Wednesday, March 25, 2009

INFO Lanjutan : G6PD

Ini adalah lanjutan dari Entry aku yang bertajuk APAKAH ITU G6PD??

Ia merupakan sejenis penyakit yang jarang berlaku. Ia juga dikenali sebagai favism atau kekurangan enzim glucose-6-phospate dehydrogenase (glucose-6-phospate dehydrogenase deficiency).

Penyakit ini adalah penyakit yang paling kerap melibatkan kekurangan enzim (pemangkin) sel darah merah.

Enzim ini penting dalam pembinaan tenaga kepada sel darah merah. Bila berlaku kekurangan enzim ini, tenaga yang dapat dijana daripada glukosa (glucose) adalah kurang. Oleh itu, sel darah merah, terutamanya sel telah tua yang telah mula kehilangan nukleus, lebih cenderung untuk mati.

Penyakit ini adalah penyakit keturunan yang melibatkan kromosom X. Oleh kerana ia melibatkan kromosom X, ia lebih kerap berlaku kepada orang lelaki berbanding perempuan.

 

Tanda-tanda

Contoh tanda-tanda yang berlaku bila pesakit menghadapi hemolisis (sel darah merah menjadi rosak) kesan daripada penyakit ini adalah:

- lemah badan
- pucat
- susah bernafas
- jaundis (kulit menjadi kuning)
- air kencing menjadi gelap atau merah
 

Penyebab

Antara faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya hemolisi itu ialah:

- jangkitan
- ubat gegat
- pengambilan ubat-ubatan atau sesetengah makanan seperti kekacang tertentu. Antara ubat yang perlu dijauhi atau diambil dengan berhati-hati adalah aspirin, ubat malaria dan sesetengah anti-biotik.

 
Senarai lengkap ubat-ubatan yang mungkin merbahaya untuk pesakit G6PD ialah:

- Dapsone dan sulphones
- Methylthioninium chloride (methylene blue)
- Niridazole
- Nitrofurantoin
- Pamaquin
- Primaquine
- Quinolones termasuk ciprofloxacin, moxifloxacin, nalidixic acid, norfloxacin, dan ofloxacin
- Sulphonamides, termasuk co-trimoxazole. Beberapa sulphonamides seperti sulfadiazine, telah diuji dan didapati tidak menyebabkan sebarang masalah kepada pesakit
- Aspirin
- Chloroquine
- Menadione, atau yang diformulasi dari menadione seperti menadiol sodium phosphate
- Probenecid
- Quinidine
- Quinine
- Naphthalene (dalam ubat gegat)
 

Antara langkah-langkah yang mungkin membantu ialah:

- Menjauhkan diri daripada faktor penyebab seperti pengambilan ubat-ubatan tertentu
- Pengambilan anti-oksidan, seperti Vitamin E mungkin membantu. Walaubagaimanapun, anti-oksidan seperti Vitamin C tidak boleh diambil dalam dos yang tinggi kerana vitamin C boleh menyebabkan hemolisis
- Pengambilan asid folic yang berterusan
- Beritahu doktor anda sekiranya anda menghidap penyakit ini sebelum mula memakan ubat-ubatan yang anda belum pernah ambil sebelum ini
 

Perkara-perkara lain

- Pesakit mungkin lebih cenderung kepada jangkitan. Ini mungkin kerana fungsi leukocyste (sel darah putih) yang menurun.
- Selalunya hemolisi yang terjadi adalah terkawal (self-limiting). Ini kerana sel darah merah yang baru sentiasa sahaja menggantikan sel-sel yang lama.

Sila rujuk kepada doktor anda untuk keterangan lanjut sekiranya anda ingin penjelasan lanjut.



 

sumber rujukan : Anispharmacy

Tuesday, March 24, 2009

MERAH itu MENAWAN...

ni la orang kata...
betul2 punya rehat...
dalam dok tgh rehat tu...
sempat lagi aku calit inai mekah yg jenis tiub tu kat jari jemari ku...
lama dah tingin nak pakai inai...
masalahnya MASA jer x der...
so...tgh dalam pantang nie...
aku calit la di jari jemari ku...
huhuhu...lawa x??
meriahkan warnanya...??

kuku 1


kuku 2




MERAH itu MENAWAN.....


