Friday, March 22, 2019

The Adventurers Web di Aeon Mall Nilai

Pernah dengar AEON Mall Nilai? Terletak di Nilai, Negeri Sembilan...

AEON Nilai merupakan pasaraya terbesar di Malaysia..dan baru di buka pada awal tahun lalu.  jadi dalam masa yang sama banyak tarikan  terbaru akan dibuka sdi AEON.


Jadi untuk pertama kali The Adventurer's Web tempat riadah sekeluarga bakal di buka pada 23 Mac 2018 sempena pembukaan rasmi bersama AEON Nilai juga...

Terletak di Aras 2 dengan keluasan 2,440 squaremeter. Aktiviti di dalam ini juga akan bertukar dari semasa ke semasa.

Zaman sekarang, ibubapa suka membawa anak ke tempat membeli belah dan dalam masa yang sama ingin anak-anak berseronok tanpa perlu beralih tempat... jadi jika anda inginkan semua nya di dalam satu bumbung.. amatla sesuai jika membawa anak-anak ke sini...

Di The Adventurer's Web ini terdapat 3 tempat yang berlainan jenis dan juga mengikut umur serta kesesuaian pengunjung untuk meneroikai nya... jom lihat apa yang terdapat di situ

1) DINASOUR RANGERS


Di Dinosaur Rangers ini saya sanagat sarankan untuk anak-anak dan ibubapa cuba.. kerana tempat ini sangat menarik terutama nya anak-anak kerana boleh melakukan beberapa aktiviti bersama ibubapa sekali..


Tempatnya tidak berapa besar. Di dalamnya terdapat replika Dinasour untuk anak-anak pelajari asal usul dinasour serta mengenal rupa bentuknya.


Replika ini bergerak dan berbunyi.... tapi jangan risau dia tak bergerak kemana-mana.. dia setempat sahaja...

Di dalam ini juga ada beberapa aktiviti boleh di lakukan, tidak hanya melihat pameran Dinasour sahaja..


Untuk anak-anak yang sukakan sukan lasak, boleh cuba untuk memanjat tiang ini.. tidak terlalu tinggi jadi amat sesuai untuk semua kana-kanak mencuba.. boleh jadikan ia satu pengalaman.


Pada yang suka sejarah... boleh ke Fossil Extraction ini...


Dan ada juga education hub di mana pengunjung akan di sajikan infomasi mengenai Dinasour serta akan ada beberapa gimik untuk pengunjung untuk menikmati pertunjukan tersebut.




Rugi tau kalau tak masuk Dinosour Rangers ni....

2) Mini Science & Technology Discovery Centre

Di sini untuk mereka yang minat sains amat sesuai untuk belajar... kerana di sini semua boleh di cuba..



Seperti pasir ini... ia akan berubah warna mengikut bentuk pasir tersebut...

Jika kita bukitkan pasir meninggi.. akan menjadi gunung berapi... jika ratakan akan menjadi rumput.. jika berlekuk akan menjadi seperti sungai yang mengalir.










Antara aktiviti yang boleh di cuba anak-anak di mini sains ini... sesuai untuk para pelajar yang meminati sains...

3) MONSTER HOUSE

Ok.. tempat terakhir dan agak mencabar sikit...

Rasanya jika anda seorang yang berani boleh la cuba untuk masuk...


Terdapat 13 bilik untuk pengunjung masuk...

Setiap bilik berbeza-beza suasana dan konsep...



Ini pintu masuk ke monster house tersebut...





Jangan risau.. semua nya tak bergerak.. bukan seperti rumah hantu di funfair tau.. di mana semua bergerak-gerak

Yang ini semua replika sahaja...


Ada juga setu bilik di mana pengunjung boleh mencuba pakaian dan bergambar untuk kenangan. Gambar akan di print dan di berikan kepada pengujung setelah tamat semua bilik di monster house tersebut.

Jangan risau.. di monster house terdapat 2 jenis kategori
- Untuk keluarga di mana sesuai untuk kanak-kanak masuk.
- Untuk yang sukakan exteme yang lebih takut dan seram sesuai untuk dewasa la

Jadi bagaimana? Teruja ke untuk mencuba tempat baru ini? Jangan risau... pembukaan rasminya pada 23 Mac 2019 ini.

Yang lebih menarik lagi.. sempena pembukaan AEON Nilai, 200 tiket percuma akan di berikan pada pengunjung untuk mencuba The Adventurer's Web ini...

Jadi jom bawa anak-anak ke AEON Nilai ini.. lagi pun minggu depan cuti sekolah penggal pertama sudah pun bermula.. memang sesuai sangat untuk mengisi masa lapang anak-anak ni.

