Bila pandang ketiga-tiga anak saya ni...... terasa cepat sungguh masa berlalu... sedar tak sedar.. Danial dah Darjah 5, Iskandar dah Darjah 2 manakala Zulfadhli tahun 6 dan tahun depan akan memasuki sekolah rendah. Tinggal la Huzaiman yang akan menjejak kakn kaki ke Tadika pula tahun hadapan.
Bila di perhatikan rutin setiap hari anak-anak bersekolah.. memang padat jadual persekolahan nya... Seawal 5.30 pagi saya dah mula kejutkan mereka untuk bangun bersiap ke sekolah. Tapi biasalah... kejut jam 5.30 pagi.. bangun sebetul-betul nya 5.50 pagi... lihat.. berapa minit saya perlukan untuk kejut mereka..hahahaha
Sementara anak-anak bersiap mandi dan memakai baju sekolah.. saya dah turun ke bawah untuk menyediakan sarapan untuk mereka...
Saya tak sediakan la yang berat-berat.. sekadar air dan juga roti atau biskut untuk alas perut mereka sebelum ke sekolahkan. Ialah jam 6.30 pagi mereka dah bertolak ke sekolah di hantar oleh ayahnya. Jadi sementara menunggu waktu rehat jam 10.00 pagi.. dapatla perut mereka bertahan kan...
Anak-anak saya jenis tak kisah sebenarnya apa yang hendak di makan.... ada kala roti, ada kala sosej, ada kala biskut...sus dan koko crunch atau apa yang mudah untuk di makan di waktu pagi. Mereka leboh gemar minum yang bercoklat seperti Horlick Coklat yang sarat dengan 23 khasiat penting, termasuk kalsium untuk pertumbuhan tulang yang kuat, protein untuk membina tisu badan serta multivitamin dan mineral. Yang penting sarapan pagi bermula di rumah.
Sebenarnya ada manfaat nya bersarapan pagi seawal mungkin.. antaranya ialah
1) MEMENUHI NUTRISI YANG DIPERLUKAN
- Hidangan terbaik untuk sarapan pagi adalah yang mempunyai karbohidrat atau berserat tinggi. Makanan seperti oat, bijirin dan roti gandum amat sesuai dijadikan hidangan pada waktu pagi kerana ia membekalkan tenaga dan tidak cepat lapar.
- Sarapan pagi dengan perut yang masih kosong akan mempercepatkan pembakaran kalori secara lebih efisien.
- Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar tenaga dalam bentuk glukosa dan glikogen telah digunakan pada hari sebelumnya. Oleh itu, pengambilan makanan yang berglukosa diperlukan untuk menjana perkembangan otak dan daya tumpuan. Tanpa glukosa, anda akan berasa letih dan kurang tumpuan terhadap kerja yang dilakukan.
- Kandungan serat yang diperoleh daripada bijirin dapat menyerap kolesterol yang terdapat di dalam badan. Penyerapan kolesterol ini sekali gus mengurangkan tahap kolesterol yang boleh membahayakan kesihatan.
Jika di ikutkan .. anak-anak setiap hari memang akan bersarapan pagi tak kira lewat mana pun mereka siap untuk ke sekolah atau lambat mana saya siapkan makanan untuk mereka... hehehe.
Maklumla.. ada kala saya terlewat juga menyiapkan sarapan untuk mereka.. kerana banyak betul tugasan di pagi hari untuk di selesaikan..hehehe
Untung anak-anak zaman sekarang... pergi sekolah dan balik sekolah di jemput oleh ibubapa... Setiap pagi saya dan suami akan pastikan mereka di hantar terus ke sekolah Agama.. Memandangkan 2 anak saya 2 sesi persekolahan.. jadi suami akan hantar terus ke sekolah agama.
Dalam jam 6.50 pagi... sampai la anak-anak saya di sekolah agama.... Jadi jam 7.00 pagi, van akan hantar Danial ke sekolah rendah pula.. manakala Iskandar sekolah agama sehingga jam 11.00 pagi. Di sekolah saya adakala bekalkan mereka makanan juga.. sama ada biskut atau roti. Maklumla.. anak-anak cepat lapar bila aktif kan.
Bila masuk tengahari... Danial akan pulang dari sekolah rendah, manakala Iskandar pula bersiap menuju ke sekolah rendah yang dihantar oleh van kafa.
Saya sentiasa ingatkan anak-anak untuk minum 1 liter air di sekolah untuk memastikan mereka tidak cepat letih dan haus. Sekarang ni cuaca sangat panas.. jadi air memang diperlukan sentiasa....
Pengangkutan dari sekolah rendah ke sekolah agama di uruskan oleh sekolah agama.. di mana anak-anak saya akan bersiap dan makan sekali dari sekolah agama dan terus di hantar ke sekolah rendah. Begitu juga sebaliknya.
Cuma jika waktu pulang petang dari sekolah rendah.. adakala saya dan suami akan terus jemput mereka... ialah.. jika kami yang jemput.. dapatla samapi kerumah lebih awal sedikit. Dalam 6.50 petang.. anak-anak sudah berada di rumah, jika mereka naik van... sekalunya jam 7.15 malam baru sampai ke rumah. Ialah.. dari sekolah rendah menuju ke sekolah agama, banyak tempat berhenti turunkan pelajar di rumah masing-masing kan...hehehe
Lihatla perjalanan sekolah anak-anak saya... seawal jam 5.30 pagi bangun, kemudian sampai di sekolah masing-masing jam 7.00 pagi kemudian waktu tenghari bersiap pula untuk sesi petang sehingga jam 6.30 petang dan sampai rumah dalam pukul 7.00 malam.
