Monday, May 11, 2015
Tempat menarik sekitar Port Dickson
Adakah anda sudah merancang percutian anda ? Jom ketahui Tempat Menarik di Port Dickson di sini..
Pantai Port Dickson (PD) adalah tempat percutian hujung minggu yang menarik untuk warga kota. Port Dickson, dikatakan telah dinamakan sempena nama seorang pegawai British, Sir John Frederik Dickson pada tahun 1889.
Ada juga yang mengatakan bahawa tempat itu mengambil nama seorang pegawai lain British yang menyelia pelabuhan British yang mengendalikan bijih di Lukut, sebuah daerah Port Dickson pada ketika itu.
Port Dickson terkenal dengan keindahan pantainya, terdapat juga pelbagai kemudahan serta mempunyai infrastruktur yang baik. Begitu juga dengan tempat penginapannya. Ada yang mahal dan juga murah, pilih sahaja mana yang menepati bajet kita.
Antara Tempat menarik di Port Dickson adalah seperti:
1. Ostrich Farm
Antara tarikan yang popular di Port Dickson sekarang ini ialah Ostrich Farm. Tempat sebegini memang sesuai untuk kanak-kanak sebab mereka boleh melihat binatang dari jarak dekat
Mereka boleh beli makanan dan beri terus pada binatang-binatang di farm ini. Selain burung unta dan buaya, ada banyak lagi binatang yang dipamerkan di sini..
#Bagi yang berminat untuk ke sini, tempat ini dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi sehingga 5.30 petang dan tiket berharga RM6.00 untuk orang dewasa, kanak-kanak pula RM3.00.
2. Pantai Teluk Kemang
Terletak di Batu 7 dan 8, Teluk Kemang merupakan kawasan pantai yang terbesar dan popular di Port Dickson. Jika anda mahukan semua kemudahan dalam satu tempat, maka Teluk Kemang adalah pilihan terbaik.
Antara aktiviti menarik dan cukup popular di pantai ini, anda berpeluang menaiki ‘banana bot’ sambil menikmati keindahan pantainya. Pantai Telok Kemang diwartakan sebagai Pusat Pelbagai Aktiviti & Acara Pelancongan Peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan & Antarabangsa.
3. Muzium Tentera Batu 5, Port Dickson
Muzium Tentera Darat merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia. Ia setanding dengan muzium-muzium tentera dari luar negara berdasarkan kelengkapan infrastruktur dan bahan pengisian di dalam muzium ini.
Ini diperakui sendiri oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. Cetusan mewujudkan Muzium TD diilhamkan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen. Tan Sri Md Hashim bin Hussein.
Muzium ini ditubuhkan ke arah usaha untuk meningkatkan taraf profesionalisme warga Tentera Darat dengan mengembangkan aspek intelektual, budaya cintakan organisasi dan menghayati sejarah TD.
# Di dalam muzium ini terdapat banyak artikfak dan barangan sejarah askar dahulu. Tiket masuk adalah RM10 untuk orang dewasa, dan RM5 untuk kanak-kanak bawah umur.
4. Prima Water Theme Park, Batu 12 Port Dickson
Menawarkan pemandangan laut Selat Melaka yang indah, PRIMALAND Resort & Convention (PRCC) menawarkan empat pilihan untuk menjamu selera dan pantai buatan manusia yang terbesar di Malaysia. Bilik-bilik moden dilengkapi dengan Wifi percuma.
Dicat dalam warna-warna hangat, bilik-bilik berhawa dingin dilengkapi dengan TV skrin rata, kemudahan menggosok pakaian dan kemudahan membuat teh/kopi. Bilik mandi EN suite menyediakan kemudahan pancuran mandi air panas/sejuk.
Tetamu boleh bersantai di tepi kolam renang luaran dan air terjun buatan manusia atau bersenam di pusat kecergasan.
#Kaunter penerimaan tetamu yang dibuka 24 jam boleh membantu dengan kemudahan-kemudahan mesyuarat/jamuan dan sewaan basikal. Aktiviti-aktiviti lain yang disediakan termasuk bola tampar air dan pingpong.
5. Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson
Hutan Simpan Sungai Menyala di Negeri Sembilan mempunyai keluasan 1,305 hektar dan terletak pada ketinggian 20-40 meter dari aras laut.
Struktur geografinya menunjukkan hutan ini merupakan Hutan Dipterokarp Tanah Pamah dan juga merupakan Hutan Dipterokarp Tanah Pamah yang terluas dan terbesar di rantau Tropika.
# Aktiviti/Kemudahan di sini:
Penginapan, Kantin, Dewan, Bilik Pameran, Perpustakaan, Ruang Pejabat, Denai Interpretasi, Surau, Gerai, Pokok Jelutong Terbesar, Pokok Tualang (Dalam kajian), Kolam semulajadi, Habitat burung helang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment