Monday, February 29, 2016

Pandelela Dicalonkan Dalam Anugerah Nickelodeon Kid's Choice 2016


Siapa tak kenal Pandelela ?

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong yang berusia 23 tahun, akan bersaing dengan tiga atlet negara Asean yang lain tahun ini untuk merebut Anugerah Nickelodeon Kid's Choice.



Pandelele Rinong yang dicalonkan dibawah kategori Bintang Sukan Pilihan Asean turut dicabar Irfan Fandi dari Singapura, Kim Kurniawan (Indonesia) dan Jeron Teng (Filipina).

Anak muda kelahiran Sarawak itu merupakan atlet pertama Malaysia yang melayakkan diri ke Olimpik Rio de Janeiro Brazil dan mewakili negara dalam acara terjun individu.



Beliau juga merupakan atlet wanita pertama memenangi pingat Olimpik selepas menamatkan saingan platform 10 meter individu di tempat ketiga pada Sukan Olimpik, London 2012.

Jadi apa salahnya kita membantu beliau untuk menang dalam merebut Anugerah Nickelodeon Kid's Choice ini...

Pemenang akan ditentukan menerusi undian secara dalam talian yang boleh dilakukan lebih daripada sekali di laman web kca.nick-asia.com/vote.

Ohw ya... jangan lupa untuk menonton Astro Nickelodeon Channel 612 sempena 2016 Kids’ Choice Awards pada 14th March jam 11.30 pagi tau!

Tahun lompat setiap 29 Februari



29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory.

Mengikut takrif, tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Hanya terdapatnya tarikh ini kira-kira setiap empat tahun dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki, seperti 1992, 1996, 2004 kecuali tahun-tahun abad.

Tahun abad, iaitu tahun yang berakhir dengan dua angka sifar (1800, 1900, 2000, dll), bukan tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa baki. Mengikut ISO 8601, tahun-tahun yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki kini merupakan tahun lompat, walaupun terdapat cadangan bertentangan yang meluas. Ini bermaksud bahawa tahun 2000 adalah tahun lompat, termasuk 2400 dan 2800, akan tetapi 1800 dan 1900 bukannya tahun lompat, termasuk 2100, 2200 dan 2300.

Oleh sebab itu, hari lompat tidak semestinya jatuh pada hari Ahad. Sebagai contoh, sekiranya 29 Februari jatuh pada hari Ahad, anda boleh menjangka bahawa ia juga akan jatuh pada hari Ahad sekali lagi selepas 28 tahun. Akan tetapi sekiranya adanya tahun abad dalam tempoh 28 tahun tersebut, pola ini akan diganggu.

Kalendar Gregori mengulang diri setiap 400 tahun, dan terdapatnya 97 hari lompat dalam tempoh tersebut. Oleh sebab 400 mempunyai baki apabila dibahagikan dengan 97, hari lompat tidak boleh jatuh pada hari yang sama dengan sama rata.

Hari lompat jatuh 13 kali pada hari Ahad dalam tempoh 400 tahun kini, dan oleh sebab itu, terdapat hari lompat pada hari Ahad setiap 30.8 tahun. Sebaliknya, hari lompat jatuh pada hari Isnin 15 kali dan merupakan kira-kira sekali setiap 26.7 tahun.

******************************************
*************************************


Hari ni Isnin bersamaa 29 Februari 2016 adalah Tahun Lompat.... jadi pada tahun seterusnya adalah pada TAHUN 2020, tahun di mana orang kata ada kereta terbang (amin)

Sampaikan FILEM 29 Februari pun KRU Studio arahkan... siapa pernah tengok citer tu?? Entahla... mana ada orang meningkat umur 4 tahun sekali.. umur kita akan tetap bertambah setiap hari dan akan menjadi tua juga...

Kalau la ada yang hidup sebegitu lama dimuka bumi ni... memang la sangat menakjubkan.. tapi tak ada kan? harap2 anak2 tak terpengaruh la citer-citer macam tu kan..hehehe

Jadi pada sesiapa yang lahir pada 29 Februari selamat menyambut hari kelahiran.. maklum la.. 4 tahun sekali baru muncul kan.. tapi mereka ini beruntung kerana kalau tak ada 29 Februari mereka akan sambut tarikh lahir pada 1 Mac laa... hehehe

Selamat 29 Februari semua!!!!

Tuesday, February 23, 2016

Setiap orang harus memiliki set BETADINE®

Pernah tak korang mengalami luka kecil di rumah? di pejabat? atau semasa percutian?

