Friday, April 29, 2016

Kopi Tenom

Kegemaran saya adalah KOPI TENOM....

Beli pula kat SABAH... hahahaha


Tapi sekarang stok dah habis... waaaa

Mana nak cari KOPI TENOM wei?? takkan nak kene g Sabah kot semata2 nak beli kopi tenom ni...hahaha

Jadi.. kopi apa sedap selain kopi tenom??hehehe

Wednesday, April 27, 2016

Tercapai sudah impian Iskandar

anak saya yang no 2 ni suka menyimpan duit... kurang sangat berbelanja kalau ada extra duit.. bagi duit belanja RM2.. balik pun bawa balik RM2 tuk simpan dalam tabung... dengan syarat.. dia kene bawa bekal la.. baru boleh simpan

Jadi dia simpan la duit sehingga la duit nya dah dekat RM100.00.. tanya dia nak beli apa.. dia cakap nak beli BASIKAL... ok.. saya suh simpan lagi...

Bila duitnya dah mencecah RM150.00 dia kata dah banyak.. kemudian tukar pula impian nak beli ROLLERBLADE pulak...saya suh cakap ngan ayahnya la... hehehe

Bincang punya bincang.. dia siap buat research dalam utube cara-cara pemakaian rollerblade tu koo... gigih ker tak gigih...

Akhirnya... minggu lepas pergi la cari untuk dia.. sebab hari-hari dah tanya bila nak g beli kan..hehehe. Pergi la ke Kajang.. ingatkan ada.. pastu g pula ke kedai Al-Ikhsan lak.. pun x ada...

Sudahnya pergi ke PKNS Bangi jer...hehehe


Tu dia.. rambang mata dia ok...

Macam biasala.. sebagai ibubapa.. beli yang biasa-biasa jerla.. sebab dia x pandai lagi.. tak yah beli yang mahal-mahal kan...

Selepas pilih mana berkenan.. dengan warna sekali.. belila dia...suka la dapat beli..hahah senyum kemain lebar ko..


Sampai rumah.. tak sabar-sabar nak main.. saya kata petang baru g taman la nak main...

Tapi hujan pula.. sudahnya dia berlatih dalam rumah jer.. mujur la rumah besar kan..hahaha.. dapat la dia balance kan dirinya masa main.. jatuh jangan cakap la banyak kali..hehehe

Tak per.. nanti hujung minggu ni kita main kat taman pula yek...

Friday, April 22, 2016

Terima Kasih Sepetang Bersama Blogger 2016

Sabtu lepas... saya berkesempatan menghadiri SBB2016 di Dewan Campbell KL...

Ini adalah kali ke 2 bersama SBB...

Jadi, saya ringkas kan dulu kisah nya.. nanti saya buat 1 lg entry tuk segala gambar.. sayang la.. dah bergambar tak wat blog tuk kenangan..hahahaha

Sampai jer Dewan.... terus register


Dapat meja no 7... saya datang bersama sepupu saya.. tapi terpisah la kan.. x per.. layan jerla..hahaha


Sampai pun masih belum ramai orang.. jadi kita tinjau2 la sekitar nya....



Bergambar dahulu sebelum ramai peserta hadir....

Banyak sebenarnya gambar.. tak per.. nanti saya tempek next entry...


Jumpa dah member sekepala.. apa lagi.. riuh la sikit kan...


Memula duk belakang.. tapi disebabkan seminar kali ni menarik, tertarik dan memang ilmu yang bagus untuk di dengar.. kami beralih ke depan.. tumpang duduk jerla.. sebab tak der org duduk....

Dapat pula geng kaki bising dan kecoh kan.. memang syok la ...hahaha


Tahniah kepada para pemenang...

Tak kisah la.. dapat saguhati.. pemenang pertama.. dapat lucky draw.. tetap TAHNIAH!!!!!


Apa-apa pun.. memang seronok!!

Harap2 jangan la berhenti setakat ini sahja... teruskan lagi..  walaupun bukan menggunakan nama SBB.. saya tetap akan sertai!!

Terima kasih kepada semua penaja :




ok.. next entry.. gambar-gambar pula.. nak simpan wak kenangan.....

Wednesday, April 20, 2016

RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN - Tambah Baik 252 Skim Perkhidmatan Awam


Sejajar dengan Transformasi Perkhidmatan Awam dalam memastikan Perkhidmatan Awam mempunyai modal insan yang kompeten untuk merealisasikan wawasan negara, maka rasionalisasi skim perkhidmatan dilaksanakan oleh Kerajaan.

