Friday, May 31, 2013

Huzaiman, budak manja


Mentang-mentang dia yang terakhir........
mentang-mentang dia yang kecik.....

sikit-sikit merajuk...
sikit-sikit menyorok....

Maklumla... ada 3 orang abang yang suka menyakat.......
Walaupun kene sakat, tetap disayangi oleh abang-abangnya....

Gejala demam selesema dan cara pencegahan


Lazimnya, bila anda selsema atau demam penyelesaian mudah diambil adalah dengan menelan panadol atau ubat dari doktor.

Namun bagi mereka yang kurang menggemari perubatan, berikut adalah langkah pencegahan untuk mengatasi dan melegakan demam selsema.

Sup ayam
  • Pengambilan makanan panas dan berkuah dapat membantu melegakan pernafasan lebih lagi ketika anda demam dan selsema.
Kulit kayu manis
  • Masukkan sedikit serpihan kulit kayu manis dalam teh sudah disediakan. Selain dapat menyedapkan teh, kulit kayu manis bagus untuk memanaskan badan.
Buah-buahan sitrus
  • Makan lebih banyak buah-buahan kaya dengan vitamin C termasuk limau dan lemon untuk menghindari selsema.
Air asam jawa
  • Bancuh asam jawa dengan air lalu campurkan gula melaka atau gula pasir sebagai penambah rasa. Amalkan minuman itu untuk menyejukkan badan dan menghilangkan rasa perit tekak.
Kembang semangkuk
  • Rendam kembang semangkuk dan minum airnya bagi menyejukkan badan sekali gus mengelak daripada terkena demam.
Bawang putih
  • Boleh tambahkan bawang putih dalam masakan kerana ia mempunyai fungsi sebagai antibiotik.
Tiram
  • Hidupan laut ini adalah sumber terbaik untuk zink selain nutrien seperti Omega-3, selenium dan zat besi. Zink penting dalam pembentukan sel darah putih dan paras zink yang rendah boleh memberikan implikasi negatif terhadap sistem imun. Selain itu, zink boleh didapati dari daging lembu dan ayam.
Halia
  • Air rebusan halia diminum bukan saja bagus untuk melegakan selsema tapi juga menghindarkan angin dalam tubuh.
Sumber vitamin C
  • Buah-buahan sitrus, pengambilan tambahan seperti kentang, strawberi dan nanas amat membantu dalam mencegah selsema dan demam.

INFO:

Gejala lain demam selsema
  • Mata terasa sedikit panas.
  • Hilang deria rasa.
  • Demam
  • Hidung terasa seperti sinus atau telinga penuh tekanan.
  • Suara menjadi kasar
  • Sakit badan

Selsema boleh berkurangan jika anda memberikan langkah berikut:
  • Rehat yang sempurna
  • Tidur selama 12 jam atau lebih untuk mengembalikan tenaga.
  • Minum banyak air sekurang-kurangnya 8 gelas.
  • Mengambil makanan yang berzat
  • Duduk di persekitaran yang lembap panas dan bukannya terlampau panas atau sejuk.
  • Berkumur mulut dengan air garam.

Pencegahan
  • Selalu tutup tangan ketika bersin atau batuk.
  • Basuh tangan anda selepas dan sebelum melakukan aktiviti.
  • Gunakan tisu pakai buang ketika anda selsema.
  • Jangan gosok mata dengan tangan yang kotor.
  • Hindari tempat sesak.
  • Elakkan berhadapan dengan individu yang sudah berjangkit.
  • Makan makanan berzat dan amalkan gaya hidup sihat.
  • Kekalkan tahap hidrasi optimum.
  • Jangan merokok atau mengambil alkohol.
Sumber dari : Berita Harian

Thursday, May 30, 2013

[RESEPI] Kek Batik Cikgu Menon

 Hari tu teringin nak buat biskut batik. sebb rasa sangat senang kan....

Jadi g la google you tube dengan harapan nak jumpa yang mudah caranya.... tetiba terjumpa 1 you tube, Kek Batik Cikgu Menon.... hik3

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara -caranya..... mudah sesangat dan rasanya sangat SEDAPPPPPPP!!!



Kek Batik Cikgu Menon

Bahan-bahannya :
  • Biskut Marie (350g) dipatah 2 atau 3
  • Susu pekat manis (setengah cawan)
  • Telur (3 biji)
  • Butter (375g)
  • Coklat masakan (400g)
  • Milo (15 sudu penuh)

Cara-caranya :
  • Masukkan kesemua bahan KECUALI biskut. Dan masak sehingga semua sebati dan agak-agak dah mendidih gitu
  • Padamkan api dan masukkan BISKUT serta kacau sehingga semua dah disaluti coklat
  • Masukkan dalam bekas ..sukahati la nak kecik ke, besar ker...
  • Masukkan dalam peti ais dan sejukkan dalam 5 jam kot.. nak best semalaman
  • Keluarkan dan potong... pastu leh la makan.....hehehe

Saya dah buat dan perghhhhhhhh..sedap ok! anak-anak suka...