Monday, March 23, 2009

Jangan ingat depa buta IT....

huh...duk umah parents aku nie kan...
yg sonoknya, pasal ada komputer...
kalu ada komputer, ada internet...
kendian...dah ada internet lak...
ada VIDEO CAM lak....

x caya??
korang tgk sendiri la gambar nie...
ayah aku nie ADVANCE tol...
pakai SKYPE lagik....
anak buah aku pun dah pandai...
anak aku lak?? tgh nak cuba2 tu....
huhuhu......

IT 2


(Danial tgh ber'VIDEO CAM' ngan umairah)


 


IT 1


(Umairah di SKYPE CONFERENCE)


 


IT 3


(Umairah tgh sibuk menaip tu)

Sunday, March 22, 2009

My Hero.... not 1 or 2 but 3...

huhuuh..x sangka la pulak...
dah 3 orang anak aku......
pertama - 2004 skrg dh 4 tahun 2 bulan
kedua - 2007 skrg dh 2 tahun 1 bulan
ketiga - 2009 dan baru berusia 27 hari....

hero 1



masa anak 1 orang, x der la riuh sgt...
masuk yg kedua..kemeriahan dah terasa...
bila anak berlari2...kejar mengejar..
gaduh, bergusti...dgn ayahnya sekali la...
kali ie dah tambah lagi sorang...
x tahula cam ner keadaan nya...
mungkin lagi riuh...
hehehe.....

Hero 2



sonok bila tgk anak2 bila balik kerja...
segala kepenatan ilang..
tapi kekadang, letih gak nak melayan
ialah..kita balik kerja dah la penat...
anak lagi nak layan, umah lagi nak urus...
tapi kekadang aku kene fikir balik...
anak dah 8 jam dkt TASKA, time aku balik nie lah dia nak kita layan..
so...kene la aku menahan penat...
kehkehkeh........

hero 3



k...mari kita layan gambar aku berposing 3 beranak..
ayah dia x der...ada hal...
ni pun aku suh anak jiran aku snap kan...
kehkehkeh.........

hero 4


hero 5

Ole-ole dari UK

Pagi tadi ayah aku pergi ambik ole-ole yg dikirim dr UK
Ole-ole tu adalah dr adiknya yang menetap kat UK
tu la adik bongsunya yang satu-satunya duk jauh...
adik beradik ayah aku yg lain sumer ada kat Malaysia


Pak Cik nie aku panggil POK CIK RUBIAT...
memang sangat sporting kalu berjumpa ngan anak2 buah dia...
aku ingat lagi...kenangan lampau tu...
gara-2 menghantar rombongan kahwin pok cik...
aku nyer tangan patah...kene langgar dek motorsikal...
salah aku la gak..sbb melintas x pandang kiri kanan..
huhuhu...kenangan tu...


so...ole-ole tu ayah aku ambik kat umah sedara terdekat gak...
dikirim melalui org kot...
kekadang pok cik kirim CD, BUKU, KASET, MAKANAN...
kali nie ayah aku dapat CD ngan COKLAT..
nyumm...nyumm.....
dapat la aku makan COKLAT tadi...
dalam pantang leh kan makan COKLAT??
x kan x leh kot..sedang kan milo pun leh minum...
huhuhuhu.........


 


ole 3


ole 2


ole 1


ole 4



 Thanks POK CIK RUBIAT atas ole-olenya......


Saturday, March 21, 2009

x sabar rasanya....

lagi 1 minggu aja .....................
minggu nie my hubby g cuci umah sementara aku lak duk umah mak aku ......
next week....aku akan berangkat ke rumah baru...
muahahaaaaaaaaaa......
x sabar rasanya...

maka dengan ini aku wat pengumuman....
bermula 28.03.2009....
aku akan berpindah dari Kajang ke rumah baru.....
dengan iu...segala surat menyurat...
sila tukar ke ALAMAT baru...
yang akan diumumkan kelak....

tapi nak ker aku bagi korang alamat baru kat cini...
giler ker...
kalu nak...emel la personal...
muahahaaaaa..........

waduh..........waduh...
sudah tidak sabar rasanya............


TAG : dari Cik Yatt

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" ni untuk diletakkan di blog.

