Friday, July 28, 2017

Spicy Korean Burger dari McDonalds


"Berapi panas dan sedap, setiap gigitan tidak dapat dilupakan. Didatangi dengan Criss Cut Chips dan air Frozen Fanta untuk kepuasan muktamad"

Kemain tagline nya..........

Nampaknya McDonalds suka menggunakan peluang yang ada untuk menarik rakyat malaysia makan...

Sebelum ni dengan Ayam Goreng Spicy McD.. sekarang burger ala-ala dari Korean pula...


Harga : RM15.99

Sepatutnya air Frozen Fanta... tapi kurang suka.. jadi tukar ngan air Latte...

Tapi fries nya sedap rangup... macam makan potato chip..hik3


Sebenarnya daging nya yang PEDAS la... tapi tak la pedas..

Sedangkan saya makan mee ramen samyang tu pun x berapa pedas.. ni lagi la kurang pedas...

Tapi kita tak tau lidah masing2 kan... mungkin bagi saya pedas.. tapi bagi orang lain tak pedas...


Jadi macam biasala... bila sesuatu yang baru.. ramai nak cuba kan... maka jadi la drive thru tu sesak di waktu malam...

Jadi nak cuba? boleh la dipersilakan.. tapi kalau nak compare pedas.... emmmm... entah la.. cuba dulu baru tau.

Thursday, July 27, 2017

Selamat Tinggal PAINT (1985 - 2017)

Baru-baru ni... ada baca kat salah 1 portal mengatakan Microsoft Paint akan di tutup pada Tahun 2017... tahun ni la kiranya...hehehe


Ini mungkin satu berita yang menyedihkan buat pengguna-pengguna tegar Microsoft Windows.

Microsoft kini sedang merancang untuk mematikan program Microsoft Paint selepas 32 tahun aplikasi itu berkhidmat untuk para penggunanya.

Paint telah disenaraikan dibawah kategori 'depricated' oleh Microsoft menerusi kemaskini Windows 10 Fall Creators Update.

Microsoft menerusi satu penulisan di laman webnya berkata kesemua program yang diletakkan di senarai itu telah dibuang di dalam kemaskini terbabit ataupun tidak aktif dan mungkin dibuang di masa hadapan.

Microsoft Paint telah diperkenalkan dengan versi asal Windows 1.0 pada 1985 dan menjadi program editor grafik yang sinonim dengan pengguna Windows.

Microsoft memperkenalkan program grafik terbaru iaitu Paint 3D dalam kemaskini Windows 10 Creators Update pada April lalu yang dilihat sebagai pengganti Paint. Bagaimanapun Paint 3D memang sama sekali tidak sama dengan Paint kerana fungsi yang sangat berlainan. Malah, program baru itu juga dipasang dengan tidak menggantikan Paint.

Respon dari orang ramai? Rata-rata peminat Paint agak tidak berpuas hati dengan tindakan Microsoft itu.

Di Twitter, orang ramai mula memenuhi garis masa mereka dengan gambar dari Paint sebagai tribute kepada program terbabit.



Dulu-dulu rajin kalau nak crop gambar guna PAINT ni...

Nak conteng-conteng pun pakai PAINT ni gak.... emmm... kalau tak ada ni... mana la nak edit2.. conteng2 kan...hehehehe

Apa-apa pun... siapa dulu pengguna PAINT mesti syok pakai kan?

Wednesday, July 26, 2017

Bila berkumpul adik beradik

Update jerla walaupun benda dah lama kan.. nama pun blog.. tuk kenangan juga...

Mana tahu esok2 sy pergi awal.. anak2 leh tengok balik...itu pun kalau blogspot ni tak di delete oleh blogger...hahaha

<3 22.07.2017="" p="" sabtu="">
Berkumpul di rumah anagah no 2.. di Putra Perdana Puchong...

Makan ramai2 sekeluarga... yang tak ada hanya Danial manakala Aisyah berada di KL jadi lambat sampai sikit....



Ini la keluarga kami 5 beradik......

