Baru-baru ni... ada baca kat salah 1 portal mengatakan Microsoft Paint akan di tutup pada Tahun 2017... tahun ni la kiranya...hehehe
Ini mungkin satu berita yang menyedihkan buat pengguna-pengguna tegar Microsoft Windows.
Microsoft kini sedang merancang untuk mematikan program Microsoft Paint selepas 32 tahun aplikasi itu berkhidmat untuk para penggunanya.
Paint telah disenaraikan dibawah kategori 'depricated' oleh Microsoft menerusi kemaskini Windows 10 Fall Creators Update.
Microsoft menerusi satu penulisan di laman webnya berkata kesemua program yang diletakkan di senarai itu telah dibuang di dalam kemaskini terbabit ataupun tidak aktif dan mungkin dibuang di masa hadapan.
Microsoft Paint telah diperkenalkan dengan versi asal Windows 1.0 pada 1985 dan menjadi program editor grafik yang sinonim dengan pengguna Windows.
Microsoft memperkenalkan program grafik terbaru iaitu Paint 3D dalam kemaskini Windows 10 Creators Update pada April lalu yang dilihat sebagai pengganti Paint. Bagaimanapun Paint 3D memang sama sekali tidak sama dengan Paint kerana fungsi yang sangat berlainan. Malah, program baru itu juga dipasang dengan tidak menggantikan Paint.
Respon dari orang ramai? Rata-rata peminat Paint agak tidak berpuas hati dengan tindakan Microsoft itu.
Di Twitter, orang ramai mula memenuhi garis masa mereka dengan gambar dari Paint sebagai tribute kepada program terbabit.
Dulu-dulu rajin kalau nak crop gambar guna PAINT ni...
Nak conteng-conteng pun pakai PAINT ni gak.... emmm... kalau tak ada ni... mana la nak edit2.. conteng2 kan...hehehehe
Apa-apa pun... siapa dulu pengguna PAINT mesti syok pakai kan?
No comments:
Post a Comment