanan yang kurang sihat seperti tidak mengambil sarapan pagi, kerap mengambil makanan ringan dan makanan segera, kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran5. Ini pula berkaitan dengan kekurangan mikronutrien seperti zat besi, iodin, vitamin A dan vitamin D yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat.

Hari ini, formula Horlicks® boleh membantu menangani ‘hidden hunger’ (kelaparan tersembunyi), isu pemakanan yang berkaitan dengan kekurangan mikronutrien, yang masih wujud di kalangan kanak-kanak di Malaysia.


Kelaparan tersembunyi tidak sama seperti kelaparan akibat kekurangan makanan. Ia adalah kekurangan vitamin dan mineral kronik yang biasanya tidak menunjukkan tanda amaran yang jelas, jadi orang yang menderitainya tidak menyedarinya. Akan tetapi kesannya tetap memudaratkan kerana kelaparan tersembunyi boleh menyebabkan perkembangan mental yang lemah, kesihatan fizikal dan produktiviti yang rendah.  

Wanita dan kanak-kanak daripada kumpulan berpendapatan rendah di negara-negara  membangun selalunya paling teruk terjejas, tetapi kajian tempatan di Malaysia menunjukkan bahawa kanak-kanak sekolah di kawasan bandar seperti KL dan PJ juga turut mengalami kekurangan mikronutrien termasuk vitamin D yang penting bagi penyerapan kalsium. Kekurangan zink, zat besi dan iodin juga diperhatikan di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Oleh itu, adalah penting untuk memberitahu ibu-ibu dan mendidik kanak-kanak sejak kecil untuk makan dengan betul dan mengamalkan diet yang seimbang yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan mineral
- Profesor Dr Khor Geok Lin, Profesor Pemakanan dari Universiti Perubatan Antarabangsa Malaysia (IMU),
Jadi ayuh ke Pelancaran Horlicks® Chocolate yang akan memulakan siri jelajah yang melibatkan keluarga dalam aktiviti yang menyeronokkan, serta Trak Bergerak Horlicks® yang menawarkan sampel percuma yang akan berhenti di pusat membeli-belah terpilih dan lokasi lain yang bertrafik tinggi di seluruh Malaysia.

Monday, July 14, 2014

Berbuka puasa bersama Shaheizy Sam di Restoran Bijan

Hari Sabtu lepas (12.07.2014) saya berpeluang berbuka puasa bersama artis hokey! hahahaha

Yang penting boleh bawa keluarga... itu yang menyebabkan saya nak pergi dan nak mencuba nasib. Ala.. hanya hantarkan resepi menggunakan kicap Mahsuri, nanti mereka akan pilih pemenang nya...

Jadi bila dah berjaya.. apa lagi.. harusla pergiiiiii....hehehehe


Pest time pergi Resotan Bijan ni.. kat Jalan Conlay, KL.

kuar rumah dalam kul 5.30 petang... sampai situ dalam  6.10 ptg terus g parking... ruapa2nya ada juga yang lagi awal..hik3


Bila program yang boleh bawa keluarga dan jatuh pada hari cuti memang saya akan pergi.. tak kisah la walaupun jauh kan.. Tapi kalu sengsorang tu.. kene fikir 2-3 kali gak... hehehe..Ada kala saya akan bawa juga la sorang dua buat peneman...


Dapatlah bergambar dengan Shahiezy Sam sekejap...

Masa ni baru lepas berbuka... gambar tak berapa chantik, sebab guna HP jer.. dan kat situ lampu ala-ala macam nak tido malam jer...hahaha


Ada la joint game... hahaha... sekejap jer.. kalah la pula

Dapatla sebiji bantal kusyen .... leh la dari tak ada kan...


Sebelum pulang, Danial nak bergambar lak ngan Shaheizy Sam....

Tunggu la kat FB MyMahsuri @ Sinar FM ada tak gambar derang upload, sebab masa kat majlis tu kemain banyak kamera flash sana sini kan... hehehe

Yang penting anak-anak gembira....

