Friday, December 20, 2019

A Fairytale Magical Christmas di Hotel Putrajaya Marriott

Bulan 12 adalah bulan yang di tunggu-tunggu oleh Putrajaya Marriott Hotel, Palm Garden Hotel dan Palm Garden Golf Club. Sejajar dengan tema "A Fairytale Magical Christmas " telah di adakan makan amal pada tenghari yang berlangsung pada 18 Disember 2019 di Hotel Putrajaya Marriot. 


Seramai 72 orang kanak-kanak dari Kumpulan IbuBapa & Sokongan Anak-anak Kanser (KIDS), Persatuan Bunga-Bunga Syurga Down Syndrom (BB), Persatuan Kanak-kanak Istimewa Ampang dan Inside Autism yang telah di dirawat pada petang yang indah yang penuh dengan keajaiban ajaib di lobi Hotel Putrajaya Marriott .

Selain dari tempat yang dihiasi sepenuhnya dengan lampu dongeng, perhiasan Krismas dan
yang memaparkan pokok Krismas kami yang diperbuat daripada botol mineral, kami juga mempunyai puteri animasi dipaparkan di seluruh tempat.


Kedua-dua hotel dan kelab golf telah pergi jauh pada tahun ini dalam mengikat hari yang menakjubkan untuk kanak-kanak dengan pesta Krismas mewah dan bertanggungjawab untuk program keseronokan keseluruhan. Pelbagai permainan dan persembahan telah disusun untuk kanak-kanak di atas pentas. 

Ia termasuk persembahan caroling oleh Putrajaya Marriott, Palm Garden and Golf Club yang sangat terkenal d'Flaming Reindeers Carolers. Mereka menyanyikan sehingga lapan carols Krismas termasuk special holiday seperti Santa Claus Coming to Town, Jingle Bell, Jingle Bell Rock, Merry Christmas Everyone dan Feliz Navidad.


Juga, sebahagian daripada usaha amal tahunan hotel untuk membantu Kumpulan Ibu Bapa & Sokongan Anak Anak Kanser (KIDS), Persatuan Anak Kanak-Kanak Persatuan Bunga Bunga Syurga Down Malaysia (BBS), Persatuan Kanak Kanak Istimewa Ampang & InsideAutism Malaysia sebelum acara itu, para penyiar sedang menyanyi untuk menyanyi pelbagai syarikat korporat untuk menjual tajuk edisi terhad dengan harga RM25nett setiap tumbler. Ia adalah urusan tahunan untuk Carolers yang terdiri daripada sekutu dari pelbagai jabatan dalam hotel danKelab golf.


Pada penghujung petang, Pengurus Besar Kanan, Encik Simon Yong dari Putrajaya Marriott
Hotel, Encik Louis Chiew Pengurus Hotel Putrajaya Marriott Hotel, Cik Ai Meng Hotel Pengurus Palm Garden Hotel dan Encik Terence Lee Penolong Pengurus Besar Palm Garden Golf Club menyerahkan beg goodie dan token tunai bernilai RM10 / - bagi setiap kanak-kanak. Dan keseronokan itu tidak hanya berhenti pada itu!

Santa Claus juga mempunyai peranannya sendiri untuk bermain. Santa dan Minnie Mouse masuk ke tempat itu dengan penuh menakjubkan. Kanak-kanak disitu kagum dengan penampilan istimewa dan ramai yang bergilir-gilir mengambil gambar bersama Santa dan Minnie Mouse.

Monday, November 18, 2019

Blog yang makin menyepi

Assalamualaikummmmmmmmmm............


Ya ampunnnnnnnnnnn..... agak lama saya x berudpate rupanya...

dah nak masuk hujung tahun wei... padahal banyak je cerita nak di coretkan... alahai.. kenapa la makin hari makin malas...

Sebenarnya BLOG ni masih relevant ok...sbb banyak maklumat kalau nak cari semua berdasarkan blog.. jadi rasanya blog ni memang akan kekal sampai bila2 la pencarian nya..hehehehe

Ok la.. nanti ada masa saya cuba update.. jangan marah yek....... tapi ada ke lagi yang membaca nya ni? entah2 orang pun dah tak kisah pun blog saya...hehehe

Thursday, June 27, 2019

Gaya Raya Bersama TOP’ Menghadiahkan Busana Rekaan Jovian Mandagie Berjumlah RM30,000 kepada Lima Keluarga Bertuah


Lima keluarga kelihatan ceria mengenakan busana istimewa pada Hari Raya tahun ini, hasil kejayaan dalam kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’. Di atas sokongan setia terhadap TOP, jenama detergen No. 1 di Malaysia, kelima-lima keluarga berkenaan telah memenangi koleksi rekaan daripada pereka fesyen terkemuka, Jovian Mandagie serta rangkaian produk TOP yang berjumlah RM30,000.