Dan saya cuba lagi sekali TANPA TELUR dan agak keras sikit coklatnya... emmm.. x berapa pasti TELUR tu apa yek kegunaan nya??hik3

So, pada yang nak cuba, leh la cuba resepi KEK BATIK CIKGU MENON... mesti cikgu menon suka.. sebab kek batik dia memang sodaaaaaaapppppppppppp!!hik3

Kisah anak-anak bila tidak sihat

Beginila bila menjaga anak-anak yang sesang membesar....

Bila sorang tak sihat, yang lain pasti akan berjangkit... kekadang serentak, kekadang selang seli...

Hari tu, Iskandar demam panas.. hampir 4 hari la juga, asal malam jer demam... asal malam jer demam panas. dah g klinik dan tanya apa masalah tp jawapan nya x ada apa-apa....

Jadi saya ambik keputusan pergi Hospital Kajang dan bawa Iskandar dengan Danial. Kebetulan Danial pun tak berapa sihat. Kene cirit birit dan muntah-muntah. Tapi saya tak risau sebab dia cergas jer tengok. cuma kesian kat Iskandar sbb dah lembik.

Pergi Hospital ambik darah dan doktor suruh masuk air. Sebab 2-2 orang anak saya dah kekurangan air.

Kene la masuk air jap dalam 2-3 jam.......

Sementara tu dapat jug aresult darah........ kalu ikut gaya siapa yang nampak sihat? nampak macam Danial jer........

tetapi... alih-alih doktor tahan Danial sebab dia mengalami cirit-borot berlarutan dan muntah2 hingga kekurangan air dalam badan. Jadi doktor nak pantau.

Sudahhnya Iskandar yang demam tu dibenarkan pulang.... ok. saya garu kepala kejap. Lain yang ingin di tahan, yang lain pula kene tahan.....hik3


Jadi masuk la Danial ke wad. Untuk pertama kali Danial kene tahan wad. Emmm.... dapat katil terus tidur. Mungkin dah penat sangat kot.

Kene tahan selama 2 malam jer........ dan doktor hanya masukkan dalam 2 botol air kot...

Doktor kata salah makan. Kerana kalu keracunan makanan selalu terjadi dalam masa yang cepat. Jadi doktor kata mungkin dari sekolah.


Saya cukup tak suka bila anak-anak kene tahan wad. Dulu dah pernah meras amenjada Zulfadhli gara-gara patah tangan, kali ni Danial pula gara-gara cirit birit.

Lepas kuar wad. Saya dah nasihatkan Danial supaya jangan lagi minum air kat sekolah. Saya dah bekalkan dia 1 liter air... tapi agak payah dia nak habiskan sebotol tu.

Tapi biasalah.... bila kita cakap dia yer...yer jer time tu.... kendian emmm. tak ikut dah.....

Selang seminggu, kene lagi cirit birit..........

Kali ni saya bawa ke Hospital Pusrawi jer...... sebab saya tak larat dah nak tunggu kat Hospital Kajang. Sebelum ni pernah buat entry mengenai 7 jam yan gsaya lalui di Hospital Kajang... kali ni saya nak pendekkan jam tersebut.




Saya terus ke Hospital Pusrawi sebb rasa sakit nya sama macam hari tu. Kekurangan air dalam badan jer. Jadi saya berharap dengan memasukkan air dalam badan dapat memberikan dia tenaga kembali.


Jadi tahan la dia kejap di aras bawah untuk rawatan drip jer...

Lagi senang kot macam ni dari kene tahan kat Wad. Sebab akan mengganggu urusan lain juga. Ialah nak uruskan anak lagi. Nak uruskan yang sakit lagi.

Sebaik selepas 3 jam masukkan 1 botol air. Danial kembali sihat.


Tengokla.. sampai pakai kain pelikat. Sebab dia tak tahan nak ke toilet. Senang jer kalu kain tu di londehkan. Dah macam nak berkahatan.

Selepas 2 kali macam ni... saya bising lagi sekali kat Danial. Saya cakap, bila jadi macam ni macam-macam perkara terganggu. Sekolah tak dapat, dah rugi pelajaran pada hari tersebut. Ibu tak keje, dah ganggu kerja ibu. Adik-adik tak terjaga sebab ibu dan ayah gilir-gilir jaga Danial.

Dia hanya diam dan angguk jerla.........

