Thursday, August 29, 2013

Tema-tema Hari Kebangsaan 1970 – 2013


Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut.

Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka. Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan.
Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.

Tak lama lagi kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan kali yang ke 56.

Oleh itu apa kata kita mengimbas semula tema-tema hari kemerdekaan pada tahun-tahun lepas.
Sebenarnya hari kemerdekaan hanya mempunyai tema bermula daripada tahun 1970.

Setiap tahun tema ini diubah mengikut situasi semasa kecuali tahun 1988-1989 dan tahun 2000-2006.

1970     Muhibah dan Perpaduan
1971     Masyarakat Progresif
1972     Masyarakat Adil
1973     Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974     Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975     Masyarakat Berdikari
1976     Ketahanan Rakyat
1977     Bersatu Maju
1978     Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979     Bersatu Berdisiplin
1980     Berdisiplin Berbakti
1981     Berdisiplin Berharmoni
1982     Berdisiplin Giat Maju
1983     Bersama Ke Arah Kemajuan
1984     Amanah Asas Kejayaan
1985     Nasionalisme Teras Perpaduan
1986     Bangsa Tegas Negara Teguh
1987     Setia Bersatu Berusaha Maju
1988     Bersatu
1989     Bersatu
1990     Berjaya
1991     Wawasan 2020
1992     Wawasan Asas Kemajuan
1993     Bersatu Menuju Wawasan
1994     Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995     Jatidiri Pengerak Wawasan
1996     Budaya Penentu Kecapaian
1997     Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998     Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999     Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 Keranamu Malaysia
2007     Malaysiaku Gemilang
2008     Perpaduan Teras Kejayaan
2009     1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010    1 Malaysia Menjana Tranformasi
2011    1 Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
2012    1Malaysia. Janji Ditepati
2013    Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...