Thursday, June 30, 2016

Pelepasan Khas Daripada Bertugas Pada 8 Julai 2016

Semua sedia maklum... hari raya jatuh pada Rabu dan Khamis... jadi ada antara beberapa negeri bekerja pada hari Jumaat....

Jadi surat edaran telah di keluarkan untuk pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai 2016 (Jumaat) depan....




Jadi dapatla jimat cuti pada hari Jumaat tersebut...hehehe

Lagi pun minggu depan nya 13 Julai dah sekolah seperti biasa... sedihnya..... sebab x leh cuti lama... anak nak UPSR!! waaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, June 27, 2016

Bersihkan didnding rumah yang di conteng

wahh.... lama nya tak update blog...hahahaahah

Last update 16 Jun.... sekarang dah 27 Jun... dekat 10 hari tak update... apa la pemalas benau.. padahal banyak jer nak update...

Ok.. tak per.. lagi 1 minggu nak raya dah.. dinding2 rumah korang kotor tak?? Maklumla.. ada anak ni habis dinding derang ingat kertas... huhuhu


Bukan setakat kene conteng jer.... tu chop nama pun derang g chop kat dindign.... ni kerja si Zulfadhli la ni.... emmm....

Ok.. nak bagi tips macam mana nak bersihkan dinding rumah tanpa perlu cat...


  • Soda bikarbonat
  • air putih
  • kain
ada 3 bahan ni... settle dah kerja korang...


Satu kan soda bikarbonat dengan air.. pastu pelan-pelan lap kat dinding tu....

Mana yang susah tu.. ulang2 la sikit... nanti ilang...

Ok.. dinding dah clear dah... boleh la.. dari nampak segala contengan tu.... sekurang2 nya tak la sakit mata.. dah la kat depan.. masuk2 jer nampak contengan tu...

Kalau kat dinding bercat kaler pun boleh lap.. supaya dinding nampak tak kusam.. yerlakan.. cat makin pudar ker apa...

Ok.. tu jer tips.. tips ni pun ambik dari FB entah siapa share.. lupa..hahaha

Selamat mencuba...

Thursday, June 16, 2016

[RESEPI] Mee Goreng Basah

Bila ada Fb ni kan... agak mudah nak google resepi..kah3..

Bila ramai share.. kita tengok jer.. alamak dah terliur... jadi.. x boleh jadi ni.. kita nak gak cuba resepi mee goreng basah cik ida stle katanya..hahahha



Bahan-bahan nya :
  • Mee kuning - 1 bungkus (dibilas dan tos)
  • Sotong - 10ekor (dibersihkan, potong dan tos)
  • Fish ball -1paket (dibersihkan, potong dan tos)
  • Sayur sawi jepun - 1 ikat (dibersihkan potong dan tos)
  • Tomato - 1biji (dibersihkan dan dibelah 6)
  • Cili api - 10biji*
  • Bawang putih - 3ulas*  (*Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat)
  • Cili kisar - 4 sudu besar
  • Sos cili - 5 sudu besar
  • Sos tiram - 1 sudu besar
  • Sos ikan - 1 sudu besar
  • Kicap pekat - 1sudu besar
  • Kicap manis - 5sudu besar
  • Kicap mee - 2 sudu besar
  • Air putih - 1cawan kecil (untuk berkuah)
  • Minyak masak untuk menumis

Cara-caranya :
  • Panaskan kuali .. boh minyak tuk menumis
  • Tumiskan cili kisar ngan bahan2 tumbuk tadi.. sampai garing sedikit..

  • Masukkan Sos cili + sos tiram + sos ikan + kicap pekat + kicap manis + kicap mee dan masukkan sotong dan fish ball ngan masukkan air putih 1cawan kecil.
  • Masak dan kacau2 bagi sebati... masukkan sayur dan kacau2 lagi.. pastu masuk kan mee kuning dan tomato... kacau2 bagi sebati dan masak.. 



Siap boleh la tutup api... boleh la makan... sdp sgt... try la ye..




Masak mee goreng basah style cik ida ni xpkai garam gula dan aji.. sbb rasa kicap2 tu semua dh cukup...

Selamat mencuba.................

Wednesday, June 15, 2016

Menikmati Frozen Yogurt llaollao sebagai pencuci mulut

Pernah dengar Frozen Yogurt LLAOLLAO ? tak pernah??

LLAOLLAO, yogurt sensasi dari Sepanyol yang telah mencetuskan budaya yogurt antarabangsa di empat benua, kini boleh didapati di Malaysia. llaollao, jenama yogurt sejuk beku nombor satu di Eropah dan Asia.


