Monday, March 02, 2009

Baby sudah keluar...

Assalammualaikum kalian...

Minta maaf tatkala anda membaca entri kali ini, saudari Sumijelly sekarang berada di rumahnya di Kajang dalam keadaan pantang. huhuhu...oleh kerana di rumahnya tidak ader internet, maka saya iaitu adik dia yang chumel ini ingin memaklumkan kepada anda bahawa itu kakak sudah selamat melahirkan bayi di dalam kandungannya pada 25 Februari 2009 pada pukul 12.40pm di Hospital Kajang.

Kelahiran bayinya ini telah melengkapkan jumlah anak lelaki nya iaitu 3 orang...bayi seberat 2.85kg ini selamat dikeluarkan daripada perut ibunya melalui pembedahan. Alhamdullilah, itu kakak sekarang ada di rumahnya sedang berehat dan di jaga oleh suami tercinta (mak saya sudah risau dia seorang di rumah dan minta dia duduk di rumah mak di Pandan Indah, tetapi itu kakak sangat degil).

saya juga telah diberi kuasa sebagai author kedua di dalam blog nyer ini untuk beri sebarang perkembangan mengenai die dan baby nyer itu..saya tidak mempunyai kamera canggih seperti dia, oleh itu saya hanya dapat capture gambar anak buah saya ini menggunakan kamera hp Sony ericsson Walkman saya sahaja di mana mungkin terdapat kekaburan pada gambar tersebut. harap maklum ye kalian semua!!


 



nama anak dia adalah lebih baek anda bertanya sendiri kepada dia..huhuhu sebab saya sendiri tidak pasti nama yang sebetulnya...dengar-dengar hari tu dia kata MUHAMMAD ZULFADLI..sebelum ia mengundang sebarang kontroversi, adalah lebih baik saya tidak memeprbesarkan hal ini...semoga anda gembira menerima kelahiran baru ini di dalam hidup kakak saya ini... keep smiling!!


sekilas : setiap bayi itu adalah sangat chumel...!!

5 comments:

  1. haaaaaaaaaaa kan betul ramalan ku... aku bukan teka yer... aku tengok jadual... alhamdulillah, sekali lagi jadual itu menepati seperti perkiraan...!

    ReplyDelete
  2. [...] diri tuk bersalin kerana kandungan aku SONGSANG ketika itu, dan masa yg sama gak aku selamat melahirkan Muhammad Zulfadhli secara pembedahan pada 25.02.2009. Sempat gak aku bergambar semasa di Wad…dah bilik tu aku [...]

    ReplyDelete
  3. bestnya..
    tahniah...
    bayi memang comel
    .-= klcitizen´s last blog ..Membeli =-.

    ReplyDelete
  4. @klcitizen,
    errkk...kak.. punya la lama entry tu la..hik3..
    anak sumi dh setahun dh... tp bayi memang comel kan?? hehehe
    thanks yek kak... nak tunggu bayi baru..tunggu lagi setahun yek.....hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...