Berita gembira itu telah dikongsi pada acara Rumah Terbuka ‘Gaya Raya Bersama TOP’ yang dihadiri pasukan TOP bersama Jovian Mandagie, artis-artis popular Ernie Zakri dan Ismail Izzani, para pemenang peraduan serta pengamal media. Pada majlis keraian berkenaan, para tetamu juga telah bersama-sama menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri bersama kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera.

 Pada tahun ini, TOP telah menerapkan komponen Tanggungjawab Sosial Korporat dalam kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’ dengan menggembirakan 31 kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera dengan menghadiahkan koleksi baju kurung dan baju Melayu sedia dipakai rekaan Jovian Mandagie yang bernilai RM10,000.

Menurut Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik), Southern Lion Sdn Bhd, Cik Ling Ai Li, pengguna meyakini teknologi detergen TOP dari Jepun bagi penjagaan kain cucian harian mereka yang turut merangkumi item-item berat seperti tuala, langsir dan kelengkapan tempat tidur. Malah, TOP juga dipercayai menjaga item-item pakaian jagaan rapi.

“Semakin ramai rakyat Malaysia beralih kepada TOP sebagai detergen pilihan utama mereka, sama ada dalam bentuk serbuk, cecair mahupun detergen dengan konsentrasi ultra. Kami sentiasa melihat peningkatan ketara jualan sebelum musim perayaan kerana rakyat Malaysia suka mencuci dan menyegarkan semula pakaian mereka sebelum sambutan, malah ia turut digunakan untuk busana rekaan pereka terkemuka.


“Oleh itu, ini merupakan waktu terbaik bagi kami untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan di atas kesetiaan dan sokongan yang diberikan dalam menjadikan TOP sebagai keperluan penting cucian. Para pemenang dan keluarga mereka kelihatan hebat mengenakan koleksi Jovian Mandagie pada Hari Raya ini,” katanya.

Cik Ling menambah, “Kami memilih untuk menjalin kerjasama dengan Jovian Mandagie kerana rekaan beliau sentiasa menarik perhatian rakyat Malaysia yang bergaya, pada masa yang sama mengekalkan kehalusan jahitan baju raya tradisional. Kami amat berbangga kerana pada tahun ini, syarikat telah meneruskan kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’ sebagai satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat dengan menghadiahi kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera pakaian rekaan Jovian Mandagie yang dapat dipakai lama.

“Sebagai detergen pilihan ramai, TOP terbukti efektif menanggalkan kotoran degil serta mampu menembus ke teras fabrik melalui inovasi Anti Sebum dan Micro-Clean Tech kerana ia lebih menjimatkan masa dan terjamin bersih.”

Lima keluarga pemenang peraduan berkenaan telah menawan pentas peragaan dan berkongsi gaya serta penampilan pakaian Gaya Raya Bersama TOP oleh Jovian Mandagie. Sungguhpun ia merupakan peragaan sulung masing-masing, namun model-model terlibat jelas menunjukkan aura keyakinan serta keterujaan mereka.


Sementara itu, bagi Jovian Mandagie, kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’ menjadikan koleksi sedia dipakai beliau lebih mudah digayakan oleh lebih ramai rakyat Malaysia.

“Terlalu ramai individu menjauhi diri daripada mengenakan pakaian oleh pereka fesyen ternama kerana beranggapan ia mahal dan memerlukan jagaan khas tanpa mencuba pakaian tersebut terlebih dahulu. Sungguhpun demikian, koleksi sedia dipakai kami adalah amat bergaya, diperbuat daripada fabrik berkualiti dengan potongan rapi serta jahitan yang halus. Koleksi ini boleh dipakai lama dan masih mengekalkan bentuk dan keadaan fabrik yang masih elok. Detergen TOP merupakan pilihan ideal untuk digunakan bagi mencuci fabrik-fabrik rekaan ini - hanya pastikan anda mengikut arahan penjagaan yang disediakan,” ujar Jovian.


Bagi Amira Nadiah Bt Abdullah, salah seorang pemenang peraduan ‘Gaya Raya Bersama TOP’ memberitahu ia merupakan satu kempen yang dinanti-nantikan seisi keluarganya ekoran hadiah eksklusif yang ditawarkan.

“Kami adalah pengguna setia TOP dan sentiasa ingin memenangi peraduan ‘Gaya Raya Bersama TOP’ kerana koleksi pereka yang anggun dan eksklusif disediakan kepada pemenang. Akhirnya pada tahun ini, kami menang dan sangat gembira dengan pakaian rekaan Jovian Mandagie serta produk yang diterima daripada TOP. Kaum keluarga dan rakan-rakan kami menyukai pakaian ini dan memberitahu ia amat berpadanan dengan kami,” kata Amira.


Kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera juga teruja dengan pakaian baharu yang diterima mereka pada musim perayaan ini.