Ayam Goreng Kunyit Kasih Ibu bersama Scott

Salam Ramadhan semua.......... bagaimana berpuasa? Masih lagi bertahan? Hari ni sudah 16 hari kita berpuasa... dah siap ker persiapan raya? hehehe


Tuala Scott® Calorie Light telah diuji oleh sebuah badan bebas, dan terbukti mengurangkan pengambilan kalori daripada lemak sebanyak purata 25%* hanya dengan menggunakan 3 helai tuala Scott® Calorie Light untuk menyerap lebihan minyak dari makanan seperti ayam goreng sebelum ianya dihidangkan.

Ia diperbuat dengan teknologi Fiber-Tech terkini dan 100% serat asli, lebih tebal untuk membantu penyerapan minyak terbaik. Tuala ini juga disenduh dengan ekstrak teh hijau, satu  ramuan yang lama dikenali dan digunakan untuk pengurangan lemak



Tidak dinafikan menjamu selera adalah kegemaran rakyat Malaysia. Paling terbaik jika kita dapat menikmati sajian yang kurang berkalori! Dan kini Tuala Scott® Calorie Light premium baru diperkenalkan yang mana ianya direka khas untuk penyerapan minyak yang tiada tandingan.

Ini bagi menangani kerisauan utama rakyat Malaysia iaitu pengambilan kalori yang berlebihan.



Produk ini dapat menyerap minyak dengan mudah dan berkesan, terutamanya lebihan minyak dari permukaan makanan, supaya kita boleh menikmati juadah enak dengan kurang kalori sehingga 25%*!

Dari ayam goreng ke pisang goreng, ketahui pelbagai cara tuala Scott® Calorie Light dapat membantu mengurangkan kalori dalam makanan harian!

Untuk makluman semua juga tuala Scott® Calorie Light premium baru boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya besar, pasar mini dan kedai terpilih di seluruh negara pada harga runcit RM6.20 untuk 2 gulung dan RM14.90 untuk pek 6 gulung (Semenanjung Malaysia) dan RM6.80 untuk 2 gulung dan RM16.40 untuk pek 6 gulung (Sabah dan Sarawak)


Ok..dah tau serba sedikit tuala Scott® Calorie Light premium kan? jadi apa kata saya kongsikan sikit Ayam Goreng Kunyit Kasih Ibu bersama Scott.

Ayam Goreng Kunyit
  • Ayam mentah
  • Serbuk kunyit
  • Sedikit Garam
1. Gaulkan kesemua ayam tersebut bersama kunyit dan garam.


2. Goreng sehingga ayam masak sehingga garing


3. Toskan bersama dengan tuala Scott® Calorie Light premium


Mujur ada tuala Scott® Calorie Light premium, dapat menyerap semua minyak yang terkumpul di ayam goreng, dapatlah mengurangkan kalori minyak yang menyerap dalam ayam.

Jadi cepat-cepat dapatkan tuala Scott® Calorie Light premium di pasaran untuk kegunaan di rumah.
 “Sebagai jenama barangan harian yang lama dipercayai rakyat Malaysia, Scott® berbangga kerana telah mengambil langkah untuk membantu rakyat Malaysia menjaga keluarga mereka dengan cara yang mudah dan berkesan dengan Scott® Calorie Light. Tuala dapur baru ini adalah satu-satunya tuala dapur yang direka khas untuk penyerapan minyak terbaik untuk menangani cabaran terbesar dalam dapur rakyat Malaysia. Ia bukan saja menyerap minyak secara berkesan pada permukaan dapur yang melekit tetapi juga dari makanan, oleh itu pengguna boleh menikmati makanan lazat yang kurang kalori dengan cara yang mudah.” 

* Berdasarkan kalori dari pembacaan lemak (Kcal/100g) ujian makmal yang dijalankan oleh pihak ke-3 makmal antarabangsa dengan menggunakan 3 helai tuala Scott® Calorie Light pada ayam goreng

**data dari 2005-2007

Tuesday, July 08, 2014

Akasia : Kerana Terpaksa Aku Relakan

Ayoooooooooo...yooooooooooo.... habisla.. habisla... 14 July adalah episod terkakhir ...

Sapa tengok citer tu???


Pelakon utama yang lelaki tu pest time berlakon watak utama kan? Amar Bahrin.... syok tul tengok dia berlakon..kene lak tu wataknya jadi Tajul Razin...

