Friday, May 31, 2013

Gejala demam selesema dan cara pencegahan


Lazimnya, bila anda selsema atau demam penyelesaian mudah diambil adalah dengan menelan panadol atau ubat dari doktor.

Namun bagi mereka yang kurang menggemari perubatan, berikut adalah langkah pencegahan untuk mengatasi dan melegakan demam selsema.

Sup ayam
  • Pengambilan makanan panas dan berkuah dapat membantu melegakan pernafasan lebih lagi ketika anda demam dan selsema.
Kulit kayu manis
  • Masukkan sedikit serpihan kulit kayu manis dalam teh sudah disediakan. Selain dapat menyedapkan teh, kulit kayu manis bagus untuk memanaskan badan.
Buah-buahan sitrus
  • Makan lebih banyak buah-buahan kaya dengan vitamin C termasuk limau dan lemon untuk menghindari selsema.
Air asam jawa
  • Bancuh asam jawa dengan air lalu campurkan gula melaka atau gula pasir sebagai penambah rasa. Amalkan minuman itu untuk menyejukkan badan dan menghilangkan rasa perit tekak.
Kembang semangkuk
  • Rendam kembang semangkuk dan minum airnya bagi menyejukkan badan sekali gus mengelak daripada terkena demam.
Bawang putih
  • Boleh tambahkan bawang putih dalam masakan kerana ia mempunyai fungsi sebagai antibiotik.
Tiram
  • Hidupan laut ini adalah sumber terbaik untuk zink selain nutrien seperti Omega-3, selenium dan zat besi. Zink penting dalam pembentukan sel darah putih dan paras zink yang rendah boleh memberikan implikasi negatif terhadap sistem imun. Selain itu, zink boleh didapati dari daging lembu dan ayam.
Halia
  • Air rebusan halia diminum bukan saja bagus untuk melegakan selsema tapi juga menghindarkan angin dalam tubuh.
Sumber vitamin C
  • Buah-buahan sitrus, pengambilan tambahan seperti kentang, strawberi dan nanas amat membantu dalam mencegah selsema dan demam.

INFO:

Gejala lain demam selsema
  • Mata terasa sedikit panas.
  • Hilang deria rasa.
  • Demam
  • Hidung terasa seperti sinus atau telinga penuh tekanan.
  • Suara menjadi kasar
  • Sakit badan

Selsema boleh berkurangan jika anda memberikan langkah berikut:
  • Rehat yang sempurna
  • Tidur selama 12 jam atau lebih untuk mengembalikan tenaga.
  • Minum banyak air sekurang-kurangnya 8 gelas.
  • Mengambil makanan yang berzat
  • Duduk di persekitaran yang lembap panas dan bukannya terlampau panas atau sejuk.
  • Berkumur mulut dengan air garam.

Pencegahan
  • Selalu tutup tangan ketika bersin atau batuk.
  • Basuh tangan anda selepas dan sebelum melakukan aktiviti.
  • Gunakan tisu pakai buang ketika anda selsema.
  • Jangan gosok mata dengan tangan yang kotor.
  • Hindari tempat sesak.
  • Elakkan berhadapan dengan individu yang sudah berjangkit.
  • Makan makanan berzat dan amalkan gaya hidup sihat.
  • Kekalkan tahap hidrasi optimum.
  • Jangan merokok atau mengambil alkohol.
Sumber dari : Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...