Sunday, March 30, 2014

Penebusan mainan di Enfamama Club

Kalu bab-bab kumpul dan tebus memang peberet la....kene pandai la sikit macam mana nak kumpulkan point..point ni..keh3

Saya memang tak minum pun susu Enfamama ni...tapi ada cara lain selain minum...iaitu perkenalkan rakan yang mengandung...dapat 100 point..hik3



Sebenarnya dah banyak barang dah tebus.....cuma kali ni tebus banyak sikit sebab dah x nak kumpul lagi point...keh3

Dapat la dalam 3 barang mainan tuk Huzaiman...cuma yang mainan ni jer dia paling suka..

Tak perla.. dia jer yang bongsukan..jadi dapat kat dia la kan.... tapi tiap kali dia nak main baru keluarkan. .kalu tak jahanam la dikerjakan nya..
Hehehe

Friday, March 28, 2014

Kem kuasai Al-Quran Kaedah Al-Jabari


Sedar tak sedar, dah hampir nak ke penghujung cuti sekolah....

Kalu ikutkan anak-anak saya tiada apa2 program sepanjang cuti sekolah pun... tapi kebetulan jiran tetangga ada war-warkan mengenai Kem kuasai Al-quran mengikut kaedah Al-Jabari, terus saya berminat nak hantar...

Terus saya hubungi Ustaz yang mengajar dan ingin masukkan 2 orang anak bujang saya menyertai kem tersebut.. dan alhamdulilah.. merea dapat menyertainya...


Dalam kelas nya tak la ramai sangat.. mungkin bawah 50 orang rasanya...

Ada juga kawan-kawan anak saya yang turt serta tak lupa juga anak-anak jiran tetangga... di sebabkan dekat dan tak perlu bermalam.. tak derla saya risau kan...



Kelas nya bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.30 petang selepas solat azar berjemaah bersama Ustaz...

Jadi tidak menggangu waktu kerja dan saya tak perlu terkejar-kejar nak hantar dan jemput mereka balik...

Esok hari Sabtu hari terakhir mereka mengikuti Kem tersebut.... dan pada pukul 4 petang akan di adakan Majlis penutup untuk Kem tersebut...

Setakat ini, saya ada bertanya pada Danial bagaimana pengajian nya.. alhamdulilah.. dia kata senang nak kuasai dan ada juga tunjuk saya cara-cara membacanya.. seolah2 berlagu dan beralun...

Sekarang ni terlalu banyak kaedah menjadi yang di ajar.. bermula dari Iqra, Qiraati, Al - Baghdadi, Al-Jabari dan banyak lagi...

Mana-mana kaedah pun sama.. yang penting kita faham apa yang kita belajar dan pelajari.

Insyaallah............

Thursday, March 27, 2014

Hari Sarapan Milo Malaysia 2014


Sebut sahaja milo.... mesti ramai yang kenal... jenama yang berada dipasaran sejak 60 tahun yang lalu  dan ia adalah salah satu jenama minuman yang di gemari oleh semua lapisan umur tak kira bangsa. 

Dengan tagline yang dari dulu hingga kini iaitu MINUM MILO JADI SIHAT DAN KUAT menjadikan jenama milo amat mudah dikenali terutamanya anak-anak yang sedang membesar.


Ingat lagi semasa saya bersekolah dahulu..... datang 1 van milo ke sekolah, memberi peluang kepada para pelajar menikmati air minuman milo secara percuma.... saya juga tidak ketinggalan untuk merasai kesedapan air milo tersebut.



Kini setelah berkahwin, saya tetap setia dengan milo.... setiap pagi air bancuhan milo mesti saya hidangkan kepada anak-anak saya.... ada kala saya akan buatkan roti ditaburkan dengan milo sebagai sarapan pagi... malah anak-anak saya amat gemar meratah serbuk milo begitu saja.

Rasa milo yang enak, sedap menyebabkan anak-anak saya menyukainya....malah, saya yang dah besar panjang pun tetap menyukai milo ini sehingga kini.


Pengarah Eksekutif, Unit Perniagaan Tenusu Nestle Product Sdn. Bhd., Ho Hau Chieh

Kini Milo melancarkan lagi Hari Sarapan Malaysia yang akan di adakan di Petaling Jaya 20 Mac 2014 sebagai kesinambungan kejayaan Malaysia Hari sarapan pada tahun 2013 yang lalu.