Meh baca sipnosis dia jap :

Akan datang di Slot Akasia, drama adaptasi dari novel, Kerana Terpaksa Aku Relakan ini akan bersiaran selepas Aku Isterinya. Hero dan heroin, Amar Bahrin, Izreen Azminda.

Sinopsis novel. Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.
Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.
 
Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.
“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin
Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…
“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina
Sumber: Karyaseni
 
 
*********************************************

Ishk.............. nampaknya macam kene jer beli  buku ni.....

Memang menjadi la watak Izreen dalam citer ni.. belum lagi masuk citer kakak tirinya dan emak tirinya..hehehehe

Okla... kalu tertinggal episod lain, boleh jer tengok di mana-mana blog... ada jer yg uplod...

Selamat menonton...

Monday, July 07, 2014

Apakah kerosakan sistem saraf akibat diabetes?

Pernah tak terfikir, dengan cara hidup kita selama ini... risiko mengalami penyakit yang sememang nya mudah di hidap adalah tinggi risikonya. Antaranya kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Selalunya penyakit kencing manis adalah penyakit yang mudah di hidapi jika kita tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang betul.... maklumla kebanyakkan makanan masa kini berasaskan minyak dan juga makanan segera.

Jika kita mudah di jangkiti, masa inilah untuk kita mencari penawar dan ubat untuk mengubati penyakit tersebut. Ramai yang tidak tahu bahawa tahap glukosa darah yang tinggi bukan saja akan merosakkan saluran darah, malah akan menganggu fungsi anti-bakteria sel darah putih dan sekaligus menjadikan kulit satu medium yang baik untuk tumbesaran kuman bakteria.

Kajian telah dilakukan dan menunjukkan bahawa pesakit diabetes seharusnya mengawal tahap glukosa darah dengan ketat bagi memastikan saraf-saraf dipelihara (termasuk juga organ badan yang lain seperti mata, buah pinggang dan jantung) daripada kesan-kesan buruk akibat diabetes.

Terdapat 2 jenis diabetis yang biasa di hidapi..antarangnya ialah, jika kita menghidap Diabetes Jenis 1, badan tidak mampu untuk menghasilkan insulin. Diabetes Jenis 2 pula adalah jenis yang lebih biasa dijumpai, di mana badan kita tidak mencipta atau menggunakan insulin dengan baik. Tanpa insulin yang cukup dan berkesan, glukosa akan terus memendap di dalam darah.

Lama kelamaan, ia akan mengundang beberapa masalah serius sekiranya terlampau banyak glukosa menimbun di dalam darah. Ia boleh merosakkan mata, buah pinggang, dan urat saraf.

Tanda-tanda kerosakan saraf dan kawasan yang terlibat


Kerosakan ini bermula pada bahagian jari kaki atau jari tangan dan kemudian akan melarat ke bahagian kaki dan tangan dan seterusnya ke bahagian betis dan lengan. Maka pesakit boleh berasa:
  • Rasa sesemut bermula di jari kaki atau jari tangan.
  • Rasa kebas iaitu tidak dapat merasakan sejuk, panas atau sakit pada kaki dan tangannya.
  • Rasa seperti dicucuk-cucuk jarum
  • Rasa lemah otot pada lengan dan mengalami kesukaran untuk bergerak tangannya atau lemah pada betis/peha dan mengalami kesukaran untuk menggerakkan kakinya
  • Rasa tidak dapat mengimbangi badan apabila bangun dari berdiri
  • Rasa amat sensitif pada sentuhan yang lembut
  • Luka pada kaki dan tangan yang lambat sembuh
Maka pesakit diabetis harus selalu memeriksa kaki, terutama di bahagian celah-celah kaki. Ini kerana pesakit diabetis tidak perasan jika mereka mengalami luka dan kecederaan di situ lalu mengabaikan luka itu sehingga ia menjadi lebih parah dan membusuk.

Jika pesakit diabetis mengalami rasa semut dan kebas-kebas, boleh ikut tips untuk melegakannya.