Rasionalisasi ini adalah untuk memperkemaskan pengurusan skim perkhidmatan bagi menarik dan mengekal modal insan terbaik, mewujudkan fleksibiliti dalam urusan perkhidmatan, menambah baik mobiliti dan kemajuan kerjaya dan mengemas kini syarat lantikan supaya relevan dengan keperluan semasa.



Urusan rasionalisasi ini juga bertujuan untuk memperluaskan peluang pemegang kelayakan kemahiran untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dengan memasukkan kelayakan pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam skim perkhidmatan tertentu. Hasil kajian menyeluruh terhadap kesemua 252 skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa, terdapat skim-skim perkhidmatan yang ditambah baik, dijumud dan dimansuhkan.

Terdapat juga skim perkhidmatan yang dikekalkan kerana masih relevan dan menepati keperluan perkhidmatan. Ini menjadikan jumlah skim perkhidmatan pada tarikh kuat kuasa Pekeliling Perkhidmatan ini adalah sebanyak 240 skim perkhidmatan.

Selaras dengan langkah-langkah rasionalisasi skim perkhidmatan ini, Kerajaan turut bersetuju menetapkan Gaji Permulaan Terendah (GPT) dalam Perkhidmatan Awam pada RM1,200 sebulan dan penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM). Pegawai awam turut menerima faedah pemindahan gaji bersamaan satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kecuali yang terlibat dalam pemindahan ke gaji permulaan yang baharu di JGMM baharu.

Untuk maklumat lanjur boleh rujuk :

Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

LAMPIRAN

Senarai Kandungan Lampiran B3 (KLASIFIKASI PERKHIDMATAN) 

Wednesday, April 13, 2016

Pendaftaran Huzaiman ke SKJ4 bagi Tahun 2018

Wah......... Huzaiman nak masuk darjah 1 ko... tapi lambat lagi la.. Tahun 2018..hehehehe

Tepi macam biasa... permohonan pendaftaran Darjah 1 bg tahun 2017/2018 dah buka yek....


Dulu masa zaman-zaman Danial, Iskanar dan Zulfadhli.. masih lagi pakai portal https://esppsel.moe.gov.my/

Tapi kini Kementerian Pendidikan Malaysia dah upgrade weii... sekarang dah ada portal baru.. lagi canggih manggih... (ye ker?)
Sistem esppsel akan ditutup sepenuhnya mulai 4 Januari 2016.
Pendaftaran baru tahun 1 bagi sesi 2017-2018 akan dimaklumkan melalui sistem yang baharu daripada KPM.
Sila layari laman sesawang http://public.moe.gov.my untuk makluman dan keterangan lanjut.
Admin esppsel ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan jutaan penghargaan kerana menggunakan aplikasi esppsel selama ini.
 
Admin esppsel
04. 01. 2016

Jadi untuk pendaftaran baru.. kene la masuk ke laman web :

https://public.moe.gov.my/


Sebelum tu mohon DAFTAR dulu yek...

kang tak daftar macam mana nak masuk lak...hehehe

Cara daftar? ishk.. takkan nak ajar kot... klik jer.. nanti ada la arahan selanjutnya... tapi kene ingat yek.. pendaftaran menggunakan nama ibubapa sahaja... sbb nanti sistem akan terus detect maklumat melalui no kad pengenalan ibubapa terus.


Dah daftar segala bagai nanti nampak 2 menu..

1 menu tuk ke sekolah kawalan menengah.. ha yang ni nanti Danial boleh la isi. maklumla. tahun depan Tingkatan 1.

Lagi satu menu tuk Tahun 1.. klik jer yang itu


Macam biasa lagi...

Kene la mohon baru dulu... kene isi segala butir2 anak yek... segala butir2 peribadi ibubapa...

Nanti bila dah isi ... HANTAR.. kemudian baru ada 2 menu macam kat bawah ni...


Nanti bila nak semak.. boleh klik menu tersebut...


Kuar la paparan seperti di atas...

So setakat ni.. baru 1 jer tanda HIJAU.. maksudnya masih ada lagi beberapa step tau... jangan lupa lak.. pas isi.. print dan hantar ke sekolah rendah yang di daftar untuk pengesahan pula...

Kang tak pepasal.. tak di terima lak di sekolah yang di pohon...

