Bermula sekitar pukul 3 petang gak la khabar angin tu berlalu..hik3
Pas tu keluar pula kenyataan menerusi surat kahabar dan juga twitter mengatakan ia adalah khabar angin semata-mata. Dalam sekitar pukul 5 ptg la keluar dalam kebanyakkan surat kahabar...
Sumber : Kosmo
Tapi tak sampai pun dalam 2 jam.. keluar pula kenyataan mengatakan BETUL Harga RON95, diesel naik 20sen...
Lepas jer kuar berita pasal kenaikan harga minyak dan diesel.......... penuh wall kat FB dengan pelbagai gambar....hik3
Ha.. rasanya korang mungkin nak tukar ke alternatif lain. apa kata tukar ke NGV (Natural Gas Vehicle)
Satu tong gas NGV jika diisi penuh, kosnya hanyalah sekitar RM9-RM10 dan kenderaan kita boleh? bergerak sejauh 180km – 200km sebelum kehabisan gas. Bayangkan berapa banyak penjimatan yang boleh kita lakukan selama sebulan/setahun.Ha…cuba bayangkan berapa banyak korang leh jimat kalu pakai NGV?? Harga gas NGV adalah 3 kali lebih rendah berbanding dengan harga minyak petrol.
Harga seliter petrol (RON95) ialah RM2.30 manakala harga gas NGV ialah sekitar RM0.68.
Contoh pengiraan (ini adalah anggaran sahaja) :
Untuk Naza Citra :
isian petrol RM 30 x 30 hari=RM 900
Isian gav ngv RM 8.70 x 30 hari= RM 261
Penjimatan sebanyak = RM 639.00
Untuk Honda City :
Isian petrol RM 55 x 10 hari= RM 550
Isian gas ngv RM 8.70 x 10 hari = RM 87
Penjimatan sebanyak = RM 463
Realitinya,menggunakan NGV jauh lebih selamat kerana gas itu lebih ringan daripada udara. Sebarang KEBOCORAN AKAN HANYA MENYEBABKAN GAS ITU TERSEBAR PANTAS TANPA SEMPAT DISAMBAR API.
” TANGKI SILINDER MENEMPATKAN GAS DICIPTA DENGAN PELBAGAI CIRI KESELAMATAN TERBAIK TERMASUK KALIS PELURU, HENTAKAN, API DAN LETUPAN.
JIKA BERLAKU KEMALANGAN SEHINGGA MERANAPKAN SELURUH KENDERAAN SEKALIPUN, TANGKI ITU AKAN TETAP BERKEADAAN SEPERTI ASAL” katanya. (Petikan Berita Harian . 16 JUN 2008)
Anggaran pemasangan NGV (ini adalah anggaran, harga mungkin berubah mengikut kedai yang memasang dan pasaran)
JENIS KENDERAAN / HARGA TUNAI (Harga sekitar TAHUN 2008)
- Perodua Kancil (40L) / RM2,600.00
- Perodua Kelisa (40L) / RM3,300.00
- Proton Iswara (55L) / RM2,800.00
- Proton Wira (55L) / RM3,700.00
- Proton Waja (65L) / RM4,300.00
- Proton Perdana (V6) (70L) / RM4,800.00
- Van Kilang/Sekolah (78L) / RM3,800.00
- Naza Ria (78L) / RM4,400.00
- Toyota Unser (78L) / RM3,900.00
Tapi ada gak tak bestnya kalu pakai NGV ni, antaranya :
- Kereta akan menjadi berat, terutama bila naik bukit dan melibatkan penumpang ramai.
- Barang di bonet tak leh letak bebanyak. kerana tong gas sahaja dah makan separuh muatan.
Jadi, apa pula pandangan korang? Ada ker yang dah pakai NGV? dan mungkin selepas nie nak pakai pula??
Nota kaki : Jom kita berbasikal g tempat kerja nak? lagi jimat..
No comments:
Post a Comment