Award



Yatt...ni skrg udah mask tahun 2009...apa la ko nie..
adakah cukup besau aku letak nie???


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Yatt aka Nkara... kawan kerja aku masa kat Putrajaya...
now still best frenz.. i lap u Yatt...


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

Fakta ker?? huhuhu............. Auta x leh yek...

1) aku suker mem'BLOG'
2) aku suker ngan kawan-kawan aku....
3) aku suker ngan kehidupan yang aku layari sekarang...
4) aku suker window shopping...(pasal wit x der..huhuhuu)
5) aku suker membaca majalah/buku/novel...
6) aku suker gigit telinga anak aku...(hobi nie tau..muahaha)
7) aku x suker kalu kene TAG...(hahahah..ni jujur tau...kehkehkeh)
8) aku x suker basuh barang yang ecik2...mcm sudu/garfu/piring...(pemalas tol aku)
9) aku x suker dalam kepanasan (x kira hati atau pun cuaca...hahahaha)
10) aku x suker TAG orang...(so kira selamat la kawan2 akuyg kat luar tu yek...)


4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

Cuba korang rujuk balik FAKTA aku yang ke -10..............

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag, sila layari di sini untuk mendapatkan award anda".

- sorry...........disebabkan x der PEMANGSA...so... TAG ini ditutup...........
muahahahaaaaaa.............

Sumer pun dalam pantang.......

Stokin



ni sapa yang berpantang nie??
naik konpius la pulak aku.....
aku ker anak2 aku yang berpantang???

Stokin Danial



tgk la...bila aku pakai stokin, baby pakai stokin...
sumer pakat cari stokin nak pakai lak....

Stokin Iskandar



dah sibuk sangat nak berstokin.
ha....pakai la korang...tapi sampai bila leh tahan??
sekejap jer...malam nak tido..bukak ..
sebab.............PANAS...
hahahahahaha.....

Sumer pun dalam pantang.......

Stokin



ni sapa yang berpantang nie??
naik konpius la pulak aku.....
aku ker anak2 aku yang berpantang???

Stokin Danial



tgk la...bila aku pakai stokin, baby pakai stokin...
sumer pakat cari stokin nak pakai lak....

Stokin Iskandar



dah sibuk sangat nak berstokin.
ha....pakai la korang...tapi sampai bila leh tahan??
sekejap jer...malam nak tido..bukak ..
sebab.............PANAS...
hahahahahaha.....

Friday, March 20, 2009

Kasih sayang si abang

bila dah ada ahli baru...
biasanya ahli lama mesti la sibuk kan....
sibuk nak memegang la, nak mencium la...
si Danial, dia x berapa kisah sangat...
tapi si Iskandar......
letih ko.tiap jam mesti nak di cium Zulfadhli...

Danial
(ni si danial bersama zulfadhli)

iskandar
(ni Iskandar lak...bersama Zulfadhli)

Ohh...sejuknya....

hari tu masa mandikan anak aku si Zufadhli.....
tetiba lak macam nak buat gambar kenangan lak...
aku pun snap la 2 keping gambar dia tgh mandi...
masa nie aku baru 1 minggu...
suami aku yg pegang baby...
aku tukang jirus...
dah aku pantang sendiri...suami kene la bantu kan??kan??

zul mandi


zul mandi 1

Hari yang ke 26...

Yo...hari nie hari yang ke 26 aku berpantang....
lama laie nak ke 44 hari...
hari nie aku melepak kat umah mak aku kat pandan indah...
tapi sampai hari ahad jer...
saja jer... nak guna internet sebenarnya....
kehkehkeh.....

so...hari nie acara aku nak mengupdate BLOG...
muahahahaaaaaaaaaa............
pada sesiapa yang YM aku, sila-silakan...
sbb aku hanya leh guna internet sampai ari ahad jer...
heheheheh.....

so..time for update...........!!!!!!!!!!

Sunday, March 15, 2009

Baju Sukan Danial……….


 


Ishk……..x baik lakan, sejak bersalin baby baru…


Yg 2 abang tu mcm kene pinggir jerkan…


Hari rabu (4/03) lepas, balik jer  dari TASKA…


“Ibu…baju sukan!!!”


 


Bersungguh-sungguh tunjuk kat aku baju sukan dia….