Kiranya jika masuk sini anak-anak pasti leka dan seronok.. kerana di sini kebanyakkan menggunakan kemahiran dan daya imiginasi sendiri untuk mencuba dan melakukan aktiviti.


Harga untuk setiap tempat seperti jadual di atas.

Jadi ayuh beramai-ramai datang ke hari pembukaan pada 23 Mac 2019 bersamaan hari Sabtu ini.

Maklumat lanjut boleh hubungi :

THE ADVENTURERS WEB
2nd Floor, AEON MALL Nilai
No 2 Persiaran Pusat Bandar
Putra Point, Putra Nilai
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Monter House : 011-16436050
Dinosaur Range : 012-6574912
Mini Science : 017-6726385






Thursday, March 21, 2019

Genap sudah 12 tahun Iskandar

Pada 28.01.2019, Iskandar sudah genap 12 tahun usianya...


 Apa lagi..  01.02.019 masa hari Wilayah terus buatkan kad pengenalan untuk dia...

Tu jerla hadiah yang dia perlu tebus dengan kerajaan...hahahaha

Saya buat kad pengenalan dia di JPN Kajang sahaja.. dekat dan senang berurusan kerana tak ramai orang kat situ...


12 tahun sudah anak ke dua saya....

Tahun ni UPSR semoga dapat la menjawab dengan cemerlang gemilang dan terbilang di waktu peperiksaan nanti....


Amacam... hensem tak anak saya...

Saja saya pilih baju warna unggu tu.. sebb masa abang nya ambik gambar pakai baju tu.. jadi saya tetapkan untuk semua memakai baju warna tu setiap kali umur 12 tahun..hahahaha

Jadi nanti boleh la susun gambar derang masa Huzaiman dah dapat kad pengenalan.. dan lihat perbezaan.. sapa paling kacak masa umur 12 tahun...hik3

Wednesday, March 20, 2019

Kehilangan ayah tercinta

Salam semua.........

Sudah hampir 2 bulan saya kehilangan ayah tercinta. Pada 19.01.2019 ayah telah pergi meninggalkan kami sekeluarga setelah seminggu pulang dari hospital sPutrajaya.


Gambar terakhir kami sekeluarga pada 06.01.2019 yang lalu...

Masa ni kami sekelurga menemani ayah sepanjang di Hospital Putrajaya. Ikutkan kata Doktor ketika ini ayah tenat.. tapi dari penglihatan kami ayah seperti biasa... jadi kami tak sangka pula dalam masa 13 hari ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga...


Ini juga la gengaman terakhir saya bersama ayah....

Saya dapat rasakan ayah seperti tidak lama.. tapi saya menafikan.. dan menyatakan ayah akan kembali sihat seperti biasa...

Kerana ayah sudah sakit lama sejak di masukkan ke Hospital HUKM pada 20.10.2015... jadi sudah hampir 3 tahun ayah tidak sihat....


Tapi apakan daya.. setelah 1 minggu ayah keluar dari hospital, ayah telah di jemput ilahi di samping mak serta kedua abang saya di sisi nya...

Kami yang anak perempuan berada di rumah menguruskan rumahtangga seperti biasa....

Memang tak sangka.. tapi kami puas kerana dapat menjaga ayah sebaiknya semasa sakit nya...


Ayah di semadikan di tanah perkuburan Cheras Perdana kerana selama sakitnya di jaga oleh abang pertama saya.

Jadi untuk memudahkan segala urusan.. abang bersependapat mengembumikan ayah di Cheras Perdana...

Alhamdulilah.. sangat mudah urusan untuk ayah.... setelah menghembuskan nafasnya yang terakhir... jenazah ayah terus di bawa ke surau berdekatan. Dimandikan dan di kafankan..cucu-cucu serta anak-anak ayah dapt juga memandikan ayah... anak-anak saya pun sama memandikan atuknya dan tidak gentar berdekatan dengan jenazah ayah.

Sementara menunggu kakak saya dari Kuala Lipis datang... sempatla penduduk sekitar bersolat Asar terlebih dahulu, selepas itu baru solat janazah...

Setelah semua anak-anak dan kelurga terdekat memberikan penghormatan terkhir kepada ayah.. terus di bawa ke tanah perkuburan untuk di semadikan di pusara tersebut selepas solat asar.

Semoga roh ayah di tempatkan di kalangan orang-orang beriman....

"Ya Allah,ya tuhanku semoga engkau luaskan dan lapangkan la kubur ayah ku serta ampuni la segala dosa nya semasa di dunia ini. Amin..amin yarabal alamin....."

Monday, March 18, 2019

Kidzania untuk kali yang ke?