Selama 11 jam mereka berada di luar dari rumah dan berada di sekolah. Begitu penat mereka.. sampai di rumah selepas makan malam, mereka perlu siapkan kerja sekolah yang di beri guru. Dan keesokkan hari nya bermula kembali rutin harian mereka...hehehe
Cuba bayangkan mereka berada di kampung-kampung yang tidak mempunyai laluan yang sempurna untuk ke sekolah. Dan belum tentu lagi sekolah mereka segah seperti di bandar di mana cukup segala keperluan untuk belajar.
Tak perlu kita ambik luar negara.. cukupla di negara sendiri, seperti Kampung Chuwah. Pernah dengar ker tidak nama perkampungan ini? Saya pun pertama kali mendengar nama perkampungan ini.
Di sini saya ringkaskan serba sedikit pengenai Kampung Chuwah :-
- Kampung Chuweh terletak di TasikTemenggor, lebih biasa merujuk sebagai Tasik Banding
- Sekitar 6 jam memandu dari Kuala Lumpur dan terletak kira-kira 80 km dari Gerik
- Gerik ialah sebuah bandar di Perak atas Daerah di Negeri Perak.
- Kampung Chuweh ialah terdiri daripada tiga buah pulau kecil di sebelah satu sama lain;
Chuweh A Kampung, B, C. - Terdapat 32 orang kanak-kanak dalam jumlah di semua tiga buah pulau, dipecahkan seperti berikut:
Dari Kampung Chuweh A - 17 orang kanak-kanak kampung
Dari Kampung Chuweh B - 10 orang kanak-kanak kampung
Dari Kampung Chuweh C - 4 anak anak
1 orang dari RPS Banun (bandar dekat) - Sekolah terdekat kepada Chuweh Kampung ialah sekitar 30 kepada 45 minit dengan bot dan 15 kepada 25 minit oleh kereta atau bas.
- Sekolah dipanggil Sekolah Kebangsaan RPS Banun (RPS bererti Resettlement Plan untuk Peribumi Community).
- Walaupun ia sebuah sekolah rendah, sekolah itu juga menyediakan pendidikan menengah.
Bila lihat vedio yang saya kongsikan nampak kan perbezaan antara penduduk di bandar dan penduduk di kampung pendalaman. Memang sangat berbeza dengan persekitaran sekolah anak saya berbanding di Kampung chuwah tersebut.
Jika di lihat.. begitu selesa anak-anak saya ke sekolah.. pergi di hantar, pulang di jemput.. malah dapat dapat menaiki kenderaanyang selesa ke sekolah bersama rakan-rakan lagi.
Menyedari hakikat tersebut, jenama minuman susu malt terkenal negara, Horlicks dengan kerjasama Persatuan Pekerja Sosial Malaysia menggerakkan kempen bagi membantu seluruh kanak-kanak di negara ini mendapat akses pendidikan formal melalui Inisiatif Perjalanan Ke Sekolah Horlicks.
Penempatan Orang Asli Kampung Chuweh, Tasik Banding, Gerik, Perak dipilih sebagai komuniti pertama bagi merealisasikan inisiatif tersebut, memandangkan tiada kanak-kanak di situ yang mendapat pendidikan formal.
Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk kehidupan seseorang. Malangnya, ramai kanak-kanak di seluruh dunia mempunyai akses yang terhad kepada pendidikan dan Horlicks ingin membawa perubahan sebenar serta berkekalan untuk kanak-kanak ini bagi memupuk potensi masa depan mereka.
Pihak Horlicks berharap dengan membantu masyarakat mengatasi halangan perjalanan yang mencabar untuk ke sekolah, kanak-kanak akan berpeluang untuk mendapatkan pendidikan yang sewajarnya.
Di bawah Inisiatif Perjalanan Ke Sekolah Horlicks, sebuah program dilaksanakan dalam dua fasa untuk komuniti Kampung Chuweh, Banding, Perak.
Fasa pertama membabitkan tenaga pengajar memasuki kawasan penempatan Orang Asli ini untuk menyampaikan pelajaran ke kampung tersebut bagi memberi pendidikan asas kepada kanak-kanak sebelum melangkah ke alam persekolahan.
Manakala fasa kedua membiayai bot sekolah khas untuk mengangkut kanak-kanak daripada komuniti itu ke sekolah yang paling hampir iaitu Sekolah Kebangsaan RPS Banun. Ini akan membantu mengatasi halangan utama kanak-kanak tersebut iaitu perjalanan sukar ke sekolah yang menghalang mereka daripada mendapatkan pendidikan. Pihak Horlicks juga mengharapkan kerjasama daripada penduduk untuk mengekalkan perkhidmatan bot.
Inisiatif ini diharap dapat memacu perubahan secara berterusan sekali gus memberi manfaat kepada generasi akan datang serta membantu mereka yang masih tidak mempunyai akses kepada pendidikan sempurna memperoleh peluang belajar, sekali gus keluar daripada kepompong kemiskinan atau buta huruf.
Jadi sebagai ibu.. saya bersyukur kerana anak-anak saya dapat belajar dengan selesa dan sempurna walaupun tidak semwah mana. Cukup untuk mereka mempelajari sesuatu yang baru di alam persekolahan sebelum menginjak ke alam dewasa yang lebih penuh pancaroba.
Jadi bantu la Horlick untuk membantu mereka menambahbaik akses ke sekolah menjadi kenyataan!
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Inisiatif Perjalanan Ke Sekolah Horlicks ini boleh la layari :
No comments:
Post a Comment