Baru-baru ni, saya perasan Danial jalan terjengket-jengket.. bila tanya dia kata kaki sakit.. saya biarkan.

Tapi makin lama makin sakit tgk gaya dia berjalan... mujur time tu cuti sekolah kan.. rupa-rupanya kaki danial tetiba ada nanah kecil kat bawah telapak kakinya.... tak tahu kenapa. Nak kata ada benda cucuk.. x derla pulak nampak kesan nya


Besar la juga nanah nya tu...

ajak g klinik dia tak mahu.. takut katanya.. mujur teringat ada Betadine kat rumah kan...


Set mini BETADINE® ni, isinya ada 3 bahan.. iaitu :

  • Antiseptik plaster
  • Dry powder spray
  • Antiseptik pencuci kulit
Memula saya cucuk nanah nya dengan jarum... picit-picit sampai kuar la isi nanah nya.. tu kalau lama lagi entah apa la jadi kat kakinya...

Lepas cucuk kuarkan isi dalamnya.. saya bersihkan dengan BETADINE® pencuci kulit antiseptik pula.. supaya ilang kuman-kuman yang tertinggal kan..


Lepas tu saya spray BETADINE® 'dry powder spary' kat kulit nya... x pandai agak kat mana arahnya...hahaha main spray jer.. 

Dah spray biarkan kering jap kan... Huzaiman time tu la sibuk nak tengok sebab warna powder tu kuning kan...hahahha


Saya guna plaster biasa jer... sebab plaster yang BETADINE® tu dah ada antiseptik.. jadi saya suh Danial pakai selepas mandi nanti.. tak yah sapu BETADINE® dry powder spray tu lagi.. nanti dia spray entah kemana-mana arah.. sekurang-kurang nya plaster BETADINE® tu dah ada antiseptik tersebut kan..

Selepas beberapa hari bersihkan luka tu.. baru la elok dan hilang...

Mujur ada set mini BETADINE® kat rumah... sekurang-kurang nya saya dah buat rawaran awal dari merebak besar kan... kalau di biarkan mau kene g hosiptal tu...hahaha

Jadi elok sebenarnya ada set BETADINE® ni.. sekurang-kurang nya kita dapat merawat terlebih dahulu dari rumah jika tidak memudaratkan...boleh beli di kedai farmasi... 

Friday, February 19, 2016

[DRAMA] Menongkah Kasih

Siapa layan drama Menongkah Kasih?? hahahaha


Sinopsis :

Saksikan lakonan mantap Zarina Zainuddin sebagai Datin Rahmah yang sibuk mengejar harta di usia muda sehingga mengabaikan dua anaknya, Reffa dan Riyana menerusi drama bersiri baharu, Menongkah Kasih terbitan Sha’s Media di slot Azalea.

Membariskan pelakon-pelakon handalan tanah air seperti Zarina Zainuddin (Datin Rahmah), Ana Dahlia (Reffa), Ayda Jebat (Riyana), Aidil Aziz (Aidil) dan Beego (Hilmi), Menongkah Kasih sebanyak 20 episod ini merupakan arahan daripada Ayie Mustafa dan nukilan skrip daripada Siti Solehah.

Bermula tahun ini, slot Azalea akan disiarkan di TV9 seminggu lebih awal daripada TV3. Menongkah Kasih telah mula menemui para penonton TV9 pada 26 Januari 2016, setiap hari Selasa hingga Jumaat, pukul 8.30 malam. Di TV3 pula, drama bersiri ini akan mula disiarkan pada 1 Februari 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 2.00 petang.

Dek kerana mementingkan kerjaya dan urusan syarikat yang ditubuhkan oleh arwah suami, Datin Rahmah selalu sibuk dengan kerja sehingga menjarakkan kasih sayang anak-anak dengannya. Kadang kala, Datin berasa cemburu dengan kehidupan pemandunya, Pak Mid. Biarpun anak-anak Pak Mid kesemuanya tinggal di asrama, namun mereka sentiasa berhubung dan bertanya khabar.

Reffa bekerja di syarikatnya tetapi mereka jarang pergi kerja bersama-sama. Riyana pula seorang yang suka memberontak dan sering berpeleseran dengan kawan-kawan yang hanya mahu mengambil kesempatan atas kemewahan hidupnya.

