Thursday, June 20, 2013

Selamat Pengantin Baru Syawal & Boy!

Bulan depan jer dah nak masuk Ramadan, rasanya ramai yang mendirikan rumah tangga sebelum puasa ni...

Maklumla... tahun ni dapat la merasa berpuasa bersama pasangan, beraya bersama pasangan dan mertua masing2 kan??

Minggu lepas dapatlah menghadiri 2 lagi kenduri kawen. 1 kenduri kawen kawan Sekolah Rendah dan lagi 1 kenduri kawen sepupu (sebelah ayah saya)

Sabtu - 15.06.2013


Inilah pengantin nya... chantik dan kacak kedua mempelai... tapi ni majlis nikah mereka pada minggu sebelumnya... yang ni saya tak g pun... ambik gambar dari FB pemilik jer..hik3


Inilah baru majlis perkahwinan nya...

Dapatla berjumpa dengan guru sekolah serta kawan2 yang lain...

Hai la.... baru erasan, dari reramai kengkawan dahulu kini dah tinggal sikit. Maklumla, kebanyakkan sudah berkeluarga dan masing2 ada hal tersendiri. Adakala dapat berjumpa adakala tak dapat...
Selamat Pengantin Baru yek Syawal dan Nawwar, 
Semoga kekal ke akhri hayat!

Ahad - 16.05.2013

Esok nya hari ahad, saya menghadiri perkahwinan sepupu lelaki (sebelah ayah saya) pula di Dewan Kem Sg Besi.


Sepupu saya lelaki, Inspektor Mohd Sufi... anak lelaki bongsu dari 3 beradik.

Akhirnya bertemu jodoh juga bersama pilihan hatinya. Dan sekarang tengah berhoneymoon jauh di perantauan... ewah.. macam pantun lak..hahaha


Sempatlah saya berjumpa sepupu saya... Bila kenduri macam nila baru dapat berjumpa.. padahal salah seorang sepupu saya duduk bersebelahan Seksyen jer ngan saya..hik3

Tapi biasala, dah berkeluarga ni masing2 sibukkan... entah bila la dapat berkumpul lagi kan?hehehe

Sebelum saya pulang, sempat la bergambar bersama kedua mempelai bersama ibubapa saya. Ishk.. baru pasan, mana pulak Zulfadhli ni,.... tak derlak dalam gambar. Ni mesti merayau2 entah kemana..hik3
Selamat Pengantin Baru Boy (Mohd Sufi),
Semoga kekal ke akhir hayat!
Selepas ni tak tahu kenduri siapa pula saya akan hadiri. Ramai lagi kawan serta sepupu2 saya belum mendirikan rumahtangga. Semoga saya mendapat undangan dari mereka nanti.

Sekarnag kan zaman IT, segala jemputan banyak di hantar melalu laman sosial kan? Eh, kalu ada yang nak jemput saya, jangan lupa ajak yek!!hik3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...