Dengan kempen Hari Sarapan Malaysia ini dapat menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan sarapan pagi melalui pelbagai cara. 

Tahun ini , MILO ® membawa spin baru untuk sarapan dengan memperkenalkan manfaat Tenaga Positif daripada mempunyai sarapan yang seimbang dan berkhasiat. Tenaga Positif berasal daripada nisbah yang sempurna nutrien yang terdiri daripada protein , karbohidrat dan lemak untuk menyediakan badan kita dengan bahan api yang amat diperlukan untuk mengambil kedua-dua cabaran fizikal dan mental setiap hari. 

Pasukan The Nestle MILO ® menghidangkan sarapan pagi yang sihat dan berkhasiat bersama dengan mug MILO

Pada tahun ini juga, acara tahunan tersebut akan di adakan di Dataran Putrajaya pada 20 April 2014 iaitu hari Ahad dimana acara akan bermula seawal 7.00 pagi.

Acara ini menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama sebagai sebuah keluarga untuk menikmati hidangan yang paling penting hari ini dan bersama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal.

Selain daripada acara berjalan kaki dari 8km dan 3km, terdapat juga makanan sarapan disediakan  kepada semua pelari dan juga hadirin semasa menjalankan aktiviti sukan interaktif yang akan memberikan tenaga kepada seluruh keluarga.
Mr Ho menghuraikan lagi bahawa Malaysia Hari Sarapan tidak hanya terhad di Putrajaya sahaja pada 20 April ini tetapi perlu disokong dari mana sahaja kita berada.



Jangan lupa untuk menghadiri acara ini dengan membawa seluruh ahli keluarga untuk sama-sama menyertai Hari Sarapan Malaysia ini....
Maklumat lanjut mengenai Hari Sarapan Malaysia dan aktiviti yang akan dijalankan, sila layari laman web www.milo.com.my/breakfast.

Monday, March 24, 2014

Pengumuman dari PM mengenai #MH370



KENYATAAN MEDIA DARI PM MENGENAI MH370 - 24/03/2014 (AHAD)

Malam ini saya telah diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Kemalangan UK Air Siasatan Cawangan (AAIB). Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah melaksanakan pengiraan yang lebih lanjut mengenai data.
 
Menggunakan sejenis analisis tidak pernah sebelum ini digunakan dalam satu penyiasatan seperti ini, mereka telah dapat menumpahkan lebih banyak cahaya pada laluan penerbangan MH370 itu. Berdasarkan analisis baru mereka, Inmarsat dan AAIB telah menyimpulkan bahawa MH370 terbang di koridor selatan, dan bahawa kedudukan terakhir adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth. Ini adalah lokasi yang jauh, jauh dari mana-mana tapak pendaratan mungkin.
 
Oleh itu, adalah dengan kesedihan yang mendalam dan menyesal bahawa saya mesti memberitahu anda bahawa, menurut ini data baru, penerbangan MH370 berakhir di Lautan selatan India. Kami akan mengadakan satu sidang akhbar esok dengan maklumat lanjut.
 
Dalam pada itu, kita mahukan untuk memberitahu anda mengenai perkembangan baru ini pada peluang terawal. Kami berkongsi maklumat ini daripada komitmen untuk keterbukaan dan menghormati keluarga, dua prinsip yang dipandu penyiasatan ini. Malaysia Airlines sudah bercakap kepada keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka tentang perkembangan ini.
 
Bagi mereka, beberapa minggu lalu telah menyayat hati, saya tahu berita ini mesti lebih sukar masih. Saya menggesa media untuk menghormati privasi mereka, dan untuk membolehkan mereka ruang yang mereka perlukan pada masa yang sukar ini.
 
 **************************************
 Seperti yang di ucapkan oleh PM pada sidang akhbar tadi pada pukul 10 malam.

Innalillahwainailaihirojiun

Takziah kepada semua keluarga mangsa. ...esok maklumat lanjut mengenai #MH370
 

Gigi susu pertama Iskandar tertanggal

Hari sabtu lepas... tengah duk baca paper datang Iskandar bagi tahu gigi nya dah tertanggal....

Dah lama dah goyang.. siap suruh goyang kan ujung gigi tu setiap hari.. kalu tak pergi klinik gigi jer cabut... kalu tak cabut...

Agaknya dia takut nak g klinik gigi tu la di goyang sampai la tertanggal sendiri...


