Sunday, September 29, 2013

Menjamu selera di Ana Ikan Bakar Petai, Bangi

Semalam sabtu..masa untuk keluarga. .jadi anak2 sibuk nak keluar. .jadi alang2 dah keluar tu..moh ler ajak keluarga makan kat luar kan...

Tak yah la ibunya nak masak2 bagai kat umah. .hik3

Jadi..moh la kita mencuba kedai makan area Bangi jer... tak yah jejauh. ..

Jadi menuju la ke Ana Ikan Bakar Petai...erk tetiba x ingat kat Seksyen berapa lak..hik3


Saya sampai situ dalam kul 6.15 ptg gitu...sebab tak makan tengahari kan...so mmg nak makan awal la... lagi pun dekat jer dari rumah nak ke situ...

Kalu datang awal dapat la parking kosong kan... bukan sahaja parking. .tempat duduk pun masih kosong..jadi boleh la pilih mana nak duduk...hik3


Dari jauhhhhhhh boleh nampak singboard dia..warna hijau gitu. ... tepi jalan jer restoran nya..jadi mudah di lihat.


Sampai situ harusla pilih lauk kan... konsep dia macam kedai seafood yang lain... ikan..udang..sotong..ketam..lala semua yang segar2 belaka. ..

 


Inilah masalah orang perempuan. ..sebelum datang menu dah fikir dalam kepala.... pas nampak segala jenis makanan depan mata mula jadi kelam kabut..hahaha...

Rasa macam semua nak beli...tp memandangkan anak2 sumer bukan reti makan banyak. .jadi ambik mana yang nak jerla.


Atas tu pula harga timbang nya....

Jadi sebelum pilih. .boleh baca-baca dulu..dan congak2 la sendiri kan..hik3. Tapi kalu sekali sekala apa salahnya kan...


Sudahnya hanya pilih 2 jenis menu jer untuk dimasak... udang dan ikan kerapu...

Kalu ambik siakap. .dah jemu..maklumla saya kan hari2 masak siakap...hahaha

Dah bagitau nak masak apa..duduk la kami dimeja makan menunggu lauk pauk kan...


Air kalu ordee x nak kalah...hahaha. .

Kalu gelas besar tu ibu dan ayah nya la.... anak2 suh minum air lain..sbb kalu sumer sama nanti x dapat rasa lak ibu punya. .hik3


Sampai dah menu kami....

Udang masak pedas petai... telur bistik.. telur dadar.. sayur kailan...


Ikan kerapu pula masak 3 rasa....

Ok..makanan dah sampai. .kami pun makan sehingga habis... yela habis.. dah dtg niat nak makan kan...

Emmmmm pada sesiapa yang memang teror masak tu.. jangan la komplen kalu rasa kurang... hidangan nya x menarik ker apa...

Dah nama pun cuti memasak.. nak suh orang masakkan... jadi makan jerla...hik3

Jadi...pepaham la maksudnya ..lain orang lain tekak nya..bak kata pepatah..rambut sama2 hitam..hati lain2 kan...hik3

Kene cuba baru tau...dah cuba baru leh nilaikan..hik

So..macam biasa.. cer teka.. berapakah harga makanan dan minuman yang kami makan di atas?

Harga nya boleh tahan gak..jadi kalu korang teror..meh jawab.. bagi hint sikit.. ada sen jugak tau...hahaha

Siapa peneka terdekat dengan harga yang betul... RM10.00 menanti anda... ala.. ni suka suka jer.. kalu rasa eleh..apa ada hal ngan RM10.00 tu... dendiam sudah la kan..hik3

Sila tinggalkan jawapan korang dikotak komen beserta emel uang betul yek!

Selamat mencuba.....

Wednesday, September 25, 2013

Menginap di Meritus Pelangi Beach Resort , Langkawi

Ishk......... balik Langkawi dah dekat seminggu.. tapi apa pun tak update.... agak penat ok. Macam terbang jauh lak rasa.padahal g Langkawi jer kot... tapi betul..rasa macam jetlag jer...hahaha

Ok.. untuk tidak menghampakan... meh ler tinjau tempat penginapan saya semasa di Langkawi.

Boleh tak, saya just letak gambar tanpa ada penerangan...... tak larat dah nak citer.....waaaaaaaaaaaa










Di sini senarai harga yang di tawarkan.....

Rasanya harga nya berubah2 mengikut hari.. seperti cuti umum, cuti hujung minggu dan hari biasa.


Dapatla bermalam 4 hari 3 malam di situ.....