Harap-harap selepas ni dia kaan berhati-hati apabila memilih makanan dan minuman kat sekolah rendah nya.. dan saya harap anak-anak syaa di jauhi segala penyakit dan juga musibah di mana jua berada...

Ok.. dah panjang pula membebel...hik3

Wednesday, May 29, 2013

#58 Wordless Wednesday – Gwiyomi?


#58 Wordless Wednesday – Gwiyomi?
#Gwiyomi la sangaaaaaaat kan..... hahaha

Mural dinding di rumah

Sapa pernah buat MURAL?

Sebelum tu meh kita pahamkan maksud MURAL.

Mural adalah cara menggambar atau melukis di atas media dinding, tembok atau permukaan luas yang bersifat permanen lainnya.

Mural juga berarti lukisan yang dibuat langsung maupun tidak langsung pada permukaan dinding suatu bangunan, yang tidak langsung memiliki kesamaan dengan lukisan.

Tapi Mural yang hendak saya sampaikan ialah, mural di rumah saya.........


Bila memiliki anak-anak ni.. tak sah la kan kalu tak ada mural kat umah wei.....

Nak pula 4 orang anak lelaki yang sedang membesar dan semakin lasak serta kreatif ni......

Si sulung mungkin tak ada masalah kot.... sbb dia dah besar, dan dapat besakan mana dinding mana kertas..... tetapi bagi yang 3 lagi.... adehhhhhh.. leh wat darah tinggi naik jer.....hahaha







alahai........... gini la bilik anak bujang saya......

habis dah dinding nya berconteng........ waaaa...... kene tunggu derang conteng sampai penuh dinding ker baru nak cat baru ni???hik3.......

Tuesday, May 28, 2013

PEMENTASAN KHAS : Khazanah Seni di Panggung Mek Mulung (Kota Mahsuri)


Kota Mahsuri akan mementaskan pengadaptasian teater "LAGENDA MAHSURI' yang menggunakan rampaian (LIVE) muzik, tarian dan nyanyian.

Pementasan teater ini akan diadakan pada setiap hari sepanjang cuti sekolah ( bermula 25 Mei 2013 hingga 9 Jun 2013).

Masa pementasan adalah seperti berikut:
  • Sabtu hingga Khamis: 2.30ptg - 4.30ptg
  • Jumaat: 3.00ptg - 4.30 ptg
  •  *sekali setiap hari

Teater ini adalah dalam Bahasa Kebangsaan Malaysia sahaja, iaitu Bahasa Malaysia.

Panggung Mek Mulung ini boleh memuatkan seramai 250 orang.


Bayaran masuk

PENGUNJUNG TEMPATAN:
  • RM7.00 (Dewasa: 13 tahun keatas) untuk Kota Mahsuri
  • RM3.50 (Kanak-kanak: 7thn - 12thn) untuk Kota Mahsuri
  • FOC (Kanak-kanak: 7thn kebawah)
* tambahan RM1.00 setiap seorang (untuk kedua-duanya) bagi menyaksikan Teater Lagenda Mahsuri.

PENGUNJUNG ANTARABANGSA:
  • RM15.00 (Dewasa)
  • RM7.50 (Kanak-kanak)
  • FOC (Kanak-kanak: 7thn kebawah)
* tiada sebarang bayaran dikenakan bagi menyaksikan Teater Lagenda Mahsuri.

Waktu operasi Kota Mahsuri sepanjang cuti sekolah :  8.00pagi hingga 7.00malam.

**PERHATIAN **
 UNTUK AGEN PELANCONGAN, PENGUSAHA HOTEL & PUSAT PELANCONGAN & lain-lain seumpamanya.

----->> Pihak pengurusan Kota Mahsuri menawarkan harga pakej iaitu RM28.00/seorang (termasuk bayaran masuk Kota Mahsuri + Teater Lagenda Mahsuri + komisen)

Untuk keterangan lanjut berkaitan hal ini, bolehlah menghubungi pihak Kota Mahsuri di talian berikut:
  • 04 955 6055
  • 012 418 5346
  • 012 540 4002
  • 017 430 4340 (Rosmawati)
Laman web : www.kotamahsuri.com

Orang ramai di jemput hadir............

Monday, May 27, 2013

Sekitar Majlis Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus yang ke 3...

Wow..... dalam diam dah beristeri no 3 gitu...pada 26 May 2013 yang lalu, dikhabarkan Ustaz Azhar baru sahaja menikahi seorang gadis bernama Izyan berusia 27 tahun sebagai isteri ke-3 nya

Tak sangka, Ustaz Azhar Idrus rupanya yang berkahwin, ingatkan dia nikah kan orang lain ...hik3

Jom layan beberapa gambar sekitar majlis pekahwinan UAI kita ni....








