Wednesday, May 28, 2014

Menjamu selera di Warung Bunian

Dari dulu asyik dengar

WARUNG BUNIAN!!
WARUNG BUNIAN!!

Jadi dengan geram nya.. ajak juga member pejabat ke sana... setelah mengoggle tempat dan dah tahu di mana kedudukan nya..terus saya book dan pergi sana dalam pukul 12.45 tgh ari


Ok... ini bukti saya dah sampai gerainya.. dah la curam nak turun.. tak berani bawa kereta sampai bawah.. jadi park jer kat atas dan menapak sikit ke bawah..hehehe

Memandangkan saya pergi hari Isnin, jadi menunya adalah seperti berikut :


  • Gulai Ketam
  • Ayam Goreng
  • Ikan goreng kicap
  • Sayur kobis goreng
  • Sambal belacan
  • Nasi Putih
  • Air Laici
Pergi seramai 4 orang... jadi senang nak bahagi 4 kan harganya...

Jumlah keseluruhan nya adalah :

RM58.00

 Mahal ker murah wei???hik3

Dan selepas makan.... jadilah begini


Semua licin kecuali sayur goreng yang ramai tak makan dan juga ikan rasa keras sikit
sebab tak rangup.. macam ikan dah lama goreng..

Tapi keseluruhan nya.... memang sedaaaaaapppppppppp!!!hik3

Jadi sapa nak g sila la pergi.. nak bagi tahu landmark pun tak reti...hahaha


Korang kene ucapkan terima kasih kat blogger ni.. sanggup bersusah payah ambik gambar nak tunjuk kat mana landmark tu...hahahahah

Tapi apa-apa hal kene call dulu sebelum pergi.. sbb tak leh walk in wei.. ni kene book.. kalu tak korang makan angin jerla sampai situ...

WARUNG BUNIAN, KAJANG
NO 80 A JALAN JAMALUDDIN,
DESA PUTRA, SG MERAB 43000
KAJANG SELANGOR DARUL EHSAN

No Tel : 017-3812246 (Alang)

Breakfast = 7.00am - 10.00am (Setiap hari)  
Lunch  = 12.30pm - 2.30pm (Hari bekerja)


Ini pula menu sepanjang 1 minggu.. sila pilih hari kalu nak datang yek!!


(kredit : http://juanadiah.blogspot.com/2014/01/tempat-makan-best-bangi-warung-bunian.html)


Ok....... malas nak cakap...... tak pergi tak tahu kan sedap tidak..... sebab masa datang tu ada angin, cuaca redup, jadi memang layan la makan masa tu..... sapa dtg time tgh panas, pas tu x der angin nasibla kan.. makan dalam keadaan berpeluh2..hik3



Tuesday, May 27, 2014

Berus Gigi Systema 0.02mm Spiral

Systema adalah produk berus gigi yang paling popular di Jepun. Ini kerana bulu berus giginya yang sangat tirus iaitu 0.02mm. Sangat hebatkan?? Sangat sesuai untuk gigi yang sensitif.


 Apa yang boleh mengakibatkan gigi sensitif?
  • memberus dengan kuat atau agresif
  • menggunakan bulu berus yang kasar dan keras
  • mengambil makanan yang berasid atau sering menguyah makanan yang keras
  • cara pemberusan yang tidak betul
  • kemunduran gusi yang disebabkan masalah gusi.
Oleh kerana itu Systema telah memperkenalkan berus gigi yang sangat unik untuk semua yang mempunyai masalah atau ingin mengelakkan masalah gigi sensitif bolehlah menggunakan Systema Sensitif 0.02mm yang mempunyai berus konvex yang lebih lembut.

Kelebihan berus gigi Systema Sensitif 0.02mm ialah:
  • menembusi dengan lebih dalam di bawah garisan gusi dan celah-celah gigi
  • mengurangkan tekanan pada gigi dan gusi serta dapat memberus dengan lebih selesa
  • membantu mengawal dan mengurangkan tekanan pada gigi dan gusi untuk pemberusan yang lebih selesa
  • pemegang bersalut getah untuk memberi gengaman yang lebih baik untuk mengawal tekanan semasa memberus.