Padahal..baju sukan tu hanya boleh di pakai setiap hari jumaat jer…


Lepas jer mandi…nak gak pakai…


Ah…gasak ko la Danial…


Pakai la….lagi pun ibu suker basuh dulu sebelum ko pakai betul2 kan…


 


So..nak sangat pakai… pakai la


So…kalu dah pakai…kene la snap gambarkan??kan??


Hehehehe………


 


 



Baju Sukan Danial……….


 


Ishk……..x baik lakan, sejak bersalin baby baru…


Yg 2 abang tu mcm kene pinggir jerkan…


Hari rabu (4/03) lepas, balik jer  dari TASKA…


“Ibu…baju sukan!!!”


 


Bersungguh-sungguh tunjuk kat aku baju sukan dia….


Padahal..baju sukan tu hanya boleh di pakai setiap hari jumaat jer…


Lepas jer mandi…nak gak pakai…


Ah…gasak ko la Danial…


Pakai la….lagi pun ibu suker basuh dulu sebelum ko pakai betul2 kan…


 


So..nak sangat pakai… pakai la


So…kalu dah pakai…kene la snap gambarkan??kan??


Hehehehe………


 


 



Thursday, March 12, 2009

Yeha…dah leh kuar WAD..

Yess……. Hari Jumaat 27/02, aku dh leh kuar wad….. sonokla kan nak balik umah.


Kali ni aku berpantang sendiri kat umah aku…………Kat kajang jer…..


So, pada yang nak jenguk aku..silala ke rumah aku kat kajang yek….


Kali ni aku x berpantang kat umah mak aku yek…..


 


*thanks pada Mimi kerana sudi jenguk aku pada 6/03 hari tu yek….


 


So.wat kali terakhir aku berada di Hospital Kajang……


Sempatla ambik beberapa keeping gambar……..


Heheh ………Aku?? Mana leh x posing punya mesti nak posing….


 




[caption id="" align="alignnone" width="320" caption="standard la…mesti nak posing punya"]standard la…mesti nak posing punya[/caption]

 

[caption id="" align="alignnone" width="320" caption="nyenyaknya Zulfadhli tido"]nyenyaknya Zuilfadhli tido[/caption]

 

[caption id="" align="alignnone" width="320" caption="muker x sabar2 nak balik umah….hehehehe"]muker x sabar2 nak balik umah….hehehehe[/caption]

 

So…lepas jumaat, suami kujemput aku dan Zulfadhli….


Tinggal la wad yang member aku seribu satu kenangan…


Trima kasih pada Jururawat dan Doktor2 di hospital Kajang…


Yang merawat dan menjaga aku sepanjang berada di Wad Bersalin…


Thanks very muchhhhhhhhhhhhh….


Lain kali leh la bersalin lagi…


(hah??nak ngandung lagi ker?? Huhuhuhu…….


Tunggu la 4 thn lagi……huhuhuhu)

Tuesday, March 10, 2009

Alhamdulilah……...selamat semuanya..


 


Akhirnya… 25 Februari 2009, hari Rabu pukul 12.47 tengahari


Aku selamat melahirkan anak ku dengan selamatnya….


Tetapi secara OPERATION…..


Anak dalam kandungan songsangla…so…terpaksa la di bedah….


 


Aku datang untuk meng'admit'kan diri ku pada 25/02 hari..


Then aku buat pemeriksaan tuk perut (CTG)…


Ada 3 doktor yang datang wat pemeriksaan kat aku…


So.bila seorang  doctor check akunya bukaan rahim.


Oh….rupanya dah 4 cm…..tapi baby still songsang..


Doctor kata x leh tunggu lagi….


Aku kene gak menjalani pembedahan on the same day….


 


Aku lak dah cuak…blur…


“erkk….nak kene bedah gak ker doctor??” Tanya aku dengan soklan bodo-bodo..


“iyala..puan punya bukaan dah 4cm…x leh tunggu…lagipun baby still x pusing..Emergency la”


 


Aku apa lagi…time tu, terus sms sepupu aku Ayu, kawan opis aku Mila dan call mak aku…


Nak bagi tau aku nak bersalin la…nak kene operate..