Selamat Pengantin Baru la Ustaz.......hik3

Thursday, May 23, 2013

Nazim Mee Udang

 Hari Isnin lepas, saya dapat merasa Mee Udang di tempat baru....

Sebenanrnya hantar Danial ke Hospital Pursawi gara-gara kene cirit birit dan muntah-muntah.. jadi waktu rehat saya lapar kuar la kejap...

Sekali ternampak Restoran Nazim Mee Udang....

Eh.. nama Nazim, tetiba teringa pelakon Nazim Othman...


Tap yang nyata Restoran tu bukan la milik Nazim Othman yek.......

Kang ramai lak g serbu siap tanya mana Pemilik kedai, kang dah jumpa bukan pelakon ... fengsan lak kat situ....hik3


Restoran dia betul-betul sebelah Hospital Pusrawi Kajang... ingat yek KAJANG, bukan yang kat KL tu..

Kang korang g ke KL pastu tanya-tanya kat FB "Sumi, tak jumpa pun Restoran Mee Udang tu?" ...haaa. time tu meh sini nak sekeh jap.......

Suh baca betul-betul tak moh baca.......hahahaha

Ada 2 jenis Mee udang kat situ...

Mee Udang Biasa ngan Mee Udang Banjir.........


Saya mestila nak cuba Mee Udang Banjir kan......

Dan sekali dapat.... mak aikkkkkkkkk.... banyak ok UDANG nya........hahahahaha

Adalah dalam 10 ekor dalam mangkuk tu... rasanya sedap, segar dan yang penting tak hanyir dan berbau ok!!

Kuahnya memang marbeles la..............

Harga semangkuk pun tak la murah kalu makan seorangkan...... baru RM9.50 tanpa service charge dan caj kerajaan.........

Jadi pada yang memang kaki makan dan nak cuba merasa menu yang sedap dan best, sila la ke Resotan Nazim Mee Udang di Kajang.

Restoran Nazim Mee Udang,
No.61, Jalan Raja Haron,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Selamat menjamu selera!!

Thursday, May 16, 2013

Acer & Intel "PLAYsure Redefined" Party

Wohoooooooooooooo..................... ada lagi event dari Nuffnang yang bakal berlangsung.... apa dia??

Acer & Intel "PLAYsure Redefined" Party

Jom lihat klip bedio dari Acer Aspire P3 ni......



Amacam? teruja kan??

Gila ohsem kan tablet Acer Aspire P3 ni....

Okla.. ni versi BM saya........

Acer Aspire P3 yang boleh bertukar menjadi Ultrabook™ memang amat sesuai untuk masa kini kerana ia mudah dibawa kemana-mana tak kira masa dan tempat.Malah ia adalah Ultra yang mudah alih walaupun anda hanya membawa Ultrabook sahaja untuk menghiburkan sesiapa sahaja. Ultrabook™ yang di ilhamkan oleh Intel ini adalah sangat mudah di tanggalkan dan juga mempunyai sesentuh sentrik.


Jadi tak teruja melihat kemeriahan party tersebut?

Berminat nak sertai, jangan lupa joint peraduan yang di anjurkan. Mana tahu dapat pergi boleh kita berjumpa, malah mana tahu dapat membawa pulang hadiah yang menarik sehingga RM5K!!

Jadi kita tunggu dan lihat, siapa kah yang pergi ke party tersebut!! yeahhhhhhhhhhhhh!!!

Wednesday, May 15, 2013

Barisan Kabinet 2013

Senarai Barisan Kabinet 2013

Perdana Menteri  - Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri  - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
- Jamil Khir Baharom
- Abdul Wahid Omar
- Idris Jala
- Joseph Kurup
- Shahidan Kassim
- Nancy Shukri
- Paul Low

Menteri Pertahanan - Hishamuddin Hussein

Menteri Kewangan
- Najib Razak (Menteri I)
- Husni Hanadzlah (Menteri II)

Menteri Pelajaran & Pengajian tinggi
- Muhyiddin Yassin (Menteri I)
- Datuk Seri Idris Jusoh (Menteri II)

Menteri Dalam Negeri  - Zahid Hamidi

Menteri Kerja Raya - Fadillah Yusof

Menteri Pengangkutan  - (Dipangku oleh ) Hishammuddin Hussein

Menteri Luar  - Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Komunikasi dan Media - Ahmad Shabery Cheek

Menteri Belia dan Sukan - Khairy Jamaluddin

Menteri Wilayah Persekutuan - Tengku Adnan Mansor

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Nazri Aziz

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - G Palanivel

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Ahmad Shabery Cheek

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Douglas Unggah Embas

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani - Ismail Sabri

Menteri Kesihatan - S. Subramaniam

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi – Iwon Ebin

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air – Maximus Ongkili

Menteri Perumahan dan Kesejahteraan Bandar – Abdul Rahman Dahlan


Tuesday, May 14, 2013

[PRODUK] Bedak Arab Kokuryu

>>PRODUK HANGAT DI PASARAN!!!<<


Kokuryu Super Summer Cake (Bedak Arab) didatangkan dengan Kokuryu Beauty Sponge.

