Ia merupakan sejenis penyakit yang jarang berlaku. Ia juga dikenali sebagai favism atau kekurangan enzim glucose-6-phospate dehydrogenase (glucose-6-phospate dehydrogenase deficiency).
Penyakit ini adalah penyakit yang paling kerap melibatkan kekurangan enzim (pemangkin) sel darah merah.
Enzim ini penting dalam pembinaan tenaga kepada sel darah merah. Bila berlaku kekurangan enzim ini, tenaga yang dapat dijana daripada glukosa (glucose) adalah kurang. Oleh itu, sel darah merah, terutamanya sel telah tua yang telah mula kehilangan nukleus, lebih cenderung untuk mati.
Penyakit ini adalah penyakit keturunan yang melibatkan kromosom X. Oleh kerana ia melibatkan kromosom X, ia lebih kerap berlaku kepada orang lelaki berbanding perempuan.
Tanda-tanda
Contoh tanda-tanda yang berlaku bila pesakit menghadapi hemolisis (sel darah merah menjadi rosak) kesan daripada penyakit ini adalah:
- lemah badan
- pucat
- susah bernafas
- jaundis (kulit menjadi kuning)
- air kencing menjadi gelap atau merah
Penyebab
Antara faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya hemolisi itu ialah:
- jangkitan
- ubat gegat
- pengambilan ubat-ubatan atau sesetengah makanan seperti kekacang tertentu. Antara ubat yang perlu dijauhi atau diambil dengan berhati-hati adalah aspirin, ubat malaria dan sesetengah anti-biotik.
Senarai lengkap ubat-ubatan yang mungkin merbahaya untuk pesakit G6PD ialah:
- Dapsone dan sulphones
- Methylthioninium chloride (methylene blue)
- Niridazole
- Nitrofurantoin
- Pamaquin
- Primaquine
- Quinolones termasuk ciprofloxacin, moxifloxacin, nalidixic acid, norfloxacin, dan ofloxacin
- Sulphonamides, termasuk co-trimoxazole. Beberapa sulphonamides seperti sulfadiazine, telah diuji dan didapati tidak menyebabkan sebarang masalah kepada pesakit
- Aspirin
- Chloroquine
- Menadione, atau yang diformulasi dari menadione seperti menadiol sodium phosphate
- Probenecid
- Quinidine
- Quinine
- Naphthalene (dalam ubat gegat)
Antara langkah-langkah yang mungkin membantu ialah:
- Menjauhkan diri daripada faktor penyebab seperti pengambilan ubat-ubatan tertentu
- Pengambilan anti-oksidan, seperti Vitamin E mungkin membantu. Walaubagaimanapun, anti-oksidan seperti Vitamin C tidak boleh diambil dalam dos yang tinggi kerana vitamin C boleh menyebabkan hemolisis
- Pengambilan asid folic yang berterusan
- Beritahu doktor anda sekiranya anda menghidap penyakit ini sebelum mula memakan ubat-ubatan yang anda belum pernah ambil sebelum ini
Perkara-perkara lain
- Pesakit mungkin lebih cenderung kepada jangkitan. Ini mungkin kerana fungsi leukocyste (sel darah putih) yang menurun.
- Selalunya hemolisi yang terjadi adalah terkawal (self-limiting). Ini kerana sel darah merah yang baru sentiasa sahaja menggantikan sel-sel yang lama.
Sila rujuk kepada doktor anda untuk keterangan lanjut sekiranya anda ingin penjelasan lanjut.
sumber rujukan : Anispharmacy
Anak aku si Zulfan adalah G6PD tak menentu...
ReplyDeletesebaik yang ketiga nie x der G6PD..
ReplyDeletekira bebas dari G6PD la.hehehe
sye pnghidap g6pd,adakah nila penyebab simptom g6pd
ReplyDelete@nida,
ReplyDeleteHai nida.. soklan tu sy krang pasti. Selalunya penyakit ini di sebabkan keturunan.. bukan sebab lain,
Kalu nak info lanjut, baik pergi bertanya pada yang pakar. Terima kasih