Ok... klip di atas adalah sebahagian sedutan mengenai Mom's Time Out. Salah satu citer terbaru dari LIFETIME.
LIFETIME akan menayangkan siri realiti keluarga baharu Mom’s Time Out buat pertama kalinya pada 28 Ogos, yang menampilkan keluarga dari Singapura, Malaysia dan Filipina apabila mereka menjalani eksperimen sosial dengan menukar peranan mereka di rumah. Tiga orang ibu tersebut pergi bercuti selama 5 hari ke Vietnam bersama-sama, meninggalkan si bapa menguruskan anak-anak dan rumah tangga.
Akan ditayangkan pada setiap hari Khamis jam 9 malam selama setengah jam, siri lima episod ini memaparkan peristiwa yang menarik dan kadangkala lucu apabila si bapa yang tidak biasa menjaga anak dan menguruskan rumah tangga terpaksa memikul tanggungjawab tersebut.
Mom’s Time Out menggalakkan tema kekeluargaan, iaitu fokus utama dalam budaya Asia, dan telah menarik perhatian jenama-jenama seperti Angsana Lăng Cô, Central Vietnam, KidZania Kuala Lumpur, SANRIO HELLO KITTY TOWN dan The Little Big Club untuk menjadi sebahagian daripada siri ini.
Themed Attractions and Resorts, yang mengendalikan taman tema terkenal KidZania Kuala Lumpur, SANRIO HELLO KITTY TOWN, dan The Little Big Club, berbangga menyediakan destinasi pendidikan dan rekreasi untuk keluarga siri Mom’s Time Out. “Destinasi yang menawarkan sesuatu yang relevan dan berguna kepada ibu bapa dan anak-anak sememangnya mengeratkan talian kekeluargaan. Taman-taman tema kami berbuat demikian dengan membolehkan ahli keluarga meluangkan masa berkualiti untuk bermain bersama,” kata Philip Whittaker, Ketua Pegawai Pemasaran, Themed Attractions and Resorts.
“Kami ingin menerokai idea bahawa menjadi seorang ibu adalah soal sikap dan bukannya sekadar hubungan biologi, jadi kami mengujinya ke atas tiga orang bapa dari Malaysia, Singapura dan Filipina. Ia merupakan tema yang menyeronokkan dan menarik untuk kami jadikan sebagai penerbitan asli pertama kami untuk LIFETIME,”
kata Chris Humphrey, Pengarah, Penerbitan A+E Networks Asia.Mom’s Time Out akan membawakan kepada penonton pengalaman skrin kedua interaktif menerusi perbincangan mingguan. Penonton boleh memuat turun aplikasi ScanAd pada peranti Apple dan Android mereka dan menyertai perbincangan keibubapaan yang memperkatakan pelbagai topik dari menguruskan tabiat sosial anak hingga mengendalikan anak yang mengamuk.
“Kami berbesar hati menjadi tuan rumah kepada ibu-ibu dalam siri Mom’s Time Out yang selama ini telah bekerja keras menguruskan rumah tangga. Dengan pemandangan indah Laut Timur dan gunung-ganang yang memukau, resort percutian tropika Angsana Lăng Cô yang anggun, kontemporari dan penuh keseronokan menawarkan pelbagai pilihan aktiviti dan bersantai. Kami yakin bahawa ibu-ibu ini akan menghargai waktu percutian mereka di Angsana Lăng Cô dan benar-benar seronok menerokai Vietnam Tengah,”
kata Jacqueline Kennedy, Pengarah Kawasan bahagian Jualan dan Pemasaran bagi Angsana Lăng Cô, Central Vietnam.Mari kenali 3 keluarga yang menyertai rancangan ini denganlebih mendalam. Antaranya ialah:
Keluarga #ThePangs dari Singapura
- Christopher & Julie Pang , dengan Marcus ( 12yo ) , Michael ( 8yo ) & Matthew ( 4yo )
Christoper & Julie Pang yang mejalankan perniagaan Butik Syarikat Hartanah yang berjaya dan mempunyai 3 orang anak lelaki yang berusia 12 tahun, 8 tahun dan 4 tahun.
Mempunyai cara tersendiri mendidik anak-anak di mana si ayah lebih kepada menghukum manakala si ibu lebih kepada pengukuhan positif. Apa yang akan berlaku bila si ibu berjauhan?
Keluarga #TheJasons dari Malaysia
- Jason & Leishia Kalaichelvams, dengan Arianna ( 4yo ) & Olivia ( 2.5yo )
Jason adalah seorang penceramah motivasi yang bekerja kuat serta sering mengutamakan keluarga manakala si ibu pula adalah seorang suri rumah dan penulis bebas yang menjaga dua orang anak perempuan ( Arianna berusia 4 tahun dan Olivia berusia 2.5 tahun) . Adakah perkara-perkara yang yang akan berlaku dari luar kawalan apabila ibu tidak berada di sisi?
Keluarga #TheBaileys dari Filipina
- Kenneth & Emerald , dengan Briah ( 2.5yo )
Kelurga Baileys ... si Ayah Kenneth dan si ibu yang menetap di rumah mempunyai seorang anak perempuan berusia 2.5 tahun Briah yang comel tetapi boleh tahan lasaknya! Si ayah seorang yang mencari nafkah bekerja shift malam sejak Briah dilahirkan. Kini beliau akan mengambil alih tugas satu cabaran paling sukar dalam hidupnya untuk menjaga anak perempuannya semasa si ibu tiada. Adakah dia dapat mengedalikan nya?
Antara gelagat-gelagat yang korang harus tengok.... antaranya :
Jangan lupa saksikan rancangan ini yang bermula pada 28 Ogos ini di LIFETIME dan berpeluang untuk meMENANGi penginapan 3H2M di Angsana Lang Co, Pusat Vietnam apabila anda memuat turun app ScanAd pada Apple & Android di telefon bimbit anda.
Buka app & imbas semasa menonton persembahan untuk mengakses kandungan yang lebih semasa siaran Mom's Time Out. Anda juga boleh berkongsi pendapat & belajar daripada ibu bapa lain apabila anda mengambil bahagian di dalam perbincangan mingguan pada app.
JANGAN LUPA
Setiap HARI KHAMIS
Jam 9 MALAM
Di saluran LIFETIME ASTRO
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai #MomsTimeOut, boleh layari : www.LifetimeAsia.com/MomsTimeOut
No comments:
Post a Comment