ASAL-USUL BEDAK ARAB:

Asal dari yaman. Bedak ini menggunakan teknologi Jepun, hasil kajian di Filipina Cherry Laboratory, dan dibuat khas untuk memenuhi keperluan masyarakat arab sebab cuaca sana yang panas mcm kat malaysia ni kan.... disebabkan ramai org arab yg suka pakai sebab bedak ni bagus, tu dipangil bedak arab . ..bedak arab ni dah lama, sejak tahun 1965 dan baru sahaja memasuki pasaran Malaysia. Dibawa oleh seorang wanita arab Yaman. Ramai juga org Filipina yg pakai bedak ni, sbb tu kulit diorg cantik. Orang Arab pula, ada yg suka pakai sapu satu badan.


Bedak Arab Kokuryu (50g)
*percuma Span Kokuryu Beauty.
*percuma HADIAH sampingan

Harga :
RM55.00 termasuk poslaju (SM)
RM60.00 termasuk poslaju (SS)

Terdapat 3 jenis kaler :
  • Russet - normal (ramai yg guna yg ni, sesuai utk semua jenis  kulit dan warna selamat)
  • Orange Blush - kulit sederhana
  • Cherry - putih
Bedak Arab Istimewa : 3 dalam 1

Kelebihannya :
  1. 3 in 1 make powder, moisturizers, foundation. (tak perlu pakai apa2 krim lagi cukup dgn bedak ni aje.)
  2. Mengikut aliran darah kita, tak kira berkulit cerah,gelap,putih & sebagainye.So sesiapa pun boleh pakai.
  3. Kulit akan kelihatan kemas sepanjang hari,makin berpeluh bedak ini menghasilkan hasil yang sangat cantik.
  4. Tak melekat pada tudung atau tisu jika berpeluh,kena hujan,basah atau terkena air,sebab dia natural terus meresap ke kulit.
  5. Lebih tahan lama dan jimat dari bedak biasa & tahan selama 8 jam dan WANGI.
  6. Boleh mengecutkan jerawat di muka.
  7. Produk halal & boleh di bawa solat
Cubalah dan rasailah keberkesanannya , anda pasti suka =)

So bagaimana?? Berminat….. jom buat tempahan dengan saya. Mudah, cepat dan murah…… dan  boleh dapat FREE GIFT lagi

Jadi tunggu apa lagi? Jika berminat boleh la menempah melalui emel untuk maklumat pembayaran ke :

>>sumijelly99@yahoo.com<<

>>sumijelly99@facebook.com<<

atau terus ke FBShoppe saya

[IKLAN] Hotel dan tempat menarik di Kuala Lumpur

Pada mereka yang bukan penduduk Kuala Lumpur, mesti pening kepalakan nak cari hotel serta tempat menarik di Kuala Lumpur??

Haaa....... sekarang tidak perlu susah payah lagi, semua maklumat di hujung jari kan?

Jadi apa kata lawati website JOMJALAN untuk mendapat maklumat mengenai Hotel dan tempat menarik di Kuala Lumpur ni...


Melalui website ni, anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat yang terdapat sekitar Kuala Lumpur ni.

Nak tahu mana Hotel yang nak diduduki?Harganya bagaimana pula? Apa kata cari di bahagian

Dah sampai Kuala Lumpur nanti mesti nak jalan-jalan kan? Tak tahu nak kemana? Mana tempat yang menarik? Apa kata cari di bahagian
 

Nanti dah jalan sana sini, mesti lapar dan dahaga kan? Nak mencari tempat makan yang best di Kuala Lumpur kan? Apa kata cari di bahagian

Wow!!! Semuanya ada di website JOMJALAN... enang..mudah dan pantans aja...

Ada juga beberapa tips di berikan untuk anda yang ingin menginap di Hotel. Jadi jangan lupa baca tips nya yek?


Jadi dah tahu kat mana nak cari maklumat mengenai Hotel dan tempat menarik di Kuala Lumpur?

Bila nak berjalan mesti ingat Jomjalan. Jadi apa kata jadikan Jomjalan sebagai tempat rujukan anda semasa di Kuala Lumpur.

Jangan lupa lawati laman web JOMJALAN sekarang untuk mengetahuinya lebih lanjut.

