Sunday, June 30, 2013

Sukan Tahunan PASTI Siti Sarah, Seksyen 7

Hari ni ada Sukan Tahunan PASTI Siti Sarah sekolah Iskandar. Teman la kan.. maklum la, tahun ni tahun terakhir Iskandar bersekolah disitu, lepas ni masuk darjah 1 lak...

Tapi, Zulfadhli pula akan menyambung di sana lak....

Jom kita tengok apa yang berlaku sepanjang di padang tadi..hik3


















Dapatla 2 pingat... untuk acara berlari ngan permainan sukaneka....

Penat lak nak tulis cerita... tengok gambar jerla yek..

Sedar tak sedar dah nak ke penghujung tahun..lagi 6 bulan jer kan... cepat dah Iskandar membesar..... selepas ni sekolah rendah pulak..


Friday, June 28, 2013

Drama Teduhan Kasih Episode 26


 eeeee...sakit pula hati semalam tengok Teduhan Kasih tu.....

Ishkkkkk.... boleh pula si Jenny tu tolong Ayu g perangkap boss sendiri si Ehsan tu....... gerammm lak..

Tak pepasal kene tangkap khalwat..... pastu tetiba bersambung.... kene la tengok minggu depan lak....huhuhu

Sapa lom tengok episod 26, nah sini saya bagi link kalu nak tengok!!

Thursday, June 27, 2013

Muak belajar

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5HTfJnayKMKzc2uEBFVjiraKkiwLZ6EZIH4O0BDYQGlzNxgTsphOyl9YIU_RmmIxZMkJiTJNYg3EAj4lksEfKdOfz4wcOdrykR2UFlJo7Pp62wnJ7AgQ4Fjo5j6j7zUJC0g6W/s1600/penat+belajar.jpg

Sejak tadika hingga melangkah ke tingkatan lima, kita disogok de­ngan lambakan buku ilmiah. Impiannya hanya satu, untuk membentuk individu berjaya dengan memegang status kerja yang bagus. Tapi pernahkah anda terfikir setiap individu mempunyai minatnya tersendiri selain daripada menghadap buku hingga suku umur hidupnya? Yang jelas, sifat ini dimonopoli golongan lelaki.

Mungkin si gadis lebih beradab. Tidak menolak sekiranya ibu bapa ingin menempatkannya di IPT tanah air. Namun sebaliknya bagi lelaki, mereka lebih tegas dan berprinsip dalam menentukan hala tuju hidup. Disebab­kan itu, kita boleh lihat kurangnya golongan lelaki di pusat pengajian seluruh negara.


Statistik

Keseluruhan laporan banci dan perumahan Malaysia pada 2010 menyatakan bilangan penduduk negara ini adalah seramai 28.3 juta dengan pecahan 14.56 juta bagi lelaki dan 13.77 juta wanita.

Tidak dinafikan kewujudan lelaki lebih ramai berbanding wanita, namun keadaan berbeza jika dilihat di IPT apabila seolah-olah bilangan lelaki terlalu sedikit.

Fenomena penurunan jumlah pelajar lelaki di universiti tidak pernah selesai untuk dibincangkan. Statistik kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi menunjukkan pelajar perempuan terus mendominasi dengan kemasukan 64.5 peratus bagi sesi pengajian 2008/2009. Persoalannya, kenapa pelajar lelaki semakin pupus di universiti?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRjAj8YYlhSNxdomjttgDx6dUL9np3l18FxgW0HixNvu7cxJ4ap5jPefeMl1oqlGCC2rxNbidBgxVHkR8wuz3HzpCKfNCfggVzr-ETF3mlRZBLkdM3OEEXBEzGIzT9cmI1i4eKZQ/s1600/book+i+think.jpg

Buku membosankan

Ada menyoal, benarkah sistem pendidikan negara tidak cukup menarik untuk memupuk minat lelaki dalam pelajaran atau adakah ia hanya sekadar alasan kepada sikap malas pelajar lelaki?

Berdasarkan perbincangan ringkas, kedua-dua faktor itu logik dan ada betulnya tetapi ia lebih terarah kepada rasa bosan golo­ngan lelaki untuk melanjutkan pengajian.

Dalam erti kata lain, mereka sudah muak melihat susunan buku di atas meja. Buku harus digantikan dengan peralatan seperti gajet atau elektronik yang seiring dengan era teknologi kini.

