Wednesday, April 03, 2019

Restoran Rebung Chef Ismail buffet Ramadan 2019

Siapa tak kenal Dato' Chef Ismail Ahmad pemilik Restoran Rebung .... yang mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang masakan. Beliau di besarkan di Kampung Chengkau Hulu, Rembau Negeri Sembilan.

Membantu arwah neneknya di dapur membuatkan beliau berjaya mendapat ilmu dalam masak-memasak. Arwah datuknya juga turut mengajar membeli barang dan hasil tangkapan laut yang segar di pasar.


Jadi sempena bulan puasa yang bakal menjelma ini, restoran Rebung menyediakan lebih daripada 90 jenis makanan untuk santapan pelanggan yang berkunjgun ke Restoran Rebung. Bermula daripada makanan pembuka selera hingga la pencuci mulut.

Restoran Rebung masih mengekalkan sajian utama masakan iaitu daging salai masak lemak cili api, ikan patin masak tempoyak, siput sedut masak lemak, pari asampedas dan banyak lagi.



Sebelum ke Restoran pengunjung akan di sajikan dengan peralatan memasak yg terletak di pintu masuk lift dari tempat letak kereta.

Boleh la bergambar mengamit kenangan semasa di kampung.. susah woo sekarang nak jumpa periuk belanga macam tu....hehehe



Sementara sebelum masuk ke ruang makan.. terdapat juga pameran pakaian tradisional seperti baju kedah, kain batik dan kain pelikat.

Sapa pernah pakai baju kedah? dulu memang banyak baju ni kat rumah...hehehe best pakai dengan kain batik.




Ruang makan di restoran pengunjung terus di sajikan pemandangan makanan utama...

Jom lihat apa menu yang terdapat di Restoran Rebung









Sesuai dengan konsep "Nostalgia Sajian Desa" amat sesuai untuk pelanggan menikmati masakan kampung yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas yang sentiasa menjadi rebutan kerana kebanyakkan restoran banyak disajikan dengan sajian barat.







Tengok.. dodol pun ada wei...sedapnyaaaaaa.....

 

Sementara pelanggan menjamu selera...pelanggan akan di alunkan denfanirama ghazal dari kumpulan Ghazal Sri Nuansa.

Jadi smabil menjamu selera smabil menfdengar alunan irama ghazal yang mengusik jiwa... nak pula di bulan ramadan.. mesti dah teringat kampung time dengan alunan irama ghazal kan?








Menarik menu-menu yang di sediakan...

Setiap hari akan berubah menu utamanya... maklumla 90 jenis makanan nak hidang dalam satu masa pun tak terlarat nak makan kan...

kalu nak rasa semua..kene la datang hari-hari... mesti dapat rasa semua...


Ruang makan di Restoran Rebung ini mampu menampung kapasiti sehingga 500 orang pada satu masa...dan terdapat 4 jenis ruang makan.

Ruang solat untuk lelaki dan perempuan juga di sedaiakan dan bileh menampungs sehingga 20 orang pada satu masa..

Kemudahan lift, tempat letak kereta yang luas serta kawasan restoran ini juga mesra OKU.

Pakej buffet ramadan Restoran Rebung akan berlangsung sepanjang tempoh bulan ramadan bermula dari 6 Mei 2019 - 3 Jun 2019.

Berikut merupakan sedikit maklumat mengenai tempaahan berbuka puasa :-

Harga buffet ramadan 2019
Dewasa : RM 84.80 nett
Kanak-kanak : RM 53.00 nett (5-12 tahun)

Restoran Rebung Cehf Ismail
5-2, Aras 5, Parkir bertingkat Bukit Aman,
No.1, Jalan Tanglin, Taman Botani,
50480 Kuala Lumpur

Tel : 03-2276 3535; Fax : 03-2276 2525

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...