Monday, March 07, 2016

[RESEPI] Muffin Telur

Hari tu di rumah tak tahu nak makan apa waktu pagi... asyik benda sama jer kan... nak kuar makan kat luar.. mesti la tak nak bawa anak-anak ni...hahaha

saja google dalam internet.. tetiba jumpa benda yang mengiurkan... TELUR hahaha

Meh tengok cara-caranya...

Resepi Muffin Telur

Bahan-bahan :

  • tomato potong dadu
  • timun potong dadu
  • hot dog potong dadu
  • chicken slice potong dadu
  • cili potong dadu (kalau nak pedas)
*satukan semua bahan
  • 2 biji telur
  • sedikit black papper
  • sedikit garam
*satukan semua bahan
  • pelbagai cheese ikut sukahati




oleskan minyak pada muffin tray, kemudian letak semua bahan dalam tray tersebut


selepas tu letak cheese atas nya...

kemudian baru buh letak telur dalam nya....


Bakar pada suhu 250' selama 10 - 15 minit atau sehingga rasa dah masak atau kekuning-kuningan


Taraaa...dah siap!!


Pergh...sedap wei...

Letak mayonis, kemudian letak chili sos pastu makan masa panas-panas..

Jadi, kalau rasa tak tahu nak makan apa waktu pagi ni... boleh la buat kan... selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...