Ramai berpendapat, teknik pengajaran lisan dan sistem pendidikan dengan berpuluh-puluh jenis peperiksaan membantutkan minat lelaki dalam akademik kerana difahamkan, apabila meningkat dewasa mereka lebih meminati pendidikan berteraskan kemahiran.

Oleh itu, jika direnungkan kembali, memang benar peratus pembabitan lelaki di IPT tidak setanding wanita tetapi kebanyakannya memilih kemahiran seperti di institut kemahiran dan sebagainya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7SrvnvGQ-36_hBnCebtJnThzN2i0zjXCSNChJ-diO92CCdL9KtoiAUms2n-DOTNd6rRPoVMRmKKiJlmEpUYmmEL7NZKOXR1TTOL9JwBVH_29EW1Wq6048nDHWxCQ5L_TeNhXI/s1600/kerja-untuk-gaji.jpg

Duit dan kerja,

Secara logiknya, apa juga keinginan meletakkan wang sebagai perkara utama untuk direalisasikan. Jadi tidak hairanlah apabila tamat persekolahan, lelaki lebih cenderung untuk mendapatkan kerja. Apabila memperoleh sejumlah wang, segala kemahuan dapat ditunaikan termasuk apa yang diidamkan selama ini.

Perlakuan ini disokong dengan pendapat ‘tidak semestinya belajar setinggi gunung, mampu peroleh pekerjaan terbaik’ sedangkan beribu-ribu lambakan graduan IPT masih menganggur dan menanti untuk mendapat tempat di alam pekerjaan.

Yakin terhadap keupayaan diri untuk berjaya mendorong remaja lelaki melakukan apa yang difikirkan tepat untuk masa depan. Jika dia memilih untuk berniaga, usaha keras diteruskan tanpa perlu segulung ijazah untuk meraih kejayaan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9afjE0YZQt9jdGu8ZE1DDsfpCeHKrftM5Rnf235D1AEDiyXCGcBy8Kou_AYb3wqghX2msCp4KvYqfjSXIOGyi-ckqGkRURozvgCu99mJGjGdH9OcDt28F_AYOLRIEXQcrm6MS/s1600/needvswant11.jpg

Tahu kemahuan

Berbeza dengan lelaki, perempuan lebih mengutamakan pelajaran kerana saingan di alam pekerjaan lebih tinggi dan tidak keterlaluan juga dikatakan wanita tidak berilmu mudah terjebak dalam kancah penipuan. Disebabkan itu, kesedaran pentingnya ilmu memungkinkan perempuan memilih untuk sambung belajar demi menjamin kehidupan yang tidak menentu pada masa depan. Dalam hal ini, pelajaran dilihat sebagai aset wajib perlu ada bagi si gadis.

Jejaka juga sedar akan kepentingan ilmu untuk menjamin masa depan lebih baik. Namun cara pemikiran berbeza menjadikan mereka berfikir lebih kritis dan siap sedia dalam segala kemungkinan. Keputusan untuk tidak menghadap buku dan digantikan dengan peralatan elektronik atau cara kerja kemahiran menjadi pemangkin untuk lelaki berjaya dalam memburu kerjaya diimpikan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXiigHPrpR9f1mh6Zj3-CdnmGijAwUt1_Pg2eAtq3DXIQW29obGxDhI1ZPTBgy74TX7BThF04V_CYsqMNB2nIkAugjN35uCsvqmpw0gx5jK5Dl_Ar-47Xo_I9Y1jmBAghRUw/s1600/36108499.jpg


Lelaki berjaya tanpa segulung ijazah

Henry Ford:
Pengasas Syarikat Ford Motor

Steve Jobs:
Pengasas syarikat telekomunikasi, Apple

Bill Gates:
Pengasas Microsoft

Walt Disney:
Pengasas Disneyland

Tan Sri Sheikh Mokhtar Al-Bukhary:
Pengasas Yayasan Al-Bukhary

Sumber : Harian Metro Online

Bila mesin basuh sudah pandai merajuk........

Setiap hari gunakan dia, baju anak, baju suami, baju kerja....

Dari anak pertama hingga la kini anak dah 4 orang... mesin basuh ini la sangat berjasa ngan saya..........


Dibeli pada tahun 2004, selepas masuk rumah baru. Maklumla, baru kawen kan... kene la beli mesin basuh.. benda asa tu....