Tapi rasa macam tak sesuai kot kalu family duk bilik tu.. lampu malam ok... sesuai tuk honeymoon.... hahahahaha

Tapi masa saya datang situ... service kat situ amat...amat...amat... mengecewakan ok! minta sejadah lambat, mintak hanger lebih lambat.... buggy pun lambat... mana tak lambat kalu 2-3 org je yang bekerja... tapi permintaan tinggi....

Dah la masa tu ramai pak arab duk honeymoon kat situ..... bilik lak jauh2 belaka ok! letih nak jalan.. tu pasal kene ambik service buggy.....huhuhuhu

Tapi ........ kalu nak rasa gak duk situ, leh la usha website dia yek?

Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi
Pantai Cenang
07000 Langkawi
Kedah Darul Aman
Malaysia

GENERAL ENQUIRIES
Tel: (60-4) 952 8888 Fax: (60-4) 952 8899
Email: pelangi@meritushotels.com
ROOM RESERVATIONS
Email: resvn.pelangi@meritushotels.com

#69 Wordless Wednesday – Hatiku tertinggal di Idaman Suri

#69 Wordless Wednesday – Hatiku tertinggal di Idaman Suri
#mohon dapat pergi lagi........hahahahaa

Tuesday, September 24, 2013

Samsung NX2000 yang bergaya!

Sebelum ni saya telah mencuba NX300 dan tiada banyak perbezaan antara NX2000 ni....


Cantik warna PINK ni... sesuai untuk perempuan.... tapi ramai juga lelaki masa kini berani membawa warna pink gak..hik3



Kamera ini memang amat sesuai untuk travel.. dengan size nya yang kecil dan ringan... senang di bawa kemana jua ........




 

Terdapar pelbagai fungsi seperti kamera DSLR cuma ia tidak la terlalu susah untuk memahami... sesuai dengan size nya yang kompak...

 
Skrin nya lebih lebar 3.7"(93.8mm) dan skrin sesentuh sepenuhnya.....

Gambar nampak lebih terang dan senang di lihat....

Yang paling saya gemar dengan samsung kamera ini adalah... ia bergabung dengan mana-mana peranti samsung yang lain.

Seperti Samsung Note II saya... di mana saya boleh jadikan ia sebagai alat kawalan jauh untuk merakam gambar..... tak perlu timer hanya link kan antara kamera dengan HP dan hanya kawal melalui HP sahaja....

Jadi tak perlu nak tekan timer setiap kali nak ambik pelbagai gaya dan aksi...hehehe. Amat sesuai untuk ambil gambar family tau!!

Mari kita lihat hasil gambar yang di rakam melalui kamera NX2000 ini......

 



Gambar ini menggunakan kawalan jauh melalui HP. senang bukan?








Bagaimana dengan hasil gambar menggunakan NX2000? Lawa dan chantik bukan?

Kamera samsung ini boleh di beli dengan harga RM2,399.00 dan boleh di dapati di pengedar samsung yang sah.

Monday, September 23, 2013

Kemalasan sudah menjelma

Alahai...... dah hampir seminggu balik dari Langkawi... tapi satu kisah kat Langkawi pun tak update.. macam mana?huhuhuhu

Letih tul.... macam baru balik over the sea.. padahal balik Langkawi kot..

Agak-agak korang la kan..... adakah blog saya sudah kekurangan pelawat?? emmmmm.... kesian kan?

Blog sumijelly dah tak best untuk di baca......waaaaaaaaaaa...........

Nanti yek.. saya akan cuba update gak kisah di Langkawi.. errkkkk... masa di Sabah tu pun tka habis lagi ok cerita..... banyak tempat tak update.... alahai.......

Friday, September 20, 2013

Tonton di Escape dan menangi hadiah menarik


Siapa kaki wayang dan suka menonton filem dan drama TV kegemaran.... sekarang dah ada laman hiburan peribadi yang membolehkan korang menonton bila-bila masa tak kira kat mana korang berada.....

Terdapat pelbagai filem dan drama TV yang didatangi dari Hollywood, Korean, Indonesia, Hindi dan juga tempatan sekali.

Hanya menggunakan teknlogi live streaming melalui plan internet korang sahaja pun....

Kebanyakkan video yang ditawarkan adalah menggunakan Microsoft Silverlight dan perlu memuat turun aplikasi ini ke dalam komputer peribadi untuk menggunakannya. Menariknya, boleh juga menonton video ini di telefon pintar, lap top dan tablet dengan laman web mesra peranti mudah alih.

Terdapat hampir 500 filem untuk di tonton dengan hanya 80 sen untuk setiap jam sahaja tu... dah la tu macam-macam jenis la dapat tengok dari komedi, aksi ganas, drama, hantu, romatik dan macam-macam la...