Datin Rahmah telah menolak lamaran Azri, pekerjanya yang mahu mengahwini Reffa. Walaupun Datin memang menyukai kebaikan dan keperibadian Azri yang sudah dianggap seperti anak sendiri tetapi Datin masih mementingkan darjat dan status. Datin juga bergaduh dengan Reffa yang cuba mempertahankan Azri.

Sejak itu, Reffa murung dan menjadi seorang pendendam. Lebih merumitkan keadaan apabila Datin memberitahu yang dia telah merancang untuk mengahwinkan Reffa dengan anak kawan baiknya iaitu Hilmi. Reffa berkata dia sanggup mati daripada berkahwin dengan lelaki yang dia tidak cintai. Reffa menunjukkan protes dengan tidak masuk ke pejabat dan tidak bercakap dengan Datin Rahmah. Azri telah diberhentikan oleh Datin Rahmah.

Riyana pula telah melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan dengan bebelan Datin Rahmah. Dia telah menumpang di rumah teman lelakinya, Aidil. Riyana tidak sedar bahawa Aidil sebenarnya seorang yang suka berfoya-foya dan hanya mahukan duit daripadanya. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk Aidil sehinggalah terjadi satu perisitiwa hitam yang akan merubah hidup Riyana.

Walaupun dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya, Datin Rahmah kesunyian apabila anak-anak tidak mahu bersamanya menguruskan syarikat. Penyesalan yang tidak berkesudahan membawa Rahmah pulang ke kampung untuk memperbetulkan kesilapan lampau namun dia menerima kejutan dengan kemunculan anak tirinya yang sangat baik budi.

Masihkah ada peluang kedua bagi Datin Rahmah untuk membetulkan kesilapan lampaunya? Teruskan menonton Menongkah Kasih pada setiap hari Selasa hingga Jumaat pukul 8.30 malam di TV9 dan juga nantikan siarannya di TV3 bermula 1 Februari 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 2.00 petang.

************************

Sebenarnya suka layan citer ni.....tapi tak sempat nak tengok.... Kalau TV3 jam 2 petang... kalau TV9 jam 8.30 malam time anak2 tgh wat keje sekolah...hahaha

Layan online aja la... syok pula citer nya.. dah episod ke 14 dah... ada lagi 6 episod...

Masuk episod ke 14 baru tahu bagaimana Datin Rahmah masa muda dulu...hahahaha.. Jadi kene la tengok lagi beberapa episod untuk faham jalan citernya...

Tak sempat tengok kat Tv.. leh jer google... ramai kot online dah....hehehe

Thursday, February 18, 2016

Musim Demam

Wah.... agak lama x update blog ko....

Hai la.. makin lama makin malas pula nak update blog.. kalau tak update macam mana nak dapat imcome kan?? emmm....

Sekarang ni pun dah lama tak pergi mana2 event.. maklum la kekangan masa ko... entah la.. makin lama macam dah rasa nak tinggalkan blogging ni jer.. mungkin akan tetap setia ngan blogspot jer la kot..dah tak larata nak bayar hosting.. wakakaka

Ok la.. marila kita bercerita.. sekarang ni musim demam kan.. anak-anak saya pun demam berganti-ganti... memula Huzaiman demam... kemudian Zulfadhli

Tapi Zulfadhli agak lama demam nya... seminggu cuti CNY dia demam.. mujur tak sekolah kan.. jadi dapatla berehat..

Bila dah sembuh sikit.. saya ajak la ayahnya g ke Taman jap...


Bila bawah keluar tu.... nampak la sikit keceriaan nya kan.. tak la macam orang demam..hahaha

Jangan tak tahu.. dalam anak-anak demam.. ibunya pun datang gak tak sihat juga... tapi sehari jerla.. mungkin letih menjaga anak-anak kot...

Tapi biasalah.. asal nak keje jer ada jer yang mula demam...



Terpaksa bawa Huzaiman g pejabat.. sebab kalau cuti pun banyak lak keje kat umah nak kene buat.. baik g opis.. dia tido jer..hahaha

Senang sikit.. tak derla nak ngada-ngadakan.. lama gak demam dia kali ni.. dekat 4 hari... alhamdulilah hari ni dah ok.. jadi kene la g Tadika kan

Tapi dah sedap lama x g sekolah.. menangi-nangisla dia sikit.. ada la drama tak nak g sekolah.. hehehe...

Okla.. nanti sambung lagi... sejak pindah bahagian baru.. tak berkesempatan sikit nak update blog sebenarnya.... insya allah akan cari masa itu..hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...