Wednesday, February 18, 2009

Apakah itu G6PD??

Ingat kah entry hari tu......
pasal aku kata, aku nie pembawa G6PD......??
so..kat sini aku masukkan entry penyakit tu....
x der la banyak info.....
just nak share ngan u all makna dan kesan jer...


Penyakit nie x berbahaya...
dan selalu nya penyakit keturunan....
so...... untuk keterangan lanjut, better u all tanya kat spital @ klinik..
kang aku bg tau info salah kang, memandai2 jer kan..
so...better pergi rujuk pada yang pakar yek.......


Apakah itu G6PD??

G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.

Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.

Setiap bayi yang baru dilahirkan, contoh darah mereka akan diambil untuk dianalisis seperti jenis darah, kekurangan G6PD tahap bilirumin dan sebagainya. Selalunya bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran lagi. Jika tahap bilirumin terlau tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi, permindahan darah mesti dilakukan. Biasanya darah akan diambil dari bapa bayi tersebut.

Ubat-ubatan yang boleh menghasilkan homolisis adalah seperti di bawah ini.



Penting

Ibubapa kepada bayi atau sesiapa sahaja yang mengalami kekurangan G6PD hendaklah memberitahu doktor setiap kali menerima rawatan bagi mengelakkan penggunaan ubatan yang mengandungi agen-agen seperti di atas. Cuba juga elakan diri daripada memasuki kawasan yang diketahui mempunyai unsur-unsur ubat gegat seperti di tandas awam. Pengidap mungkin akan mengalami sesak nafas jika cukup lama menghidu ubat gegat tersebut.

Biasanya apabila meningkat dewasa, seseorang yang mengalami kekurangan enzim G6PD kan dibekalkan dengan "rantai perubatan" yang menandakan pemakainya adalah kekurangan G6PD. Ini boleh membantu jika berlakunya kecemasan di mana pemakainya tidak dapat memberitahu sediri doktor yang merawatnya.
P/s : sekarang nie kat umah, ubat gegat, spray2 yg berbagai jenis, dan segala yg x leh digunakan kene sorokkan....sbb tkt dijumpai dek anak2 susah pulak... kacang parang pun x leh makan tau.....huhuhuh..kene la pantau kalu g umah orang....

9 comments:

  1. anak aku no.2 si zulfan tu pun kekurangan G6PD... dulu tak tahu apa2 pasal ni tapi bila dah kena, baru laa cari info...

    ReplyDelete
  2. sumijelly1:18 AM

    sumi pun mana pernah tau pasal nie..
    tau2 jer masa bersalin anak pertama kata anak ada G6PD..
    then doc kata sumi pembawa....
    tanya parents pun x pernah dgr penyakit tu....
    huhuhuhu........

    ReplyDelete
  3. zahidah6:16 PM

    saya pun pembawa G6PD. anak lelaki saya penghidapnya

    ReplyDelete
  4. sumijelly10:32 PM

    oh ye ker??
    jgn guna ubat gegat tuk baju dia yek....

    ReplyDelete
  5. [...] INFO Lanjutan : G6PD Ini adalah lanjutan dari Entry aku yang bertajuk APAKAH ITU G6PD?? [...]

    ReplyDelete
  6. pinky8:55 PM

    bisa bagi-bagi info ya....??

    ReplyDelete
  7. @pinky,
    info nya boleh didapati melalui internet atau doktor di klinik...

    ReplyDelete
  8. @sumijelly, assalamualaikum sumi, anak lelaki saya jg penderita kekurangan g6pd. Boleh tahu, apakah semua anak lelaki sumi mengidap kekurangan g6pd?. Tumbuh sehatkah mereka? Saya sangat ingin berbagi karena tidak banyak informasi yang lengkap mengenai kekurangan g6pd.
    Oh ya, boleh tidak saya dikirimi melalui email, makanan dan obat-obatan yang harus dihindari?, karena bagan pada blog milik sumi kurang jelas.
    And satu lagi, sejauh pengetahuan Sumi, adakah komunitas untuk orang tua seperti kita sehingga bisa saling berbagi pengalaman?. Terima kasih sebelumnya

    ReplyDelete
  9. @pinky,
    walaikumussalam Pinky...
    nanti sumi emelkan ya......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...