Tu dia gigi dah tertanggal...

Harusla ambik gambar.. nanti tak ingat bila tertanggal...hahaha


Dah nampak gigi baru dia tumbuh di bahagian belakang... nampak gayanya gigi kedua juga bakal tanggal gak.. sebab gigi kat belakang dah nampak tumbuh...

Eee.... buruk lak nampak bila x ada gigi..hik3

Anak buah yang ke 16

Alhamdulilah........... hari sabtu lepas adik saya telah selamat melahirkan anak keduanya....

Maka dengan itu, secara rasminya saya mendapat anak buah yang ke 16....hehehe




Kali ni anak buah saya dalah PEREMPUAN... menjadikan ia sepasang...

Ok.. adik saya dah ada anak perempuan.. saya masih kekal title ibu kepada 4 hero..hahahaha

Berat dilahirkan 3.41kg... kul 3.45 pagi hari sabtu bersalin.... kussss semangat.. lebat rambutnya..hehehe

Apa-apa pun semua sudah selamat... selamat berpantang adikku....

Friday, March 21, 2014

Setelah 14hari berlalu #MH370

‘Satu dunia tunggu berita’

Sepang: Sidang media pada jam 5.30 petang hari ke-13 semalam menjadi tumpuan seluruh dunia apabila Australia mengesahkan mengenai penemuan dua objek di Lautan Hindi yang mungkin ada kaitan dengan pesawat penerbangan MH370.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, itu petunjuk baru yang boleh dipercayai, namun belum dapat disahkan dan lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk mengesan pesawat di kawasan berkenaan.

Apapun, katanya, fokus setiap masa ialah mencari pesawat berkenaan.

Berikut sedutan sidang media itu yang turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.


Foto
HISHAMMUDDIN Hussein


Penemuan rakaman imej satelit dipercayai objek MH370 dikesan Australia
di selatan Lautan Hindi

(Hishammuddin)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima panggilan daripada Perdana Menteri Australia Tony Abbot kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam) yang memaklumkan berjaya mengesan dua kemungkinan objek yang dipercayai ada kaitan dengan dengan MH370 yang ditemui di selatan Lautan Hindi.

Pihak berkuasa Australia di Kuala Lumpur sudah memaklumkan perkara sama kepada saya mengenai perkembangan situasi terbaru itu.

Malah, Anifah turut dimaklumkan perkara sama oleh rakan sejawatnya di Australia.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) kini sedang menyelaras carian bagi mengesan pesawat itu terutama di kawasan mereka dengan bantuan Pasukan Pertahanan Australia, Pasukan Tentera Udara New Zealand dan Tentera Laut Amerika Syarikat.

Pusat Menyelamat Menyelaras (RCC) AMSA Australia menerima imej satelit yang kemungkinan ada kaitan dengan misi mencari pesawat penerbangan MH370.

RCC Australia menerima maklumat itu daripada pakar kajian imej satelit, hari ini (semalam).

Imej itu dirakam hari ini (semalam), namun belum dapat disahkan lagi sama ada ia ada kaitan dengan MH370.

Kajian imej itu disediakan Australian Geospatial Intelligence Organisation yang mendakwa kemungkinan petunjuk penemuan serpihan pesawat di barat daya Perth.

Berdasarkan maklumat terbaru itu, empat pesawat diselaraskan semula untuk diterbangkan ke sebuah kawasan 2,500 kilometer (KM) dari barat daya Perth.

Pesawat P-3 Orion milik Pasukan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) sudah tiba di kawasan berkenaan kira-kira jam 10.50 pagi.

Selain itu, tiga pesawat lain yang dikendalikan RCC Australia turut dikerah termasuk Orion milik RAAF, Orion milik pasukan udara New Zealand dan P-8 Poseidon milik tentera laut Amerika Syarikat.

Pesawat Poseidon dijangka tiba petang ini (semalam), manakala Orion RAAF dan Orion milik New Zealand masing-masing akan berlepas petang dan tengah hari ini (semalam).

Sementara itu, pesawat C-130 diarah RCC Australia untuk menjatuhkan boya penanda jenis hanyut sebagai titik rujukan yang berterusan sekiranya objek berkenaan hanyut atau berubah kedudukan ke lokasi lain.