Masing2 dah berkeluarga.. dah berusia..hahahaha.... Paling tua berusia 43 tahun.. paling muda berusia 32 tahun..... nampak tak semua dah 30an...

Tak lama lagi akan ada yang nak bermenantu tu..


Kami 3 beradik perempuan...

1 kat Kuala Lipis, 1 kat Bangi, 1 kat Klang... jumpa sesekali... kadang jumpa 1 tak jumpa lagi 1.. gitu la sebaliknya





Bersama anak-anak buah.. tapi tak cukup ramai... hehehe.. sebab Danial ngn Aisyah jer tak der...


Ok.. sebelum yan terakhir mestila bergambar ngan anak buah aku yang lelaki ni kan... anak buah sulung.. kakak saya punya anak....

Dah 19 tahun.. huhhu besar dah ...


Nanti ada masa berkumpul lagi...

Sementara masih ada berkumpul bersama.. esok tak tahu bila nak berkumpul lagi kan....

Tuesday, July 25, 2017

Selamat Pengantin Baru Lt Zaquan & Hidayah

Ahad lepas.. pergi kenduri sepupu... anak sulung nya kahwin... ni keluarga sebelah mak saya.... arwah mak ngah saya punya cucu kawen... sayang nya.. arwah mak ngah dan pak ngah x dapat lihat cucu sulung nya kawen....



Ishkk.. goyang pula.. suh si Danial ambikkan....

Tak nampak gambar pengantin.... Masa kecik2 rajin g rumah arwah... kira dia anak buah la kan... selalu la jumpa.. tapi selepas saya kahwin.. jarang jumpa.. kemudian tau2 dah kawin....

Kalau ikut belah keluarga saya ... kira ini menantu ke 3 dalam keluarga Hj Idris la... dan ikutkan.. saya dah bercucu.. hahaha.. menantu pertama dah timang anak pun...hahaha






Dah besar dah anak anak abang acid dan kak asmah... tak sangka dah kawen kan... cepat masa berlalu... dulu kecik2 rajin jumpa.. bergurau2.. yela.. saya umur belasan tahun tapi dah kene panggil mak teh.. hahaha.. kan tua rasa...

Nak wat camna.. dah sepupu2 semua dah kawen ada anak kan.. ikut la pangkat panggilan..hehehe


Sempat la bawa Danial pergi kenduri kawen kan...

Hari ahad tu memang hari outing dia... jadi lepa sjemput.. pergi kenduri kawen.. balik kejap.. rehat kemudian hantar terus ke asrama...

sebab majlis nya kat Putrajaya Presint16 jer.. jadi dekat la dari Bangi kan...



Kemudian hantar Danial balik asrama... mak saya ikut sekali.. dia nak tengok jap kat mana asrama nya.. selepas tu ikut laluan ampang terus ke Pandan Indah hantar mak saya...

Emm.. boleh tahan program hari tu...hahaha... nak buat macam mana.. itu jerla masa yang ada kan...

Ok la... lepas ni tak tahu siapa kahwin lagi... sebab anak2 sepupu masing2 semua dah besar2 kan... dah meningkat remaja... mak saya no 4 jadi atas2 semua dah besar2 belaka... anak kakak saya yang sulung pun dah 19 tahun... tu pun macam cepat jer jodoh tu...hahahaha

Thursday, July 20, 2017

Cek dari Nuffnang

emmmmmm....... agak lama tak dapat cek dari Nuffnang.........

Dulu masa zaman kegemilangan........hahaha.. boleh cash out tiap2 bulan ok.... rasa seronok time tu.. tak percaya hanya gunakan blog jer dapat duit...hahaha


Tahun lepas.. sekali jer dapat cash out.....

Tahun ni pun baru sekali jer dapat cash out.... sedihnyaaaaaaaaaaaaa

Itu la lumrah kehidupan... kejap di atas.. kejap di bawah.... maka terima la...