Monday, May 13, 2013

[CONTEST] Blogger Contest Tanah Arab

http://www.asyrofasristudio.com/wp-content/uploads/2013/04/Kontes1Mei-1Julai.jpg

Salam...... ok.. mood nak menulis dah kembali sikit... ialah, kerja kene di teruskan kan..hahaha

Ni nak bagi tahu ada PERADUAN ok.. bukan calang-calang peraduan ni.... ni dari TANAH ARAB la yek....


Siapa Penganjur PERADUAN ini?

Asyrof Asri anak kelahiran Pahang, pemilik weblog dan penulis hebat di AsyrofAsriStudio.com, merupakan seorang mahasiswa Fakulti Syariah & Undang-Undang Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir

Mula berjinak dalam dunia blogging sejak 2009 dan semakin bergiat aktif dari setahun ke setahun. Gaya penulisan yang mantap dan ingin menyebarkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul dengan tagline ”Penulisan Bahasa Melayu Penuh “BMT”, Memandaikan Bangsaku” Fuh!

Peraduan ini akan berlangsung selama dua bulan dan mengandungi 2 kategori.

Antara kategori kategorinya:
  1. Kategori promosi peraduan (28.04.2013 hingga 01.06.2013)
  2. Kategori Join peraduan ( 01.05.2013 hingga 01.07.2013)
Hadiah-hadiah yang menarik untuk dimenangi. Antaranya:-
  1. Jubah Morocco Lelaki / Jubah Wanita (Pakaian)
  2. Kismis, Kurma (Makanan Kering)
  3. Buku Penulisan Pertama Pelajar Mesir / eBook Penulisan Ketuhanan
  4. Koleksi Matawang Kertas Mesir
  5. Keychain Lambang Mesir
  6. Backlink Blog Pemenang di Sidebar Blog ini Selama Tahun 2013.
(Backlink Blog 5 Orang Bagi Pemenang Join Kontes dan 5 Orang Pemenang Promosi Kontes)

PERHATIAN – Makluman hadiah secara detail bagi dua (2) kategori dipertandingkan akan dimaklumkan di penulisan akan datang.

Peraduan INI ditaja oleh PENAJA :


 Peraduan ini dianjurkan oleh AsyrofAsriStudio.com

Jadi pada mereka yang di luar sana, jangan lepaskan PELUANG untuk menyertai PERADUAN ini... sambil kita menyertai kita dapat juga menambah kenalan blogger yang jauh dimata tapi dekat di internet..hik3

Jadi untuk maklumat lanjut mengenai PERADUAN ini, jangan lupa layari :

Join Blogger Contest Tanah Arab

Penat.....tired... capek...


Emm.susha nak cakap..

2-3 hari ni memang letih la badan... nak buat entry pun tak der mood..

padahal banyak benda nak buat.. review la...entry la... story mory yang berlaku dalam minggu2 lepas....

emmm..... jadi mari kita tunggu 'R' itu datang menjelma yek.......hik3

Saturday, May 11, 2013

Statistik Keputusan Kerusi PARLIMEN dan DUN Yang Dimenangi PRU13

Rasanya dah basi kot Keputusan Kerusi PARLIMEN dan DUN Yang Dimenangi untuk PRU13 yang lalu......

Tapi tak apa... saja nak buat gak entry nya.. sebab nanti 5 tahun akan datang leh refer balik kan?? hik3

 
  Keputusan Kerusi PARLIMEN Yang Dimenangi
  • BN : 133
  • PAS : 21
  • PKR : 30
  • DAP : 38


 Keputusan Kerusi DUN Yang Dimenangi
  • BN : 275
  • PAS : 85
  • PKR : 49
  • DAP : 95
  • STAR : 1
Dan untuk PRU13, Barisan Nasional berjaya mempertahankan kerusi nya...


Siapa menang, siapa kalah tak kisah la ...

Yang penting siapa yang mentadbir Negeri dan Negara itu yang harus di kisahkan... semoga mereka dapat mentadbir dengan saksama, adil dan bersih....

Okla..... Saya duduk selangor, sekarang duk berteka teki siapa agaknya Menteri Besar Selangor yek...hik3


Tayangan Perdana Sofia the First: Once Upon a Princess movie

Yeahhhhhhhhh......... hari ni bawa anak-anak menonton wayang, tapi bukan la wayang apa pun.... sebenarnya tayangan perdana Sofia the First: Once Upon a Princess movie.. hehehe


Ok.... hari ni dapatla pergi, walaupun ni mengenai kisah seorang kanak-kanak perempuan, ada saya kisah walaupun anak saya semua lelaki.....hahahaha

Yang penting mereka terhibur, dan saya pun terhibur..... lagi pun penat ok duduk rumah, apa kata hari ni kita jenjalan jer di Mid Valley...