Pada masa sama, sebuah kapal dagang yang menerima maklumat imej dikeluarkan RCC Australia itu pada Isnin lalu dijangka tiba di kawasan itu tengah hari ini (semalam).

Selain itu, kapal HMAS milik Tentera Laut Diraja Australia juga dikerah ke lokasi itu, namun ia akan memakan masa beberapa hari untuk tiba.

Kapal berkenaan mempunyai keupayaan untuk mengesan objek yang didakwa milik MH370 itu.

Pelbagai usaha kini dilakukan untuk menjejaki objek yang dikesan satelit itu.

Saya sudah senaraikan semua aset yang akan dihantar, malah akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia.

Saya juga ingin maklumkan tiada bandar paling dekat dengan penemuan itu.

Buat masa ini, kami sedang menunggu laporan aset atau kapal berdekatan yang dalam perjalanan ke tempat itu.

Ini berita tergempar yang ingin diketahui seluruh dunia.

Percayalah kami akan maklumkan dunia seandainya ia sudah disahkan.

Saya ingin maklumkan segala maklumat yang diterima penting untuk semua tahap dalam SAR.

Berdasarkan imej satelit dan pengalaman sebelum ini, setiap data atau maklumat diterima perlu diteliti untuk pengesahan terlebih dulu.

Ini kerana jika maklumat salah akan mengganggu SAR, malah memberikan harapan palsu kepada keluarga.

Sekurang-kurangnya hari ini (semalam) ada petunjuk.

Tetapi ia memerlukan masa seharian untuk pengesahan.

Itu harapan. Selagi ada harapan, kita akan teruskan pencarian.

Jika imej dirakam itu sah milik MH370, kami akan mengesan kotak hitam pesawat itu dahulu.

Teknologi lebih canggih perlu dikerahkan untuk mencari kotak hitam itu.

Operasi SAR akan beralih ke fasa baru sekiranya disahkan penemuan imej satelit itu.

Sekiranya maklumat satelit positif, maka kami boleh menggunakan situasi kemalangan pesawat Air France memandangkan cabarannya hampir sama di mana Lautan Atlantik (kes Air France) sama mencabar dengan Lautan Hindi.

Pencarian di laut dalam adalah sesuatu yang kita utamakan juga.

Kita sedang melihat kemungkinan penggunaan kenderaan penyelam sonar.

Namun, aset dan teknologi yang ada kini terhad.

Sebelum ini, satu-satunya petunjuk yang kami temui daripada data satelit di Laut China Selatan.

Hari ini, maklumat yang diterima pihak berkuasa Australia sebenarnya hasil kerjasama dengan satelit lain. Kita boleh bawa kapal masuk ke kawasan itu, ini sudah dibincangkan dua Perdana Menteri (Malaysia dan Australia).

Inilah yang membezakan maklumat itu dengan petunjuk lain sebelum ini.

(Sumber dipetik dari : Harian Metro Online)

Pesta Buku MPH dan Zara Zya

Bila kerja kat area Putrajaya ni.. mesti nak cari tempat yang senang nak cuci mata.. walaupun tak membeli banyak.. tapi dapat jenguk dan tengok pun jadila...

Pesta Buku MPH yang di adakan di PICC, Putrajaya telah berlangsung dari 19.03.14 hingga 23.03.14 ni... samapi malam ok.. sapa nak datang sila la...


Atas ni dia punya aturcara.....

Kebetulan saya g hari pertama pesta buku tu.. jadi dapat la jumpa artis Zara Zya tu...hehehehe


Macam ni la keadaan pesta buku tu....

Tak ramai orang.. dan juga jualan nya tak derla semeriah sangat pun... macam g kedai buku MPH kat shopping mall jer... bezanya.. dia buat kat PICC jer..hahaha


Sementara tu.. ada pula kemunculan Zara Zya, pelakon citer Mr Arrogant tu....

Sayang nya dia jer sorang datang.. x ada pula pelakon lelaki tu.. kalu tak mau menggila saya..hahahaha maklum la peminat...



Kecik jer orang nya....... tak sangka lak kurus.. nampak dalam drama macam besar dan berisi...

Masih belum pandai berinteraksi dengna peminat.. sebab tak pandai berucap di hadapan penonton.. mungkin nerbes kot... tapi patut ada persediaan kan?

