Thursday, January 31, 2013

Waktu sekolah pagi mula terlalu awal?


Hari tu baca paper berita harian, terbaca pula bahagian ruangan bersama pembaca. Ada lah seorang pembaca dari Johor menulis... dia menulis jer, bukan merungut tau... (tu dia yang tulis la)

Mengikut apa yang di tulis dia memberitahu ;
  1. Dia terasa beban atas sesi pembelajaran sekolah yang bermula seawal 7.15pagi kerana dia perlu bangun seawal 5 pagi dan bertolak jam 6 pagi untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dan membolehkan anaknya sampai ke sekolah tepat pada waktunya.
  2. Tambahan lagi, anaknya selalu tidak berkesempatan bersarapan pagi dirumah atau pun di kedai (tak pastu sama ada dia atau dia tujukan pada org lain.. sbb dia tulis macam tu kan...)
  3. Dia tidak dapat menghantar anaknya di sekolah berhampiran rumah kerana tiada siapa yang dapat menjemput dan menjaga anak nya di rumah. (ini bermakna dia hantar anak dia luar dari kawasan rumah la kot...) dan menyatakan masalah ini tidak akan berlaku jika dia tidak bekerja.
  4. Kehidupan harian nya menjadi sangat kelam kabut kerana terpaksa bangun seawal 5 pagi setiap hari dan jadi memenatkan.
Penyelesaian yang di inginkan adalah :
  1. Jadi dia mencadangkan supaya merombak semula sesi pembelajaran menjadi 1 sesi sahaja dan bermula dari jam 8 pagi kerana pelajar Universiti pun mula jam 8 pagi
********************************

Ok........ bila saya baca pun jadi macam erkkkkkkkk?? ni apa la punya penulis. Ada ke komplen pasal sesi pembelajaran sekolah. bukan dari dulu ke sekolah masuk pukul 7.15pagi..........

Jadi ini saya punya pendapat la..... eh.. pendapat sendiri ok.. :

Memula masa Danial sekolah untuk kali pertama memang saya cakap..... apa la buat waktu belajar lebih kurang nak g kerja juga..... dengan jem, sesak. Dah la tu pagi sekolah Agama, pastu sambung sekolah Kebangsaan lagi.... memang sangat kelam kabut la saya. Awal seminggu bas sekolah pun masih belum dapat scheduled waktu ambik dan hantar pelajar. Ada sekali tu Danial pulang dekat jam 8 malam ok! Padahal umah dengan sekolah nya tak jauh.. dalam 15 minit patut dah sampai.

Terus saya dan my IR tukar plan lain untuk uruskan jadual perjalanan ke sekolah Danial. Dan akhirnya ambik keputusan dengan menghantar dan menjemput dari sekolah lagi selamat dan puas hati dari mengharapkan pemandu bas yang tak tentu dapat mengawal semua pelajar kan?

Dan alhamdulilah, saya dapatkan sekolah Agama yang menyediakan transit untuk hantar dan jemput Danial ke sekolah. Jadi Danial akan makan dahulu di Seklah Agama sebelum ke Sekolah Kebangsaan dan saya hanya jemput Danial di sekolah Agama nya yang dah tentu-tentu anak kita berada di tempat yang selamat. Jadi kalu lewat balik pun tak per, sebab Ustazah tersebut tinggal di situ. Maklum la dahulu saya kerja di KL jadi keluar rumah dalam pukul 6.15 pagi dan kene sampai pejabat sebelum pukul 8 pagi.

Bab bangun tidur memula memang terasa, sebab sebelum ada anak sekolah saya masih boleh bangun tidur dalam pukul 6 pagi, kini setelah ada anak yang bersekolah, saya kene bangun seawal 5 pagi atau 5.30 pagi. Jika bulan puasa lagi awal la, dalam pukul 4 pagi untuk persediaan makanan dan barang-barang anak ke sekolah dan taska. Memula terasa... memang terasa, tetapi lama-lama dah biasa sebab memang macam tu la kita akan hadapi sehingga la habis anak-anak bersekolah. Jadi kira la sekarang Huzaiman baru 1 tahun 6 bulan jadi perjalanan saya masih jauhhhhh lagi.

Saya akan pastikan anak-anak saya minum milo dan makan roti walaupun sekeping sebelum pergi sekolah. Dan nak tahu pukul berapa anak2 saya makan? Paling awal pukul 6 pagi yek.. jadi, dalam masa menunggu waktu rehat anak saya tidak akan berasa lapar dengan cepat.

Jadi bab sarapan tu, saya rasa, Pn Alin boleh juga bekalkan anak2 makanan dan air kotak untuk anak2 nya bersarapan di dalam kereta semasa menuju ke sekolah kan? Saya rasa tak ada masalah kot bab bersarapan. Kenapa perlu bersarapan di luar jika dapat menyediakan di rumah?

Jadi penyelesaiannya........... :

RANCANG WAKTU anda........ kerana andalah penentu segala rancangan anak. Jika anda lambat, maka akan lambat la semuanya.......

Sekian sahaja luahan dari saya......
Jadi apa pula pendapat korang? jom kongsikan bersama

1 comment:

  1. betul tu sumi.... sendiri pandai lah kan atur waktu sendiri... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...