Tuesday, May 19, 2015

[RESEPI] Donut lembut

wah...wah... agak lama tak berupdate ghupanya blog saya...hahahaha

entah la.. sejak dua menjak ni pemalas betul.. dah la bulan June ni kene renew hosting..keh2... mana leh malas-malas.. nanti tak dapat income...

Ok..sejak akhir-akhir ni ....rajin pula saya mendonutkan diri ni...Main tepung.. main uli-uli pastu main cetak-cetak..kendian goreng-goreng.. dan celup-celup...hahaha..

Tanpa membuang masa............. meh tengok resepi mudah ... cepat dan yang penting LEMBUTTTTTTTTTTTTTTT.........auwwwww


Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum. Ayak dulu bagi tepung ringan.
  • 1/2 sk garam

  • 1 peket yis
  • 1 cawan air paip
  • 3 sb susu pekat
  • 4 sb gula
  • 3 sb mentega cair
  • 1 biji telur

 Cara-caranya
 
  1. Campurkan susu pekat + gula + air ..kacau kasi larut... pastu baru letak YIS dan biarkan dia berbuih..
  2. Campurkan mentega + telur... kacau sebati
  3. Tepung tadi dah ayak... campurkan mentega + telur tadi.. gaul... kemudian baru masukkan air YIS tadi.. dan gaul sampai semua sebati la
  4. Uli kasi semua mesra alam gitu
  5. biarkan doh selama 30 - 40 minit atau sehingga kembang.... kemudian tumbuk2 kasi kuar angin
  6. kemudian boleh la bentuk-bentukka ikut bentuk sukahati... hehehe
  7. dah bentuk.. rehatkan 10 minit kasi doh tu kembang baru goreng tau... 
haaaaaaa............senang tak??

nak buat donut ni bukan 1 kali cuba tau....kena cuba banyak kali baru la dapat merasai macam mana nak bermain tepung tu dan dapat feel dia yek...hehehe

Selamat mendonat yek semua!

Monday, May 11, 2015

Tempat menarik sekitar Port Dickson

http://www.agoda.com/?cid=1724950

Adakah anda sudah merancang percutian anda ? Jom ketahui Tempat Menarik di Port Dickson di sini..

Pantai Port Dickson (PD) adalah tempat percutian hujung minggu yang menarik untuk warga kota. Port Dickson, dikatakan telah dinamakan sempena nama seorang pegawai British, Sir John Frederik Dickson pada tahun 1889.

Ada juga yang mengatakan bahawa tempat itu mengambil nama seorang pegawai lain British yang menyelia pelabuhan British yang mengendalikan bijih di Lukut, sebuah daerah Port Dickson pada ketika itu.

Port Dickson terkenal dengan keindahan pantainya, terdapat juga pelbagai kemudahan serta mempunyai infrastruktur yang baik. Begitu juga dengan tempat penginapannya. Ada yang mahal dan juga murah, pilih sahaja mana yang menepati bajet kita.



Antara Tempat menarik di Port Dickson adalah seperti:

1.  Ostrich Farm

Antara tarikan yang popular di Port Dickson sekarang ini ialah Ostrich Farm. Tempat sebegini memang sesuai untuk kanak-kanak sebab mereka boleh melihat binatang dari jarak dekat

Mereka boleh beli makanan dan beri terus pada binatang-binatang di farm ini. Selain burung unta dan buaya, ada banyak lagi binatang yang dipamerkan di sini..

#Bagi yang berminat untuk ke sini, tempat ini dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi sehingga 5.30 petang dan tiket berharga RM6.00 untuk orang dewasa, kanak-kanak pula RM3.00.


2. Pantai Teluk Kemang

Terletak di Batu 7 dan 8, Teluk Kemang merupakan kawasan pantai yang terbesar dan popular di Port Dickson. Jika anda mahukan semua kemudahan dalam satu tempat, maka Teluk Kemang adalah pilihan terbaik.

Antara aktiviti menarik dan cukup popular di pantai ini, anda berpeluang menaiki ‘banana bot’  sambil menikmati keindahan pantainya. Pantai Telok Kemang diwartakan sebagai Pusat Pelbagai Aktiviti & Acara Pelancongan Peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan & Antarabangsa.


3. Muzium Tentera Batu 5, Port Dickson

Muzium Tentera Darat merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia. Ia setanding dengan muzium-muzium  tentera dari luar negara berdasarkan kelengkapan infrastruktur dan bahan pengisian di dalam muzium ini.

Ini diperakui sendiri oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. Cetusan mewujudkan Muzium TD diilhamkan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen. Tan Sri Md Hashim bin Hussein.

Muzium ini ditubuhkan ke arah usaha untuk meningkatkan taraf profesionalisme warga Tentera Darat dengan mengembangkan aspek intelektual, budaya cintakan organisasi dan menghayati sejarah TD.

# Di dalam muzium ini terdapat banyak artikfak dan barangan sejarah askar dahulu. Tiket masuk adalah RM10 untuk orang dewasa, dan RM5 untuk kanak-kanak bawah umur.


4. Prima Water Theme Park, Batu 12 Port Dickson

Menawarkan pemandangan laut Selat Melaka yang indah, PRIMALAND Resort & Convention (PRCC) menawarkan  empat pilihan untuk menjamu selera dan pantai buatan manusia yang terbesar di Malaysia. Bilik-bilik moden dilengkapi dengan Wifi percuma.

Dicat dalam warna-warna hangat, bilik-bilik berhawa dingin dilengkapi dengan TV skrin rata, kemudahan menggosok pakaian dan kemudahan membuat teh/kopi. Bilik mandi EN suite menyediakan kemudahan pancuran mandi air panas/sejuk.

Tetamu boleh bersantai di tepi kolam renang luaran dan air terjun buatan manusia atau bersenam di pusat kecergasan.

#Kaunter penerimaan tetamu yang dibuka 24 jam boleh membantu dengan kemudahan-kemudahan mesyuarat/jamuan dan sewaan basikal. Aktiviti-aktiviti lain yang disediakan termasuk bola tampar air dan pingpong.


5. Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson

Hutan Simpan Sungai Menyala di Negeri Sembilan mempunyai keluasan 1,305 hektar dan terletak pada ketinggian 20-40 meter dari aras laut.

Struktur geografinya menunjukkan hutan ini merupakan Hutan Dipterokarp Tanah Pamah dan juga merupakan Hutan Dipterokarp Tanah Pamah yang terluas dan terbesar di rantau Tropika.

# Aktiviti/Kemudahan di sini:
Penginapan, Kantin, Dewan, Bilik Pameran, Perpustakaan, Ruang Pejabat, Denai Interpretasi, Surau, Gerai, Pokok Jelutong Terbesar, Pokok Tualang (Dalam kajian), Kolam semulajadi, Habitat burung helang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...