Cawangan llaollao yang pertama di Malaysia dibuka di Pavilion Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2015 dan mendapat sambutan hangat apabila pengguna beratur bagi merasai sendiri yogurt yang terkenal di dunia.

Cawangan kedua dibuka di Mid Valley Megamall pada 2 Disember 2015, dan juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Kini dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan lagi.....


Terdapat dalam pelbagai jenis dan size serendah RM 4.00

Berteraskan slogan Small Pleasures, Great Flavours (Nikmat Kecil, Rasa Hebat), kehalusan dan kesegaran llaollao boleh dihidangkan dalam pelbagai cara - Tubs, Sensations, Granillao, Sanum dan Smoothies.

Disebut sebagai Yao Yao, llaollao dihasilkan secara segar di kedai - dan pastinya tidak dapat mencari yogurt sejuk beku yang lebih segar daripada llaollao.

Diperbuat daripada susu skim hanya sebelum ia dihidangkan, satu tab yogurt llaollao mengandungi 46 % daripada jumlah kalsium harian yang disyorkan.

Walaupun llaollao adalah rendah lemak, rendah kalori dan tanpa gluten, kemewahan rasa yogurt yang berkrim tidak terjejas.


Untuk mempelbagaikan perisa, llaollao menawarkan beraneka jenis topping seperti buah-buahan segar, sos dan topping crunches rangup seperti bijirin, bijian berkaramel, muesli dan kacang.

Selain itu, llaollao juga boleh dihidangkan dengan kegemaran klasik seperti KitKat, Oreo, Toblerone dan Chips Ahoy!.


Kebanyakan topping rangup dan sos yang diimport dari Eropah, dan tidak dijual di pasar raya tempatan. Malah, untuk memastikan ia menarik, menu topping ini akan sentiasa bertukar selaras dengan perubahan musim.



Selalulah ke llaollao untuk menikmati perisa baharu!


Anak-anak dah tak sabar ingin mencuba.....



Masing-masing dengan buah-buahan, kekacang dan topping pilihan sendiri...


Produk utama iaitu Sanum adalah parfait yogurt yang terdiri daripada tiga lapisan buah-buahan dan dua lapisan rangup dan ditambah dengan sos pilihan anda.

Berharga hanya RM 17.90 sahaja....


Jadi di bulan puasa ini....Frogen yogurt llolloa ini amat sesuai di jadikan sebagai pencuci mulut selepas berbuka puasa...

Sepanjang bulan puasa ni kita di galakkan mengamalkan gaya hidup sihat dengan menyediakan pilihan makanan yang rendah lemak dan rendah kalori, namun tinggi dari segi khasiat dan rasa.

llaollao bukan sekadar pencuci mulut atau snek - ia begitu lazat dan berkhasiat – dan boleh dijadikan satu sajian penuh.

Jadi... jangan lupa untuk mencuba llollao ini ya!

Untuk maklumat lanjut boleh la layari :

Website: llaolao

Tuesday, June 14, 2016

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2016

Lagi beberapa bulan Peperiksaan UPSR akan menjelma.... tahun ni anak sulung saya Danial akan menduduki peperiksaan tersebut...

Di sini saya lampirkan juga jadual nya... untuk rujukan sendiri sebenarnya...hahaha

 
 
 


Tahun 2016 adalah tahun pertama di mana UPSR ada 6 subjek.

  • Bahasa Malaysia : Bertulis, Objektif
  • Bahasa Inggeris : Bertulis, Objektif
  • Matematik : Bertulis
  • Sains : Bertulis

Sebelum ini..... BI tiada bertulis... bila dah ada.. nampaknya anak-anak kita kene kerja lebih keras... menulis dalam bahasa inggeris bukan la minat mereka.. sedangkan bahasa malaysia pun banyak kesalahan tatabahasa,,,

Berdoa jerla.. smeoga mereka lulus walaupun tak dapat 6A dalam UPSR ...

Selepas UPSR ada pula peperiksaan AGAMA UPSRA..... tak cuti lagi nampaknya anak-anak ni...hehehe

Menerokai Little Kingdom di Maju Junction Mall

Cuti sekolah yang lalu... syaa berkesempatan membawa anak-anak ke Little Kingdom di Maju Junction Mall KL..

Tak pernah pun dengar tempat ni... rupanya baru di buka.. betul2 atas Parkson Mall di tingkat 3...


Kalau naik escalator dari parkson akan nampak signboard ni....

Terpampang besar ko.....


Kalau dari parking tingkat 3 atau pun naik lift...

Akan terus nampak pintu masuknya,.,....hehehe...