Jadi marila kita fokus kembali ke kerja hakiki... kerja pejabat.........hahahahha

Monday, July 17, 2017

Penempatan Tahun 1 Sekolah Huzaiman bagi tahun 2018

Hari ni keputusan penempatan Tahun 1 bagi tahun 2018 dah boleh tengok secara online di

WWW.PUBLIC.MOE.GOV.MY

so..sapa nak check boleh la tengok yek...

Jadi bila check Huzaiman punyaaa...........


Alamakkkkkkk... nampak kat sekolah di tempatkan nama sekolah lain dari yang lainn.... dapat kat Sekolah Kebangsaan Seksyen 7........

Adeh....... tak puas hati saya ni.... terus tekan cetak surat...


Emmm.......memang sah dah........ dapat sekolah Jalan 7....

Payah la gini.. sebab abang-abang nya semua kat SK Jalan 4...tetiba adik kat SK Jalan 7.. susah nanti sebab saya nak satukan sekolah agama senang urus 1 tempat...

Nampaknya kene wat rayuan la ... seperti abang nya dahulu Zulfadhli.... tapi kini rayuan boleh di lakukan secara online.. dulu kene buat surat hantar ke Pejabat Pendidikan tu... banyak kerja...

So.. harap2 dapat la tukar kembali ke SKJ4... kalau tidak susah saya nak uruskan hal persekolahan anak nanti....




Impian berlantai kayu untuk rumah

Masa baru pindah rumah memang tak reti nak menghias rumah... pengetahuan kurang.. lagi pun tak pernah ambik port...

Sejak anak-anak dah mebesar ni... nak pula Huzaiman dah usia nya 6 tahun.. bercadang nak hias rumah.. tapi tak tahu nak mula dari mana...hahaha

Barang-barang sedia ada macma nak tukar.. tapi yang lama nak letak mana? jual atau buang? pening memikirkan.... sbb ada yang elok ada yang macam mmg tak nak lagi.. tapi tak tau nak buat apa...

Baru-baru ni.. sibuk lak nak berlantaikan kayu...hahahahaha google sana sini.. tengok sana sini... adehh.. hati dah berkenan...


Tengok2 gak harga... emmm anggaran dalam RM2k - RM5K tengok pada keluasan...

Ada yang pasang sendiri ada yang ambik upah... entah la.. kalau pasang sendiri.. leh ker buat.. upah orang mampu ke bayar... kah3

Jadi nak tak nak berangan jerla dulu... nanti dah cukup duit baru leh fikir...kah3

Sebab berangan tak kene bayar pun kan? hehehehe

Friday, July 14, 2017

Bila anak-anak pergi beraya

Minggu pertama hari raya yang lalu.. sebelum masing-masing memulakan persekolahan kembali... anak-anak ambik kesempatan beramai-ramai pergi beraya......

Bermula seawal pagi kemudian balik untuk Zohor.. sambung kembali.. kemudian balik untuk Asar... tu pun nak sambung lagi... saya cakap sudah2 la...

Akhirnya mereka melepak umah jiran terdekat je...

Masa memula tu ramai... campur lelaki perempuan... adalah dekat 20 org. kemudian sikit2 berpecah... buat 2 kumpulan.. lelaki dan perempuan.. pastu kecilkan lagi.. ada nak g sana dulu.. sini dulu ... situ dulu...hahaha

Tak perla.. janjji dalam taman tu gak kan?

Meh ler layan gambar... tak banyak pun snap.. itu pun ehsan parents lain nak share kan..hehehe










Jadi tahun depan... boleh la beraya lagi....

Ikutkan mereka ni semua lebih kurang baya... beza pun dalam 2..3 tahun aja.. jadi nanti dah besar... emm.. konpem ramai geng ler kan...hahaha

Semoga persahabatan kekal hingga ke akhir hayat....

GAN 356 AIR (Ultimate Edition) 3×3 Speedcube

Emmm...... bila dah ada anak bujang yang kaki cube... dia akan cari la merata-rata kiub yang dia nak kan......

Reti lak tu google mana dia nak... siap ajak lagi kita g sana tau.... tapi di sebabkan tak bagi alamat lengkap.. maka tak sampai la tempat yang nak dituju...