“Sumbangan ini tentunya sesuatu yang tidak diduga dan telah memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini. Tidak dinafikan bahawa ada kalanya mereka menerima sumbangan baju raya baharu daripada pihak lain, tetapi ia tidak pernah melibatkan hasil rekaan terkemuka seperti Jovian. Malah, pada hari mereka menerima pakaian ini, ada di antara anak-anak ini tidak mahu menanggalkannya kerana amat menghargai sumbangan yang diberikan!”

“Kami amat menghargai dan berterima kasih kepada TOP dan Jovian Mandagie kerana memberikan hadiah yang amat istimewa kepada anak-anak ini,” kata Pentadbir Rumah Bakti Nur Syaheera, Pn Suzana Binti Jafar.

Aina Syahirah, remaja berusia 16 tahun dari Rumah Bakti Nur Syaheera, tidak berhenti menguntumkan senyuman sepanjang majlis sambutan berkenaan.

“Saya amat suka pakaian ini kerana ia amat cantik dan istimewa. Saya tidak pernah memilik sesuatu yang seindah ini. Selepas majlis hari ini, saya akan mencucinya dengan tangan menggunakan detergen TOP dan menyimpannya dengan rapi untuk majlis istimewa lain.”


Majlis rumah terbuka TOP turut diserikan oleh persembahan oleh artis-artis popular seperti Ernie Zakri dan Ismail Izzani.

Tahun ini merupakan tahun kelima penganjuran kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’.

Friday, April 12, 2019

Palm Garden Golf Club buffet Ramadan 2019

Wah...sedar tak sedar dah nak hujung minggu yek... cepat nya masa berlalu...

Sabtu dan ahad la masa untuk bersama dengan keluarga kan?


Ni pertama kali saya ke Palm Garden Golf Club.. cantik rupanya kawasan ni...

Ada haiwan ternakan juga seperti ayam, itik, kambing dan beberapa lagi haiwan lain...

Jangan tak tahu, di Pam Garden Golf Club juga ada tersedia buffet Ramadan berkoncepkan 'NOSTALGIA CITA RASA KAMPUNG' 








Sajian utama di sediakan seperti Nasi Bukhari, Lemak Pucuk Manis dengan Labu, Goreng dengan Sos Thai, Gulai Lemak Telur ltik dan banyak lagi akan di tukar setiap hari untuk mengelakkan menu berulang.














Pelbagai pencuci mulut yang sedap dan menarik di hidangkan.



Air minuman yang sejuk dan panas di sediakan untuk pembasah tekak.

Selain menu yang terdapat di dalam.. ada juga menu lain yang di sediakan di luar.




Kambing golek dan juga ayam golek di sediakan.

Sedap makan panas-panas ni...






Bagaimana dengan menu tersebut.. ada yang menarik hati?

Tempat parking yang tersedia dan pemandangan yang menarik untuk di nikmati ketika berbuka puasa memang sesuai dengan konsep NOSTALGIA CITA RASA KAMPUNG


Untuk menikmati buffet ramadan ini yang berlangsung dari 08.05.2019 - 01.06.2019 seperti berikut :

Harga Walk In :
RM78nett (dewasa)
RM48nett (kanak-kanak 5-12 tahun)
RM58nett untuk warga emas.

Untuk harga promosi sebelum 7hb Mei 2019 bel 10 dapat 11.

Palm Garden Golf Club, 
Ioi Resort, 
62050 Putrajaya
no tel : 603 8213 6366 atau 017 2167101  

Monday, April 08, 2019

Kenangan 2 hari 1 malam di Vietnam

Sebenarnya cerita ni pada tahun 2017........... 2 tahun yang lepasssssss ..lama tak? Maaf la yek...

Lupa nak update... pastu macam eh..perlu la update.. nanti nak cari balik senang...bila pernah pergi kan...kenangan wei...

Ini adalah pertama kali pergi ke Vietnam bersama dengan BFF..hahaha.. ni dengan kawan-kawan opis..  Mehla kita coret sikit dalam blog sebagai kenangan di hari tua..

09032017 - Khamis


Jam 5.30 pagi atas ERL ok...

kan kene ada kat airport 2 jam awal kan... maka kene la kuar awal..


Lupa lak pukul berapa jam.. mungkin jam 9 pagi kot...


Naik flight dah siap-siap order makanan.. takut lapar.. maklumla kat Vietnam tak tahu lagi camna... saya pertama kali datang kan..hehehe



dampai je Airpot Vietnam... terus mencari bus stop nak naik bas.

Sebab baca dalam google.. baik naik bas dari naik teksi yang mahal.... iyela.. baikla kita jimat kan..

Tapi kalau naik bas... barang macam luggage bag tu konduktor akan kira bayaran juga.. maaf la tak ingat berapa RM..hahaha


Sampai je kami terus jalan kaki mencari hotel nya...

