Friday, April 25, 2014

Doakan #MH370


Salam Jumaat semua.....

Rakyat Malaysia tetap tidak lupa dengan #MH370, semoga mendapat perkahabaran.... masih menanti.. seperti kata waris2 penumpang semua...

Tak akan terima sijil kematian mereka jika bukti menunjukkan mereka sudah tiada tidak dapat di tunjukkan.... semoga kita mendapat petunjuk walaupun hanya serpihan...


Monday, April 21, 2014

Pertandingan Johnson’s Baby of The Year 2014 kembali lagi!

Hai semua... wah.. agak lama x tulis mengenai aktiviti bersama anak-anak... Minggu lepas saya bersama keluarga menghadiri acara Johnson's yang berlangsung di One Utama, Bandar Utama sempena edisi ke-22 pertandingan Johnson’s Baby of the Year (BOTY).


Sampai sana dalam pukul 10 pagi.... gigih tul kejutkan anak-anak untuk bangun awal tau...hik3...

Sampai sana booth Johnson's dah tersedia siap dengan belon-belon tau... suka warna kombinasi nya.. biru, kuning, merah dan grey...


Mestila sampai kene mendaftar dulu kan.. saya hadir sebagai seorang blogger, jadi ada sedikit keistimewaan sedikit... iaitu dapat mendaftarkan anak saya untuk menyertai pertandingan  Johnson’s Baby of the Year (BOTY)... yeahhhh!!!



Terdapat jualan barangan keperluan bayi seperti bedak, sabun mandi, syampu rambut serta lotion badan. Pada hari tersebut juga jika pembeli membeli produk Johnson's bernilai RM15.00 dalam satu resit layak untuk menyertai pertandingan  Johnson’s Baby of the Year (BOTY) tau...

Semasa di sana, terdapat beberapa booth untuk anak-anak menertainya.. antaranya tempat bermain mainan di situ.




 Lihatlah anak-anak saya.. kalu dah dapat mainan leka sungguh...

Senang bila mereka sediakan tempat khusus untuk anak-anak main.. tak derla mereka ke sana- ke sini kan.. maklumla.. kanak-kanak kan cepat bosan.

Jadi mereka bermain la di satu meja.. senang.. x perlu pening pala nak uruskan mereka...hik3

Selain itu terdapat juga booth untuk mengukur berat badan serta ketinggian bayi serta pakar perunding secara percuma untuk pelanggan.


Jadi pada mereka yang dah lama x ukur ketinggian dan berat anak-anak serta inginkan tips2 dari pakar perunding boleh la berbuat demikian di booth tersebut. Saya tak sempat nak ukur mereka, sebab leka dengan sekitar kawasan tersebut...hik3

Ohya.. pada hari tersebut, ada booth untuk mengambil gambar sempena pertandingan Johnson’s Baby of the Year (BOTY)


Apa lagi.. saya pun ambik kesempatan tersebut untuk menyertainya sekali la...

Memula saya suruh ambil gambar berempat...



Kemudian baru saya suruh ambil gambar Huzaiman seorang... di sebabkan dia sahaja yang berumur 3 tahun ke bawah.. maka dia jerla yang boleh sertai peraduan tersebut...




Adeh.... pening kepala tengok aksi Huzaiman bila nak ambik gambar... tak reti duduk diam...

Panggil pun tak jalan.. tunjuk barang pun tak jalan.. sudahnya.. ambik jerla gambar dengna gaya tak duduk diam...hik3

Ohya.. pertandingan ini menawarkan kategori baru berdasarkan umur tertentu seperti :
  •  0-12 bulan
  • 13-24 bulan 
  • 25-36 bulan,
Tapi malangnya......... Huzaiman tak layak untuk menyertainya.. dia untuk kategori 25-36 bulan.. Huzaiman pula terlebih 2 hari.. jadi secara automatik tak layak untuk menyertainya...

Maka, gambar-gambar yang di print tu semua simpan wat kenangan jerla...hik3

Selepas bergambar bagai.. ada beberapa acara turut di sediakan untuk memeriahkan majlis tersebut...


Memula acara untuk anak-anak dahulu....

Naik ramai-ramai ke atas pentas, dan buat aksi seperti yang di arahkan oleh pengacara. ala.. bukan buat benda susah pun.. menari jer kot ikut lagu...