Beli kat Pandan Jaya jer, seban situ sangat murah berbanding kedai lain...

Kini tahun 2014, hampir 10 tahun menggunakan mesin basuh ni....

Mesin basuh berpenutup atas, brand LG, boleh menampung pakaian sebanyak 6.5kg sahaja..... Fully automatik...

Masa rumah lama, saya rajin pindah randahkan mesin basuh ni sensorang... letak kat dalam bilik air la, pastu letak tepi pintu  la, pastu senget sana la.. senget sini la..

Marah my IR sebab angkat dan alihkan mesin basuh ni sensorang... habis tu, dah nak cepat kemas kene la wat sensorang kan?



Kini mesin basuh saya dah mula merajuk......... memula dia keluarkan kotor2 di baju. Habis baju saya kene daki2 yang berkumpul. Lagipun sejak pakai mesin basuh ni x pernah pun service. Perlu ker service mesin basuh ni? hehehe

Pastu kini, dia dah kuat merajuk tau! Dia x nak sedut air dari paip pulak???grrrrrrrrrrrrr............... sedut sikit pastu berhenti, tak pasal2 saya kene angkat air dari baldi masukkan manual.....

Rasanya saya perlu tukar mesin basuh ni.... sebab dah lama berjasa dan mula buat hal.. dari sakit2 sikit2 saya takut lepas ni dia terus ICU jer.. tak pepasal nak menyental baju guna tangan............waaaaaaaaaaang

Bukan setakat sebaldi 2 jer baju, ni 2 bakul ok baju nak kene basuh...

Eemmm...... nak tanya, mesin basuh jenama apa yang bagus? Saya kalu boleh nak ambik yang paling besar... mungkin 12 kg kot.. senang nak basuh TOTO terus...

Ada cadangan??

Bila anak pun dah pandai mengikut jejak ibunya....

Ginila jadinya bila anak2 selalu tengok ibunya asyik bergambar...........hik3

 
 

Entah bila masa dia leh ambik gambar ni pun tak pasan....

Gitula anak2... mereka la penawar... mereka jugala racun..............hik3....

Wednesday, June 26, 2013

TAHNIAH! Syura Juara MasterChef Selebriti ke-2…


http://mstar.com.my/archives/2013/6/26/mstar_hiburan/syura%20trofi1.jpg

KUALA LUMPUR: Penyanyi Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron diumumkan MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua selepas berjaya menentang saingannya iaitu pengacara Celina Khor.

Kemenangan itu melayakkan Syura, 27, menerima wang tunai bernilai RM60,500 yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory.

Hadiah disampaikan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli di sini seiring dengan Majlis Tayangan Episod Kemuncak MasterChef Selebriti Malaysia yang dapat disaksikan menerusi saluran Astro Ria dan Astro Mustika HD pada malam Selasa.

“Alhamdulillah, saya tidak menyangka kemenangan ini kerana tidak menjangka yang dapat pergi sejauh ini.

"Saya banyak belajar mengenai dunia masakan dalam pertandingan ini,” katanya pada sidang media di sini sebaik selesai siaran tersebut.

Dalam pertandingan tersebut Syura tampil dengan tiga jenis sajian iaitu pembuka selera, hidangan utama dan pemanis mulut.

http://mstar.com.my/archives/2013/6/26/mstar_hiburan/1syura_new.jpg 
Syura bergambar kenangan bersama peserta program tersebut. Foto M. Azhar Arif/The Star.

Kedua-dua finalis akhir itu buat pertama kali menyediakan sajian "First Class" untuk 10 orang penumpang kelas pertama pesawat A380 sambil dipantau oleh chef-chef dari Brahim's Airlines Catering.

MasterChef Selebriti Musim Kedua ini ditayangkan bermula 20 April setiap hari Sabtu hingga Selasa di saluran Astro Ria.

Program sebanyak 40 episod itu disertai 19 selebriti tanah air dengan masing-masing diuji daripada aspek kebolehan memasak, kreativiti serta ketahanan fizikal dan mental di dapur.

Barisan selebriti yang menyertai pertandingan itu ialah Micheal Ang, Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Norish Karman, Cat Farish, Syanie Hisham, Lydiawati, Enot, Zain Saidin, Rozita Che Wan, Datuk Aznil Nawawi, Sabhi Sadhi, Sathiya, Radhi OAG, Yassin Yahya, Afiq Muiz, dan Keroz Nazri.