Tak perla.. janjji dapat jumla.. dan kebetulan beli buku citer.. suh dia sign jer.. padahal tu buku citer lain bukan buku citer Mr Arrogant pun..keh3

Wednesday, March 19, 2014

Pertama kali pegang ular

Pagi tadi kat pejabat saya ada hari bertemu pelanggan... erk.. pelanggan opis saya la.. yang dari syarikat luar la kan... kali ni dari Lost of Tambun...

Dia bawa la beberapa binatang ke pejabat saya.. dan kami diberi peluang untuk bergambar bersama binatang...

Maka dengan beraninya saya pegangla ULAR........


Berat jugak yek ular ni.........

Pegang pun dah terasa... ada tips klau nak pegang ular.. letak aja di tangan.. jangan dicengkam.. kang tak pepasal diri kene belit...hahahaha

Tuesday, March 18, 2014

Membeli belah di The Crescent sempena minggu merah jambu!

Perniagaan busana Muslimah di Malaysia kini kian berkembang dengan peningkatan syarikat-syarikat jualan yang dibuka bak cendawan yang tumbuh selepas hujan.  Terdapat banyak butik persendirian yang memberi tumpuan khusus untuk menjual busana Muslimah, namun ada juga pusat membeli belah dan hypermarket yang turut menjual busana Muslimah sebagai memenuhi permintaan daripada pelanggan mereka.

Tapi pada zaman sekarang, kebanyakkan pelanggan lebih suka membeli belah melalui secara alam maya dari membeli di kedai-kedai luar, dimana ia memberikan keselesaan untuk pelanggan memilih serta menjimatkan masa daripada keluar ke satu kedai hingga la kekedai yang terakhir dan akhirnya tidak dapat menemui apa yang di cari....

Malah terdapat banyak laman web menjual pelbagai barangan termasuk pakaian, beg tangan, kasut, alat solek dan juga aksesori perhiasan. Cuma untuk mencari satu-satu laman web yang menjual pakaian yang menepati dan mematuhi syarak mungkin kurang atau sedikit.

 


Kini dengan wujudnya The Crescent yang menjual pelbagai produk dan busana Muslimah terkini serta mematuhi syarak di pasaran memudahkan pelanggan membeli belah secara dalam talian tanpa perlu berkunjung ke butik tersebut.

Laman web The Cresent ini seperti laman web biasa yang lain, menjual pelbagai produk dan busana Muslimah, cuma di sebalik menjual barangan lain, laman web ini turut memaparkan beberapa panduan mengenai fesyen dan gaya hidup seorang Muslimah.

Malah terdapat juga pengisian lain seperti panduan mengenai pelbagai aspek kehidupan yang meliputi bidang sosial, kesihatan dan agama. Ini secara tidak langsung memberi nilai tambah yang boleh dimanfaatkan oleh pelanggan.

Untuk melayari laman web The Cresent juga tidak la merumitkan... susun atur yang menarik, harga yang berpatutan malah paparan gambar yang memberikan gambaran dengan lebih tepat dan memuaskan memberikan kelebihan untuk pelanggan membeli belah di sini. 


 
Jadi sempena minggu PINK atau lebih dikenali PINK WEEK, The Crescent mengadakan jualan murah sebanyak 20% diskaun untuk kesemua produk yang melibatkan warna PINK antaranya kasut, baju, jubah, beg, tudung dan juga aksesori perhiasan.

Malah jika pelanggan membeli melebihi RM78.00, tiada caj penghataran dikenakan dan diberikan secara PERCUMA!


Bagi pelanggan yang buntu untuk memilih dan memadankan pakaian, jangan risau kerana The Crescent telah mewujudkan ruangan untuk panduan dan tips pemilihan pakaian untuk di sesuaikan dengan aksesori perhiasan yang memudahkan pelanggan untuk memilih dan membeli.

Malah terdapat beberapa panduan pengayaan bukan sahaja untuk ke pejabat terdapat juga untuk makan malam dan juga di siang hari melalui ruangan FASHION

Cara yang mudah untuk membeli belah di The Crescent
  • Mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. 
  • Pilih barangan yang berkenan untuk dimasukkan dalam carta pembelian
  • Lihat carta pembelian kembali untuk pengesahan
  • Bayar - Pembayaran boleh dilakukan melalui kad kredit atau sistem pembayaran elektronik
  • Dalam tempoh 3 hari terima barangan yang dipesan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Mudah bukan?

