Thursday, March 27, 2014

Hari Sarapan Milo Malaysia 2014


Sebut sahaja milo.... mesti ramai yang kenal... jenama yang berada dipasaran sejak 60 tahun yang lalu  dan ia adalah salah satu jenama minuman yang di gemari oleh semua lapisan umur tak kira bangsa. 

Dengan tagline yang dari dulu hingga kini iaitu MINUM MILO JADI SIHAT DAN KUAT menjadikan jenama milo amat mudah dikenali terutamanya anak-anak yang sedang membesar.


Ingat lagi semasa saya bersekolah dahulu..... datang 1 van milo ke sekolah, memberi peluang kepada para pelajar menikmati air minuman milo secara percuma.... saya juga tidak ketinggalan untuk merasai kesedapan air milo tersebut.



Kini setelah berkahwin, saya tetap setia dengan milo.... setiap pagi air bancuhan milo mesti saya hidangkan kepada anak-anak saya.... ada kala saya akan buatkan roti ditaburkan dengan milo sebagai sarapan pagi... malah anak-anak saya amat gemar meratah serbuk milo begitu saja.

Rasa milo yang enak, sedap menyebabkan anak-anak saya menyukainya....malah, saya yang dah besar panjang pun tetap menyukai milo ini sehingga kini.


Pengarah Eksekutif, Unit Perniagaan Tenusu Nestle Product Sdn. Bhd., Ho Hau Chieh

Kini Milo melancarkan lagi Hari Sarapan Malaysia yang akan di adakan di Petaling Jaya 20 Mac 2014 sebagai kesinambungan kejayaan Malaysia Hari sarapan pada tahun 2013 yang lalu.

Dengan kempen Hari Sarapan Malaysia ini dapat menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan sarapan pagi melalui pelbagai cara. 

Tahun ini , MILO ® membawa spin baru untuk sarapan dengan memperkenalkan manfaat Tenaga Positif daripada mempunyai sarapan yang seimbang dan berkhasiat. Tenaga Positif berasal daripada nisbah yang sempurna nutrien yang terdiri daripada protein , karbohidrat dan lemak untuk menyediakan badan kita dengan bahan api yang amat diperlukan untuk mengambil kedua-dua cabaran fizikal dan mental setiap hari. 

Pasukan The Nestle MILO ® menghidangkan sarapan pagi yang sihat dan berkhasiat bersama dengan mug MILO

Pada tahun ini juga, acara tahunan tersebut akan di adakan di Dataran Putrajaya pada 20 April 2014 iaitu hari Ahad dimana acara akan bermula seawal 7.00 pagi.

Acara ini menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama sebagai sebuah keluarga untuk menikmati hidangan yang paling penting hari ini dan bersama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal.

Selain daripada acara berjalan kaki dari 8km dan 3km, terdapat juga makanan sarapan disediakan  kepada semua pelari dan juga hadirin semasa menjalankan aktiviti sukan interaktif yang akan memberikan tenaga kepada seluruh keluarga.
Mr Ho menghuraikan lagi bahawa Malaysia Hari Sarapan tidak hanya terhad di Putrajaya sahaja pada 20 April ini tetapi perlu disokong dari mana sahaja kita berada.



Jangan lupa untuk menghadiri acara ini dengan membawa seluruh ahli keluarga untuk sama-sama menyertai Hari Sarapan Malaysia ini....
Maklumat lanjut mengenai Hari Sarapan Malaysia dan aktiviti yang akan dijalankan, sila layari laman web www.milo.com.my/breakfast.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...