Friday, May 04, 2012

Pesta Air Malaysia Port Dickson 2012

Salam 1Malaysia dari Pejabat Tourism Malaysia Negeri Sembilan.




Acara : Pesta Air Malaysia Port Dickson 2012
Tarikh : 4 - 6 Mei 2012
Tempat : Pantai Cahaya Negeri
 
Pesta Air Malaysia Port Dickson 2012 adalah dibawah anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia melalui Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Sembilan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan dan disokong oleh Majlis Perbandaran Port Dickson serta Pejabat Tourism Malaysia Negeri Sembilan.


Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung pada Pesta Air Malaysia Port Dickson 2012 antaranya:-

i.             Karnival Kaki Pancing Port Dickson 2012
ii.            P.D. International Jet Ski Challenge 2012
iii.           Port Dickson Night Beach Run 2012
iv.           Port Dickson Paintball Beach Challenge 2012
v.            Karnival Tarian Cuti-Cuti 1 Malaysia
vi.           Gerai Pameran dan Jualan
vii.         Konsert Hiburan oleh artis-artis terkenal
viii.        Karnival Sukan Pantai
ix.           Sukaneka Keluarga
x.            dan pelbagai aktiviti yang menarik

Lebih dari RM 80,000.00 hadiah berbentuk wang tunai dan saguhati beserta trofi yang ditawarkan sepanjang pesta ini berlangsung. Semua warga Malaysia adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara ini. 

Sila hubungi pejabat Tourism Malaysia Negeri Sembilan untuk mendapatkan maklumat hotel/resort bagi yang ingin menginap di sekitar Port Dickson.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...