Tuesday, August 20, 2013

Kamera Kompak Lensa 3D



MENGGABUNGKAN kelajuan rakaman, prestasi tinggi, kesinambungan rakaman yang sempurna dalam apa jua keadaan, siri terbaru kamera kompak Samsung NX hadir dengan teknologi yang telah diperbaharui.

Dikenali sebagai NX300, produk berkenaan sekali lagi meletakkan standard barisan kamera kompak keluaran Samsung setanding dengan kamera yang hebat di pasaran.

Antara tumpuan utama bagi kamera tersebut adalah teknologi lensanya yang telah dinaik taraf untuk merakamkan imej pegun mahupun video dengan format 2D dan 3D.


Lensa tersebut, NX 45mm F1.8 2D/3D merupakan lensa pertama di dunia yang dicipta untuk merakamkan imej dan video dengan format HD penuh dengan kualiti 3D yang sempurna.

Siri kamera tersebut (NX) mula dilancarkan pada tahun 2010, sangat sinonim dengan reka bentuk dan inovasi sekali gus menjadikan siri kamera kompak NX antara kamera yang memiliki teknologi imej digital terbaik untuk orang ramai.

Kamera tersebut bukan sahaja menawarkan kepantasan serta ketepatan pemfokusan, malah lebih mesra pengguna melalui teknologi kamera pintar.

Menerusi teknologi tersebut, aktiviti merakam dan berkongsi imej jadi lebih mudah. Dalam pada itu, 'kekuatan' NX300 merakamkan imej 3D dengan lebih jelas, tajam dan pantas adalah dengan kehadiran penderia APS-CMOS.

Malah, kadar ISO kamera tersebut juga telah dipertingkatkan daripada ISO 100 hingga kepada ISO 25600 membolehkan NX300 merakamkan imej dengan lebih baik biarpun berada dalam kawasan yang kurang cahaya.

Tidak ketinggalan, kehadiran sistem Auto Fokus Hibrid (AF) membolehkan rakaman diambil dengan kelajuan 8.6 rangka sesaat (fps), lebih tepat dan pantas tanpa ada saat-saat penting yang terlepas.

Namun, tanpa 'enjin' imej khas DRIMe IV segalanya pasti tidak akan menjadi kenyataan.


Menerusi teknologi DRIMe IV, segala kelebihan iaitu kelajuan dan kualiti imej menjadi taruhan Samsung melalui NX300 tersebut.

DRIMe IV juga membantu memperbaiki keadaan warna dan mampu mengurangkan kesan kabur (noise) yang ketara, menyokong rakaman video HD penuh 1080p yang boleh dirakamkan dalam dua format iaitu 2D dan juga 3D.

 
Terakhir, tanpa paparan skrin yang terbaik, segalanya pasti tidak lengkap, justeru itu, NX300 juga turut dimuatkan dengan skrin paparan sesentuh seluas 3.31 inci.

Paparan yang luas tersebut memudahkan pengguna merakamkan gambar selain skrinnya juga boleh dibuka dan dilipatkan (tilt) untuk memudahkan rakaman dilakukan daripada apa jua arah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...