Tips untuk melegakan rasa semut dan kebas-kebas
  • Lakukan urutan pada tangan untuk memperbaiki aliran darah serta mengurangkan rasa kebas. Gunakan minyak panas untuk memberikan kesan urutan yang lebih elok.
  • Balut tangan dengan tuala yang direndam dalam air panas. Pastikan mencubanya kerana kesannya sangat hebat.
  • Lakukan senaman mudah untuk melegakan rasa kebas : Genggam tangan untuk 5 saat dan regangkan kelima-lima jari untuk beberapa saat. Ulang balik sehingga anda berasa lega.
  • Doktor mungkin akan preskrip ubat penahan sakit atau anti-inflammatory drug untuk rasa sakit dan masalah keradangan saraf. Di samping itu, pengambilan vitamin serta supplement yang diperlukan oleh badan juga sangat membantu.
Harus di ingat juga, tidak semua penyakit diabetis mengalaminya.... tetapi mudah mengalaminya.

Antara risiko mendapat penyakit
  • Kandungan gula yang tinggi
  • Mengalami Diabetes melebihi 10 tahun
  • Pesakit diabetes yang obese dengan tidak mengawal berat badan
  • Pesakit diabetic yang mengalami tahap kolestrole yang tinggi.

Pencegahan

Tentang rawatan diabetes atau pra-diabetes, rawatan perubatan konvensional semasa sememangnya telah dapat memberikan ramai penghidap diabetes kehidupan yang lebih sihat dan hayat yang lebih panjang. Namun begitu, rawatan yang paling berkesan bagi diabetes dan masalah gula darah yang lain memerlukan penggunaan strategi yang melibatkan perubahan gaya hidup, kaedah pemakanan dan pengambilan suplemen nutrisi.

Seperti kisah kawan saya yang bapanya menghidap penyakit urat saraf dan dalam masa yang sama mengidap penyakit kencing manis.

Seorang rakan saya iaitu bapanya yang kini mengidap penyakit kencing manis sentiasa mengadu padanya setiap hari tapak kakinya sentiasa sakit... nak pula bila waktu malam... tidurnya x pernah lena gara-gara sakit tapak kakinya yang terlalu sakit. Bapanya pernah mencuba pelbagai produk lain... tapi semuanya tidak memberi kelegaan pada tapak kakinya...

Tetapi baru-baru ni ada dia ada membawa bapanya ke sebuah farmasi berdekatan rumahnya. Seorang ahli farmasi disitu telah mengesyorkan Mecomin Live-Well untuk mengurangkan rasa sakit tapak kakinya....setelah beberapa bulan bapanya makan, semakin hari sakit tapak kakinya semakin berkurangan... kini dia hanya makan Mecomin Live-Well sahaja untukk mengurangkan rasa sakitnya dan sekarang sudah boleh tidur dengan lena pada waktu malam.

Tetapi baru-baru ni ada dia ada membawa bapanya ke sebuah farmasi berdekatan rumahnya. Seorang ahli farmasi disitu telah mengesyorkan Mecomin Live-Well untuk mengurangkan rasa sakit tapak kakinya....setelah beberapa bulan bapanya makan, semakin hari sakit tapak kaki semakin kurang.. Kini, dia boleh tidur dengan lena tanpa mengaru-garu kerana Mecomin telah membantunya memulihkan semula saraf peripheralnya yang rosak.



Kini ramai pakar-pakar perubatan dan juga ahli farmasi telah mengesyorkan produk yang di panggil Mecomin Live-Well  di mana ia membantu mencegah dan menumbuhkan semula jalinan saraf yang rosak - satu komplikasi biasa bagi mereka dengan paras gula darah yang tinggi.

Mecomin adalah sejenis makanan tambahan yang digunakan untuk merawat penyakit urat saraf peripheral neuropathies. Mecomin mengandungi mecobalamin, iaitu sejenis vitamin B12-coenzyme yang sedia ada di dalam sistem darah dan saluran cerebrospinal kita; ianya akan diserap secara aktif oleh tisu-tisu saraf kita jika berbanding dengan vitamin B12 yang biasa.


