Novel : Takdir Itu Milik Aku
Penulis : Siti Rosmizah
Halaman : 1055 m/s
Harga : RM 33.90
Sinopsis
Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji.
Dia akur dengan kehendaknya emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.....
Sepanjang-panjang saya membaca Novel ni... memang sangat-sangat menyentuh rasa dan perasaan. Saya seperti dapat merasakan segala penderitaan Dian. Dari Bab 1 -66 air mata saya tak henti-henti tumpah sepanjang pembacaan saya... perghhhh....sebaik saya baca masa tu my IR tak ada.. klau tak mesti lagi tak concentrate nak membaca..hik3
Sebelum saya membeli Novel ni saya cuba juga mencari sesiapa yang pernah 'review' novel ni. dan saya terjumpa ada satu blogger kata :
jalan cerita tu lebih kepada novel semata-mata, bukan realiti.Itu kata pemilik blog tersebut tapi TIDAK bagi saya di mana cerita nya memang sangat REALITI. Walaupun tidak semua tapi memang ada yang sebegitu....
Dah nama pun novel untuk pembacaan jadi tak semestinya kene REALITI kan? Kita membaca bukan untuk mencari cerita yang berkisar kehidupan itu wujud atau tidak.. sebenarnya MAKSUD yang tersirat di dalam novel tersebut.
Pandangan saya :
Kisah dari seorang budak miskin dan lurus bendul dan terpaksa hidup di dunia yang penuh dengan tipu muslihat dan juga hasad dengki. Walaupun pun begitu hidupnya... dia tidak pernah tidak bersyukur dari menyebut nama Allah swt di bibir di kala senang atau susah... Saya amat tersentuh dengan hidup Dian yang tidak sudah-sudah asyik di timpa kesusahan. Tapi di sebabkan kesabaran dan juga ketabahan nya... TAKDIR ITU MILIK nya juga......
Suka saya menyatakan bahawa (ishk..asal tetiba macam skema ayat ni) MEMANG PATUT anda memiliki NOVEL ini jika anda memang penggemar NOVEL......
Saya memang sarankan untuk anda beli, baca dan simpan untuk KOLEKSI... mana la thau boring-boring leh baca lagi dan nanges lagiiiiiiiiiii....hik3....
Ok..lepas ni saya kene cari Novel Andai Itu Takdirnya pula...huhuhu
No comments:
Post a Comment