Hari April Fool merupakan hari yang disambut setiap 1 April di kebanyakan negara.
Hari ini disambut dengan usikan atau gurauan terhadap kawan, musuh, jiran, dan orang lain dengan tujuan bergurau senda atau memalukan mereka
Buat prank la.. pastu sebut APRIL FOOL!!
Dan nak jadikan sejarah Malaysia pula....
Pada 1 April 2005, laman web Malaysiakini menyiarkan berita mengenai tiga menteri Kabinet dan seorang Menteri Besar akan didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. Empat pemimpin itu dikatakan sebahagian daripada 18 kes rasuah melibatkan orang kenamaan yang disiasat oleh Jabatan Peguam Negara.
Laporan itu dikeluarkan pada pukul 10.18 pagi tetapi disusuli tiga minit kemudian dengan satu penjelasan bahawa ia hanyalah satu jenaka yang menyebabkan kemarahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Malaysiakini memberi penjelasan yang disiarkan pada pukul 5.20 petang yang sama, dengan memaklumkan bahawa laporan itu dibuat untuk mencetuskan perbincangan di kalangan masyakat tentang isu rasuah. Ia juga mahu menarik perhatian masyarakat kepada apa yang disifatkannya sebagai "belum lagi dilakukan" oleh kerajaan untuk melawan jenayah itu.
*********************
Tapi sebenarnya kita tahu ker tak asal usul terjadinya APRIL FOOL ni? di mana setiap tahun sentiasa di sebut-sebut
Sebenarnya ada tragedi yang berlaku pada 1 April. Inilah yang kemudiannya diingati oleh dunia kristian setiap tanggal 1 April sebagai (The April’s Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan menipu dan berbohong kepada orang lain.
Bagi umat kristian, April Fool merupakan hari kemenangan keatas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan pembohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan semata.
Bagi umat Islam, April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seagama disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak patut juga ada orang Islam yang terikut merayakan tradisi ini.
Jadi kesimpulan nya, Umat Islam diseru supaya menjauhi sambutan perayaan berskala seni ini kerana ia berasal daripada budaya barat.
No comments:
Post a Comment