Thursday, September 05, 2013

Samsung ATIV Smart PC yang ringan


Samsung Ativ ialah komputer riba dengan papan kekunci boleh ditanggalkan. Bila ditanggalkan skrin tersebut menjadi sebuah tablet. Terdapat dua versi Ativ PC iaitu versi Ativ biasa dan PRO.

Penagenalan Ativ adalah jenama baru Samsung bagi peranti berasaskan Windows. Diambil daripada perkataan terbalik ‘Vita’ yang bermaksud kehidupan dalam bahasa Latin, ia adalah hasrat Samsung untuk memberi kehidupan luar biasa yang penuh keseronokan kepada semua orang.



Perbezaan disini ialah penggunaan chip pemproses Intel Atom ataupun Intel i5/i3 dan jumlag RAM. Seperti Samsung Galaxy Note 10.1 , Ativ juga didatangi dengan sebatang stylus bagi memudahkan korang melakar dan menulis secara terus.

Seperti semua sedia maklum, Samsung ATIV SmartPC menggunakan Windows 8 sebagai sistem operasinya, dan untuk memberikan nilai tambahan, Samsung turut sama membawakan beberapa aplikasi mereka sendiri sebagai tambahan kepada pengguna, termasuk S-Note, S-Gallery, S-Camera dan pelbagai aplikasi yang lain lagi.

Untuk memudahkan perhubungan, Samsung turut menyertakan ChatON untuk para pengguna Windows 8, membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain, melalui aplikasi permesejan khas mereka itu.



Samsung ATIV Smart PC membawakan rekabentuk dan kemasan yang agak baik, dimana ia menyertakan skrin bersaiz 11.6-inci dengan sokongan sentuhan sehinga 10 jari pada waktu yang sama.

Dari segi saiz, ia boleh dikatakan agak besar untuk menggunakannya secara kasual, memandangkan saiz peranti yang agak besar. Namun, dari segi berat, ia agak ringan, dan lebih kurang serupa dengan kebanyakkan tablet yang sedia ada dipasaran.

Seperti kebanyakkan peranti Samsung, ATIV Smart PC membawakan kerangka luar yang kelihatan seperti kemasan metalik, tetapi dibina menggunakan plastik. Namun begitu, pada tangan, ia amat selesa dipegang.


Samsung ATIV SmartPC juga turut sama membawakan sokongan USB dan juga mikro-SD padanya, membolehkan anda menghubungkan pelbagai perkara padanya, termasuk kamera digital, pencetak dan sebagainya.



Berbeza dengan beberapa tablet sebelum ini, Samsung menjual ATIV SmartPC pada harga RM2499 yang mana disertakan bersama-sama dengan papan kekunci boleh tanggal mereka.

Perkara ini sekaligus mungkin mengembirakan ramai pengguna, memandangkan mereka tidak perlu mengeluarkan wang tambahan untuk mendapatkannya.


Spesifikasi Samsung ATIV SmartPC
  • Cip :  Intel Atom Z2760
  • Memori : 2GB LPDDR2
  • Grafik : Intel Graphics Media Accelerator
  • Skrin : 11.6-inci (1366×768 pixel)
  • Kamera : 8-megapixel (belakang), 2-megapixel (hadapan)
  • Lain-lain : S-Pen, 2 Speaker hadapan
  • Pilihan Warna :  Biru dan Putih
  • Harga : RM2499
Amacam? Ada yang berminat ker nak beli? Boleh jadi tab, boleh juga jadi notebook... mudah dan senang kan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...