Hanya Zulfadhli dan Iskandar jer naik ke pentas, Danial dia dah besar jadi sekarang agak pemalu.... dan mereka diberikan hadiah saguhati berupa lotionbayi 50ml sorang satu...

Okla.. dapat hadiah kan..

Kemudian.....

Acara untuk ibu dan anak pula....

Saya tak sempat pun nak sertai, sebab anak-anak tak mahu naik ke pentas, jadi tumpang tengok jerla mereka kat atas pentas...

Acara ni best apa.. pilih kostum dan gayakan bersama anak-anak.. dan siapa mendapat tepukan yang paling kuat menang...hehehe

Tapi yang nyata, mereka yang menyertainya tak pulang dengan tangna kosong... masing-masong dapat adiah saguhati.

kemudian..........


Acara untuk bapa pula...  puas suruh my IR masuk.. emmm tak mohnya dia...hahaha

Jadi acara tuk bapa lain sikit... isi barang keperluan penting dalam beg galas, kemudian gayakan di hadapan penonton. Sama juga cara di adili, siapa yang mendapat tempukan gemuruh akan memenangi hadiah...

Seperti biasa... hadia untuk semua peserta yang naik ke pentas mestila ada kan...

Tapi memang semua ibu dan bapa semua sangat sporting dan selamba... meriah dengan gelagat mereka...


Macam biasa, selepas acara selesai, acara tuk mak-mak bergambar ka pulak...

Sesekali berkumpul, mesti akan ada acara bergambar... lama tak jumpa semua mak blogger tersebut... seronok dapat berbual dan bertukar-tukar cerita....

Sebelum balik...


Kami menuju ke meja pokok ucapan...

Di sini ada meja dan juga pokok di mana tempat untuk menulis kata-kata semangat kepada penghuni OrphanCARE melalui tulisan dan di gantung pada pokok tersebut...


Bersungguh dua beradik ni menulis....

Memula Danial yang tulis, kemudian baru Iskandar mengikut... tak kisah la.. janjji mereka sendiri yang nak tulis bukan dari paksaan saya..


Selepas gantung baru saya perasan dia tulis

#pray for MH370

Adehhhhh Danial.. ni ucapan semangat tuk anak-anak yatimla.. bukan untuk mangsa MH370...

Tak perla.. dia yang nak tulis gitu.. kang kalu ambik kang marah pula.. tak perla... semangat gak ni.. semangat untuk semua kan??


Selesai la juga majlis tersebut.... seronok bila sesekali keluar bersama keluarga dengan menghadiri aktiviti yang melibatkan kekeluargaan...

Sesekali hilangkan perasaan bosan anak-anak bila terlalu lama di rumah dengan membawa mereka menghadiri aktiviti kekeluargaan ni kan... baru la ada semangat ingin bersekolah kembali pada keesokkan harinya...hehehe

 
Pada tahun ini, Johnson’s Baby bekerjasama dengan panel pakar paediatrik dan neonatologi yang diketuai oleh Dr Anna Padmavathy Soosai, dan juri selebriti Johnson’s BOTY yang pertama, Dynas Mokhtar, dalam pencarian bintang termuda paling comel dan menawan hati di Malaysia!

Pertandingan Johnson’s BOTY 2014 mengambil pendekatan yang lebih holistik kepada perkembangan kanak-kanak, di mana penilaian bukan sekadar berdasarkan sifat-sifat fizikal, bahkan melibatkan aspek perkembangan kognitif  dan sosio-emosi juga

Pada ibu bapa yang ingin menyertainya... jangan lepaskan peluang keemasan ini tau kerana dianjurkan lebih besar dan lebih baik dengan unsur baru dan menarik, termasuk tawaran lebih banyak hadiah bernilai sehingga RM 100,000 untuk dimenangi seperti berikut :
  • Pemenang PERTAMA akan mendapat wang tunai bernilai RM10,000
  • Pemenang Ke-2 mendapat wang tunai bernilai RM5,000
  • Pemenang Ke-2 mendapat wang tunai RM3,000
  • Pemenang Saguhati mendapat wang tunai RM500
Setiap kategori umur akan memenangi hadiah Pertama, Ke-2, ke-3 dan juga 7 pemenang saguhati yang menjadikan 30 pemenang.