Apa yang begitu unik dengan Systema ialah :-
  • Hujung berus tirus 0.02mmnya adalah 1/20 saiz hujung berus biasa, membolehkannya menembusi dengan lebih ke dalam garisan gusi dan celah-celah gigi
  • Berusnya diperbuat daripada sumber bukan haiwan
  • Berus yang berpaten - berteknologi Lion Jepun
  • Berus gigi No 1 di Jepun
  • Diperakui ISO 9001
  • Menembusi lebih dalam terutama di sepanjang garisan gusi dan di celah-celah gigi
  • Menanggalkan > 80% plak untuk 9X* lebih bersih

Terdapat 4 jenis berus gigi Systema yang di jual. Antaranya ialah :

http://www.southernlion.com.my/my/images/product/systema03.jpg

Compact
  • Salah satu dengan saiz kepala paling kecil untuk kebersihan yang paling menyeluruh
  • keseluruhan pemegang bergetah untuk genggaman yang lebih baik

http://www.southernlion.com.my/my/images/product/systema02.jpg






Comfort
  • Kepala bersaiz biasa untuk kebersihan yang selesa dan ternyata
  • Keseluruhan pemegang bergetah untuk genggaman yang lebih baik

http://www.southernlion.com.my/my/images/product/systema04.jpg



Full Head
  • Kepala bersaiz lebih besar untuk jangkauan yang lebih luas
  • Keseluruhan pemegang bergetah untuk genggaman yang lebih baik

http://www.southernlion.com.my/my/images/product/systema01.jpg

Bi-Level
  • Berus gigi dengan kepala bersaiz biasa dan bulu berus dwi-lapisan untuk memberus dengan lebih bersih di garisan gusi, celah celah gigi dan permukaan gigi.
  • Keseluruhan pemegang bergetah untuk genggaman yang lebih baik.

Untuk maklumat yang lebih lengkap , boleh layari di http://www.southernlion.com.my/my/product/systema.html.

Monday, May 26, 2014

Cuti pertengahan tahun 2014

La..sedar tak sedar, rupa-rupanya hari rabu ni adalah cuti pertengahan tahun bagi 2014.


Tapi cuti sekolah kali ni jatuh pada hari RABU....

Saya pun tak tahu kenapa bermulanya hari Rabu.. selalunya hari Jumaat atau Sabtu ikut negeri masing2...

Dah la hari Selasa jatuhnya Israk' dan Mikraj, jadi kebanyakkan sekolah agama cuti hari Isnin sempena cuti peristiwa... agak kelam kabut sikit nak uruskan cuti sekolah anak sebab jatuh pada hari Rabu kan....

Kiranya cuti sekolah kali ni 19 hari rupanya... agak panjang sikit kan?

Ok.. nampaknya kene cari aktiviti anak-anak sepanjang cuti sekolah ni... emmm.. apa la aktiviti nak cari ni...hik3

Monday, May 19, 2014

Bila sesekali menggunakan monopod

Hari tu, opismate saya bawa monopod ke pejabat... apa lagi saya pun pinjam la kejap kan....hahahaha








Saya guna kamera jer ni....

Sync kan dengan hp samsung, jadi boleh jadikan hp sebagai remote tuk ambik gambar.....

Tapi saya dah beli pun tuk diri sendiri


cuma macam biasala... dah beli mesti tak pakai... tapi kalu orang punya cepat jer pakai kan...hahahaha

Monday, May 12, 2014

Langkawi : Dawn Chalet & Homestay Langkawi

Ok... mari sambung kisah ke Langkawi balik...Masih hari pertama di langkawi ni...

Setelah beberapa jam menempuh lautan dengan menaiki ferry Roro tu, sampai gak la ke Langkawi... seperti biasa, kalu dah pukul 4 ptg sampai Langkawi, baikla kita check in dulu chalet... simpan barang-barang dan berehat sekejap...

Dari Jeti Tanjung Lembong ke Dawn Chalet ni dekat la juga.. x sampai kot 20 minit... tapi bila pest time datang, jadi jauhla.. sebab nak cari jalan kan..hehehe



Bila dah nampak pintu masuk nya.. lega rasanya...

Yela.. dalam kepala saya nak berehat jer ni... tapi dalam kepala  anak-anak lak nak mandi kolan jer tu...huhuhu

Meh tengok dalam bilik nya...


