Jadi g la google you tube dengan harapan nak jumpa yang mudah caranya.... tetiba terjumpa 1 you tube, Kek Batik Cikgu Menon.... hik3
Jom kita tengok bahan-bahan dan cara -caranya..... mudah sesangat dan rasanya sangat SEDAPPPPPPP!!!
Kek Batik Cikgu Menon
Bahan-bahannya :
- Biskut Marie (350g) dipatah 2 atau 3
- Susu pekat manis (setengah cawan)
- Telur (3 biji)
- Butter (375g)
- Coklat masakan (400g)
- Milo (15 sudu penuh)
Cara-caranya :
- Masukkan kesemua bahan KECUALI biskut. Dan masak sehingga semua sebati dan agak-agak dah mendidih gitu
- Padamkan api dan masukkan BISKUT serta kacau sehingga semua dah disaluti coklat
- Masukkan dalam bekas ..sukahati la nak kecik ke, besar ker...
- Masukkan dalam peti ais dan sejukkan dalam 5 jam kot.. nak best semalaman
- Keluarkan dan potong... pastu leh la makan.....hehehe
Saya dah buat dan perghhhhhhhh..sedap ok! anak-anak suka...
Dan saya cuba lagi sekali TANPA TELUR dan agak keras sikit coklatnya... emmm.. x berapa pasti TELUR tu apa yek kegunaan nya??hik3
So, pada yang nak cuba, leh la cuba resepi KEK BATIK CIKGU MENON... mesti cikgu menon suka.. sebab kek batik dia memang sodaaaaaaapppppppppppp!!hik3
No comments:
Post a Comment