Kawan dah siap2 cari jalan.. saya follow je.. sebab yg uruskan penginapan kawan-kawna saya...hahaha

kami menginap di GIA HUY HOTEL je...

GIA HUY HOTEL
26 Nguyá»…n An Ninh, 
Bến Thành, Quận 1, 
Ho Chi Minh, Vietnam





Ada 2 katil single dan 1 katil queen.. cukup la kami ber4...

Bukan nak besar mana pun.. untuk tidor satu malam je.. esok dah check out kot..hehehe

Jadi sampai hotel lebih kurang jam 12.30 tghari......


Ok la kan biliknya... yang penting terletak betul2 di tengah ben than tempat syurga membeli belah..

Hotel ni free wifi ok.. memang lenjan la update status... tp rasanya masa ni x der masa.. sebb datang vietnam nak g shopping bukan bersukaria.. bukan saya la shopping..tapi kawan-kawan

Saya datang negara orang nak tengoh keindahan tempat orang je..hehehe

jom ke pasar Ben Thant







Dah habis dalam..kami keluar pula.. jalan luar lak..

Ialah.. kedai situ dekat-dekat je..jadi marila kita berjalan...




Apa lagi la kawan-kawna saya membeli... tak habis lagi tu

Saya kerja nya mengambil gambar jer..hahahaha


Pastu balikhotel letak barang yang di beli tu...terus rasa lapar.. makan la petang sikit lagi...

Ni depan hotel je kedai makan... mujur dekat dengan restoran makan.

kemudian sambung berjalan lagi weiii.....





Kemudian ke Saigon Square lak..

Tempat dia macam kat kenanga la lebih kurang.. semua barang ada baik baju, beg, kasut eh..macam-macam la.. sediakan duit sudah...

kemudian berjalan jela lagi.. sampai ke shopping mall ala-ala mcm sogo la..


Cantik juga tempat ni...

Dah nama pun shopping mall kan..hehehe



Malam tu ada pasar malam

Jual macam pasar malam jerla... tinjau-tinjau jer...

Pas tu saya sorang2 je balik ke hotel.. kawan-kawan yang lain masih bershopping dan makan larut malam... penat dah.. lagipun tak tahu nak beli apa pun..hehehe

10032017 - Jumaat

Esok pagi sebelum check put kami pakat pusing lagi bandar vietnam...

Sebelum tu marila makan... dah nak tengahari masa ni..



Sedap makanan nya di situ... ambik set kongsi ramai-ramai... licin semua makanan..

Cendawan enoki di goreng sangat ranggup.. teringat-ingat sampai sekarang rasanya... try buat kat rumah tapi tak berjaya


Tengokla kawan saya.. helmet tepi jalan pun nak beli...

Macam tak der jual ke hemlet kura-kura ni kat Malaysia..hehehe



Jadi kami jalan-jalan lagi...

Entah apa tempat saya ambik jerla gambar.. kenangan kan... kereta jangan cakap la banyak giler ko...

Kene hati-hati melintas....



Ini la kopi vietnam yang ramai sebutkan tu...

RM3 secawan... rasanya okla..tuk cuba apa salahnya membeli kan...hehehe


Ini la pandangan kedai makan area saya menginap...

Sangat banyak kedia makan..pilih la.. kedai yang saya pergi makan namanya Kampung Melayu


Ini pula padandangan menghala ke hotel kami menginap...

Nampak tak yang saya bulat warna merah tu.. itu la hotelnya... sebenarnya kan.. keliling hotel ni.. ada banyak jual tudung.. murah-murah je..

Boleh la usha-usha bila petang-petang..lagi meriah...

Pastu kami pulang ke hotel bersiap untuk check out


Tu dia.. bila pergi ber4 tapi pulang nya macam bawa ramai orang..hahaha

Beg dah beranak pinak... masing-masing bawa hasil rembatan di Vietnam


Ini la hotel lobby nya..

Kecik je.. untuk daftar je.. pastu masing-masing naik hotel pastu keluar balik nak menyopping.. jadi tempat persinggahan je la kan. mandi dan tidur..hehehe



Sampai dah airport...

check in dan masukkan luggage.. sementara tunggu untuk di panggil...



Sempat lagi berposing kat airport... maklumla..pas ni entah bila nak datang lagi..

Tapi tu la.. entah apa-apa la di ambil..hahaha


Masa ni dah tunggu kat pintu gate...dalam kul 8 malam rasanya kapal terbang berlepas.. sebab kami sempat solat maghrib di airport.. cuma x der tempat sesuai.. mana-mana kawasan lapang kami solat..hehehe



Begitula perjalanan kami 2 hari 1 malam ke vietnam.. cepat dan pantas....

Mungkin ada rezeki bolehla pergi lagi.. insya allah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...