Macam biasa ...tahun ni merasa untuk mencuba pelbagai masakan dan makanan dari Bangi Golf Resort. Bersempena bulan Ramadhan tahun ini, Bangi Golf Resort Restaurant dengan bangganya mempersembahkan Buffet Ramadhan yang bermula dari 21 Jun 2015 sehingga 15 Julai 2015.
Kredit : Mahamahu
Bangi Golf Resort Restaurant (BGR) merupakan salah satu daripada hanya beberapa resort golf di Malaysia yang telah menerima perakuan Sijil Halal daripada JAKIM, Buffet Ramadhan BGR ini digemari ramai kerana kepelbagaian juadah dan kualiti masakan yang disediakan. BGR menawarkan pelbagai jenis sajian istimewa sehingga 200 pilihan!
Dengan harga yang bermula dari RM55 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak-kanak, Buffet Ramadhan ini menyediakan berbagai jenis hidangan bufet termasuklah masakan Melayu popular, sajian Barat dan masakan Timur yang digemari ramai.
Pada tahun 2015 ini, ‘pasukan dapur’ BGR telah menghasilkan pelbagai hidangan yang pasti ‘menggiurkan’ dan bakal membangkitkan selera para tetamu.
Para tetamu BGR boleh menikmati Cooking Showcase BGR tahun ini yang menampilkan Kambing Bakar, iaitu kambing yang dipanggang secara perlahan di atas bara api dan Sup Kambing Mamak.
Di stesen ini, chef BGR menghidangkan tetamu dengan hirisan daging kambing yang baru sahaja dipanggang dan menyediakan sup kambing panas yang akan menghangatkan selera. Para pelanggan juga boleh menikmati Sate Daging dan Ayam yang dihidangkan dengan Kuah Kacang yang dibuat sendiri serta Kway Teow Goreng dan Mee Goreng Mamak yang digoreng panas di hadapan mereka.
Di bahagian Western Appetizer pula, para tetamu disajikan hidangan dengan sentuhan gastronomi isitmewa seperti Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang dan Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Hidangan ini sungguh menyelerakan dan chef kami dengan senang hatinya akan menyajikan hidangan tambahan atas permintaan tetamu! Bagi pilihan masakan Barat yang lain yang lebih
enak dan klasik, kami mengesyorkan Beef Lasagna dan Grilled Boneless Chicken with Creamy Mushroom Sauce.
Di sudut Menu Utama Tempatan dan Masakan Timur pula, pasukan dapur BGR menyediakan pelbagai pilihan juadah seperti Butter Prawns, Teriyaki Chicken, Black Pepper Beef dan Fish Fillet dengan Sos Serai dan tidak dilupakan hidangan popular kegemaran ramai seperti Sambal Sotong Kembang, Ayam Masak Ros dan Rendang Daging Tiak Minyak.
Pada setiap Buffet Ramadhan di BGR sudah menjadi kemestian pelanggan untuk menikmati pencuci mulut di sini. Aiskrim Pacojet dengan rasa unik Teh Tarik, Tembikai Susu dan Bunga Kantan amat digemari oleh pelanggan kami tanpa mengira usia. Aiskrim ini dihasilkan menggunakan teknologi yang sering digunakan di restoranrestoran mewah dan ianya haruslah dicuba. Rasailah perbezaannya berbanding
aiskrim-aiskrim lain!
Di sudut ini, terdapat pelbagai jenis kuih muih buatan kami sendiri, pudding, agar-agar dan buah-buahan
tropika dan tempatan. Para tetamu juga akan rambang mata dengan pelbagai pilihan popular Barat seperti Italian Tiramisu, Chocolate Éclair, Blueberry Cheese Cake, Red Velvet Cake, Young Coconut Jelly, Crème Caramel, Mix Berry Panna Cotta dan ciptaan eksotik kami yang terkini untuk tahun 2015 – Infused Chocolate Ganache Tartlet.
Pada masa yang sama, tetamu akan dihiburkan dengan alunan muzik Melayu Tradisional yang didendangkan secara live oleh sebuah kumpulan kugiran dari pukul 6:30 petang sehingga 9:30 malam setiap hari. Bangi Golf Resort juga menyediakan sebanyak 800 tempat letak kereta secara percuma. Kemudahan lain seperti Surau Lelaki / Perempuan juga disediakan untuk keselesaan tetamu.
“Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant ini sentiasa menjadi pilihan kegemaran untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan kenalan perniagaan sepanjang bulan Ramadhan. Kami sentiasa memperkenalkan hidangan baru untuk memastikan kepelbagaian hidangan yang ditawarkan dan pada masa yang sama, kami juga bekerja keras untuk mengekalkan keenakan rasa tradisi masakan kami secara konsisten agar pelanggan kami sentiasa datang kembali." - Chef KamaruddinJadi pada semua pengujung yang ingin mencuba Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort, boleh la membuat tempahan terlebih dahulu untuk mengelakkan tempat duduk penuh.
Boleh hubungi :
Bangi Golf Resort Restaurant Sdn Bhd
No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor, Malaysia
Tempahan & Pertanyaan : + (603) 8925 3728 / + (603) 8210 0265
Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518ENo.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor, Malaysia
Tempahan & Pertanyaan : + (603) 8925 3728 / + (603) 8210 0265
Laman Web : http://www.bgrrest.com
Facebook : https://www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant
Email : bgb.bangigolf@gmail.com
Waktu Operasi : 6.30 pagi – 9.30 malam setiap hari
Selain buffer sempena Ramadhan, BGR turut menawarkan Pakej Perkahwinan, Majlis Makan Malam, Seminar dan majlis-majlis lain.
No comments:
Post a Comment