Dari segi sudut biokimia, Mecomin mempercepatkan metabolik asid nukleik, protein, dan lemak badan melalui tindakbalas khasnya;dengan tindakbalas ini, ianya akan memperbaiki tisu-tisu saraf yang terjejas atau cedera. Kajian saintifik menunjukkan bahawa mecobalamin adalah sangat berkesan dalam rawatan simptom kebas, kesakitan, dan lumpuh yang berasal daripada penyakit sistem urat saraf. Punca kepada penyakit sistem urat saraf adalah penyakit kencing manis dan penyakit saraf sendi yang disebut polyneuritis.

Untuk mereka yang mengalami penyakit tersebut, boleh la rujuk pada ahli farmasi atau doktor untuk makumat lanjut mengenai ubat tersebut.

Sunday, July 06, 2014

Bariani Ori Kinrara Buffet Ramadhan 2014

Inginkan kelainan untuk makan buffet sempena ramadan kali ini?

Apa kata cuba singgah di Briani Ori Kinrara... menawarkan makanan ala-ala air tangan ibu serta Briani Ori dari Johor. Konsep yang lain dari yang lain...seperti makan di rumah sendiri sahaja....

Nak tahu menu apakah yang di hidangkan sepanjang Ramadhan kali ini?

Jom tengok menu-menunya.....


Nasi Putih bersama lauk udang masak lemak kacang panjang, sayur bayam, udang sambal, ayamg goreng berempah, tempe goreng


Pecal  + kuah kacang, potato salad, nasi goreng, mee goreng, salad timun + baby tomato


Nasi Briani mesti tidak akan di lupakan..... menu utama untuk setiapp hidangan... Ayam + Daging


Terdapat juga bubur lambuk serta bubur pulut hitam penambah selera......


Karipap goreng, cucur goreng, samosa, puding serta kurma sebagai pembuka selera.....


Kuih muih serta buah-buahan sebagai pencuci mulut...


Malahan... air minuman juga di sediakan dalam 2 jenis... sejuk dan panas...




Ruang makan yang selesa serta di sediakan surau untuk menunaikan solat maghrib.


Berselera anak-anak menjamu.... Danial siap tambah udang sebanyak 2 kali... sedap masakan nya... dan yang penting anak-anak berselera menambah.




Jadi apa tunggu lagi... jika ingin kan kelainan menjamu selera sepanjang Ramadhan ini, boleh la berkunjung ke Bariani Kinrara Kafe & Katering yang terletak di Bandar Kinrara


Harga serendah RM14.00 untuk kanak-kanak serta RM28.00 untuk dewasa.

Untuk tempahan berbuka sila hubungi 013 - 644 1717.

Jangan lupa singgah ke Bariani Ori Kinrara untuk merasa sendiri masakan seperti di rumah sendiri.

Saturday, July 05, 2014

Samarinda Ramadan - Ramadan Jangan Pergi

Seperti tahun sebelum-sebelumnya.... apa yang selalu saya tunggu adalah drama sepanjang bulan ramadan. Sebelum ini Radious One yang menerbitkan drama yang lalu... kini Bro Jinggo pula.

Kali ini samarinda ramadan bertajuk Ramadan Jangan Pergi


Drama terbaru bertajuk Ramadan Jangan Pergi akan mengisi slot Samarinda (TV3) pada bulan Ramadan tahun ini. Menampilkan Siti Saleha dan Firdaus Rahman Rahman sebagai pelakon utama. Sheila Rusly pula berlakon sebagai ibu Firdaus Rahman dalam drama tersebut .

Drama 15 episod ini hasil terbitan JS Pictures Sdn Bhd diarahkan oleh Jinggo. Jangan lupa saksikan drama ‪#‎RamadanJanganPergi‬ yang akan menemani anda sepanjang bulan puasa ini, bersiaran mulai 25 Jun 2014 iaitu setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10 malam di TV3.

SINOPSIS RAMADAN JANGAN PERGI

Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.

Menjelang bulan  Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.

Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.

*****************************************

Dah 5 episod berlalu..... kalu ikutkan pada nama barisan pelakon citer ini nampak menarik dan juga best... maklum la ada Sheila Rusly dan Eizlan Yusof..... suka dengan lakonan Eizlan Yusof tu.... masa skrg dah banyak kali main peranan jadi bapa-bapa org dah...hehehe

Kalu nak bandingkan dengan drama-drama sebelum ini.... memang menitis la air mata kan... dan tak sabar nak tunggu episod-episod seterusnya.... harap2 buah tangan dari Jinggo begitu juga... melelh air mata... hahahaha

Okla... sapa yang tak berkesempatan nak tgk episod awal.. boleh aja google.. ramai rasanya yang rakam dan upload di You Tube....