Hahaha.... nak citer je... rasnaya anak-anak saya ni kalau sebut KIDZANIA... laju je kot....entah la untuk kali ke berapa la anak saya pergi... rasa nya sejak dari tahun 2012 kot dah pergii.....

Sebab yang saya ingat masa tu Huzaiman kecik lagi.. dia lahir 2011.... pastu saya ada masuk satu peraduan.... dapat la tike sekeluarga.. itu la pertama kali...hehehe...

Untuk tahun ni ni ... bagi bulan 2 dah 2 kali g... tak pernah nya puas... tapi tak apa.. janjji anak-anak gembira....

Jadi tak salah kan simpan dalam blog untuk kenangan di hari tua...hahaha

02.02.2019 - Sabtu




23.02.2019 - Sabtu



Sebenarnya.. banyak kelebihan kalau rajin pergi ke Kidzania... dan nak pula kalau ada buku passport kidzania


Nanti la saya detailkan sikit pasal B-Kidzania ni...

Sebab anak-anak ada passport ni la rajin dapat tiket percuma... dan dapat la juga pergi main selalu kan..hehehe

Saturday, March 16, 2019

Promosi makanan Nogori Sembilan kek Marriot Putrajaya

Selamat tongahari semuoooooo.....dah nak makan tongahari dah... masak apo tu??

Ewah.dan dan den cakap nogori... maklum la bolah ayah den nogori... al fatihah untuk arwah ayah den yang tolah poie mengadap ilahi pado 19.01.2019 yang lalu..

Rindu den nak dongar celoteh ayah den cakap nogori wei. mujur bolah laki den walaupun Melako.. ado la sikit bunyi kan...masalahnya.. laki den x cakap Melako.....hahaha.. lantakan ajo.. janjji den dapek gak cakap Nogori walaupun dongan orang Melako.... ado den kisah melako ngn nogori lebey kurang yo.

Tanpa melengahkan maso, den nak kobarkan ni... kok korang ghindu nak raso masakan nogori.. apo laie.. moh la ke Marriot Putrajaya haa.. dokek pun dokek yo...



Kat Hotel Marriot Putrajaya ado promosi masakan nogori sembilan oit... kalu korang nak tahu, Dato' Chef Ismail punyo resepi semuanya .... semua dari hasil masakan dio..

Eh. kang den cakap nogori ni ekau paham ko. kang baco sepatah haram nak paham...

Meh den tunjukkan gambar menu masakan nya.. meleleh air liur wei....













Amacam... sodap tak menu yang ado..setiap hari memang lain menu nya.. kok ekau rajin nak makan hari-hari... x salah poie pun..

Den paling suko siput sedut ngan masak lomak tempoyak potai... memang teraso bonar lomak oit...sodap nak mampuihhhhhhh.....orang nogori cakap la kan..hhahaha


Bak kato Dato' Chef Ismail "sodap eh mak oiiii" .... jadi pado sesiapo la nak meraso masakan nogori sembilan yang asli dan padu.. memang topat bonar la kalau torjah kek sini....

Orang nogori sembilan ni. kalau pasal lomak memang tak lari... paling mudah la masak lomak cili api...

Bahan-bahan asas hanya perlukan KUNYIT, CILI API dan SANTAN berlomk..lomak.. lagi pokat santan lagi sodap oitttt........


Tengok menu den .... merah kan.. siput sedut tu sampai sekarang den teraso lomak dio.. memang sodap... den masak pun tak sesodap macam Datp' Chef Ismail masak .....

Jadi pado sesiapo nak makan... jangan lupo poie yo kek Hotel Marriot Putrajaya haaa......terlotak kek Zest Lifestyle Restourant...kek LG yo..

Hargo seorang seporti berikut :

Buffet Lunch : RM110.00 untuk dewasa / RM 55.00 untuk kanak-kanak
Buffet Dinner : RM128.00 untuk dewasa / RM64.00 untuk kanak-kanak

Di samping makan masakan nogori... ado gak pameran jualan untuk boli sebagai kenangan....

Ado demostrasi membuek batik, ada jualan mangkuk tingkat..ado jualan buku.. tak lupo gak ado mainan tradisional gak kek sano....

Haaa...sambil makan dapat gak tengok apo yang patut.... copek poie... promosi makan bermula dari 13 Mac 2019 hinggo 31 Mac 2019 yo... lopeh tu.. ekau ko poie tompek lain lak.. tak dapek nak meraso....

Jangan lupo bawa kawan-kawan ngan keluarga.... sodap oit makan bersamo... meleleh..leleh la air hingus sobab sodapppppppppp bonarrrr...................









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...