Ok... tunggu tahun depan lak.. nanti kita semak lagi apa pula perlu di kemaskini lagi...

sekian sahaja potpet dari saya untuk pendaftaran tahun 1...........hahahaha


Monday, April 04, 2016

Cabaran mencuci pakaian sekolah anak

Wah.. tajuk kemain kan.....

Tak derla.. nak kongsi cikit pengalaman mencuci pakian anak-anak terutama nya pakian sekolah.. al maklumla, anak-anak saya kan semua lelaki.. jadi pepaham la kadar kekotoran nya tahap mana...

Jadi.. masa awal-awal tahn heboh tip-tips mencuci pakaian kan.. selama si Danial tu sekolah.. saya sental jer macam biasa.. tapi bila dah masuk 3 orang sekolah ni.. teras ala sikit..

Ramai suggest rendam dengan klorok la.. rendam dengan sabun pencuci jenama XXX la kan... tapi saya berkenan dengan 1 tips ni jer.. hahaha

Sebab kos murah dan senang.. jadi saya cuba la kan.. kalau klorox ni berbau, warna jadi lusuh dan pakaian cepat reput..hehehe


Pakaian kotor tu memang la dah biasa kan...

Cuma tang lutut, belakang baju, hujung lenggan, hujung kaki belum campur lagi kesan-kesan air dan makanan kan...

Kekadang water color la.. maker pen la.. pensil la.. haaaa.. lagi paroh...hehehe


Saya cuma beli sabun FRUITALE jer.. kos baru RM2.50 jer dapat 3 buku kan..

Ala... beli kat giant jer.. kalau beli kat kedai pemborong runcit, agak2 lagi murah kot...


Korang parut sebuku sabun tu.. tak pun pakai 1/2 buku jer...

Dah parut tabur dalam besen yang dah letak baju sekolah anak-anak.. sebelum tu.. sila la jerang air dulu... biar panas-panas mendidih.. baru padam ok..

Tuang jer air panas-panas tu dalam besen tu.. pastu biar sampai suhu panas ilang atau semalaman jer habis citer..

Betul la... lepas rendam ngn air panas plus sabun ni.. memang senang gile rkot menyental.. kekotoran semua ilang ko.. baik lenggan, lutut, kaki .. kuar... mungkin sebab air panas kot..

Jadi.. lega la sikit tak yah nak sental2 kuat2 kan.. gosok2 jer dah ilang.. jadi jimat kos dan tenaga kan?

Erkkk.. ada tak yang dah cuba tips ni... sama ker result nya? mudah kan?

Jadi pada yang lain.. boleh la cuba tips ni... bukan baju sekolah jer.. telekung pun boleh kan...sbb tang dagu tu sentiasa itam kan? hehehe

Friday, April 01, 2016

[RESEPI] Aiskrim Sumijelly

Agak lama x update blog.. dari sehari ke sehari.. memanjang x der masa...huhuhu

Kali ni nak share resepi eskrim sumijelly... heboh dah semua pakat buat eskrim ni kan... saya yang guna nama ni pun baru terhegeh2 nak buat..hahahah


Bahan-bahan nya :

  • 3 @ 4 peket jenis kecik sumijelly
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 4 tin air putih (guna balik bekas tin tu jer)



Memula korang kuarkan isi sumijelly tu masuk dalam mangkuk...

Kalau boleh tapis la.. senang.. manis2 tu keluar.. x la manis sgt nanti...kendian pecah2 kan sikit.. ala.. potong guna sudu jer.. x yah nak beria sangat.. suh jer anak korang buatkan..hahaha



Sementara tu.. korang masak jer air susu mengikut sukatan dalam periuk ker.. dalam kuali ker..janji boleh masak..hahaha

masak sampai didih sikit jer.. tak yah la beria nak mendidih oittt...... ada yang buh garam sikit.. terpulang la.. nak buh ker tak..



Pastu ambik plastik eskrim ..memula masukkan sumijelly dalam tu agak-agak la sikit.. nak buh banyak mana....

Pastu ambik 1 jaug ada muncung senang nak tuang wei.. tapi ada yang malas sangat.. dia guna yang ada jug ada paip.. senang sikit kan...

Dah isi segala bagai..ikat la yek.. ikat kasi betul tegang.. jgn ada udara.. nanti lembik jer...

Pastu sejukkannn....... dan pastu leh makan..heheheh

So.. boleh la try kan... nanti leh jual..hahahah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...