Wednesday, April 19, 2017

Peraduan Traveloka Winning Stay sedang berlangsung

Hai semua... sebut jer Traveloka mesti terus teringat nak melancong... hahaha... nak pula dalam laman web Traveloka boleh book tiket dan hotel sekali kan... sekali arung.. tak yah pening-pening kepala. Dalam 1 laman web jer leh settle smuanya kan?

Harga tiket yang di tawarkan serta penginapan di traveloka.com/en-my pun boleh tahan harganya..... memang sangat berbaloi dan murah....kene pandai cari la kan...


Haa... sekarang Traveloka tengah buat peraduan untuk mencari pemenang menginap secara percuma... dalam erti kata TRAVELOKA WINNING STAY untuk 2 hari 1 malam .. bukan untuk berdua tau.. malah untuk 6 orang weii. siap sekali dapat sarapan pagi secara percuma tu......

Dah masuk minggu ke 3 dah peraduan ni berlangsung.... Bemula awal bulan April setiap minggu ada berbeza-beza penginapan yang di tawarkan... macam minggu pertama di Rain Forest Inn, Cameron Highlands manakala minggu ke 2 pula di 5 Heeren, Malacca. wow.. tempat semua menarik kan...

Jadi minggu ke 3 pula di Fig Tree Hill Resort, Penang.... Peraduan ini sedang berlangsung bermula pada 17 April 2017 - 23 April 2017.


Siapa sangka di kota Pulau Pinang yang sibuk ini mempunyai tempat seperti ini. Fig Tree Hill adalah tempat yang terbaik untuk anda yang sukakan suasana yang tenang di dalam hutan tropika.

Terdapat juga kolam renang, di mana anda dapat menghayati pemandangan hutan di sekelilingnya dan merasai suasana semula jadi. Binaan resort ini terdiri daripada papan dan kayu-kayu pokok menaikkan lagi aura semula jadi anda di sini.


Resort itu dibuka pada Tahun 2013 selepas mengambil masa hampir dua tahun untuk dibina berkonsepkan Bali dan tradisional Melayu.

Resort itu yang diilhamkan olehSoon Seong Moh menempatkan lima vila yang mempunyai dekorasi berbeza setiap satu iaitu Jasmine, Melor, Kemboja, Cempaka dan Lili.


Nama-nama vila itu dipilih berdasarkan bunga tempatan bagi menjadikan ia berbeza di antara satu sama lain kerana setiap satu memiliki dekorasi serta kemudahan tersendiri.


Vila Lili misalnya disediakan kolam renang dan gimnasium manakala di vila Cempaka terdapat kemudahan karaoke dan jakuzi serta di vila Melor terdapat bilik mesyuarat yang boleh disewa pengunjung.

Fig Tree Hill juga adalah sebuah resort yang amat sesuai untuk pakej berbulan madu kerana suasananya yang sunyi serta berbeza daripada hotel-hotel biasa juga sering menjadi pilihan untuk percutian keluarga, sambutan hari jadi, majlis perkahwinan dan mesyuarat korporat.

Antara aktiviti yang disediakan di situ adalah berbasikal bukit dan menjelajah hutan sehingga ke air terjun yang terdapat berhampiran resort.

Pengunjung yang menginap di situ pada musim buah-buahan juga pastinya teruja untuk menikmati durian, cempedak, nanas dan manggis jika kene dengan musimnya.

Ternyata pengalaman berada di Fig Tree Hill Resort seolah-olah berada di dunia fantasi di sebalik hutan yang memisahkan antara keindahan alam dan suasana penuh kesibukan di pekan Sungai Ara

Amacam... menarik tak tempatnya?

Sangat mendamaikan kan? nak pula bercuti bersama keluarga... melihat keindahan alam bersama keuarga.. dapat juga mengurangkan tekanan baik dari kerja mahupun pelajaran anak-anak...

Bagaimana hendak menyertainya ?

Mudah aja.... tulis sekreatif yang korang boleh! Beritahu mengapa korang nak sangat menang penginapan ini dan mengapa korang layak untuk menginap di situ? Jadi bagi tahu je terus terang kenapa korang perlu memenangi percutian ..........

Tapi sebelum tu, jangan lupa untuk 'LIKE' halaman facebook.com/Travelokamy, kongsikan album dan 'TAG' dua kawan korang.

So dah bersedia nak mengemas beg untuk bercuti di Pulau Pinang ker? Jadi pastikan korang sertai peraduan  Traveloka Winning Stay untuk memenangi penginapan 2-hari-1-malam yang menarik di Jasmine Villa, termasuk sarapan pagi untuk 6 tetamu yang bernilai RM850.00

Jadi apa yang korang perlu lakukan adalah senang aja... ikuti arahan berikut :

'LIKE' halaman Facebook facebook.com/Travelokamy kemudian kongsikan album bergambar 'Fig Tree Hill' di halaman Facebook Traveloka ke 'newsfeed' korang

Jadi jangan lepaskan peluang ini... peraduan ini bakal berakhir pada 23 April 2017, 11.59pm

Mudah kan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...