Juri yang terlibat ialah Chef Jo, Chef Zubir dan Chef Adu Amran.

Sumber : MStar Online

Syyhhhhh................ Yusuf Taiyoob

Sapa tak kenal Yusuf Taiyoob??

Gila ko tak kenal......... asal nak bulan puasa, iklan mengenai kurma nya amat kerap berkumandang di mana2 media...... tak kira, radioa, TV, suratkhabar.......


Asal pergi ke Pulau Pinang mesti akan lalu depan kilang Yusuf Taiyoob..... nampak jer kilang dia, terus teringat iklan kurma..hahahaha

Tetiba terdengar..dengar suara orang berbisik.. Yusuf Taiyoob.. ishk.. tak boleh blah la iklan dia.. memang suka denngar...


Keenakan buah kurma dari pantai timur....
Yusuff Taiyob......
Kelazatan buah kurma yang tiada bandingannya...
Yusuff Taiyob......
Buah kurma Safiya, Wasem, Safina dan banyak lagi, pasti menjadi pulihan anda setiap masa....
Pilihan ekslusif Yusuff Taiyob
Pas dengar jer iklan ni memang teringat yang Bulan Ramadan bakal menjelma...hik3

Macam tak lengkap pula kalu iklan dia tak kedengaran di mana2 radio atau TV.....hik3.. dah jadi sebati lak... Kurma lain tak der pula wat iklan macam ni...

Antara di sebalik nama2 buah kurma nya itu rupanya2 ada maksud tersendiri... Dia namakan buah kurma itu adalah sempena nama anak2 nya.....


PROFIL
NAMA: Datuk Yusuf Taiyoob
JAWATAN:Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
ASAL: Georgetown, Pulau Pinang
UMUR: 51 tahun
ISTERI: Datin Yusnita Ramli
ANAK: Waseem (9), Safiya (6) dan Safina (3)
ADIK-BERADIK: Anak sulung daripada empat beradik
JENIS PERNIAGAAN: Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan

Antara kisah pembabitan awal En Yusuf Taiyoob

Menceritakan sejarah awal pembabitannya dalam perniagaan kurma, beliau pernah berdepan cabaran pertama apabila dua kontena (40 tan) kurma yang diimport dari Iran tidak berapa elok, namun beliau tidak panik.

Ini menyebabkan Yusuf pergi ke Iran untuk menemui pengeluar kurma supaya tidak menghadapi masalah sama pada masa akan datang.

“Keadaan berubah apabila saya mempunyai lebih pengalaman berbanding pada awal pembabitan. Dulu, disebabkan percayakan pengeluar dan pembekal dari sana (Iran), akhirnya saya terkena,” katanya.

Beliau berkata, syarikatnya mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun untuk dikenali sebagai pembekal kurma di negara ini, selain kurma edarannya turut menembusi pasaran di Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.


Pada masa ini syarikatnya mengedar lebih 10 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safina, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara yang dijual pada harga berpatutan.

Kurma mempunyai tiga peringkat iaitu khalal (kurma muda), rotab (kurma madu) dan thamar (kurma kering) diperolehi dari Tunisia, Oman, Iran, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

“Dalam menjual kurma, kita perlu membuat penjenamaan dan teknik pembungkusan yang elok. Apabila ada jenama, orang mudah kenal produk sebelum membelinya, malah saya menitikberatkan aspek kualiti kerana keutamaan kami ialah kepuasan pelanggan.

“Saya juga memberi jaminan kepada pelanggan, kurma yang rosak boleh diganti dengan kurma yang lain,” katanya yang boleh dianggap sebagai satu daripada pengimport terbesar produk makanan di rantau Asia kerana kebanyakan produknya diimport dari lebih 30 negara.

Malah, Ramadan ini beliau sibuk membekalkan kurma kepada peniaga selepas mendapat banyak bekalan kerana sesuai dengan musim kurma pada Ogos, September dan Oktober.






#61 Wordless Wednesday – Lotion Mustajab

#61 Wordless Wednesday – Lotion Mustajab
# semoga ada perubahan........hik3

Tuesday, June 25, 2013

Pantun Jerebu

Ishk... melampau la korang ni, pantun jerebu pun ada gak yang g cari dalam blog saya ni???


memula berada di bawah ..pastu tetiba pas lunch naik terus jadi no 1.......hahahaha...