Dalam bilik ni terdapat 2 katil queen, sesuai la macam saya anak beranak kan...

Boleh cantumkan jer katil tu, leh jadi besarkan...

Kalu nak selesa lagi.. bawa la toto, leh bentang kat lantai.. anak-anak pun leh melepak kat bawah sambil main game..


Di satu sudut lak ada meja dan kerusi tuk berehat...

Tapi kalu dah ramai macam ni.. x der maknanya nak duduk santai-santai la.. kerusi wat letak baju dan beg jerla...hahaha


Ada juga almari.. jadi jangan risau, boleh gantung dalam tu...

Bilik air lupa lak nak snap.. tapi sangat selesa.. besar dan ada ada 2 air pancut.. tak tau la sama ada semua bilik macam tu atau tak?

Suis air panas pun ada.. jangan risau kalu rasa sejuk nak mandi pagi...


Ada TV dan meja solek... tudia.. habis segala makanan dan minuman tersadai atas tu...

Plug nak charge gadjet pun ada.. rasa ada 3 port kot.. so.. okla kan.. sorang satu port..


Selama 4h 3m, saya hanya bawa 1 beg tarik jer...

Baju anak2, baju saya laki bini sumer sumbat situ gak..  giler padat la.. 2d 4 kk punya baju kan dan 1 beg extra jika tetiba kecemasan.. tu simpan dalam kereta.. senang..


Manakala di luar, buka pintu terus nampak kolam renang..

Anak-anak sampai jer chalet nak mandi.. kan kisah panas ker tidak masa tu... ishk.. dah la ngan my IR tak cukup tido.. ngan saya pun x cukup tido..

Jadi saya kata petang sikit la kan.. sebelum keluar makan malam, leh la mandi jap..hehehe




Dah petang sikitm baru saya lepaskan anak-anak mandi...

Kolam kanak-kanak tu, 4 orang anak saya masuk pun dah macam penuh.. sebaik tak ada orang mandi sekali.. jadi suka la derang, sebab dapat kuasai kolam renang tu kan..

Tips nak kalu menginap di sini saya nak kongsi sikit :
  • Bawa la selimut atau toto extra dan bantal kanak-kanak.. untuk keselesaan
  • Beli selipar tuk pakai dalam bilik atau bilik air
  • Bawa tuala mandi extra kalu takut tak selesa pakai tuala situ
  • Bawa serbuk minuman 3in 1 tu.. sebab jag air ada kat situ.. kalu rajin bawa la mug tupperware.. senang nak bancuh kan.
  • dari Chalet nak ke kuah sangat dekat.. sekitar situ banyak kedai makan.. jangan risau
Jadi pada sesiapa yang berminat nak menginap di sini, boleh la buat tempahan ke :

LOT 3030, JALAN BATU BELAH BATU BERTANGKUP,
07000 LANGKAWI
Tel : 04-9551804
Website : http://dawn-langkawi.blogspot.com/

Harga semalam kat sini baru RM130.00 untuk chalet, manakala tuk Homestay RM350.0 (ada 3 bilik) sesuai tuk family besar.

Jadi keseluruhan saya menginap disini adalah :

RM390.00 untuk 4h 3m


Berbaloi tak? dah la ada kolam renang depan mata, nak ke pekan pun dekat, nak ke mana-mana pun dekat...

Jadi kalu nak stay sini cepat2 booking.. sebab ada 10 chalet dan 1 homestay sahaja.. siapa cepat dia dapat.. kalu lambat, kene g tempat lain la.. laris tau bilik kat sini...

Ok... pasni kita sambung kisah nak ke Mangrove Tour lak yek!

Friday, May 09, 2014

Langkawi : Hari Pertama & Roro Langkawi

Ok... mari kita sambung kisah Langkawi...

Setelah book semua bagai... masa untuk bertolak...

29.04.2014 (Selasa)



Waktu malam, selepas solat Isya' kami pun bertolak... maklumla.. ini adalah pertama kali saya sekeluarga berjalan jauh... selalunya paling jauh pun g Pulau Pinang jer.. tak pernah sampai lagi ke arah Perlis/Kedah...hehehe

Biasalah... waktu malam apa yang nampak... gelap jer..hehehe.. Anak-anak pula semua tidor aja... jadi tak terganggu la perjalanan kan... kalu tak sure tanya bila nak sampai.. bila nak sampai...

