Tuesday, June 18, 2013

Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi Diperkenal Mulai 15 Julai

http://mstar.com.my/archives/2013/6/14/mstar_berita/lesen%20memandu.jpg

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menunjukkan lesen memandu baru yang akan digunakan ketika sidang media semasa membuat lawatan rasmi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Jumaat. 
Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL / THE STAR

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan pengeluaran Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi (LMBT) mulai 15 Julai ini bagi menggantikan lesen memandu sedia ada yang telah digunakan sejak 1989.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata, LMBT mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik dan ianya akan dapat diperolehi secara serentak di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan (JPJ) mulai tarikh tersebut.

Pengeluaran lesen baru itu akan diperluaskan di pejabat-pejabat pos diseluruh negara mulai November ini, katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di JPJ Wilayah Persekutuan, Jalan Genting Klang, Setapak, di sini Jumaat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQ818Xzapdm8QB0EFKULs7qlf1p4F0hnjSktHqkbNNyhYikVdx8qZZZJrY8tgRsgwRTuQJaUcavL3PMZ0wFRpHDG0wsPiuPHYqv5TVVJ5mGSnp4RdqBC7dYt3d2pQBnkLtGBUf/s640/leasen.jpg

Hishammuddin berkata, antara ciri-ciri keselamatan baharu tersebut termasuk pengaplikasian kad plastik pra cetak dengan reka bentuk dan lapisan hologram yang mempunyai keselamatan canggih.
Selain itu, katanya perisian khas yang membolehkan informasi dan gambar pemegang lesen memandu yang dicetak d ilindungi.

Di samping itu, LMBT juga membolehkan imej gambar pemegang lesen disimpan dalam pangkalan data JPJ bagi tujuan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, katanya.
"Ini adalah langkah proaktif kita dalam melakukan pembaharuan lesen memandu dengan ciri-ciri keselamatan yang baik supaya ia tidak dapat dipalsukan," katanya.
 - BERNAMA

1 comment:

  1. dulu kata ic kita boleh gabung ngn lesen sume ... tp takda pun ..... haishhh kene tuka baru ler lesen .. pastu kene ler keluar duit lg ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...