Asal ramai cari pantun jerebu ni?? pelik tul....... nak sangat ke pantun jerebu?? meh la saya bagi beberapa kerat jap....hahaha

Anak Dolah makan lepat,
Makan lepat sambil melompat,
Nak sangat pantun jerebu,
Bacala sampai rasa sebu

Budak-budak main mercun,
Jangan sampai terbakar tangan,
Pakai la TOPENG MUKA supaya cun,
dari tutup guna tangan.....

Teringin sungguh naik air asia,
make sure bagasi tak melebihi berat,
Jerebu datang melanda malaysia,
Doakan semoga tak melarat....

Zaman it tak main surat,
kalu hantar surat tak dibalas oleh pembacanya,
Cukupla bagi pantun 4 kerat,
Penat ok nak membuatnya


Haaaaaaa........... nak sangat kan? ambik la korang.....

Macam tak der keje pula nak buat pantun wei........hahahaha

Harga MASK melambung naik!!!


Semalam saya pergi beli topeng muka ni....

Memula tanya penjual dia cakap sekeping RM2... terkejut saya!!!

Pastu kawan sebelahnya cakap dah turun harga jadi RM1.00....... erkkkkk??

Still mahal kan? tapi nak wat camna dah darurat, cari kedai lain ada yang dah habis dijual....... nak tak nak terpaksa gak beli, sebab untuk anak2 bawa ke sekolah.

Kita ibubapa tak per, berkorban untuk anak2 kan............

Monday, June 24, 2013

Jerebu! Oh, jerebu!

Sekarang ni Malaysia dah ada musim baru selain musim banjir, musim hujan, musim kemarau, musim tengkujuh.... kini musim jerebu kembali menular pula...
Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus , kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji. 
Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut. Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Semalam waktu pagi bukan lagi menghirup udara segar, tetapi udara yang berbau asap... semakin teruk baunya. umpama ada orang bakar sampah di temat terbuka jer...

Tau-tau jer kuar khabar angin kata esoknya (hari ini) seluruh sekolah di WP dan Selango ditutup!


Sebaikla ada internet kan, terus jer baca secara online....

Bila dengar kata sekolah tutup.. adeh.. susah hati tul. Watnya sekolah nya tutup, dan tempat transit pun tak buka, mana pula nak letak anak wei?? hahaha

Sebaik selesai masalah hari ni, transit Danial buk, dan sekolah Pasti Iskandar buka walaupun tak belajar. Yang penting anak2 masih ada tempat untuk mereka duduk. Kalu tidak kene bawa g opis pula... Tapi tak tahu la akan datang pula.. adakah sekolah ditutup atau tidak....

Pada hari ni, saya lihat cuaca di luar masih lagi berjerebu...

Di bawha ni saya sertakan gambar yang sempat saya ambil di sepanjang jalan higway MEX.





Harap2 jerebu akan cepat ilang dan pergi......

Agak terbatas aktiviti sekarang ni.. anak2 bising sebab tak dapat main kat luar. Gara2 jerebu saya tak benarkan, kang nanti dapat lak penyakit lain....huhuhuhu

Sunday, June 23, 2013

Selamat Hari Jadi Alisya dan Azim!!

Semalam dapat jemputan dari mat tiger ke rumah nya............

Apa lagi,dia kalu jemput saya kalu x ajak makan sure ajak g event jer..........hahahaahah


Semalam adalah sambutan Hari Jadi untuk kedua2 anaknya...

Azim dan Alisya....


Selamat ulang tahun yek Azim dan Alisya, Auntie Sumi doakan semoga menjadi anak yang soleh dan solehah kepada kedua ibubapa yek!!
Azim yang kacak berusia setahun,
Alisya yang chantik berusia empat tahun,
Kalu ada sambutan setiap tahun,
Auntie sumi akan datang tak kira tahun.....

Hahaha......... jadi lakan auntie sumi nya pantun..... walaupun ujung nya semua tahun............hahahaha


Sempat la bertemu bersama kengkawan blogger. Ishk sapa tak kenal mereka-mereka di atas tu, siap la!!

