Friday, April 17, 2015

Pendaftaran Zulfadhli ke SRAI 2016

Tahun 2016 anak saya no 3 Zulfadhli akan melangkah ke Tahun Satu.... jadi setakat ini saya dah daftarkan dia di Sekolah Rendah Kebangsaan di mana bersekolah bersama abang-abang nya...


Tapi sambil tu.. saya cuba juga untuk daftarkan Zulfadhli di Sekolah Rendah Agama Islam di Bandar Baru Bangi... bukan apa.. nak mencuba nasib jer.. kalau dapat alhamdulilah la....

Sekarang SRAi sedang buka pendaftaran untuk kemasukan ke SRAI dari 01.04.2015 - 30.04.2015... jadi cepat-cepatla saya pergi daftar dulu. Daftar jer.. belum lagi tentu dapat.. sebab akan menduduki ujian dahulu sebelum di terima masuk...


Sebelum tu meh kita tahu serba sedikit apa itu SRAI

Apakah yang di maksudkan Sekolah Rendah Agama Integrasi? 

Sekolah Rendah Agama Integrasi atau ringkasnya SRAI merupakan sekolah projek rintis yang dilaksanakan bermula tahun 2000 oleh Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor. Sehingga tahun 2010, sebelas (11) SRAI telah diwujudkan di 8 daerah.

Sekolah ini mengabungkan Kurikulum Sekolah Rendah Agama JAIS dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) / Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR).Waktu operasi pengajaran dan pembelajaran adalah dari jam 7.40 pagi hingga jam 4.00 petang (kecuali SRAI Dato' Mufti Yusuf Shahabuddin).

Perlu di ingatkan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) merupakan sekolah Agama Negeri (SAN) yang di tadbir urus oleh JAIS. Statusnya di Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sekolah SWASTA. Walau pun SRAI berstatus sekolah swasta, lepasan sekolah SRAI masih boleh bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di bawah KPM atau meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama (SAM) Negeri Selangor.

*************************************


Semasa saya mendaftar anak saya... nama pelajar dah hampir 288 orang... hehehe...

Mujur saya bawa segala surat /dokumen yang diperlukan semasa mendaftar..


Jadi dapat la kad pendaftaran bernombor 116. Nanti pada 20.06.2015 kene bawa kertas pendaftaran ni untuk menduduki ujian kelayakan sebelum dapat masuk SRAI...

Lepas tu beli la buku koleksi soalan latihan SRAI ni... RM10.00 . Demi Zulfadhli beli la.. entah boleh jawab ker tak..huhuhu

 
 

Belek... belek gak soalan... bapak susah wei...

Reti ker Zulfadhli baca ni... dah la macam susah gak soalan... huhuhu... dekat 2 jam juga ujian nya.. dahla waktu tu bulan puasa... Kerani pejabat dah cakap siap-siap.. suh bawa bekalan. Sebab time puasa kan.. takut anak-anak lapar...hehehe


 Alamak.. goyang pula snap gambar... hahahah

Harap-harap dapat baca la yek... maaf yek.. anak-anak kaco masa snap..hehehe


Saya tak mengharapkan sangat.. sebab ramai lagi yang layak untuk bersekolah di sini.. cuma saya harap.. jika anak saya berpeluang bersekolah disini adalah 1 rezeki untuk kami...sekurang-kurang nya dapat memperluaskan anak-anak dengan ilmu agama dengan lebih mendalam...

Harap-harap, Zulfadhli dapat menjawab ujian kelayakan tu nanti..kawan-kawan doakan yek...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...