Tapi sebelum tu kene la install secara percuma dulu melalui google play dan istore jer ( yang sesuai jika mempunyai iOS, Android, MacOS dan Windows).


Selepas install dalam smartphone atau tablet korang  jangan lupa pula 'mendaftar' lak..

nanti kalu tak daftar macam mana nak masuk untuk menonton kan? Daftar jer kat www.escnow.com bukan susah pun.


Pastikan korang memiliki atau pengguna Celcom Prepaid (Xpax) dan Celcom Postpaid tau...

Nanti macam mana nak daftar lak kan?


Bila dah daftar, baru leh masuk.. dan dapat lihat pelbagai koleksi filem dan drama Tv kegemaran korang di ESCAPE.

Untuk pengetahuan korang Escape menawarkan dua pakej utama iaitu Collection dan Premium. Pakej Collection membolehkan menonton filem, drama, dan TV secara langsung menerusi langganan setiap bulan manakala pakej Premium mengumpulkan koleksi filem yang boleh dibeli secara individu.

Sekarang ni terdapat banyak filem terkini yang ditawarkan buat para pengguna seperti Hobbit, The Dark Knight Rises, Argo, dan Oz The Great and Powerful. Selain itu, terdapat juga filem Korea, Indonesia dan China.

Ohya sambil melayari tu, boleh masuk peraduan sekali tau....iaitu cabaran meneka siapa lelaki misteri.

Jika korang masuk ke laman sesawang www.escnow.com , pasti akan nampak satu kolum ‘Who Am I’ di mana ianya adalah satu cabaran meneka siapakah lelaki misteri.

Bukan teka sesaja pun.... boleh menang berpeluang dapat hadiah tau! Ok.. malas nak cakap panjang, meh saya bagi KLU tuk korang teka la...
“Pernah ke Shanghai sebanyak dua kali. Dalam rush hour, tiga kali.”
“Pernah membimbing ‘The Kid’. Kemudiannya menjadi ‘The Master’.”
“Dikenali sebagai Mr. Nice Guy. Tapi jangan sesekali cuba cari pasal.”
“Pernah menjadi panda. Pernah juga menjadi dubuk.”

Kalu korang berjaya teka siapa kah dia, hadiah yang bakal korang menangi adalah korang dapat menonton filem berjam-jam lamanya di ESCAPE tau. Khas untuk pengguna Celcom.

Jadi inilah peluang nya jika korang mahu mendapatkan hadiah yang cukup lumayan tersebut.

Hanya SMS jawapan anda itu ke 20888 dan boleh hantar seberapa banyak jawapan yang korang mahu.

Jadi apa tunggu lagi ni? Jom layari sekarang: www.escnow.com

Friday, September 13, 2013

Kali ke dua di Langkawi.........

Salam Jumaat semua......

Hari ni saya akan berangkat menuju ka Langkawi.....


Ini adalah kai ke-2 saya pergi Langkawi....

Pertama kali pergi masa tahun 2000 rasanya... dah lupa..

Masa tu pergi bersama rakan-rakan yang bekerja di Isetan.....

Kali ni pergi bersama kawan-kawan pejabat pula........

Tak tau la bila dapat pergi bersama my IR dan anak2.....insya allah... akan merangcang pergi ke sana cuma biarla masa dan waktu yang menentukan nya...hik3

Okla........ kalu saya sempat, saya akan update serba ringkas semasa di Langkawi..........jadi jangan lupa yek sudi2 jenguk blog saya.....hik3

Thursday, September 12, 2013

Bila anak-anak dapat berendam.......

Masa di PD, tak pergi pun bawa anak-anak g mandi laut...hik3...

Ishkkkkk........ tak berani la.. anak kecik2 lagi.. lagi pun susah nak kawal... kalu dalam kolam renang tu senang la sikit kan?

Sepanjang ada kat Resort tu, anak2anak asyikla tanya bila nak mandi kolam.. klau ajak g makan pun dia tanya "kita nak mandi kolam yek ibu?" alahaiiiiiii...........

Jadi sebelum balik Bangi, saya suruh la anak2 berendam jap.. termasukla saya ngn my IR sekali kan... hahahahah










Lama gak la saya kasi anak-anak mandi kolam....

Bila ajak balik, masing2 x nak kuar kolam... padahal dah sejuk mengigil2 dah badan......

Tak per la nak oit..... nanti kita g la lagi, tiap2 tahun opis ibu buat Family Day ni... boleh g banyak tempat la nanti..........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...