Dari kiri Mat Joe, Mat Tiger, Sumi chantik, Nik Sharinginfo, Papa Harraz

Ni pun sebab si Nik nak pulang, cepat2 saya suh bergambar......nanti kalu sorag dah pulang x bestla kan.... tak kira la walaupun ketika itu tengah makan, ada saya kisah... kene paksa juga bergambar.......hahahaha *sorry mat joe kaco ko tengah makan masa tu...hahahaah

Saturday, June 22, 2013

Drama A Change of Heart pula menjadi tumpuan........

Hai la.. sejak dua menjak ni tertengok pula citer kat AOD........ Drama cina bertajuk A Change of Heart pulak...hik3

Mula di tayang pada 3 June 2013 yang lalu... dan bakal berakhir pada 12 July 2013. Sebanyak 30 episod akan ke udara.....


Para pelakon : 
Michael Miu, Joey Meng, Bosco Wong, Niki Chow, Vincent Wong, Sammy Shum, Mandy Wong, Benjamin Yuen, JJ Jia, Elaine Yiu, Jack Wu, Benz Hui

Sinopsis :

The ruthless businessman FONG CHI LIK (Michael Miu) head is loaded with gold digging plans, unfortunately he suffers from coronary heart disease. His condition is life-threatening unless he gets a change of heart surgery. His primary care doctor YIU YAT SAN (Bosco Wong) suddenly dies from an accident and his heart was donated to LIK. After the heart surgery, LIK's personality changed drastically, he turned into a kind-hearted man, just like how YAT SAN used to be. The drastic change surprised YAT's fiancee YUEN SIU KAT (Niki Chow) and LIK's wife TONG SIN HANG (Joey Meng). The relationship among the three started changing from then on.

YAT SAN's twin brother YIU YUET SAN (Bosco Wong) returns to Hong Kong for his brother's funeral. He fell in love with SIU KAT at first sight. To thank YAT, LIK treated YUET very well, giving him a job at his company. YUET quickly got promoted and became LIK's right-hand man. He even had an affair with the PR employee HA SZE KA (Mandy Wong), while developing a complicated relationship with his brother's girlfriend SIU KAT. SIU KAT also develops a controversial relationship with LIK. When YUET started respecting LIK more and more, regarding him as family, he discovers his brother's death was in fact not an accident...

***************************

Erk lebih kurang la macam tu sinopsis nya... di sebabkan ni cerita cina, jadi tak derla sinopsis nya dalam BM kan....... konpem banyak yang dalam bahasa cina.

Kang kalu saya copy paste kang lagi la korang tak tau apa maksundya...........hahahaha

 

Kira 4 orang ni la pelakon utama......... hik3.

Kisah percintaan gak ni... tapi sekarang baru episod 15, masih ada lagi 15 episod......... setiap malam jerla leh layan kan. Sebab tu jer masa yang ada kat umah...kah3

Tapi best gak layan citer cina ni. Dulu masa saya sekolah rajin gak layan citer cina yang selalu ke udara pukul 6 petang  7 malam kat TV2. Selalu pasal polis la kan... dan suka tengok hero-hero pelakon cina ni... kacak2 gak..hahaha

Tapi sekarang pun masih ada lagi drama cina kan.. cuma x sempat la nak tengok...... kalu balik kerja layan drama jer.. kul baper nak masak yek?? Ialah, drama cina ni kalu tak baca senikata memang tak paham la kan. Kekadang bila dah selalu tengok boleh la belajar bahasa cina secara tak langsung kan?

Eh.. cukupla ... nak g tengok sekarang ni episod ke berapa dah??hik3

Friday, June 21, 2013

Astro Best dan Astro First membawakan filem-filem blokbuster terkini terus ke rumah!

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQwqXcBrC1VaLsGrewvW2LqDXs0f-y97U0Jq8R1JQ2Ahd7-UHAq
Sapa tak kenal ASTRO?

Rasanya rata- semua rumah ada miliki perkhidmatan ASTRO kan?

Sekarang ni rancangan kat Astro hebat-hebat belaka...... macam-macam la ada kan? Nak pulak sejak ada Astro Best dan Astro First... lagi la menyenangkan pelanggan ASTRO kan?

Yela, tak perlu lagi nak pergi beratur kat kaunter tiket atau pun nak g keluar rumah lepas tu kene pula tempat yang selalu jem semata2 nak g tengok wayang. Nak pula kalu yang ditayangkan tu filem kegemaran dan best2.... lagi la kan..

