Wednesday, June 15, 2016

Menikmati Frozen Yogurt llaollao sebagai pencuci mulut

Pernah dengar Frozen Yogurt LLAOLLAO ? tak pernah??

LLAOLLAO, yogurt sensasi dari Sepanyol yang telah mencetuskan budaya yogurt antarabangsa di empat benua, kini boleh didapati di Malaysia. llaollao, jenama yogurt sejuk beku nombor satu di Eropah dan Asia.


Cawangan llaollao yang pertama di Malaysia dibuka di Pavilion Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2015 dan mendapat sambutan hangat apabila pengguna beratur bagi merasai sendiri yogurt yang terkenal di dunia.

Cawangan kedua dibuka di Mid Valley Megamall pada 2 Disember 2015, dan juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Kini dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan lagi.....


Terdapat dalam pelbagai jenis dan size serendah RM 4.00

Berteraskan slogan Small Pleasures, Great Flavours (Nikmat Kecil, Rasa Hebat), kehalusan dan kesegaran llaollao boleh dihidangkan dalam pelbagai cara - Tubs, Sensations, Granillao, Sanum dan Smoothies.

Disebut sebagai Yao Yao, llaollao dihasilkan secara segar di kedai - dan pastinya tidak dapat mencari yogurt sejuk beku yang lebih segar daripada llaollao.

Diperbuat daripada susu skim hanya sebelum ia dihidangkan, satu tab yogurt llaollao mengandungi 46 % daripada jumlah kalsium harian yang disyorkan.

Walaupun llaollao adalah rendah lemak, rendah kalori dan tanpa gluten, kemewahan rasa yogurt yang berkrim tidak terjejas.


Untuk mempelbagaikan perisa, llaollao menawarkan beraneka jenis topping seperti buah-buahan segar, sos dan topping crunches rangup seperti bijirin, bijian berkaramel, muesli dan kacang.

Selain itu, llaollao juga boleh dihidangkan dengan kegemaran klasik seperti KitKat, Oreo, Toblerone dan Chips Ahoy!.


Kebanyakan topping rangup dan sos yang diimport dari Eropah, dan tidak dijual di pasar raya tempatan. Malah, untuk memastikan ia menarik, menu topping ini akan sentiasa bertukar selaras dengan perubahan musim.



Selalulah ke llaollao untuk menikmati perisa baharu!


Anak-anak dah tak sabar ingin mencuba.....



Masing-masing dengan buah-buahan, kekacang dan topping pilihan sendiri...


Produk utama iaitu Sanum adalah parfait yogurt yang terdiri daripada tiga lapisan buah-buahan dan dua lapisan rangup dan ditambah dengan sos pilihan anda.

Berharga hanya RM 17.90 sahaja....


Jadi di bulan puasa ini....Frogen yogurt llolloa ini amat sesuai di jadikan sebagai pencuci mulut selepas berbuka puasa...

Sepanjang bulan puasa ni kita di galakkan mengamalkan gaya hidup sihat dengan menyediakan pilihan makanan yang rendah lemak dan rendah kalori, namun tinggi dari segi khasiat dan rasa.

llaollao bukan sekadar pencuci mulut atau snek - ia begitu lazat dan berkhasiat – dan boleh dijadikan satu sajian penuh.

Jadi... jangan lupa untuk mencuba llollao ini ya!

Untuk maklumat lanjut boleh la layari :

Website: llaolao

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...