Selamat menjalani ibadah berpuasa yek semua!!!

Thursday, July 03, 2014

Hadiah terbaik untuk orang tersayang!

Salam Ramadahn semua... wah. hari ni dah hari ke 5 berpuasa. Macam mana semua?Semoga ibadah puasa kita di berkati dan juga di rahmati.....

Baru-baru ni saya mendapat khabar berita mengenai pemergian kawan di pejabat lama. Meninggal ketika hendak membeli juadah di bazar ramadan Putraijaya..........

Tak sangka, dalam usia 34 tahun dia telah di jemput Allah semasa kita menyambut ramadhan yang ke 2 ketika itu. Lihatla ajal maut tidak mengira usia dan juga waktu. Di mana-mana pun boleh berlaku....

Ketika ini saya teringat, adakah ibubapa saya mempunyai insurans untuk diri mereka? Yer.. rasanya tidak ada. Teringat saya dahulu ayah saya pernah mengalami patah jari kakinya kerana terlanggar kerusi sahaja... banyak kali gak patah...

Belum lagi dengar keluh resah mak saya ketika tidak sihat. Dengan badan yang kini sudah meningkat tua... segaa kerja berat tidak dapat di lakukan lagi.


Dan kini ibu dan ayah saya sudah berusia melebihi 60 tahun dan di kategori sebagai warga emas.

Jadi sebagai anak, mestila ingin memberikan perlindungan kepada iby dan ayah kita kan? Jadi dalam sedang mencari-cari apakah hadia yang bermakna boleh diberikan, terjumpa mengenai AIG INJURY GUARD yang boleh dijadikan hadiah kepada orang tersayang iaitu ibubapa kita.

AIG Insurance kini menawarkan Pelan Insuran ‘Injury Benefit’  yang untuk melindung warga emas. Antara manfaat yang diperolehi dari pelan insuran ini adalah :

1. Melindungi anda sehingga umur 85 tahun

2. Membayar di samping polisi-polisi lain
  •  Injury guard akan membayar di samping faedah-faedah yang anda terima jika andamempunyai polisi insurans yang lain.
 3. Perlindungan 24 jam di seluruh dunia Injury guard melindungi anda di mana-mana anda berada.

4. Daftar diri dengan mudah melalui telefon
  • Dapatkan injury guard dengan menghubungi pegawai perhubungan kami melalui telefon. Tiada borang. Tidak perlu beratur. Tidak perlu pemeriksaan kesihatan.

5. Perlindungan sehingga rm500,000


Injury guard membayar:  
  • Pampasan tunai sehingga rm80,000 untuk kecederaan akibat kemalangan seperti retakan tulang,  terkehel, melecur dan kecederaan dalaman.
  • Pampasan tunai sehingga rm350 sehari sehingga 200 hari jika individu yang diinsuranskan dimasukkan ke hospital akibat kemalangan.
  • Sehingga rm300,000 untuk kematian atau kehilangan upaya kekal akibat kemalangan.
  • Bayaran tambahan sehingga rm50,000 jika individu yang diinsuranskan mengalami kehilangan upaya kekal akibat kemalangan.
6. Serendah rm0.93 sehari
  • Premium bulanan yang berpatutan kami tidak akan meningkat dengan peningkatan usia anda.
7. Perlindungan serta merta
  • Dapatkan perlindungan serta-merta setelah pembayaran anda diterima apabila anda membeli Injury  Guard melalui telefon.

Pelan harga yang ditawarkan oleh Injury Guard seperti berikut :


Untuk keterangan lanjut, bolehla melayari website ini - AIG Injury Guard

Dan tontonilah video ini korang pasti tertarik dengan tawaran yang diberikan oleh AIG Injury Guard - http://www.youtube.com/watch?v=OEXYIqopMrs



Jadi hadiahkan yang tersayang dengan perlindungan yang terbaik!!

Mereka memerlukan perlindungan ketika kita tiada di sisi mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...