Tu belum lagi kalu yang berkeluarga nak keluar beramai-ramai nak g tengok wayan.. dengan anak2 yang kecil la, pastu waktu malam.. dan lom tambah kos makan minum semasa tengok wayang kan? hik3

Nah sekarang ni ASTRO dah boleh menikmati filem-filem tempatan dan antarabangsa kegemaran korang melalui Saluran Astro Best dan juga Astro First tau!


Terdapat 2 saluran ASTRO yang boleh korang nikmati iaitu ASTRO BEST dan juga ASTRO FIRST.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXSHFqZjmCMXrLIQJYs3UK0e9OKa_re9xLYGNE_SCEpsRvcMVLuu1omiHXlSBQtENn0TLJHkhYuW79v8XvgV-gkN3fWa7sH0Cf7iFN0EnORlqRnf4qoehCxT5XV6138xMpzV8CmQ/s1600/Astro+Best.jpg

Dengan Astro Best Saluran 481, korang boleh tengok filem-filem Hollywood dan Asia dengan selesa di rumah, dan kebanyakkan yang di tayangkan adalah yang terbaru juga disiarkan dalam format Definisi Tinggi (HD) lagi.

Harga sebuah filem tu pun hanya RM10 untuk setiap filem aja kot........ dah la tu boleh pula ulang tayang selama 48 jam pada bila2 masa dari waktu pembelian. Maksudnya, kalu terlepas pagi, petang ada atau malam pun boleh kan tengok? kira2 dalam 12 kali la tayangan nya selama 48 jam tu.

Jadi boleh la tengok filem tanpa henti kan? konpem puas hati dan boleh hafal dialog punya!hik3
  
Sekarang ni ASTRO BEST tengah tayangkan  filem terbaru daripada Arnold Schwarzeneggar ‘THE LAST STAND’ yang akan disiarkan dari  15 Jun 2013, filem pengembaraan fantasi daripada Disney iaitu ‘OZ THE GREAT AND POWERFUL’ yang menampilkan Mila Kunis, Rachel Weisz and Michelle Williams sebagai ahli sihir, juga filem seram berjudul SIDE EFFECTS dan banyak lagi la. 

Dan tak lama lagi filem-filem hebat serta terkini seperti ‘CLOUD ATLAS’, ‘BEAUTIFUL CREATURES’ dan ‘WARM BODIES’  bakal di tayangkan.
 
 http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQpa6BfgvB8POxnIfEY4tD5EMUXEOQJhqQPDPfW0yzOjn2haQtteQ

Dengan Astro First pula, untuk para peminat filem tempatan dan serantau juga boleh menonton pelbagai filem menarik daripada pawagam terus ke rumah di Astro First Saluran 480, seawal dua minggu selepas tayangan di pawagam hanya pada RM15 untuk sebuah filem!

Sekarang filem-filem blokbuster terbaru seperti ‘Lari’ lakonan Aaron Aziz, ‘Biker Kental’ yang menampilkan Awie, ‘Bro, Nampak Motor Gua?’, ‘Kil’  dan juga ‘Get Together’ sedang ditayangkan!

Cepat-cepat , jangan ketinggalan untuk menonton filem-filem Hollywood & Asia serta filem tempatan & serantau.

Kini, pelanggan NJOI juga mampu untuk mengakses kepada Astro First dan Astro Best melalui perkhidmatan prabayar iaitu Prabayar NJOI lantas meluaskan jangkauan kami,

3 Langkah Mudah untuk menikmati Astro First & Astro Best
  • Pergi ke saluran portal media Astro First di Saluran 480 ataupun portal media Astro Best di Saluran 481 dan;
  1. Tekan butang biru pada alat kawalan jauh Astro untuk memilih filem pilihan anda. 
  2. Tekan butang biru tersebut sekali lagi untuk pembelian filem pilihan anda. 
  3. Kod SMS 13 digit akan dipaparkan di kaca televisyen. Kemudian SMS kod ini ke 32999. 
Dalam tempoh 5 minit, satu SMS pengesahan akan dihantar kepada pelanggan dan filem tersebut sedia untuk ditonton. Setiap pembelian akan dikenakan caj terus ke bil semasa pelanggan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Astro First, sila layari astroworldofmovies di laman Facebook.

Selamat menonton filem-filem kegemaran korang yek!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...