Tadi kat PICC, Perdana Menteri ada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-14 (MAPPA XIV)... sambil2 tu dia pun sampaikan la 2 berita gembira ni kan..
Yang PERTAMA......
Bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 ke bawah sebagai persiapan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
- sumber : Utusan Online
Yang KEDUA.........
Kenaikan kadar terendah elaun imbuhan tetap perumahan kakitangan awam
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan kadar terendah elaun imbuhan tetap perumahan kakitangan awam daripada RM180 kepada RM300 berkuatkuasa pada 1 November ini.
- sumber : Utusan Online
*************************************************
Jadi... bersyukur ada dari tak ada... dapat bantuan khas pun jadilah dari tak dapat apa2 kan... macam swasta untung la.. dapat la juga BONUS1 bulan gaji ... kami sama rata RM500.00 aja... x der beza untuk gred rendah tinggi, sederhana, rendah...hehehe
Tapi sebenarnya pusing2 pun.,. sama jer rasanya... dapat kenaikan itu ini.. yg lain pun naik juga.. macam minyak, toll dan juga barang-barang.. di tambah lagi dgn GST kan... emmmmmm
No comments:
Post a Comment