Jadi sebagai ibu yang prihatin..hik3.. kita google la balik website yang dia nak sangat pergi tu.......



sekali tengok tempat nya

10-1F Jalan Setia Perdana BE,
U13/BE, 40170 Setia Alam, Selangor
+6019-311 9955

lorrr........ ajak g Shah Alam.. tapi rupanya tempat tu kat Setia Alam..hahaha padan la tak jumpa...

Tengok2 website tu leh beli secara online... puas ajak beli tempat lain nak gak yang kat website tu gak...emmmm

So cakap ngan Danial... boleh.. tapi guna duit sendiri.. kalau hilang lepas ni x beli lagi.. sebab bukan murah tau,, RM128.00 kooooooo............

Akhirnya.... setelah membuat rundingan ngan tokey kedai tu... pembelian melalui wasap jer.. bukan dari website.hahaha.. sebab lagi cepat kot...


Sampai la juga barang yang di ingini tu kannnnnn.................

Apa lagi.. senyum lebar la diaaaaaa....hehehehe



Tanya gak dia ni apa benda...

Katanya tools kalau nak gannti cube dalam tu... entah.. jangan la tanya saya.. tak reti ok... janjji jangan hilang sudah...



Memang sangat laju la... suka la Danial sebab dia dapat main cepat...

Hari-hari duk pegang je kiub ni... sy suh jaga elok2.. sebab guna hasil duit sendiri tu.......


Jadi.. pada siapa yang nak beli yang ORIGINAL... boleh layari website ini

>> http://mspeedcube.com <<

Friday, July 07, 2017

Labur Raya Ria 2017


Kelayakan

  1. Kempen ini dianjurkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (“ASNB”).
  2. Kempen ini bermula pada 28 Jun 2017 (jam 12.01 minit tengah malam) hingga 31 Ogos 2017 (jam 12 tengah malam) (“Tempoh Kempen”).
  3. Kempen ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali semua kakitangan Kumpulan PNB iaitu Permodalan Nasional Berhad, ASNB, Pelaburan Hartanah Nasional Berhad, PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, Amanah Mutual Berhad, PNB Management Services Sdn Bhd, PNB Value Homes Sdn Bhd dan PNB Investment Institute Sdn Bhd.
Pemenang dan Hadiah
  1. Untuk layak menyertai Kempen ini, peserta mesti memenuhi syarat-syarat berikut: i. Peserta mestilah berusia enam (6) bulan hingga lapan belas (18) tahun ke bawah dan merupakan pemegang Akaun Remaja mana-mana tabung unit amanah ASNB; ii. Peserta mestilah layak melabur dalam Akaun Remaja bagi Amanah Saham Bumiputera (“ASB”) atau Akaun Bijak Amanah Saham Bumiputera 2 (“ASB 2”); iii. Peserta mestilah membuat pelaburan minima sekurang-kurangnya RM10 dalam ASB atau ASB 2; IV. Pelaburan mestilah dibuat menerusi perkhidmatan kaunter ASNB/ejen ASNB berdaftar atau perbankan internet ; dan V. Penyertaan adalah secara automatik dan pelaburan mesti dibuat dalam tempoh kempen.
  2. Tiada had penyertaan untuk setiap peserta.
  3. Untuk layak sebagai pemenang, peserta perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  4. Sebanyak empat (4) kategori hadiah boleh dimenangi (“Hadiah Kempen”) berdasarkan kategori-kategori berikut: I. Kategori Satu Hadiah Kempen dalam bentuk unit amanah ASB atau ASB 2 bernilai RM50.00 akan diberikan kepada lima ratus (500) pemenang yang membuat pelaburan permulaan atau tambahan sebanyak RM10.00 – RM300.00 sepanjang Tempoh Kempen. II. Kategori Dua Hadiah Kempen dalam bentuk unit amanah ASB atau ASB 2 bernilai RM100.00 akan diberikan kepada dua ratus lima puluh (250) pemenang yang membuat permulaan atau tambahan melebihi RM301.00 – RM500.00 sepanjang Tempoh Kempen. III. Kategori Tiga Hadiah Kempen dalam bentuk unit amanah ASB atau ASB 2 bernilai RM200.00 akan diberikan kepada seratus dua puluh lima (125) pemenang yang membuat pelaburan permulaan atau tambahan melebihi RM501.00 – RM1,000.00 sepanjang Tempoh Kempen. IV. Kategori Empat Hadiah Kempen dalam bentuk unit amanah ASB atau ASB 2 bernilai RM500.00 akan diberikan kepada lima puluh (50) pemenang yang membuat pelaburan permulaan atau tambahan RM1,001.00 dan ke atas sepanjang Tempoh Kempen.
  5. Seramai sembilan ratus dua puluh lima (925) pemenang akan dipilih secara rawak melalui sistem yang diuruskan oleh pihak ASNB.
  6. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) unit hadiah sepanjang Tempoh Kempen.
  7. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Pihak ASNB berhak menukar mana-mana hadiah dengan nilai yang sama.
  8. Pemenang-pemenang akan dimaklumkan serta dihubungi oleh pihak ASNB melalui mana-mana kaedah komunikasi yang bersesuaian. Senarai pemenang juga akan disiarkan dalam laman web ASNB.