Jadi tunggu apa lagi, layari The Crescent untuk mendapatkan koleksi bertemakan PINK busana Muslimah untuk wanita dan bagi busana Muslim untuk lelaki yang meminati warna PINK boleh la melayari ruangan PINK WEEK

Untuk maklumat lebih lanjut boleh lah terus berhubung & melayari :

Friday, March 14, 2014

Power Bank Pineng yang berat

Sebelum ni saya x pernah ada power bank..... kalu ada pun my IR punya... tumpang dengan dia jerla..hik3

Tapi baru-baru ni saya dapat power bank secara percuma... yeahhh!!!

Dapat percuma sapa tak mau kan?? Alhamdulilah saya dapat semasa menghadiri kursus office yang di anjurkan oleh pejabat saya...

Ramai yang hadir.. dalam 20 orang la juga kan...


Masa dapat power bank ni tau tak apa saya cakap memula ....

"Eeeeeeeee......x lawa.. dah la besar, berat... mesti murah giler beli ... "

Sebab apa saya cakap murah.. sebab beli bukan 1 kan.. mestila beli banyak.. selalu org kalu beli banyak mesti cari yang murah2 punya la kan....

Sebab semua yang hadir dapat... jadi tu yg fikir macam tu
 

Sebaik dapat warna kelabu... kawan saya dapat warna gold lagi....

Saya siap cakap... ishk... x pakai la macam ni.berat semacam jer..........

Tapi... lepas saya survey sana sini kan... rupa-rupanya......


oitttttttttt!! mahal juga power bank ni...

Sebiji jer dah RM178.00 tau... kira mahal la kan??kan??

Jadi saya bersyukur la kan... sebab kini saya tengok kat dalam intagram ramai duk post pasal power bank dari pineng ni.......kira pemes la kan jenama ni kan??

Kini power bank ni la penyelawat saya ketika bateri hp dan tab saya habis tau!!

Jadi kalu sesiapa nak beli power bank dari jenama ni boleh terus layari laman web pineng terus wei... boleh beli banyak.. dapat harga pun murah gak.....


Selamat membeli belah!!!!!!!!

Monday, March 10, 2014

Tahniah Che Ta atas kehamilan itu!!

wah..wah..wah..... Cik Ta dah umumkan berita kehamilan dia la....


Dah post kat IG mestilah yang sahih kan.. nak pula dari tuan punya badan....

Suka Zain..sebab bakal menerima anak pertama bersama-sama Cik Ta... dan semoga Cik Ta dapat menjaga kandungan nya,.... walaupun dah lama meninggalkan zaman mengandung.. tapi kene juga sentiasa menjaga kandungan....

TAHNIAH Zain dan Cik Ta!!

Saturday, March 08, 2014

#Pray4MH307

(Kredit : Air Plane Picture)

MAS: Pesawat hilang masih gagal dikesan

SEPANG 8 Mac - Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) hari ini mengesahkan spekulasi bahawa pesawatnya yang hilang iaitu MH370 telah selamat tiba di Nanming, China adalah tidak benar.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, pesawat tersebut masih tidak dapat dikesan sejak dilaporkan hilang pada pukul 2.40 pagi tadi di kawasan perairan Laut China Selatan sempadan antara Malaysia dan Vietnam. - UTUSAN ONLINE

***************

Semoga Pesawat MH370 yang mempunyai 227 penumpang dan 14 anak kapal berada dalam keadaan selamat. Padakeluarga mangsa.. harap tabah andai menerima berita buruk... harap2 kita dapat mengesankapal terbang tersebut....

Thursday, March 06, 2014

Kronologi kisah perjalanan cinta pelakon Hanez Suraya

**PANAS...............PANAS**

Sekarang topik paling hangat adalah HANEZ SURAYA........
 
Berikut ini adalah kronologi kisah perjalanan cinta pelakon Hanez Suraya

6 Mei 2012

B*POP mendedahkan wujudnya hubungan cinta antara Hanez Suraya dengan penyanyi kelahiran Singapura, Awi Rafael

9 Mei 2012

Awi memberi kenyataan dia dalam proses mengenali hati budi Hanez, sambil menegaskan perhubungan masih di peringkat awal kerana baru empat bulan berkenalan.

12 Januari 2013

Hanez menyatakan dia mengimpikan perkahwinan dan majlis resepsi di tepi pantai, selain meletakkan sasaran berkahwin sebelum usia 30 tahun.

