Monday, August 26, 2013

"Kehidupan kita mungkin berbeza. Tetapi impian dan harapan kita adalah sama"

Sapa dah tengok IKLAN MERDEKA PETRONAS yang terbaru ni??

Tiap kali CNY, Hari Raya, Merdeka mesti iklan Petronas juga yang saya tunggu... memang mempunyai maksud tersendiri dan unik la...

Kali ni iklan televisyen sempena Kempen Hari Merdeka dan Hari Malaysia Petronas yang bertajuk 'Children' mengisahkan hidup empat orang individu yang mempunyai latar belakang etnik dan sosio-ekonomi berbeza – seorang posmen, petani, pekedai runcit dan pengumpul rotan.

Mereka disatukan melalui sebuah impian yang dipandukan nilai serta harapan yang sama.


Kempen PETRONAS pada tahun ini memaparkan sebuah iklan televisyen serta aktiviti untuk menanam rasa bangga terhadap negara di kalangan generasi muda.

Nilai-nilai perpaduan, keharmonian, saling hormat-menghormati dan toleransi merupakan asas kehidupan bagi setiap rakyat Malaysia dan ciri-ciri inilah yang membezakan kita secara kolektif sebagai warga negara Malaysia, tanpa mengira latar belakang dan asal-usul yang berlainan.

Sempena Hari Kemerdekaan, Petronas akan mengedarkan beg nilon mesra alam edisi terhad di stesen-stesen Petronas terpilih di seluruh negara antara 31 Ogos dan 16 September untuk memeriahkan lagi sambutan Kempen Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2013.

Korang saksikan iklan tersebut... sangat memberi makna...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...