Acara : PROGRAM JOM PI MENARA ALOR SETAR SEMPENA
HARI TELEKOMUNIKASI SEDUNIA 2012 PERINGKAT NEGERI KEDAH
Tempat : Menara Alor Setar
Tarikh : 17
Mei hingga 19 Mei 2012
Dengan hormatnya dimaklumkan Menara Alor Setar bersama
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia Berhad
selaku penaja utama akan mengadakan PROGRAM JOM PI MENARA ALOR SETAR SEMPENA
HARI TELEKOMUNIKASI SEDUNIA 2012 PERINGKAT NEGERI KEDAH pada 17
Mei hingga 19 Mei 2012 di Menara Alor Setar.
Program ini akan dibuka secara PERCUMA kepada
pengunjung mulai jam 9.00 pagi hingga 11.30 malam.
Untuk makluman. Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, YB Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md
Hanipah pada 19 Mei 2012 seterusnya Memotong Kek Gergasi 1 Malaysia (saiz 8
kaki x 16 kaki).
Sempena dengan majlis perasmian ini, satu Majlis Kenduri
Rakyat akan diadakan pada jam 11.30 pagi bagi memeriahkan program ini yang
dijangka dihadiri oleh seramai 3,000 orang.
Selain gerai-gerai jualan
dan pameran tersebut, beberapa aktiviti akan diadakan bagi mengisi dan
memeriahkan program ini antaranya:
-
Kursus ‘Business
Online’
-
Pertandingan
Explorace
-
Pertandingan
Fotografi “True Love From Menara”
-
Pertandingan
Fear Factor Menara Alor Setar
-
Sukaneka Bersama
Pengunjung
-
Pertandingan
Treasure Hunt
-
Pertandingan
Pasang Telefon
-
Pertandingan
Mewarna & Sukaneka
-
Pertandingan
B-Boy Battle
-
Pertandingan
Fixie Bike
Persembahan
hiburan juga disediakan bersesuaian dengan cuti hujung minggu seperti:
-
Persembahan
Nasyid
- Persembahan dari Artis tempatan & jemputan antaranya Rahmat Mega
-
Perhimpunan GMC
Club
-
Perhimpunan
Kelketu Club
-
Car Audio Blaze
Datanglah beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat
handai ke PROGRAM JOM PI MENARA ALOR SETAR SEMPENA HARI TELEKOMUNIKASI
SEDUNIA 2012 PERINGKAT NEGERI KEDAH di Menara Alor Setar untuk bersama –
sama memeriahkan lagi program ini.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 04 – 720 2234
atau 04 – 720 2901 atau layari blog Menara Alor Setar di http://menaraalorstar.blogspot.com
atau ‘like’ laman Facebook rasmi Menara Alor Setar (Alor Setar Tower).
Sekian
dan salam hormat.
No comments:
Post a Comment