Then call my hubby bg tau,,,suh datang spital…sbb nak masuk OT dah…


Terkejut la hubby aku…iayala, baru htr aku tuk admit…


Tetiba nak operate.dia expect esoknya… x sangka ari yang sama lak…


Huhuhuhuhu….(dh anak mu nak kuar sgt la tu….)


 


So… bersalin la aku kul 12.47 tgh hari….


Dapatlah anak lelaki seberat 2.6 kg (lagi kecil dr abg dia si Danial)……


Kuar dr OT dalam kul 3 petang.terlantar la aku kat atas katil x leh gerak…


Tunggu suami aku datang melawat, baby lak kat baby room…..


Aku x leh gerak pasal kene bedah la..apa la korang nie…


Huhuhu…..


 


  


Lahirlah Muhammad Zulfadhli B Mohd Zaire


 


 


 


 


Inilah anak lelaki ku yang ku kandung selama 38 minggu…


MUHAMMAD ZULFADHLI B MOHD ZAIRE


Berat lahirnya hanya 2.6kg, secara LSCS…..


 



 

Tension nya aku!!!!!

Adesss..apa la nasib ku ni.


Aku suh adik aku datang, konon nya nak pakai tenet dia.


Tapi malangnya, area umah aku nie x support 3G Maxis broadband rupanya…


Kalu dapat pun, aku kene kerap REFRESH…….


so….kalu tiap kali aku nak view web kene refresh,


baper kali dalam setiap minit aku nak refresh??


So.last sekali aku taip draft atas word dulu.kendian transfer ker WP..


(tu kerja adik aku la kene transfer..muahahaha)


 


So.yang nie aku taip kat word dulu la nie…..


Then baru transfer ker WP.


So.aku nak siapkan beberapa entry masa aku bersalin tempoh hari tuk tatapan korang.


Disebabkan aku berpantang sendirian di Kajang……


Maka masa ku terhad la sikit kan….


Nanti aku sihat sikit.aku g la umah mak aku……


Pakai tenet umah mak aku lagi cepat……..


Maklum la STREAMYX.huhuhuhu………


k.aku tinggalkan entry ni dulu……


sebab nak siapkan entry baru yek………


so.stay tuned!!!!!

Monday, March 09, 2009

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul pada sumer umat Islam di Dunia........


Dari Sumijelly.wordpress.com


Info :

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Monday, March 02, 2009

Baby sudah keluar...

Assalammualaikum kalian...

Minta maaf tatkala anda membaca entri kali ini, saudari Sumijelly sekarang berada di rumahnya di Kajang dalam keadaan pantang. huhuhu...oleh kerana di rumahnya tidak ader internet, maka saya iaitu adik dia yang chumel ini ingin memaklumkan kepada anda bahawa itu kakak sudah selamat melahirkan bayi di dalam kandungannya pada 25 Februari 2009 pada pukul 12.40pm di Hospital Kajang.

Kelahiran bayinya ini telah melengkapkan jumlah anak lelaki nya iaitu 3 orang...bayi seberat 2.85kg ini selamat dikeluarkan daripada perut ibunya melalui pembedahan. Alhamdullilah, itu kakak sekarang ada di rumahnya sedang berehat dan di jaga oleh suami tercinta (mak saya sudah risau dia seorang di rumah dan minta dia duduk di rumah mak di Pandan Indah, tetapi itu kakak sangat degil).

saya juga telah diberi kuasa sebagai author kedua di dalam blog nyer ini untuk beri sebarang perkembangan mengenai die dan baby nyer itu..saya tidak mempunyai kamera canggih seperti dia, oleh itu saya hanya dapat capture gambar anak buah saya ini menggunakan kamera hp Sony ericsson Walkman saya sahaja di mana mungkin terdapat kekaburan pada gambar tersebut. harap maklum ye kalian semua!!


 



nama anak dia adalah lebih baek anda bertanya sendiri kepada dia..huhuhu sebab saya sendiri tidak pasti nama yang sebetulnya...dengar-dengar hari tu dia kata MUHAMMAD ZULFADLI..sebelum ia mengundang sebarang kontroversi, adalah lebih baik saya tidak memeprbesarkan hal ini...semoga anda gembira menerima kelahiran baru ini di dalam hidup kakak saya ini... keep smiling!!


sekilas : setiap bayi itu adalah sangat chumel...!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...