Jadi sangat mudah jer nak masuk penyertaan ini..
  • lampirkan dua keping gambar terbaik si manja anda.
  • beli produk Johnson’s Baby bernilai sekurang-kurangnya RM15 untuk melayakkan penyertaan
  • kepilkan resit sebagai bukti pembelian.
Ingat, bayi mesti berumur di antara 0-36 bulan seperti katagori berikut :
  •  0-12 bulan
  • 13-24 bulan 
  • 25-36 bulan,
Dan ada lagi, setiap 30 bayi yang telah terpilih menyertai pertandingan ini akan menerima hamper bernilai RM1,000 serta akan disiarkan dalam majalah Pa&Ma.

Pada tahun lepas, lebih dari 12,000 penyertaan di terima dan pada tahun ini Johnson's Baby menyasarkan sebanyak 25,000 penyertaan akan diterima. Setiap bayi yang mengambil bahagian akan di paparkan juga dalam majalah Pa&Mamenjadikan mereka seorang bintang!

Setiap bayi yang mengambil bahagian akan dipaparkan dalam Pa & Ma juga, menjadikan setiap satu bintang yang bersinar!

Jadi, para ibu bapa boleh hantar penyertaan tersebut di kedai-kedai yang mengambil bahagian di mana khidmat fotografi percuma juga ada disediakan

ATAU

melalui pos ke alamat berikut :

Johnson’s Baby of The Year 2014 Contest,
PO Box 3186 Subang Jaya, Selangor

ATAU

secara dalam talian melalui

Johnson’s Baby Facebook Page : www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com

Pada tahun ini, pertandingan ini juga menonjolkan unsur kemasyarakatan melalui Yayasan OrphanCARE, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menolong bayi yang ditinggalkan dan anak yatim mencari rumah perlindungan dan penjagaan – bagi setiap penyertaan dalam pertandingan ini, sebanyak RM1 akan didermakan kepada program anak angkat OrphanCARE.

Jadi lebih banyak penyertaan yang ibu bapa hantar semakin banyak la derma akan di salurkan kepada porgram anak angkat OrphanCARE ini...

Jadi, jangan tunggu lagi, cepat-cepat hantarkan penyertaan anak-anak korang. Penyertaan ini akan berakhir pada 30.06.2014.

Mana tahu, tahun ini anak-anak korang berjaya dinobatkan sebagai PEMENANG Johnson’s Baby of the Year (BOTY) 2014.

Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan Johnson’s Baby of the Year , sila layari www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com

Thursday, April 17, 2014

Festival Nasi Ambeng 2014 Di Homestay Banghuris



Nak Rasa Nasi Ambeng? Mari meriahkan Festival Nasi Ambeng 2014..... seperti berikut :

Acara   :   Festival Nasi Ambeng
Tarikh  :   19- 20 April 2014
Lokasi  :   Homestay Banghuris, Sg Pelek, Sepang, Selangor

Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik

19 April 2014
  • Pameran 
  • Jualan
  • Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
  • Pertandingan Mencanting Batik
  • Pertandingan Gubahan Sirih Junjung
  • Pertandingan Memasak (Penampilan Istimewa Dato’ Dr.Fazley)
  • Pertandingan Memancing
  • Acara rakaman MHI 
  • Ceramah  Perdana (Ustaz Hj. Haslin b. Baharim)
20 April 2014

  • Pameran
  • Jualan
  • Bengkel Rela
  • Pertandingan Gusti Lengan
  • Pertandingan Permainan Tradisional
  • Pertandingan Karaoke 
  • Pertandingan Membungkus Nasi Ambeng
  • Pertandingan Futsal
  • Acara Perasmian

Jangan lupa datang beramai-ramai.......


Monday, April 14, 2014

Kenangan di pejabat lama

Asal balik umah mak saya di Pandan Indah, mesti teringat masa bujang dulu.. g kerja dari rumah ke pejabat hanya 5 minit je....


Masa memula kerja dulu, rajin balik rumah... jalan kaki jer kot..

Balik rumah.. makan, dan siap tido sekali tu... sempat jer sampai opis dalam  kul 2 petang...