30.04.2014 (Rabu)

Setelah berjam-jam dalam kereta... akhirnya sampai juga ke Perlis.

Kami sampai dalam pukul 6 pagi.. kira ngam2 la.. lagi pun berhenti tuk rehat sekejap jer.. selepas tu teruskan perjalanan.. supaya sampai cepat kat Kuala Perlis kan..


Inilah Masjid Terapung... Masjid Al-Hussein,Kuala Perlis.

Bila dah sampai sini.. anak-anak gembira la.. maklumla.. jalan jauh.. sampai juga... Tapi sebenarnya lom sampai lagi ni.. jauh lagi nak oit Langkawi..hik3


Saya tumpang Masjid untuk bersiap sekejap... dan parking situ...

Makan yang ringan-ringan jap sebelum bersarapan pagi di Restoran... pagi sangat kan.. jadi lom ada kedai yang dah buka..hehehe

Sambil tu jenjalan la kejap keliling tempat tu...


Nampak signboard Kuala Perlis sebelum sampai tu.... dah terang benderang baru la nampak kawssan keliling situ..hehehe

Masa sampai kan pagi...gelap jer..apa nampak...


Terminal Feri Kuala Perlis... dekat jer dengan Masjid ni.. satu jalan jer....

Tapi nak menyampai ke tempat ni memang jaauhhhhhhhhh juga la...hehehe . Mungkin tak biasa jalan jauh terasa la kot...

Saya pergi ke Langkawi menaiki Roro Ferry Langkawi. Bawa kereta masuk ke Langkawi.. senang sikit.. tak perlu nak sewa kereta kat Langkawi...

Sebelum ke sana saya dah survey segalanya... siap wat kira-kira sama ada berbaloi atau tidak... Jadi boleh rujuk senarai harga untuk membawa kenderaan melalui feri ni...


Ada tempat khas menunggu jika dah sampai kat kawasan roro langkawi ni... boleh nampak signboard dari jauh tu....

Tempat parking ni KHAS tuk yang menaiki Roro Langkawi sahaja... 



Di sebabkan saya sampai kul 6 pagi... jadi sila kira pukul berapa saya melangut kat situ... adalah dalam 6 jam merempat di dalam kereta, kejap g masjid, kejap g kedai makan...hahaha

Perjalanan meniki roro ni hanya sekali dalam sehari... kalu dari Kuala Perlis ke Langkawi belah petang, manakala Langkawi ke Kuala Perlis belah pagi sahaja.

Jika terlepas esok la naik pula..hehehe


Bila dah tiba masa untuk naik feri tu... anak-anak la paling gembira.. sebab dapat naik feri kan... yang kita ni dah penat menunggu kot.. letih la..hahaha

Dah la ngan x cukup tido kan...hehehe

TIPS : Berlepas pukul 1.00 ptg, dalam pukul 11.30 pagi dah boleh la sampai kat Roro ni... tak derla lama nak menunggu kan...hehehe

Masa nak masuk kereta ke dalam feri tu... kene ada teknik nya.. silap masuk.. memang kene sagat la bahagian bawah kereta... nanti nangis korang...

Bila feri dah jalan, anak-anak sibuk ajak naik atas...  joom tengok sekeliling feri ni nak?hik3


 

Ada kerusi penumpang.. tapi sangat tak best langsung... sebab x leh menyandar kot.. menegak jer.. nak tidur pun payah... tapi kalu dah naik feri, ko mampu ker nak tido...

Dengan anak-anak berlari sana sini.. 2 jam lebih kot dalam feri... leh ker duduk diam..hik3




 Hai anak-anaku saya... semua tempat nak bergambar...hik3

Tak ramai orang kan.. seronok la jalan sana sini... kalu naik feri penumpang.. mau berhimpit tak leh jalan sana sini...hehehe
  

Ada juga jual makanan.. maggi la, air la, roti bakar la.. tapi di sarankan bawa makanan sendiri la.. senang.. kalu dah roti bakar nya RM4.00 satu set.. baik la beli kopok kat luar bawa makan situ..hehehe



Setelah mengharungi lautan selama berjam-jam.. akhirnya sampai juga di Jetty Langkawi. Nama Jetty ni Jetty Langkawi Tanjung Lembung. Agak jauh dari kuah tau... bukan turun kat Pekan Kuah tu yek...