Ohya.....pada yang dapat jemputan tu, jumpa di sana!!hik3

Friday, May 10, 2013

60 hari lagi menjelang RAMADHAN


2 bulan lagi...................
60 hari lagi..................

Bersedia semua......... pasti ramai yang ternanti-nanti
Semoga berkesempatan kita berjumpa RAMADHAN Al-mubarak........

Tuesday, May 07, 2013

Apabila si sulung ditahan wad........

Beginila bila anak-anak sedang membesar....

Sebagai ibubapa banyak benda kita kene hadapi sejak dari mereka di lahirkan.... Jadi begini la, bila sorang demi sorang sakit berjangkit-jangkit....






Sebenarnya ada kisah di sebalik Danial di masukkan wad... nanti2 la saya citer... tak sempat la nak menaip dalam keadaan sekarang ni..

Ialah,bergilir2 menjaga si sulung di di Wad Kanak2, Hospital Kajang....

Ini juga pengalaman pertama Danial di masukkan ke wad selain Zulfadhli kerana gara2 patah tangan.....

Alhamdulilah... selepas di pantau nampaknya ada perubahan... cirit birit nya dah kurang tiada muntah-muntah lagi....

Jika malam ni dia tiada sakit perut dan cirit birit... insya allah esok (rabu) akan discharge...

Doa-doakan semoga anak saya cepat sembuh yek.....AMIN

Sunday, May 05, 2013

Keputusan Pilihanraya Umum ke 13


Untuk maklumt lanjut mengenai Keputusan Pilihanraya Umum ke 13 dari semasa ke semasa,
 bolehla layari laman web yang tertera:


Selamat mengundi semua!



Hari ni adalah hari mengundi........semua mesti dah bersedia...... jadi pada mereka yang dah balik kampung kerana mengundi.... pilihla yang terbaik untuk negara kita...

Saya mengundi di Pandan jer... belum tukar lagi alamat ke Bangi...hik3


Emm... bila lihat gambar ini.. apa pandangan korang?

Jangan gara2 x sefahaman,... rumah tangga kacau bilau sudah... fikirkan yang terbaik untuk diri sendiri serta negara yg di cintai...

Tapi rasanya gambar di atas sekadar untuk suka2 kot.. mungkin waktu kenduri tu pilihanraya sedang berlangsung kot..hik3

Tapi lawa kan wat gitu.. kalu best.. latar belakang nya ada bendera yang banyak...lagi meriah kot..hik3

Jom mengundi! Hak sebagai rakyat harus di utamakan............

Psst...psst..esok cuti dapat cuti ker tidak ni??hik3

Saturday, May 04, 2013

Lagu mengundi sempena Pilihanraya Umum

Esok nak mengundi, jom kita dengar lagu mengundi sempena Pilihanraya Umum

Memula kita dengar lagu mengundi yang pertama iaitu Tahun 1955


Dulu-dulu kempen pilihanraya rasanaya tak sehebat sekarang....

Tapi kini dengan saluran media yang banyak seperti Twitter, Facebook,You Tube, TV, Surat khabar, emel, blog, risalah dan banyak lagi yang tidak dapat di sebut....

Sebelum kita memangkah untuk esok, apa kata kita layan lagu Undilah dari pelbagai bangsa, kaum, dan artis....



Jangan tak percaya Nurul Izzah Anwar pun ada ok dalam klip video ni...hik3

Selamat mengundi semua!!

Tahun bila Malaysia mula mengundi?

Esok dah 5 Mei 2013.... semua menantikan tarikh tersebut... sebab Hari Mengudi kan?

Sapa tahu, bila kali pertama kita mengundi? Mesti ramai yang tau dan ada juga yang tak tahu.... apa kata hari ni kita belajar sejarah sikit yek...hik3

Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955

  • Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 yang diadakan pada 27 Julai 1955 merupakan pilihan raya umum yang TUNGGAL di Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) sebelum kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957.
  • Parti Perikatan  telah memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Perikatan tersebut diberikan keutamaan untuk menubuhkan kerajaan pertama di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertama. Beliau kemudian menubuhkan Kabinet Menteri yang dilantik daripada pelbagai kaum di Malaysia. Perikatan ini merupakan percubaan yang berani yang diilhami oleh Tunku, Tun Tan Cheng Lock and Tun Sambanthan.
Kemudian bermula lah Pilihanraya umum yang pertama untuk MALAYSIA dan pilihanraya kedua di Semenanjung Malaysia pada tahun 1959.

Selepas itu.......