Anak-anak dah tak sabar nak masuk...

Tapi sebelum tu kene la pakai wristband .... hanya yang ada wristband aja boleh masuk... sebab kita kene scan setiap kali kuar masuk...


Nah... harga untuk kemasukan ke taman tema ni...

Sekarang ada promosi 50% sempena promosi pembukaan pada 9 Mei 2016 yang lalu...

Jadi sementara ada promosi... cepat-cepat la pergi...


Anak-anak dah tak sabar nak masuk....

Selamat datang ke Little Kingdom anak-anak!


Pintu masuk jer pun dah menarik.....

Bukan kata anak-anak jer teruja.. saya sebagai ibubapa pun teruja ko...hahaha




Masuk-masuk jer dah nampak teruja....

Dekorasinya macam ala-ala kat oversea... cantik walaupun hanya dinding sahaja...hahahaa

Semua tempat anak-anak nak bergambar.....


Ala.. comel jer pintu masuk kedai ni.... ngam-ngam tuk anak-anak

Tapi kalau makpak masuk, kene la tunduk sikit... hahahaha


Rupanya ada kedai roti aiskrim dalam ni.....

Anak-anak pantang nampak makanan.. mesti nak cuba....


Tengok la... ada pelbagai perisa aiskrim...

Ni bukan aiskrim saja-saja tuk makan.. ia di isi dengan roti sekali tau.... sedap sungguh roti nya...


Roti nya manis.. lembut dan sedap... bila di makan pula dengna aiskrim.. perghhh... memang terbaik la.....

Setiap sorang dapat rasa.... terasa-rasa pula macam nak makan lagi... tak per.. nanti boleh repeat lagi...


Ini pula pentas.. dimana ada pertunjukkan silap mata, pertunjukkan menyanyi dari team Little Kingdom untuk menghiburkan pengunjung...



Ada waktu-waktu tertentu... jadi jika tak nak ketinggalan setiap persembahan nya... kene sentiasa dgr pengumuman dr mereka dari masa ke semasa

Mana tahu boleh lihat persembahan mereka.. memang seronok dan mengasyikkan....





Pelbagai permainan dalam ni....

Sesuai tuk kanak-kanak bawah 12 tahun .... tapi kalau anak2 bawah 18 tahun ada juga tempat2 yang mereka sesuai pergi...hehehe


Rasa tak tahu nak pergi mana...

Boleh la tengok peta dahulu.. boleh la decide nak kemana dahulu kan...

Rupanya tempat ni 2 tingkat tau....





Ni mainan yang kebanyaakkan di tingkat atas...

Lebih kepada pembelajaran dalam bilik sikit.... ada tempat gym tuk kanak-kanak, ada tempat bercerita .. eh banyak la...



Sempat la anak-anak masuk kelas memasak...

Ala.. bukan masak apa.. belajar cara-cara wat bento makanan...

Menggunakan roti dan di letakkan pelbagai sayur2 dan juga sos...


Bersama Chef-chef yang mengajar mereka...

Seronok la... terutama Huzaiman.. sebab lepas tu dia makan tau... kalau abang-abang nya.. emm.. memang tak makan la...hahahaah




Ohw ya... ada 1 bilik khas...

Di mana kalau inginkan tempat yang private... nak buat jamuan hari jadi ker, nak buat perjumpaan ker... atau apa2 aktiviti.. boleh la tempah..

Tempat ni boleh muat 100 org dalam 1 masa... dalam nya ada juga tempat mainan... jadi sambil makpak makan ker, berborak ker.. anak2 leka main kan..

Pakej nya pula bermula dari RM1,800.00 termasuk tiket percuma ke them park tau....



Rupanya da tempat main pasir...

Seronok la anak-anak bila dapat main....



Banyak kan mainan nya...

Walaupun nampak kecik tempatnya.. tapi memang boleh leka anak-anak masuk sini...

Saya biarkan mereka dalam ni.. sambil tu saya keluar jalan-jalan ke Parkson... tempat ni selamat.. kanak-kanak tidak dibenarkan keluar tanpa iringan ibubapa...

Jadi.. jangan risau kalau tinggalkan mereka di sini... memang akan leka sampai tak sedar pun kita tiada di sekeliling mereka...hehehe


Jadi pada yang ingin mencuba ke Little Kingdom ni.. boleh la datang ke :

Parkson Maju Junction, 
Jalan Sultan Ismail, 
50250 Kuala Lumpur

No tel : 0326020790

Waktu operasi : 11.00 pagi - 9.00 malam
Facebokk : Little Kingdom

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...