Jadi ada juga saranan kalu nak naik feri Roro ni yek... antaranya :
  • Sesuai pergi jika melebihi 4h 3m... sebab pergi petang, balik pagi.. kira hari terakhir tu kene check out dalam pukul 8.00 pagi yek
  • Kalu cuti sekolah pergi untung.. sewa kereta Avanza 3 hari RM600.00, bawa kereta naik roro baru RM360.00 pergi balik...
  • Penumpang kira lain yek.. kereta kira lain.. jangan ingat dah kira siap2 tau..hehehe
  • Datang tak perlu awal macam saya sampai.. dalam kul 11.30 pagi tu dah sedang elok la..hehehe
  • sila bawa kudapan dan air untuk makan dan minum...kalu ada game bawa jer.. ada tempat charge kat situ.. bahagian atas di dinding plugnya...
Jadi keseluruhannya saya menaiki Roro Feri ni adalah :

RM 626.00 pergi dan balik untuk 2 dewasa 4 kanak-kanak

Jadi.. murah ker mahal? dan jimat ker tidak..hehehehe

Jika sesiapa berminat nak nik, sila rujuk

Langkawi Roro Ferry Services Sdn Bhd

Kuala Perlis
Tel : 04-966 9881
Fax : 04-9669882

Kuala Langkawi
Tel : 04 - 966 9881
Fax : 04 - 966 9882

Ok.. part naik Roro Langkawi dah selesai la yek... nanti kita sambung part ke 2 lak.. kita ke tempat penginapan lak...pastu tempat-tempat yang saya bawa anak-anak pergi lak...hehehe

Thursday, May 08, 2014

Percutian ke Langkawi 4H3M

Alhamdulilah.... minggu lepas saya sekelurga telah pergi bercuti... agak lama juga merancang... maklumla memikirkan anak-anak sekolah, my Ir dengna sambung study lagi.. jadi perancangan mestilah kemas dan teliti..

Akhirnya setelah bandingkan segala jadual antara anak beranak ... akhirnya percutian ke Langkawi telah di tetapkan dari 30.04.2014 - 03.05.2014


Banyak nak cerita pengalaman bercuti bersama keluarga di Langkawi. Dari segi perbelanjaan, penginapan, kos minyak, toll dan juga bayaran lain seperti feri, kabel car dan boat...

Tapi biasala... idea banyak.. nak menaip yang malas... hahahaha. Nanti saya akan ceritakan segala lanjut di entry lain yek... sabar yek...

Tuesday, May 06, 2014

Bila Zulfadhli kene Chicken Pox pula....

Setelah bersuka ria di Langkawi.... tetiba nampak ada bintik merah kat dahi Zulfadhli.... ingat kene gigit nyamuk...kadi biarkan jerla

Hari sabtu masa tu dah perasan... lelama macam pelik.. sebab nampak ada hitam kat bintik tu... dalam hati dah cakap... sah kene chicken pox!!

Kalu tanya ayahnya memang tak tahu la tu...sebab bila tanya dia cakap kene gigit nyamuk kot... sebab dah 2 orang pernah kene..jadi dapat cam la campak tu..




Ahad tu nak g spital Pusrawi..tapi Doktor Hisham tu x bertugas... jadi hari Isnin saya pun bawa la Zulfadhli g spital Pusrawi. ..

Doktor cakap...yer kene chicken pox... tapi jenis tak keluar banyak macam Huzaiman hari tu...

Dapatla ubat virus dan ubat demam....ubat sapu dah ada kat rumah jadi tak ambik la...

Kiranya hari ni hari ke 4... jadi minggu ni tak g sekolah la Zulfadhli... sebaik my IR belum masuk kelas lagi... jadi boleh la dia jaga...

Tinggal Danial sahaja yang belum kene.... kuat juga antibodi Danial.... jadi orang terakhir kene... minggu ni dia ada peperiksaan. ..semoga dia dapat jawab denga  cemerlang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...