Kalu pergi kerja, lagi 10 minit nak pukul 9 pagi baru terhegeh-hegeh keluar rumah...hehehe


Nama jer pejabat di Pandan Indah, tapi segala cuti umum ikut Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Padahal kawasan sekeliling malahan Maybank Pandan Indah kat bawah tu pun dah kira Kawasan Selangor...

Jadi...bila Selangor cuti, kami kerja dan begitula sebaliknya...hehehe


Sekarang ni pejabat yang dulu ramai pekerja dah menjadi dalam 2-3 orang sahaja.... ramai kawan-kwan dah berhenti dan mencari kerja yang stabil....

Hanya 2-3 orang sahaja kawan saya yang masih setia bekerja di situ...

Teriba teringat pula kenangan kerja di situ... banyak pengalaman saya kutip di situ dan juga belajar bekerja bersama kawan-kawan..... Banyak la suka duka disitu...hehehe

Wednesday, April 09, 2014

[REVIEW] Sejoli : Misi Cantas Cinta

Ok... tau.. tau.. citer ni dah basi.. 20 Februari tu hari dah ditayangkan kat pawagam....

Tapi baru sekarang tengok kot... maklum la Astro First dah menayangkan filem ni kan?? nak g panggung wayang bawa anak-anak cerita ni? heei... tak payah la.. buat bising adalah..hahaha


Sinopsis :

Sejoli mengisahkan Gina (Maya Karin) dan Joe (Bront Palarae) mencari ketenangan di Phuket selepas mereka kecewa dengan pasangan masing-masing. Mereka tidak mengenali satu sama lain tetapi menjadi kawan baik selepas meluahkan masalah cinta yang mereka lalui sebelum ini.
Mereka berpakat untuk membantu antara satu sama lain bagi melupakan bekas pasangan masing-masing, tapi dalam pada masa yang sama mereka masih gagal untuk melupakan bekas pasangan mereka. Dan, apabila mereka mendapat tahu yang Nita akan berkahwin dengan Hardy, mereka bercadang untuk merosakkan perkahwinan tersebut sebagai jalan untuk mendapatkan semula bekas pasangan masing-masing. 
 
Berjayakah misi mereka?
 
Dapatkah hubungan cinta yang lama dikembalikan?

**********************************************

Saya memang peminat dengan pelakn Bront Palare ni.. suka tengok dia berlakon... walaupun dia dikategori bukan pelakon kacak, hensem dan gagah perkasa.. tapi watak yang dia lakonkan semuanya membuatkan dia menjadi kacak, hensem dan gagah perkasa.......hahahaha

Lakonan dia memang bersahaja..... dan ok la kalu nak tgk citer ni.. cuma macam x berapa bestla sgt jalan nya...hahaha

Untuk layanan waktu kosong boleh la.. sebaik tak tgk wayang.. x derla rugi sangatkan??hehehe

Thursday, April 03, 2014

Mood berblogging menurun sedikit

Agak lama x berupdate juga blog saya ni......... dah tak sekerap seperti dulu... kalu dahulu 1 hari pun dah dekat 3..4 entry keluar... kini nak dapatkan 1 entry pun ambik masa 2 hari gak...hehehe

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDcOfEYkALxTCtGHDMsYDUsLKt4kxSur0_n6yzY731RJKQadCdIf1MuHffrHaJ8PsWxIIdtlro7frMJoYY1BgV3e6WHkj6j2kQYX7gCwsMRSkMW4EkvelGqNz2J-3jtrFq9g/s1600/red2.jpg

Kini, bukan sahaja saya jer yang merasa begitu... Mat Tiger pun sama... semakin hari semakin kurang entrynya... sejak kami kehilangan sahabat yang suka menyakat......

Dahulu... kami bertiga selalu sahaja buat bahan antara satu sama lain.... tapi bila seorang sudah tiada... rasa tenggelam sungguh dunia blog seketika....

Arwah bukan sahaja baik, malah gemar menyakat dengan semua orang di laman sosial seperti di Twitter dan Facebook...

Kini tinggal kenangan... semoga semangat berblog saya tak akan pudar... dan lebih bersemangat lagi selepas ini.. cuma mengambil masa la sikit yek..hik3...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...