Tuesday, May 27, 2014

Berus Gigi Systema 0.02mm Spiral

Systema adalah produk berus gigi yang paling popular di Jepun. Ini kerana bulu berus giginya yang sangat tirus iaitu 0.02mm. Sangat hebatkan?? Sangat sesuai untuk gigi yang sensitif.


 Apa yang boleh mengakibatkan gigi sensitif?
  • memberus dengan kuat atau agresif
  • menggunakan bulu berus yang kasar dan keras
  • mengambil makanan yang berasid atau sering menguyah makanan yang keras
  • cara pemberusan yang tidak betul
  • kemunduran gusi yang disebabkan masalah gusi.
Oleh kerana itu Systema telah memperkenalkan berus gigi yang sangat unik untuk semua yang mempunyai masalah atau ingin mengelakkan masalah gigi sensitif bolehlah menggunakan Systema Sensitif 0.02mm yang mempunyai berus konvex yang lebih lembut.

Kelebihan berus gigi Systema Sensitif 0.02mm ialah:
  • menembusi dengan lebih dalam di bawah garisan gusi dan celah-celah gigi
  • mengurangkan tekanan pada gigi dan gusi serta dapat memberus dengan lebih selesa
  • membantu mengawal dan mengurangkan tekanan pada gigi dan gusi untuk pemberusan yang lebih selesa
  • pemegang bersalut getah untuk memberi gengaman yang lebih baik untuk mengawal tekanan semasa memberus.

Apa yang begitu unik dengan Systema ialah :-
  • Hujung berus tirus 0.02mmnya adalah 1/20 saiz hujung berus biasa, membolehkannya menembusi dengan lebih ke dalam garisan gusi dan celah-celah gigi
  • Berusnya diperbuat daripada sumber bukan haiwan
  • Berus yang berpaten - berteknologi Lion Jepun
  • Berus gigi No 1 di Jepun
  • Diperakui ISO 9001
  • Menembusi lebih dalam terutama di sepanjang garisan gusi dan di celah-celah gigi
  • Menanggalkan > 80% plak untuk 9X* lebih bersih

Terdapat 4 jenis berus gigi Systema yang di jual. Antaranya ialah :

http://www.southernlion.com.my/my/images/product/systema03.jpg

Compact
  • Salah satu dengan saiz kepala paling kecil untuk kebersihan yang paling menyeluruh
  • keseluruhan pemegang bergetah untuk genggaman yang lebih baik

http://www.southernlion.com.my/my/images/product/systema02.jpg






Comfort
  • Kepala bersaiz biasa untuk kebersihan yang selesa dan ternyata
  • Keseluruhan pemegang bergetah untuk genggaman yang lebih baik

http://www.southernlion.com.my/my/images/product/systema04.jpg



Full Head
  • Kepala bersaiz lebih besar untuk jangkauan yang lebih luas
  • Keseluruhan pemegang bergetah untuk genggaman yang lebih baik

http://www.southernlion.com.my/my/images/product/systema01.jpg

Bi-Level
  • Berus gigi dengan kepala bersaiz biasa dan bulu berus dwi-lapisan untuk memberus dengan lebih bersih di garisan gusi, celah celah gigi dan permukaan gigi.
  • Keseluruhan pemegang bergetah untuk genggaman yang lebih baik.

Untuk maklumat yang lebih lengkap , boleh layari di http://www.southernlion.com.my/my/product/systema.html.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...