Pilihan raya umum Malaysia 1964
Pilihan raya umum Malaysia 1969
Pilihan raya umum Malaysia 1974
Pilihan raya umum Malaysia 1978
Pilihan raya umum Malaysia 1982
Pilihan raya umum Malaysia 1986
Pilihan raya umum Malaysia 1990
Pilihan raya umum Malaysia 1995
Pilihan raya umum Malaysia 1999
Pilihan raya umum Malaysia 2004

dan 4 tahun sebelum ini iaitu Pilihan raya umum Malaysia 2008, Barisan Nasional kalah teruk pada tahun tersebut.
  • Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-12 telah dinafikan majoriti 2/3 dan hanya boleh membentuk kerajaan pusat dengan majoriti asas (iaitu lebih daripada 1/2 jumlah kerusi, tetapi kurang daripada 2/3 jumlah kerusi). 
  • Bagi Dewan Undangan Negeri pula, Barisan Nasional gagal mempertahankan kerajaannya di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta gagal mencapai hasratnya untuk membentuk kerajaan di negeri Kelantan. 
  • Pilihan raya kali ini juga melihatkan kegagalan banyak ahli politik veteran mempertahankan kerusi mereka, antaranya termasuk Koh Tsu Koon, Samy Vellu, Shahrizat Abdul Jalil, M. Kayveas, Zainuddin Maidin . 
  • Manakala kemenangan kerusi Parlimen Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak begitu membanggakan apabila undi majoritinya berkurangan banyak berbanding dengan Pilihanraya Umum tahun 2004. 
  • Harus diperhatikan bahawa Barisan Nasional hanya berjaya meraih kemenangan besar di Sabah, Sarawak dan Johor atas sebab rakyat di negeri terbabit masih percaya dan yakin dengan kemampuan Barisan Nasional. Rekod kekalahan Barisan Nasional kali ini adalah yang paling buruk diikuti Pilihan Raya 1969 dan 1999.
dan kini... pada Tahun 2013... esok tarikhnya 5.5.2013

Pilihan raya umum Malaysia 2013, pilihanraya yang ke 13 untuk Malaysia dan yang ke 14 bagi Semenanjung Malaysia...


Adakah Barisan Nasional bakal meraih kembali kemenangan di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dan adakah akan ada perubahan di Negeri Kelantan?

Siapa yang bakal memenangi kerusi kali ini? kita nantikan, kerana kempen Pilihanraya kali ini sungguh hebat dan malah lebih dasyat dari tahun sebelum-sebelum nya....

Kita  nantikan sama-sama...............

Friday, May 03, 2013

Kenny Roger Roasters Promosi di Groupon

Selalu tengok dalam wbsite yang bagi diskaun untuk harga makanan, beg, barang-barang lain ....

Kali ni dari groupon pula... membawakan promosi yang agak murah untuk makan di Kenny Roger Roasters.

Kalu rasa nak makan seorang dri boleh la beli 3-Course Meal yang berharga RM19.00 sahaja!



Kenny's Chicken and Garden Meal (RM19.50 value)Rotisserie-roasted 1/4 chicken served with Aromatic Rice, Kenny's Home-made Muffin, and Caesar Salad Supreme OR Classic Garden Salad
-------------------
Mushroom Chicken Soup (RM4.50 value)
-------------------
Single Happiness (RM4.50 value)

Single scoop of ice cream served with chocolate sauce, whipped cream, and chocolate stick  -------------------
10% service charges and 6% Government tax (RM4.60 value)


Tapi hanya bayar RM19.00 dari harga asal RM33.10...

Murah kan???

Tapi kalu nak bawa Satu Keluarga, untuk 4 orang makan...

Boleh cuba menu Kenny Rogers Roasters Family Meal yang berharga RM88.00 sahaja!!


Kenny's Family Meal (RM73.50 value)Whole rotisserie-roasted chicken with choice of 4 side dishes and 4 Kenny's homemade muffins
Choose 4 bowls of side dishes:Potato Salad
Coleslaw
Crisp Garden Salad
Garden Pasta Salad
Fresh Fruit Salad
Macaroni and Cheese
BBQ Baked Beans
Mashed Potato and Gravy
Golden Corn and Carrots
Aromatic Rice
-------------------
4x Mushroom Chicken Soup (RM18 value)
-------------------
2x Rock N Roll (RM21.80 total value)
Choose 2:
Chicken Meatballs
Chicken Cocktail Sausages
-------------------
4x Single Happiness (RM18 value)

Single scoop of ice cream served with chocolate sauce, whipped cream, and chocolate stick
-------------------
10% service charges and 6% Government tax (RM21 value)


Tapi hanya bayar RM88.00dari harga asal RM152.30....

Murah kan??

Jadi pilihan di tangan anda.. nak yang seorang atau untuk satu family...hik3...

Air boleh la order berlainan atau nak jimat, bawa jer air dari rumah...hik3

Cepat!! Lagi 2 hari sebelum ia berakhir!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...