Terma dan Syarat

  1. Dengan menyertai Kempen ini, peserta telah bersetuju dengan Terma dan Syarat Kempen ini. Keputusan pemenang adalah muktamad dan sebarang rayuan atau pertikaian tidak akan dilayan.
  2. Peserta juga bersetuju bahawa melalui penyertaan di dalam Kempen ini, peserta membenarkan ASNB menggunakan gambar, nama dan butiran peribadi peserta, menurut peruntukan perundangan berkaitan untuk tujuan pentadbiran, pemasaran dan publisiti tanpa sebarang kos atau pampasan.
  3. Semua pemenang Kempen ini bertanggungjawab ke atas segala cukai, kadar, fi atau sebarang bayaran yang mungkin dikenakan ke atas mereka menurut undang-undang berkaitan dengan hadiah-hadiah dan Kempen ini.
  4. Pihak ASNB berhak membuat pindaan terhadap terma dan syarat Kempen menggunakan apa-apa kaedah yang difikir sesuai oleh ASNB tanpa membuat kenyataan kepada mana-mana pihak.
  5. ASNB tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh peserta yang berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada penyertaan peserta dalam Kempen ini.
  6.  ASNB juga tidak boleh dipertanggungjawabkan jika berlaku sebarang kejadian bencana semula jadi, peperangan, rusuhan, mogok, sekatan, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, rebut, teknikal atau sistem atau sebarang kejadian di luar kawalan ASNB.
  7. Terma dan syarat Kempen ini tertakluk pada undang-undang Malaysia.
Jom melabur!!!

Tuesday, July 04, 2017

Despicable Me 3 Happy Meal (01062017 - 05072017)

Macam biasa...hehehe

Despicable Me 3 dari Happy Meal McDonalds.......


Sapa lagi pengumpulnya kalau bukan Huzaiman......hehehehe





Ada lagi gambar tak snap... hahaha

Dah dapat mainan tu.. payah la nak dapat tuk ambik gambar...huhuhu

Monday, July 03, 2017

Menonton wayang bersama keluarga : Despicable Me 3

Cuti hari raya lepas.. bawa la anak-anak tengok wayang... sibuk sungguh nak tengok wayang...

Kebetulan citer Despicable Me 3 lama kan... so ini jerla masa nya.. maklum la Danial pun jarang ada kat rumah.. time cuti panjang jer baru balik....



Ala.. tak pergi jauh pun. dekat jer.. kat GSC IOI City Mall Putrajaya jer....

Selalu pergi Alamanda Putrajaya... sejak ada tempat baru apa salahnya kita cuba tempat baru kan..hehehehe


Yang penting citernya best........... anak-anak tergelak-gelak.. ok la kan...


So.. memang sesuai cerita ini untuk sesi keluarga!!!!!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...