23 Jun 2013

Hanez Suraya mengakui sudah putus cinta dengan Awi Rafael

24 November 2013

Desas desus mengatakan Hanez Suraya hidup mewah selepas ada kekasih baru yang juga ahli perniagaan bertaraf jutawan. Hanez dikatakan menerima hadiah kenderaan pelbagai guna jenama Alphard.

16 Februari 2014

Hanez Suraya menerusi Metro Ahad mendedahkan dia dan kekasihnya merancang mendirikan rumahtangga akhir tahun ini.

18 Februari 2014

Hanez Suraya mendedahkan butiran terperinci mengenai hubungan atau majlis perkahwinannya dengan usahawan. Tidak lama kemudian, dalam internet dilaporkan dakwaan Hanez Suraya merampas suami orang dan menjadi punca keretakan rumahtangga lelaki berkenaan. Hanez menuduh isteri usahawan itu menfitnahnya selepas dia mendedahkan mahu berkahwin.

25 Februari 2014

Hanez mendakwa bakal suaminya berstatus duda anak dua. Hanez anggap dirinya difitnah kerana dituduh sebagai perampas dan menghasut lelaki itu untuk menceraikan isterinya. Dia berjanji mengadakan sidang media dalam masa terdekat.




5 Mac 2014

Mengadakan sidang laporan akhbar bagi menjelaskan isu bercinta dengan jejaka berstatus suami orang. Ini sekaligus menjawab segala tomahan yang dilemparkan oleh isteri kekasihnya iaitu Nur Liyana Abdul Manan. Turut hadir bersama adalah kekasih Hanez Suraya yang dikenali sebagai Romie Razin Adilha (MR R).


Ishkkkkkkkk.................. semakin parah kisah dia ni......hik3

Wednesday, March 05, 2014

Cuaca Panas dan Jerebu

Semua sedia maklum...... cuaca sekarang tak menentu..........

Kejap panas....... kejap berjerebu...... kejap hujan.. tapi x semua tempat hujan... sesetengah tempat jer hujan....


Ikut kan pada bacaan Indeks Pencemaran Udara di laman web DOE... kawasan Putrajaya dan Kuala Lumpur masih dalam bacaan sederhana.. iaitu tidak melebihi 100.

Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2,
      NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi
      diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya,
      kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar
      yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.

Harap2 jerebu ini akan hilang dan hujan akan kerap turun...

Sekarang ni di rumah saya hujan sudah mula turun... walaupun tak la kerap.. tapi sekurang2 nya.. tidur kami dah lena sikit.. tak adala berpeluh-peluh di malam hari gara-gara bahang panas yang melanda...

Ohya.. kalu boleh :
  •  Jangan keluar ke mana-mana
  • Jangan bersenam dan joging di taman
  • Memakai penutup mulut jika keluar
  • Minum lebih air  untuk memastikan respiratori sistem yang baik dan sihat
  • Kurangkan aktiviti luar
  • Kerap mandi
  • Basuh peralatan pinggan-mangkuk sebelum diguna. Begitu juga cawan.
  • Tawakal dan redha kepada Allah. Berdoa semoga Allah turunkan hujan dan memadam segala kebakaran itu

Ingat!!!!


Jangan lupa pakai penutup mulut ketika keluar rumah.... kalu boleh kurangkan aktiviti di luar tau!

Jagalah kesihatan anda!!

Tuesday, March 04, 2014

PANDORA sana sini....

Mak aik.... asal tetiba macam ramai lak perkatakan pasal PANDORA ni??


Hahaha....sebaik bukan kaki membeli PANDORA... tapi mana tahu kalu murah giler..giler.. konpem saya beli tuk koleksi...

Tapi kalu dah turun harganya.. konpem la masa tu dah tak popular PANDORA lak... mesti dah kuar lain pulak.... hik3...

Ada ker yang dah ada koleksi PANDORA ni?? Dengar harganya boleh tahan... 1 butir tu pun ada yang mencecah ratus...ratus... gelang nya lagi la jangan cakap..ada yang mencecah ribu..riban...

Haila.... kalu dapat PERCUMA nak la.. tapi kalu beli tu.. kene pikir dua tiga kali la... PANDORA ni kalu jual balik ada nilai ker??

Tapi ada 1 laman web tengah buat jualan murah.. tryla g tengok.. mana tau korang ada yang berkenan??hik3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...